Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
FUNGSI FRASA
1. Frasa berfungsi sebagai subjek dan predikat dalam binaan ayat. Binaan frasa
pula boleh terdiri daripada satu perkataan sahaja ataupun beberapa perkataan.
Contoh :
Subjek Predikat
1. Ibu guru.
2. Ibu budak itu guru sekolah.
3. Bapa budak lelaki itu guru sekolah agama.
2. Frasa juga berfungsi menentukan pola ayat dengan kehadirannya dalam sesuatu
binaan ayat. Dalam Bahasa Melayu, binaan ayat terdiri daripada empat pola
yang utama iaitu :
I. Frasa Nama + Frasa Nama
II. Frasa Nama + Frasa Kerja
III. Frasa Nama + Frasa Adjektif
IV. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
Dalam Bahasa Melayu, semua binaan subjek terdiri daripada Frasa Nama (lihat contoh
di atas). Manakala pola ayat dalam binaan predikat ditentukan oleh kehadiran frasa
yang menjadi inti iaitu unsure yang diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh
frasa itu dari segi makna.
a. Jika frasa nama yang menjadi inti dalam binaan predikat, maka pola ayat
tersebut adalah sebagai frasa nama + frasa nama.
Contoh :
b. Jika frasa kerja yang menjadi inti dalam binaan ayat \, maka pola ayat tersebut
adalah sebagai Frasa Nama + Frasa Kerja.
Contoh :
c. Jika frasa adjektif yang menjadi inti dalam binaan predikat, maka pola ayat
tersebut adalah sebagai Frasa Nama + Frasa Adjektif.
Contoh :
d. Jika frasa sendi nama yang menjadi inti dalam binaan predikat, maka pola ayat
tersebut adalah sebagai Frasa Nama + Frasa Sendi Nama.
Contoh:
3. Frasa juga berfungsi sebagai objek atau penyambut kepada kata kerja transitif
dalam binaan frasa kerja. Dalam Bahasa Melayu, objek atau penyambut ini
mestilah daripada frasa nama.
Contoh:
Contoh:
Subjek
Frasa Nama
Inti Penerang 1 Penerang 2
Pakaian kain kapas buatan Malaysia ini
Rumah harga murah binaan kerajaan
Bangunan pencakar langit bentuk piamid itu