Anda di halaman 1dari 5

PEMBANGUNAN DIRI

TAJUK : CADANGAN UNTUK MEMPERTINGKATKAN KOMUNIKASI DALAM


KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ( UKM ).
NAMA
: AMNI SYAMIMI BINTI ZAKI
NO MATRIK : A138320
NAMA
: NADIA BINTI ABDUL HAMID
NO MATRIK : A137342
NAMA
: NOR SYAKIRAH BINTI SUBHAN
NO MATRIK : A138291
NAMA
: NUREHAN BINTI JAIS
NO MATRIK : A137848
NAMA
: NURUL SUZAINE BINTI SAMAD
NO MATRIK : A138280

Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea,
dan fikiran seseorang individu kepada individu yang lain. Ia merupakan proses interaksi
yang bererti antara hidupan dan merangkumi kedua-dua perbuatan iaitu perbuatan
menghantar maklumat dan proses untuk bertukar-tukar maksud. Tujuannya supaya dapat
menghasilkan pemahaman. Komunikasi boleh mengambil bentuk dari komunikasi lisan,
komunikasi bukan verbal atau komunikasi bukan lisan misalnya bahasa gerak-geri, bahasa
isyarat, sentuhan, hubungan mata, dan komunikasi bertulis.
Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ketiga, komunikasi ialah
perhubungan secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon dan lain-lain.
Komunikasi yang baik sangat penting bagi sesebuah perhubungan. Tanpa komunikasi yang
baik, sesuatu hubungan tidak akan berkekalan. Setiap manusia memerlukan komunikasi
kerana manusia tidak dapa thidup keseorangan. Hal ini kerana manusia diciptakan
berpasangan oleh Allah S.W.T. Menurut Shannon dan Weaver, 1948 komunikasi ialah satu
minda mempengaruhi minda lain melalui tulisan, muzik, seni, lukisan, teater, tarian dan
semua pertuturan manusia. Manakala menurut Sillars, 1988 komunikasi ialah penghantaran,
penerimaan atau pertukaran maklumat, pendapatdan tulisan, percakapan atau imej, visual
atau lain-lain dengan difahami oleh setiap yang terlibat.
Antara cadangan yang boleh digunakan untuk meningkatkan komunikasi lisan dalam
kalangan pelajar ialah mengadakan pembentangan dengan lebih kerap. Setiap pelajar atau
kumpulan diwajibkan membuat perbentangan di dalam kelas. Pembentangan yang selalu
dilakukan boleh menghilangkan rasa gugup dan takut seseorang individu atau pelajar di
khalayak ramai. Perkara yang pada mulanya sukar akan menjadi mudah apabila sering
dipraktiskan. Oleh itu, pembentangan dalam kelas dapat membantu meningkatkan
komunikasi dalam kalangan pelajar.
Selain itu, pelajar perlu banyak membaca supaya tahu tentang isu-isu semasa dan
mahir tentang topik yang akan dibentangkan. Topik pembentangan yang dibentangkan harus
dikuasai supaya pendengar atau penonton dapat memahami isi yang disampaikan. Semasa
proses pembentangan dilakukan pasti ada soal jawab daripada pendengar atau penonton yang
tidak faham dan inginkan penjelasan yang lebih mendalam tentang topik yang dibentangkan.

Keadaan ini akan mempengaruhi kemahiran komunikasi seseorang individu serta


meningkatkan kelemahan-kelemahan dalam proses komunikasi.
Pelajar juga harus meningkatkan keyakinan diri dan menghindari perasaan malu.
Salah satu caranya dengan meluaskan pergaulan sesama rakan kuliah dan orang-orang yang
berpengalaman. Pelajar akan merasa selesa dan tidak takut salah ketika berkomunikasi.
Tambahan pula, keyakinan diri membantu pelajar supaya tidak mudah gugup di khalayak
ramai. Sebagai contoh, sering bergurau dan bertukar pendapat dengan ahli kumpulan. Jika
pelajar itu mampu mengatasi ejekan dan gurauan dengan ahli kumpulan maka pelajar itu
tidak mudah gugup dan takut dalam komunikasi. Oleh itu, jadikan ejekan rakan sekumpulan
sebagai satu tindakan positif yang dapat meningkatkan kemahiran komunikasi.
Cara yang seterusnya ialah mengadakan seminar tentang pentingnya kemahiran
komunikasi. Setiap pelajar harus sedar dan tahu tentang pentingnya kemahiran komunikasi
dalam kehidupan seharian. Dalam seminar yang diadakan itu, pelajar akan didedahkan
dengan cara-cara berkomunikasi dengan baik serta memberi tunjuk ajar kepada pelajar
tentang komunikasi. Komunikasi yang berkesan akan dapat dipraktikkan dalam kehidupan
seharian jika pelajar dapat menguasai kemahiran komunikasi dengan baik. Oleh itu,
pentingnya pendedahan komunikasi kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran dalam
komunikasi.
Di samping itu, tekanan dan ekspresi mesti sesuai dengan yang dibicarakan. Modal
berkomunikasi adalah suara. Dengan suara yang berintonasi baik, jelas, dinamik, bertempo
yang tepat dapat memudahkan proses komunikasi. Pelajar dapat menyampaikan setiap isi
komunikasi dengan berkesan kepada pendengar atau penonton. Untuk lebih berkesan,
ekspresi muka perlu ditunjukkan si samping dapat menarik minat audiens.
Bahasa yang digunakan dalam komunikasi hendaklah difahami oleh audiens. Bahasa
juga mempengaruhi kefahaman audiens terhadap apa yang hendak disampaikan. Jangan
dipengaruhi dengan dialek masing-masing. Misalnya, makan jadi makang dalam bahasa
Terengganu. Begitu juga dengan negeri-negeri lain supaya tidak membawa dialek bahasa
masing-masing ketika berkomunikasi di hadapan audiens. Tambahan pula, tidak semua dialek
negeri masing-masing di fahami oleh setiap audiens. Oleh itu, jangan sesekali menggunakan
dialek bahasa masing-masing supaya maklumat yang disampaikan akan diterima dengan
mudah.
Pelajar juga harus membiasakan diri dengan mengikuti program yang memerlukan
kemahiran lisan yang baik. Pelajar perlu banyak melibatkan diri mereka dalam aktiviti seperti
pengucapan awam, agar mereka terbiasa bercakap dikhalayak ramai dan ini membantu untuk
meningkatkan keberanian dalam diri seseorang. Apabila mereka terbiasa dalam keadaan ini
akan memudahkan proses komunikasi berlaku dengan berkesan.
Di samping itu, pelajar juga perlu menyertai pertandingan yang melibatkan
komunikasi sama ada komunikasi lisan, komunikasi bukan verbal dan komunikasi bertulis.
Misalnya menyertai pertandingan syarahan, perbahasan, debat dan sebagainya yang akan
meningkatkan lagi kemahiran komunikasi. Manakala contoh bagi komunikasi bertulis ialah
penulisan essei, sajak dan sebagainya. Keyakinan diri serta kemahiran komunikasi akan lebih
mantap dengan menyertai pertandingan-pertandingan yang diadakan. Tambahan pula, buah
fikiran seseorang akan berkembang serta mampu menggunakan daya mengingat dengan lebih
baik.
Cadangan yang seterusnya untuk meningkatkan komunikasi dalam kalangan pelajar
ialah melalui perbualan atau dialog. Apabila pelajar sentiasa berkomunikasi antara satu sama
lain maka keyakinan diri dapat dipertingkatkan. Melalui perbualan atau dialog pelajar akan

dapat idea-idea baru atau maklumat hasil daripada komunikasi yang dilakukan. Dengan itu,
pelajar dapat meyakinkan diri untuk menyampaikan sesuatu tanpa rasa ragu-ragu terhadap
penyampaian yang akan disampaikan. Oleh itu, perbualan atau dialog dalam kalangan pelajar
juga dapat mempengaruhi kemahiran komunikasi pelajar.
Pelajar juga harus menanam minat membaca dalam diri mereka. Membaca buku-buku
ilmiah, sastera dan sebagainya akan mencambah pengetahuan pelajar dengan lebih baik lagi.
Dengan pembacaan tersebut, pelajar akan lebih berpengetahuan dan berani melontarkan ideaidea, pandangan atau pendapat. Secara tidak langsung, kemahiran pelajar mampu
ditingkatkan. Oleh itu, dapat disimpulkan membaca adalah jambatan ilmu.
Selain itu, pelajar harus mendengar sesuatu perkara dengan baik. Apabila seseorang
itu sedang memberi maklumat, sebagai pendengar atau penerima maklumat seharusnya
mendengar dengan teliti dan memberi perhatian dengan sebaiknya. Sekiranya tidak memberi
perhatian, dikhuatiri maklumat yang disampaikan oleh penyampai tidak sampai. Maka,
tumpuan pendengar atau penerima sangat penting untuk memudahkan proses komunikasi
dengan berkesan. Di samping itu, pelajar hendaklah mencatat perkara-perkara yang penting
untuk peringatan sendiri. Oleh itu, proses komunikasi akan berjalan dengan lancar dan
maklumat yang disampaikan dapat diterima dengan baik.
Setiap pelajar harus melakukan muhasabah diri. Muhasabah diri dapat
mempertajamkan strategi dalam membuat keputusan supaya tidak mudah berputus asa.
Banyak melakukan komunikasi dengan diri sendiri supaya lebih yakin dengan keputusan
yang akan diambil. Cara ini amat penting kerana setiap individu memerlukan kekuatan dari
segi emosi serta sistem sokongan sendiri.
Cara yang seterusnya ialah membuat program komunikasi berasaskan teknologi.
Dewasa ini, teknologi semakin canggih terutamanya dalam bidang teknologi maklumat.
Pelbagai kaedah untuk menyampaikan maklumat melalui dalam talian seperti e-mail,
facebook, twitter dan sebagainya. Sebagai contoh, Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM )
menggunakan teknologi ini untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar seperti laman
sesawang Sistem Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran Interaktif ( SPIN ) dan laman
sesawang Sistem Maklumat Pelajar ( SMP ). Dengan adanya kecanggihan teknologi, pelajar
boleh menggunakan teknologi sebagai wadah komunikasi yang berkesan. Di samping itu,
program bulan komunikasi teknologi di laman sesawang harus diadakan seperti setiap pelajar
harus membuat satu bentuk komunikasi yang berkesan dan yang menang akan diberi
penghargaan. Aktiviti ini dapat menarik minat pelajar dan dapat meningkatkan tahap
komunikasi yang baik dan berkesan dalam kalangan pelajar tahun 1 di Universiti Kebangsaan
Malaysia ( UKM ).
Komunikasi yang baik juga dipengaruhi dengan cara penyampaian seseorang
individu. Komunikasi ini juga boleh dikenali sebagai komunikasi bukan verbal atau
komunikasi bukan lisan. Memperbaiki bahasa tubuh dapat membuat perbezaan yang besar
ketika berkomunikasi. Bahasa tubuh yang baik dapat menunjukkan bahawa seseorang itu
memiliki kecekapan, daya tarikan dan berfikiran positif. Sebagai contoh, jika anda sering
tersenyum, anda akn mersakan lebih bahagia. Jika anda duduk dengan tegap, anda akan
merasakan lebih bersemangat. Jika anda melambat-lambatkan gerakan anda ( tidak terburuburu ), anda akan merasakan lebih tenang. Bahasa tubuh yang perlu diambil perhatian ialah
bagaimana cara anda duduk, cara anda berdiri, cara anda menggunakan kedua tangan dan
kaki serta apa yang anda lakukan ketika berkomunikasi.

Beberapa bahasa tubuh yang perlu diperhatikan ketika berkomunikasi ialah jangan
silangkan kaki dan tangan. Bahasa tubuh ini menunjukkan seseorang itu bersifat tertutup
terhadap orang yang berkomunikasi dan tidak menunjukkan hubungan komunikasi yang baik.
Di samping itu, bahasa tubuh mengangguk ketika komunikasi dilakukan.
Mengangguk menandakan bahawa anda sedang mendengarkan apa yang disampaikan.
Mengangguk juga tidak semestinya anda faham semua apa yang disampaikan. Catatkan apa
yang tidak faham dan jangan menyoal ketika penyampai sedang berbicara. Pastikan
penyampai sudah selesai menyampaikan maklumat dan barulah anda bertanyakan soalanj
yang anda tidak faham. Dengan itu, komunikasi akan nampak lebih baik dan berkesan.
Lakukan interaksi mata semasa komunikasi bukan berlawan menatap mata. Pelajar
harus pandai melakukan interaksi mata pada penyampai kerana ini dapat membuat hubungan
komunikasi menjadi lebih baik. penyampai juga dapat melihat apakah mereka sedang
mendengarkan penyampaian anda atau tidak. Tapi, jangan menatap penyampai terus menerus
kerana akan menyebabkan penyampai merasa gelisah dan takut. Jika anda tidak biasa
melakukan interaksi mata memang akan terasa tidak selesa pada pertama kalinya. Jika sering
dilakukan akan menjadi kebiasaan dan Nampak berlakunya komunikasi antara pentampai dan
pendengar.
Pelajar juga perlu menghindari gerakan yang menunjukkan anda gelisah. Jangan
terlalu menonjolkan perbuatan yang dapat menunjukkan yang anda gelisah. Misalnya,
menyentuh muka, menggoyang-goyangkan kaki, mengetuk-ngetuk jari di atas meja dan apaapa gerakan yang tidak sepatutnya ditunjukkan. Gerakan-gerakan itu menunjukkan bahawa
anda gugup dan dapat mengganggu suasana komunikasi yang sedang berlaku. Sebolehbolehnya kawal perasaan gugup dan gelisah itu. Kebiasaannya perasaan gugup dan gelisah
hanya pada permulaan dan akan hilang bila anda yakin akan apa yang anda lakukan.
Semasa berkomunikasi jangan terlalu serius. Pelajar dinasihatkan jangan terlalu serius
dalam penyampaian maklumat. Berceria serta santai dalam penyampaian. Bukan hanya
penyampai yang ceria dan santai, pendengar juga perlu melakukan perkara yang sama.
Tersenyum bahkan tertawa jika seseorang menceritakan sesuatu yang lucu. Dengan ini akan
menampakkan keberkesanan proses komunikasi yang dilakukan. Maklumat akan mudah
diterima dan mudah difahami jika diselitkan dengan gurauan dalam komunikasi.
Manakala dari segi komunikasi bertulis iaitu komunikasi penulisan pula pelajar perlu
memahami arahan atau tajuk yang diberikan untuk diolah. Komunikasi bertulis terdiri
daripada laporan, surat-menyurat, memorandum, e-mail, dan tulisan ilmiah. Sebagai contoh,
mendapat tugasan untuk membuat sajak kemerdekaan. Pelajar perlu mengaitkan perkara yang
berkait dengan kemerdekaan. Bukan mengaitkan perkara yang tidak berkaitan seperti
memasukkan unsur kartun dalam sajak. Bahasa yang digunakan untuk menulis sajak
hendaklah sesuai dengan tajuk sajak. Misalnya sajakMelayu Mudah Lupa oleh Tun Dr
Mahathir Mohammad, 2001. Sajak ini menyentuh tentang keadaan masyarakat melayu pada
masa kini. Dan bagi yang memahami maksud ini akan nampak maksud sebenar yang ingin
disampaikan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad.
Penulisan juga hendaklah mempunyai gaya bahasa yang baik. Penulisan yang baik
ialah apa yang ditulis itu mudah difahami dan dibaca oleh orang lain. Gaya bahasa yang
digunakan tidak perlu berbunga-bunga asalkan pembaca memahami isi kandungan yang
hendak disampaikan. Penulis atau pelajar juga mesti mempunyai pengetahuan tatabahasa
yang baik untuk menulis sesuatu perkara. Pengolahan gaya bahasa hendaklah menarik dan
sesuai dengan perkara yang hendak ditulis. Dengan itu, komunikasi bertulis akan mudah
diterima oleh pembaca.

Sekiranya penulis ingin menggunakan fakta dalam penulisan, pastikan fakta yang
digunakan itu tepat dan datang dari sumber yang benar. Sekiranya fakta yang diberikan tidak
tepat akan merosakkan penulisan dan pembaca akan mendapat maklumat yang salah. Fakta
yang tidak pasti seboleh-bolehnya dilakukan kajian terhadap perkara tersebut. Jangan
mengunakan fakta yang ragu-ragu dalam penulisan. Pendapat, teori-teori, prinsip, falsafah
dan ideologi boleh dijadikan fakta dalam penulisan.
Laras bahasa penulisan juga memainkan peranan yang penting dalam penulisan. Laras
bahasa boleh beubah-ubah mengikut situasi sama ada dalam situasi formal ataupun bukan
formal. Laras formal mempunyai format tersendiri dan lebih kepada penulisan yang
mempunyai bahasa yang baik. Manakala laras bukan formal lebih kepada bahasa yang tidak
tersusun dengan baik. Menggunakan laras yang tidak sesuai dengan situasi dapat dielakkan
dengan kebolehan penulis membezakan laras formal dan bukan formal.
Pengolahan yang baik dalam penulisan memudahkan maklumat dibaca serta difahami.
Pengolahan melibatkan bahasa dan penggunaannya secara berkesan serta melibatkan format
dan bentuk. Pengolahan yang baik dan sempurna mempunyai kesepaduan, kesinambungan,
ketertiban dan pertalian. Penulisan akan menjadi baik, menarik dan matang sekiranya penulis
memberikan gambaran yang jelas dan menggerakkan rangsangan serta daya berfikir
pembaca.
Dari aspek bahasa penulisan pula, bahasa haruslah mudah dibaca, ditelahi dan
difahami. Jangan menggunakan bahasa daerah dari negeri masing-masing kerana tidak semua
pembaca memahaminya. Penulis haruslah peka terhadap bahasa dengan menjaga penggunaan
bahasa yang digunakan agar menarik dan dan mudah dinikmati. Bahasa yang digunakan
hendaklah bahasa yang berasaskan prinsip-prinsip tatabahasa. Dengan itu, penulisan yang
dihasilkan akan nampak menarik dan isi kandungan penulisan mudah difahami.
Sebagai kesimpulannya, komunikasi akan menjadi tidak sempurna sekiranya terdapat
halangan-halangan dalam berkomunikasi iaitu seorang yang pemarah, orang yang kurang
sopan, orang yang pendiam tetapi menyimpan kemarahannya, orang yang sentiasa mendesak,
orang yang sentiasa mengkritik,orang yang bermulut murai, orang yang suka berbalah dan
yang terakhir ialah orang yang enggan mendengar apa yang ingin disampaikan. Oleh itu,
proses komunikasi mempengaruhi minda, perasaan dan tingkah laku seseorang, kepentingan
kemahiran adalah penting untuk mewujudkan komunikasi yang baik, cuba mengenalpasti
punca, halangan dalam komunikasi untuk melahirkan komunikasi yang baik.