Anda di halaman 1dari 17

GRU6014

1.0

Ulasan Jurnal: Pemodelan Penggunaan Kenderaan Tidak Bermotor Berdasarkan


Teori Tingkahlaku Terancang

Pendahuluan

Jurnal yang telah dipilih bagi tugasan ini berada dalam klasifikasi jurnal
teknologi yang bertajuk Pemodelan Penggunaan Kenderaan Tidak
Bermotor Berdasarkan Teori Tingkahlaku Terancang. Jurnal ini telah
ditulis oleh Muhamad Razuhanafi Mat Yazid, Romzi Ismail dan Riza Atiq
O.K.Rahmat dan telah diterbitkan oleh Universiti Teknologi Malaysia
pada tahun 2013. Secara umumnya, ulasan ini akan membincangkan
kandungan yang terdapat dalam jurnal ini dari aspek metodologi kajian
yang telah digunakan oleh pengkaji. Beberapa bahagian yang terlibat
adalah kaedah kajian, hasil dapatan kajian dan kesimpulan.
Secara keseluruhan, jurnal ini ditulis berdasarkan sebuah kajian
yang ingin membina sebuah model yang diberi tajuk Pemodelan
Penggunaan Kenderaan Tidak Bermotor Berdasarkan Teori Tingkahlaku
Terancang. Jurnal ini menerangkan cara kajian asal ditadbir dari segi
latar belakang kajian, pemilihan responden, pemilihan teori yang ingin
digunakan,

seterusnya

kaedah

kajian

yang

digunakan

dalam

menyempurnakan kajian ini dan juga membicangkan hasil dapatan


serta kesimpulan bagi kajian ini. Tujuan perlaksanaan kajian tersebut
adalah untuk mengukur kesahan dan kebolehpercayaan instrumen
model kenderaan tidak bermotor yang dibina oleh pengkaji. Oleh yang
demikian, pengkaji telah menggunakan beberapa model dan kaedah
analisis bagi tujuan menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen
tersebut. Antara model dan kaedah analisis yang terlibat dalam kajian
ini adalah Model Persamaan Berstruktur (SEM), Analisis Kesahan Faktor
(CFA), Analisis Alfa Cronbach, Analisis Critical Ratio (CR), Analisis
Average Variance Extracted (AVE), dan ujian taburan data dengan
menggunakan kaedah Skewness dan Kurtosis.
Manakala bagi penggunaan teori pula, pengkaji telah memilih Teori
Tingkahlaku Terancang yang dikembangkan oleh Azjen (1991) sebagai
1

GRU6014

Ulasan Jurnal: Pemodelan Penggunaan Kenderaan Tidak Bermotor Berdasarkan


Teori Tingkahlaku Terancang

teori asas yang selari dengan tajuk kajian ini. Melalui teori ini,
beberapa konstruk telah dikenalpasti yang terdiri daripada empat
elemen iaitu sikap positif, sikap negatif, norma subjektif dan persepsi
kawalan sejagat dijadikan sebagai pembolehubah tidak bersandar.
Manakala pembolehubah besandar pula adalah merupakan keinginan
seseorang untuk menggunakan kenderaan tidak bermotor berdasarkan
konstruk

pembolehubah-pembolehubah

tidak

bersandar

tersebut.

Seterusnya, penggunaan teori ini dipilih adalah bersesuaian untuk


mengukur sikap dan kecenderungan selari dengan pendapat Ambak
et.al (2011) yang menyatakan bahawa sikap adalah merujuk kepada
penilaian keseluruhan kelakuan seseorang, norma subjektif pula adalah
mengenai kepercayaan seseorang samada orang lain memberi kesan
terhadap sesuatu kelakuan yang mereka akan lakukan, manakala
persepsi kawalan sejagat pula adalah merupakan keinginan seseorang
mengenai adanya faktor yang akan memudahkan atau menghalang
perlaksanaan sesuatu perilaku.
Berikutnya, bagi menguji konstruk yang dibina, Model Persamaan
Berstruktur (Structural Equation Model- SEM) telah digunakan bagi
menguji kesahan dan kebolehpercayaan konstruk kajian ini. Bagi
menganalisis model pengukuran dalam kajian ini, pengkaji telah
menggunakan Analisis Kesahan Faktor (CFA).

2.0

Kaedah Kajian

Kajian ini telah dibina dengan menggunakan pendekatan kuantitatif.


Instrumen yang telah digunakan oleh pengkaji adalah jenis borang soal
selidik. Dalam borang soal selidik ini terkandung empat konstruk utama
yang menjadi pengukur kepada pembolehubah bersandar. Konstrukkonstruk yang dimaksudkan tersebut adalah sikap negatif, sikap positif,
norma subjektif dan persepsi kawalan sejagat. Seterusnya, pengkaji
telah menggunakan skala likert tujuh mata (sangat tidak setuju kepada
sangat setuju) dalam borang soal selidik ini sebagai cara untuk
2

GRU6014

Ulasan Jurnal: Pemodelan Penggunaan Kenderaan Tidak Bermotor Berdasarkan


Teori Tingkahlaku Terancang

mempersembahkan item-item soalan yang ingin diajukan kepada


responden. Kaedah skala likert ini dipilih adalah bersesuaian dengan
pendapat
merupakan

Leung

(2011)

suatu

yang

kaedah

menyatakan

yang

digunakan

bahawa
secara

skala

likert

meluas

bagi

instrumen pengukuran pendapat, pengukuran pilihan dan pengukuran


sikap.
Seterusnya bagi pemilihan populasi kajian, penduduk di daerah
bandar Kota Bharu, Kelantan telah dipilih. Seramai 206 602 orang
penduduk telah dikenalpasti mendiami bandar ini yang mencakupi lima
buah mukim, iaitu mukim Kota Bharu, Panji, Kubang Kerian, Kota dan
Badang. Seterusnya, persampelan rawak secara kelompok telah
dijalankan keatas lima buah mukim tersebut bagi memperolehi sampel
kajian. Saiz sampel kajian telah ditentukan berdasarkan jadual Krejcie
dan Morgan (1970) yang menyatakan sekiranya jumlah populasi adalah
sebanyak

206

602

orang,

maka

saiz

sampel

minimum

yang

bersesuaian dengannya adalah sebanyak 400 orang seperti yang


ditunjukkan oleh anak panah dalam Jadual 1 di bawah.

Jadual 1: Jadual Penentuan Saiz Sampel menurut Krejcie dan


Morgan (1970)

GRU6014

Ulasan Jurnal: Pemodelan Penggunaan Kenderaan Tidak Bermotor Berdasarkan


Teori Tingkahlaku Terancang

Pengumpulan data melalui borang soal selidik telah dilakukan


melalui

kaedah

persampelan

rawak

berstrata

terhadap

semua

kelompok kajian yang telah dikenalpasti bagi menguji setiap konstruk


kajian. Melalui kaedah persampelan rawak berstrata, sampel kajian
dibahagikan kepada dua mengikut sub- kumpulan iaitu lelaki dan
perempuan.

Mengikut

Sekaran

(1992),

jika

sesuatu

kajian

menggunakan sub-kumpulan (lelaki dan perempuan) sebagai sampel


kajiannya, maka saiz sampel minimum yang bersesuaian adalah
sebanyak 30 peratus dari setiap sub- kumpulan tersebut adalah
diperlukan. Walaubagaimanapun, pengkaji tidak memilih kaedah ini,
sebaliknya pengkaji menggunakan kaedah penentuan saiz sampel
yang

disarankan

oleh

Krejcie

dan

Morgan.

Berdasarkan

jadual

penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970), saiz sampel kajian
ini telahpun dikenalpasti sebanyak 400 orang sebagai responden.
Kaedah Persampelan Rawak Berstrata telah dilakukan berdasarkan
jantina

dan

peringkat

umur

telah

dilaksanakan

semasa

proses

pemilihan responden. Jadual 1 di bawah menunjukkan cara pengkaji


telah memperolehi responden berdasarkan sub-kumpulan jantina.

Mukim

Jumlah

penduduk

Responden lelaki

2007
Bilang

peratus

an

Bilang

peratus

an

Responden

Jumlah

perempuan

responden

Bilanga

mengikut mukim
Bilanga Peratus

peratus

Kota

33,

16

33

16

32

16

65

16

Bharu
Panji

830
72,

35

70

35

71

35

141

35

Kuban

790
54,

27

53

27

53

27

106

27

600

Kerian
Kota

13,

14

13

27

Badan

682
31,

15

31

15

30

15

61

15

g
Jumlah

700
206,

100

201

100

199

100

400

100

GRU6014

Ulasan Jurnal: Pemodelan Penggunaan Kenderaan Tidak Bermotor Berdasarkan


Teori Tingkahlaku Terancang

602

Jadual 2: Taburan populasi dan sampel


Berdasarkan Jadual 2 di atas, jumlah penduduk bagi setiap mukim
telah dikenalpasti dan telah diberikan peratusannya berdasarkan jumlah
keseluruhan penduduk bagi kelima-lima buah mukim tersebut. Mukim
Panji merupakan mukim yang mempunyai jumlah penduduk tertinggi
dengan memegang sebanyak 35 % dari keseluruhan jumlah penduduk.
Manakala mukim yang mempunyai penduduk yang terkecil adalah mukim
Kota yang hanya memegang sebanyak 7 % sahaja dari keseluruhan
jumlah penduduk. Daripada hasil peratusan ini, pengkaji telah membuat
pembahagian yang lebih terperinci bagi menentukan bilangan responden
lelaki dan perempuan bagi setiap mukim. Mengikut kaedah persampelan
rawak

berstrata, bilangan responden akan ditentukan berdasarkan

peratusan bilangan penduduk bagi setiap mukim. Pengkaji seterusnya


menentukan bilangan responden bagi saiz sampel di setiap mukim yang
berjumlah keseluruhan sebanyak 400 orang responden. Penentuan
bilangan responden ini adalah berdasarkan peratusan kependudukan yang
diwakili oleh setiap mukim. Sebagai contoh, peratusan yang diwakili oleh
Mukim Kota Bharu adalah sebanyak 16% bagi keseluruhan populasi. Maka
16% ini akan menjadi pemberat kepada mukim Kota Bharu dalam
menentukan jumlah bilangan responden yang sepatutnya bagi mukim ini.
Contoh pengiraannya adalah seperti di bawah:

Penentuan Bilangan
Responden dari
Mukim Kota Bharu

=
=
=

Peratus yang diwakili oleh Kota


Bharu
X
jumlah saiz sampel
16%

400 orang

Daripada pengiraan di atas, didapati64


16orang
% daripada 400 orang responden
(saiz sampel) adalah seramai 64 orang. Maka, hanya 64 orang sahaja
yang akan terpilih untuk menjadi responden dalam mukim ini. Begitu juga
dengan cara pengiraan penentuan bilangan responden bagi Mukim Panji,
Kubang Kerian, Kota dan Badang.
5

GRU6014

Ulasan Jurnal: Pemodelan Penggunaan Kenderaan Tidak Bermotor Berdasarkan


Teori Tingkahlaku Terancang

Seterusnya,
perempuan,

bagi

menentukan

bilangan

responden

lelaki

dan

pengkaji telah memberikan pemberat yang hampir sama

kepada kedua-dua kategori ini iaitu bagi kategori lelaki adalah sebanyak
50.25% dan manakala pemberat bagi kategori perempuan pula adalah
sebanyak 49.75%. Pemberat ini diberikan hampir sama nilainya adalah
bertujuan

untuk

mengelakkan

ketidakseimbangan

data

yang

akan

diperolehi semasa kajian dijalankan yangmana ia akan memberi kesan


kepada

hasil

dapatan

kajian

secara

keseluruhan.

Seperti

yang

dimaklumkan, jumlah sampel bagi kajian ini adalah sebanyak 400 orang.
Sampel ini dibahagikan mengikut pemberat kategori masing- masing iaitu
lelaki sebanyak 50.25%

yang diwakili oleh 201 orang dan pemberat

kategori perempuan sebanyak 49.75% yang diwakili oleh 199 orang


responden. Jumlah kedua-dua kategor ini akan memperoleh saiz sampel
kajian seperti yang diperlukan.
Berikutnya, bagi mendapatkan jumlah bilangan responden mengikut
kategori samada lelaki (2) atau perempuan (3) merupakan hasil tambah
daripada keseluruhan responden dari setiap mukim. Setiap mukim
membawa

pemberat

peratusan

masing-masing

seperti

yang

telah

dikenalpasti daripada peratusan kependudukan populasi seperti yang


dinyatakan sebelum ini. Contoh pengiraan

bagi penentuan bilangan

responden lelaki adalah seperti berikut:

Bilangan
Peratusan pemberat mengikut mukim
=
responden lelaki /
X
perempuan bagi
Bagi memahami secara terperinci
mengenai
bilangan
jumlah
respondenpengiraan
lelaki / perempuan
dalam
saiz sampel
responden mengikut mukim dan
bilangan
responden lelaki dan
perempuan mengikut mukim adalah seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 3 di bawah.

GRU6014

Ulasan Jurnal: Pemodelan Penggunaan Kenderaan Tidak Bermotor Berdasarkan


Teori Tingkahlaku Terancang

Mukim

(1)

(2)

(3)

Saiz sampel

Responden Lelaki

Responden

keseluruhan

(50.25 % X 400) =

Perempuan (49.75 %

Kota Bharu
Panji
Kubang

responden, n = 400
16 % X 400 = 65
35 % X 400 = 141
27 % X 400 = 106

201
16 % X 201 = 33
35 % X 201 = 70
27 % X 201 = 53

X 400) = 199
16 % X 199 = 32
35 % X 199 = 71
27 % X 199 = 53

Kerian
Kota
Badang
JUMLAH

7 % X 400 = 27
15% X 400 = 61
100 %X 400 = 400

7 % X 201 = 14
15% X 201 = 31
100 % X 201 = 201

7 % X 199 = 13
15% X 199 = 30
100 % X 199 = 199

Jadual 3: Penentuan bilangan sampel mengikut mukim, bilangan


responden lelaki dan responden perempuan mengikut mukim
Berdasarkan Jadual 3 ini, ditunjukkan cara pengiraan dalam menentukan
bilangan sampel mengikut mukim dan pengiraan dalam menentukan
bilangan responden lelaki dan perempuan mengikut mukim. Peratusan
yang digunakan untuk menentukan bilangan bagi maklumat kolum (1), (2)
dan (3) adalah sama bagi setiap mukim, yangmana peratusan ini adalah
bersamaan dengan peratusan yang diwakili oleh mukim masing-masing
dalam populasi kajian ini.
Selain

itu,

kaedah

persampelan

rawak

berstrata

telah

juga

digunakan untuk mengklasifikasikan peringkat umur responden bagi


kajian

ini.

Kaedah

ini

dikatakan

sangat

berkesan

kerana

dapat

memberikan lebih banyak maklumat mengikut saiz sampel dan peringkat


umur. Oleh yang demikian, pengkaji telah mengkategorikan respondennya
kepada tujuh peringkat umur sepertimana yang telah disarankan oleh
Steinbergh (1999). Peringkat umur tersebut ditunjukkan seperti Jadual 4 di
bawah.

Peringkat
Awal remaja
Pertengahan remaja
Akhir remaja
Awal dewasa
Pertengahan dewasa 7
Akhir dewasa
Matang @ tua

Umur (tahun)
12- 15
16-20
21-24
25-29
30-34
35-40
41 - keatas

GRU6014

Ulasan Jurnal: Pemodelan Penggunaan Kenderaan Tidak Bermotor Berdasarkan


Teori Tingkahlaku Terancang

Jadual 4: Peringkat umur

Berdasarkan Jadual 4, terdapat tujuh peringkat umur yang merupakan


ruang lingkup peringkat umur responden bagi kajian ini. Peringkat umur
yang terawal adalah 12-15 tahun iaitu pada peringkat awal remaja ,
seterusnya peringkat pertengahan dewasa adalah pada umur 30 dan
berakhir pada umur 34. Manakala peringkat umur yang terakhir bagi
responden dalam kajian ini adalah peringkat matang yang bermula pada
umur 41.

Berikutnya, pengkaji telah mentadbir borang soal selidiknya adalah


pada jarak tidak kurang dari 12 km dari kilometer post di Pejabat Pos
Besar Kota Bharu kepada kelima-lima buah mukim. Hal ini adalah
berdasarkan

kajian

lepas,

jarak

perjalanan

yang

berkesan

untuk

kenderaan tidak bermotor adalah sejauh 12 km seperti yang dinyatakan


Scheiner (2010) dalam Journal of Transport Geography.

Seterusnya, pengkaji telah menggunakan perisian program

Analysis

Moment of Structure (AMOS) versi 7.0 dalam kajiannya ini. Program AMOS
adalah

bersesuaian

dengan

kajian

ini

kerana

program

tersebut

menggunakan kaedah kemungkinan maksimum (maximum likelihood


estimation) bagi menjana anggaran dalam pengukuran sepenuhnya (fullfledged measurement) model. Terdapat beberapa indeks kriteria yang
perlu dipenuhi oleh analisis ini agar ianya mencapai tahap kesesuaian
bagi sesuatu model pengukuran baru yang ingin dibina. Kriteria-kriteria
indeks yang dimaksudkan tersebut adalah nilai minimum bagi perselisihan
antara data yang dikumpul dan model dibahagikan dengan darjah
8

GRU6014

Ulasan Jurnal: Pemodelan Penggunaan Kenderaan Tidak Bermotor Berdasarkan


Teori Tingkahlaku Terancang

kebebasan (CMIN/df), Comparative of Fit Index (CFI), Tucker Lewis Index


(TLI) dan The Root Mean Square Error of Approximation (RMSEA). Menurut
Byrne (2010), Schreiber (2006) dan Golob (2003), mereka menyatakan
bahawa sesuatu model itu adalah bagus apabila indeks itu memenuhi
kriteria indeks yang menunjukkan CMIN/df dengan satu nilai adalah antara
1 hingga 5 akan dianggap boleh diterima (acceptable fit) antara model
dan data. Kriteria kedua adalah indeks CFI dan TLI menghampiri 1.00
yangmana ia menunjukkan satu padanan yang sesuai dan kriteria yang
ketiga pula adalah indeks RMSEA adalah 0.08 atau kurang dari 0.08
adalah menunjukkan satu ralat anggaran yang munasabah serta ia boleh
diterima.

Seterusnya, bagi menganalisis data keatas model SEM, pengkaji telah


menggunakan Analisis Kesahan Faktor (CFA). Pemilihan CFA adalah sangat
bersesuaian dengan SEM kerana menurut Schreiber (2006), kelebihan
utama menggunakan Analisis Kesahan Faktor (CFA) adalah kerana
kesahan utama struktur faktor boleh dinilai keatas pelbagai indeks
kebagusan model. Selain itu, kaedah ini juga adalah bersesuaian dengan
kajian yang dijalankan kerana ianya digunakan untuk menentukan
samada sesuatu model hipotesis itu adalah sesuai dengan sesuatu set
data atau sebaliknya (Byrne, 2010; Hair et al., 2010). Menurut Stevens
dan Zvoch (2007), CFA bertujuan untuk menguji kesahan konstruk
instrument yang bermaksud sebaikmana konstruk tersebut menjelaskan
pembolehbah

yang

terkandung

dalam

sesuatu

konstruk

tersebut.

Beberapa nilai telah diperoleh iaitu factor loadings, varians dan indeks
pengubahsuaian (modification indices (MI)) bagi tujuan mendapatkan
model kesepadanan terbaik. Disamping itu, Kline (2005) mencadangkan
sekurang-kurangnya empat ujian yang harus digunakan antaranya: Chisquare (2), Goodness of Fit Index (GFI), Normed Fit Index (NFI) atau
Comparative Fit Index (CFI), Non-Normed Fit Index (NNFI) dan Root Mean
Square Residual (SRMR).

GRU6014

3.0

Ulasan Jurnal: Pemodelan Penggunaan Kenderaan Tidak Bermotor Berdasarkan


Teori Tingkahlaku Terancang

Hasil Dapatan Kajian

Pengkaji telah menggunakan Model Persamaan Berstruktur (SEM) untuk


mengukur konstruk Teori Tingkahlaku Terancang yang mempunyai empat
konstruk utama iaitu sikap positif, sikap negatif, norma subjektif dan
persepsi kawalan sejagat. Menurut Zainudin (2010) bagi menguji model hipotesis
yang diketengahkan dalam kajian. Di samping itu, Model Persamaan Berstruktur (SEM)
secara khususnya sesuai digunakan bagi memodelkan hubungkait antara konstruk bersandar
dan tak bersandar pelbagai secara serentak (Zulkifley & Kamarulzaman, 2009).

Model

Persamaan Berstruktur (SEM) dipilih dalam kajian ini kerana melibatkan hubungan yang
wujud secara teori antara pembolehubah secara serentak. SEM dikatakan lebih baik
berbanding path analysis kerana dapat menghasilkan ukuran yang mempunyai nilai kesahan
dan kebolehpercayaan yang lebih baik (Chua, 2009). Bagi menguji kesahan item
konstruk kajian ini, satu Analisis Pengesahan Confirmatory Factor Analysis
(CFA) yang telah dijalankan dan hasilnya didapati kesemua item konstruk
kajian tersebut mempunyai nilai kesahan yang signifikan.

Selain itu, keputusan ujian Khi Kuasa Dua Goodness of Fit juga
menunjukkan nilai yang signifikan iaitu p = 0.000 yangmana nilainya
adalah lebih kecil p < 0.01. Seterusnya, nilai RMSEA bagi model hipotesis
yang dicadangkan juga adalah sepadan dengan data kajian iaitu nilainya
lebih kecil dari 0.08 dengan nilai hasil ujian sebanyak 0.064. Disamping
itu, hasil keputusan ujian-ujian yang telah dinyatakan di atas juga adalah
selaras dengan hasil analisis indeks kesepadanan IFI, TLI dan CFI yang
telah dijalankan dengan keputusan antara 0.979 hingga 0.987 iaitu
melebihi daripada nilai 0.90.

10

GRU6014

Ulasan Jurnal: Pemodelan Penggunaan Kenderaan Tidak Bermotor Berdasarkan


Teori Tingkahlaku Terancang

Bagi menguji kebolehpercayaan konstruk item yang ingin diuji


dalam kajian ini, pengkaji telah membuat satu analisis kebolehpercayaan
terhadap item-item tersebut. Tujuan pengkaji melaksanakan analisis
kebolehpercayaan ini adalah untuk mengukur sejauhmanakah item yang
ingin diuji itu adalah sah dan boleh mendapat hasil yang relevan dengan
tujuan kajian dijalankan. Selain itu, tujuan analisis ini dijalankan kerana
ingin memperolehi kebolehpercayaan yang akan memberikan keyakinan
yang konsisten kepada pengkaji terhadap hasil kajian yang diperolehi.
Disamping itu, analisis ini juga penting untuk mengukur sejauhmanakah
item yang dibina tersebut adalah selari dengan objektif kajian.
Berdasarkan analisis yang telah dilakukan oleh pengkaji dalam kajian ini,
didapati bahawa indeks kebolehpercayaan terhadap empat konstruk
kajian ini adalah di antara 0.880 hingga 0.940 bagi Alfa Cronbach, 0.887
hingga 0.938 bagi Critical Ratio, dan 0.725 hingga 0.884 bagi Average
Variance Extracted. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa keempat-empat
konstruk

kajian

yang

ingin

diuji

ini

adalah

memenuhi

indeks

kebolehpercayaan yang boleh diterima baik.

Selain ujian kebolehpercayaan, pengkaji juga menjalankan ujian


Skewness dan Kurtosis dalam kajiannya ini. Tujuan ujian ini dijalankan
adalah untuk melihat normaliti data. Hasil ujian mendapati data bahawa
adalah bertaburan normal dengan nilai purata skewness adalah sebanyak
-0.537 dan nilai kurtosisnya sebanyak 44.076. Hal ini adalah bertepatan
dengan pendapat yang dikemukan oleh Zainudin (2012) dan Fah & Hoon
(2010) yang menyatakan sekiranya taburan sesuatu data itu mempunyai
nilai skewness yang berada dalam julat -1.0 hingga 1.0, maka taburan
data tersebut adalah normal. Selain itu, taburan data juga dikatakan
normal apabila nilai multivariate kurtosis adalah berada bawah daripada
50.

Seterusnya, pengkaji menggunakan Analisis Model Struktur Lengkap


(SEM) dalam kajian ini. Teknik ini dipilih adalah bersesuaian dengan
11

GRU6014

Ulasan Jurnal: Pemodelan Penggunaan Kenderaan Tidak Bermotor Berdasarkan


Teori Tingkahlaku Terancang

objektif kajiannya iaitu ingin membentuk satu model baru mengenai


penggunaan kenderaan tidak bermotor. Hal ini adalah kerana teknik SEM
ini sememangnya digunakan untuk membina dan menguji model statistic
yang biasanya dalam bentuk model-model sebab akibat. Teknik ini juga
merupakan

teknik

hibrid

yang

menggabungkan

aspek

penegesan

(confirmatory) dari analisis faktor, analisis jalur dan regresi yang


merupakan kriteria khusus dalam SEM. Hasil keputusan analisis SEM
menunjukkan bahawa model regresi yang dicadangkan oleh pengkaji
adalah bersesuaian bagi meneruskan niat pengkaji untuk mencipta satu
pemodelan penggunaan kenderaan tidak bermotor berdasarkan Teori
Tingkahlaku Terancang. Dapatan analisis mendapati keempat-empat
konstruk sikap positif, sikap negatif, tahu kawal kelakuan, dan persepsi
kawalan sejagat merupakan konstruk peramal yang signifikan bagi
konstruk keinginan untuk menggunakan kenderaan tidak bermotor
berdasarkan Teori Tingkahlaku Terancang.

Secara

keseluruhannya,

model

pengukuran

bagi

keinginan

menggunakan kenderaan tidak bermotor ini diadaptasi dari struktur


berdasarkan Teori Tingkahlaku Terancang yang diwakili oleh konstruk iaitu
sikap positif, sikap negatif, tahu kawal kelakuan, dan persepsi kawalan
sejagat.

Model

ini

diterjemahkan

dengan

menggunakan

kaedah

kemungkinan maksimum dan ianya dinilai dengan indeks kesesuaian


untuk menentukan kesesuaian model struktur tersebut. Hasil analisis
menunjukkan kesemua nilai indeks kesesuaian kebaikan model struktur
Teori

Tingkahlaku

Terancang

adalah

mencukupi.

Justeru,

hal

ini

menunjukkan model struktur Teori Tingkahlaku Terancang adalah baik dan


memenuhi syarat kriteria penilaian kesesuaian model.

4.0

Kesimpulan

12

GRU6014

Ulasan Jurnal: Pemodelan Penggunaan Kenderaan Tidak Bermotor Berdasarkan


Teori Tingkahlaku Terancang

Kebolehpercayaan instrumen TPB ini adalah tinggi ( 0.8), ini


bermakna instrumen ini adalah konsisten dan stabil jika di tadbirkan
pada sampel lain yang mempunyai ciri yang hampir sama. Penentuan
menggunakan model pengukuhan dalam CFA bagi TPB adalah sangat
berkesan dan kukuh bagi menghasilkan instrumen TPB yang mengukur
4 konstruk iaitu sikap positif, sikap negatif, tahu kawal kelakuan dan
persepsi kawalan. Kekuatan instrumen TPB ini ialah kemampuannya
yang

menunjukkan

pengukuran

bahawa

konstruk

setiap

item

masing-masing.

menyumbang

Kesemua

empat

ke

arah

konstruk

mempunyai kesahan konstruk yang tinggi apabila dilihat pada nilai


RMSEA ialah 0.08, yang mana boleh diterima untuk ditentukan
kesahan konstruk. Nilai CFI dan TLI pula menghampirkan 1 atau 0.9.
Ini menunjukkan TPB mempunyai kestabilan yang mencukupi untuk
digunakan pada masa-masa lain secara berterusan ke atas ciri-ciri
kumpulan sampel yang hampir sama. Ini bersesuaian dengan apa yang
dinyatakan oleh Byrne (2010) dan Ghozali (2008) terdapat beberapa
jenis Indeks Kesesuaian yang digunakan untuk mengukur tahap
Kesesuaian Model.
Hasil dapatan kajian menjelaskan keinginan penduduk bandar Kota
Bharu untuk menggunakan kenderaan tidak bermotor berdasarkan
model Teori Tingkahlaku Terancang melalui Analisis Kesahan Faktor
(CFA) dengan mengunakan Model Persamaan Berstruktur (SEM).
Berdasarkan analisis CFA tersebut, pengkaji telah mengaplikasikan satu
set ukuran untuk menilai kesesuaian padanan goodness of fit untuk
setiap model yang dapat memberi kesahan dan kebolehpercayaan
yang baik.

5.0

Ulasan dan pandangan

13

GRU6014

Ulasan Jurnal: Pemodelan Penggunaan Kenderaan Tidak Bermotor Berdasarkan


Teori Tingkahlaku Terancang

Melalui pembacaan terhadap jurnal ini, terdapat beberapa kesimpulan


dalam konteks metodologi kajian yang boleh dinyatakan. Antaranya
adalah berkenaan dengan tajuk kajian dan teori yang digunakan,
kesesuaian pemilihan pembolehubah bersandar dan tidak bersandar
dengan objektif kajian, objektif kajian dengan instrumen yang digunakan,
dan hasil kajian dengan objektif kajian.

Yang pertama adalah pemilihan teori, Teori Tingkahlaku Terancang


yang dipilih oleh pengkaji adalah bersesuaian dengan tajuk kajiannya.
Terdapat kesinambungan antara tajuk kajian dan teori yang digunakan.
Seterusnya adalah mengenai pembolehubah-pembolehubah yang telah
dipilih

untuk

dijadikan

sebagai

pembolehubah

bersandar

dan

pembolehubah tidak bersandar. Pembolehubah tidak bersandar telah


dipilih berdasarkan teori yang digunapakai dalam kajiannya ini. Ianya
sangat bersesuaian untuk dijadikan konstruk kajian kerana bertepatan
dengan

objektif

kajian.

Manakala

pembolehubah bersandar

adalah

merupakan keinginan seseorang untuk berkelakuan berdasarkan itemitem konstruk yang terdapat dalam pembolehubah tidak bersandar.

Seterusnya adalah mengenai objektif kajian dan metodologi kajian


yang terdapat kesinambungan antara kedua-duanya. Bagi metodologi
kajian,

pengkaji

telah

menggunakan

pembolehubah-pembolehubah

yang

Model

SEM

berperingkat

bagi

mengukur

secara

serentak.

Seterusnya, bagi menganalisis data yang dibentuk oleh model SEM ini,
perisian AMOS Versi 7.0 telah digunakan. Manakala bagi menguji konstruk
item yang terdapat dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan Analisis
Kesahan Faktor (CFA). Penggunaan CFA keatas SEM adalah sangat
bersesuaian seperti yang telah dibuktikan dengan kajian- kajian lepas.
Contoh kajian lepas yang melibatkan CFA dan SEM ini adalah kajian yang
bertajuk Model Pengukuran Kebolehpercayaan Modul Pembelajaran Kendiri
Adobe Photoshop berdasarkan gaya belajar sendiri yang diterbitkan oleh
Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2013. Kajian tersebut juga
14

GRU6014

Ulasan Jurnal: Pemodelan Penggunaan Kenderaan Tidak Bermotor Berdasarkan


Teori Tingkahlaku Terancang

menggunakan CFA untuk mengukur data dalam SEM dan memperoleh


dapatan kajian seperti tujuan utama kajian dijalankan.

Selain itu, penggunaan instrumen borang soal selidik dalam proses


mengutip data juga adalah bersesuaian dengan jenis kajian ini iaitu kajian
jenis kuantitatif. Manakala bagi menentukan jumlah sampel pula, pengkaji
telah menggunakan jadual penentuan saiz sampel oleh Krejcie dan
Morgan (1970) dan ianya adalah bersesuaian dengan prinsip kajian
penyelidikan pendidikan.

Bahagian terakhir adalah mengenai hasil dapatan kajian. Hasil


kajian yang diperolehi adalah menunjukkan model baru yang dibina oleh
pengkaji mempunyai ketekalan yang baik dan ianya stabil untuk
digunakan pada masa akan datang bagi sampel kajian yang hampir sama
dengan kajian ini. Justeru, hasil kajian telah dapat menjawab soalansoalan kajian bagi mencapai objektif kajian ini. Secara keseluruhan, kajian
ini dilaksanakan dengan baik dan mengikut prosedur kaedah penyelidikan
pendidikan yang betul. Kajian ini dapat dijadikan rujukan pada masa akan
datang.
Rujukan

Azjen, I. & Fishbein, M. 1975. Belief, Attitude, Intention and Behavior: An


Introduction to Theory and Research. Addison- Wesley, Reading,
Massschusetts
Azjen, I. 1991. The Theory of Planned Behavior.Organizational Behavior
and Human Decision Processes. 50 (2): 179-211.
Byrne, B.M. (2010). Structural Equation Modelling with AMOS: Basic
Concepts, Applications and Programming. Edisi ke-2. New York:
Taylor & Francis Group (LLC).

15

GRU6014

Ulasan Jurnal: Pemodelan Penggunaan Kenderaan Tidak Bermotor Berdasarkan


Teori Tingkahlaku Terancang

Chua Yan Piaw. (2009). Statistik Penyelidikan Lanjutan II: ujian regresi,
analisis faktor dan analisis SEM. Buku 5. Shah Alam: McGraw Hill
(Malaysia) Sdn. Bhd.

Ghozali, I. 2008. Model Persamaan Struktural Konsep Dan Aplikasi Dengan


Program

AMOS 16.0. Badan Penerbit Universitas Diponegoro.

http://www.jonathansarwono.info/sem/konsep_dasar_sem.htm
https://rosma212.files.wordpress.com/2011/12/sample-size-krejcie.gif
Kline, R.B. 2005. Principles and Practice of Structural Equation Modelling.
Edisi ke-2. NY and London: The Guilford Press.
Krecjcie, R. V, & Morgan, D.W. 1970. Determining Sample Size for
Research Activities. Educational and Psychological Measurement,
30: 607-610.
Lay, Y. F., & Khoo, C. H. 2010. Pengenalan Kepada Analisis Statistik Dalam
Penyelidikan Sains Sosial (Siri 3). Venton Publishing (M) Sdn Bhd.
Leung, S.-O. 2011. A Comparison of Psychometric Properties and
Normality in 4-5-6-, and 11 Point Likert Scales. Journal of Social
Service Research. 37(4): 412-421.
Salleh, N. S. 2013. Model Pengukuran Kepercayaan Penggunaan Modul Pembelajaran
Kendiri Adobe Photoshop Berdasarkan Gaya Belajar Sendiri. UKM, Bangi.
Schreiber, J. B. 2006. Modelling and Confirmatory Factor Analysis. Journal
of Psychoeducational Assesment. 29(4): 304-321.
Sekaran, U. 1992. Research Methods for Business: A Skill Building
Approach. 2th Edition. New York: John Wiley& Sons, Inc.
Steibergh, L.1999. Adolescent. 5th ed. Californation: McGraw- Hill College.

16

GRU6014

Ulasan Jurnal: Pemodelan Penggunaan Kenderaan Tidak Bermotor Berdasarkan


Teori Tingkahlaku Terancang

Stevens, J J., & Zvoch, K. 2007. Confirmatory Factor Analysis of the


TerraNova Comprehensive Test of Basic Skills/5. Educational and
Psychological Measurement. 67(6): 976-989.
Zainudin, A. 2012. A Handbook on SEM Structural Equation Modelling.
Edition 6. Center of Graduates Studies, Universiti Teknologi Mara.
Zainudin Hj Awang. (2010). Research Methodology for Business & Social
Science.

Shah

Alam:

University

Publication

Centre

(UPENA).

Universiti Teknologi Mara.


Zulkifley Mohamed & Kamarulzaman Ibrahim. (2009). Pembolehubah
pendam teguh dalam model persamaan berstruktur kuasa dua
terkecil separa. Jurnal Sains dan Matematik (JSM UPSI) 1(1), 45-58.

17