Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan set induksi

Set induksi ialah set bagi memulakan sesuatu pelajaran yang melibatkan
sebarang idea, pendekatan, teknik, proses, aktiviti dan sumber bagi menarik
perhatian pelajar supaya bersedia menghadapi pelajaran. Dalam hal ini, guru
perlu merancang set induksi supaya ia ada perkaitannya dengan perkara atau
pelajaran yang akan dipelajari selepas itu.
Dalam melaksanakan set induksi, guru perlu memenuhi 4 komponen penting
antaranya ialah menarik perhatian pelajar supaya guru menggunakan intonasi
suara yang menarik, gaya pergerakan seperti isyarat tangan dan kepala.
Supaya menjadi lebih menarik lagi, guru boleh menggunakan alat audio visual.
Selain itu guru perlu memotivasikan pelajar seperti menggunakan teknik
bersoaljawab, mengandungi unsur-unsur suspen dan menggunakan bahan yang
menarik. Guru juga perlu mahir membuat perkaitan antara isi pelajaran yang
akan disampaikan dengan pengetahuan sedia ada pelajar termasuk isi pelajaran
yang lepas. Akhir sekali guru juga perlu menggunakan set induksi untu
membayangkan kepada pelajar berkenaan perkara dan peringkat-peringkat
pengajaran dan pembelajaran bagi pelajaran yang berkesan.

Terdapat sekurang-kurangnya 5 prinsip dalam melaksanakan set induksi iaitu


1. menarik perhatian minat belajar dan menimbulkan perasaan ingin tahu dia
kalangan pelajar.
2. sesuai dengan umur, kebolehan dan pengalaman pelajar.
3. berkaitan dengan pengetahuan sedia ada pelajar.
4 .berkaitrapat dengan objektif pelajaran dan pembelajaran.
5 .jangkamasa yang terhad.

Kepentingan set induksi


Terdapat beberapa kepentingan set induksi dilaksanakan oleh guru ke atas
pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Kepentingan set
induksi antaranya bertujuan untuk mengaitkan pelajaran dan pengajaran
menjadi lebih menarik serta rasa timbul minat murid untuk mengetahun
pelajaran yang akan disampaikan selepas itu. Set Induksi juga digunakan
bertujuan mengaitkan pelajaran yang lepas atau dengan pengetahuan sedia ada.
Guru perlu merancang permulaan pengajaran yang baik dengan yang dapat
menarik perhatian daripada pelajar kepada pengajaran yang hendak
disampaikan dan menggalakkan pembelajaran. Jangka masa yang baik set
induksi adalah antara 3 hingga 5 minit.

Selain kepentingan set induksi untuk menarik perhatian pelajar kepada pelajaran
yang baru , ia juga mampu menarik minat dan merangsang perasaan ingin tahu
dikalangan pelajar. Ini bermakna sesuatu pelajaran yang ingin disampaikan oleh
guru, khususnya pelajaran yang baru perlu menjalankan proses tersebut bagi
menimbulkan sikap ingin tahu dikalangan pelajar tehadap pelajaran yang akan
disampaikan. Ransangan ini difikirkan perlu bagi memberikan keseronokkan
serta menarik tumpuan kepada pelajaran yang akan disampaikan juga memberi
ruang kesediaan bagi pelajar meneruskan pelajaran.

Set induksi turut berperanan mengubah dan membina aliran serta tumpuan
ffikiran pelajar daripada pelajaran yang sebelumya kepada baru. Ini bermakna
pelajar bersedia untuk menerima perubahan isi atau kandungan pelajaran
daripada yang sebelumnya kepada pelajaran yang baru. Sekiranya set induksi
tidak dilakukan, kemungkinan tumpuan fikiran pelajar sedikit sebanyak akan
terganggu berbanding jika dilaksanakan aktiviti ini. Justeru, set induksi dilakukan
bertujuan supaya pelajar sentiasa berada dalam keadaan bersedia dan pelajaran
yang akan diterima mempunyai perkaitan dan ada hubung kaitnya dengan
tumpuan yang perlu diberikan oleh pelajar itu sendiri.

Seterusnya, set induksi bertujuan member ruang kepada guru


melaksanakan sesuatu tugasan atau aktiviti yang akan dilaksanakan saling ada
perkaitan dengan langkah-langkah pelajaran yang seterusnya. Setiap aktiviti
atau tugasan yang diberikan kepada pelajar perlu saling berkait bedasarkan
pengajarn yang disampaikan oleh guru pada hari tersebut. Malah, set induksi
difikirkan penting kerana ia berkemampuan untuk mengaitkan isi pelajaran baru
dengan isi pelajaran lepas serta perkaitannya dengan pengetahuan sedia ada
pelajar. Ini penting kerana set induksi berada pada paras yang bosan untuk
menerima pelajaran seterusnya yang akhirnya tumpuan pelajar kepada
pengajaran guru turut terjejas.

Anda mungkin juga menyukai