Anda di halaman 1dari 1

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda:


Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda
kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.
Riwayat Muslim
Huraian:
i) Setiap manusia nilainya yang paling utama terletak pada amal perbuatan yang
dilakukannya, bukanlah pada rupa parasnya. Jika baik tingkah-lakunya, maka
baiklah dia pada pandangan kita, begitulah sebaliknya.
Ii) Namun pada pandangan Allah S.W.T, selain daripada tingkahlaku dan amalan,
nilai yang terpenting adalah pada niat orang yang melakukan sesuatu amal
perbuatan itu sendiri.
Iii) Maksud niat di sini adalah tujuan sesuatu perkara dilakukan iaitu sejauh mana
keikhlasannya kerana sesuatu kebaikan yang ada udang di sebalik batu tidak
boleh dikategorikan sebagai ikhlas di mana maksud ikhlas tersebut ialah membuat
sesuatu kebaikan semata-mata kerana kebaikan itu sendiri dan tidak mengharapkan
balasan selain daripada balasan Allah S.W.T.
Iv) Lawan ikhlas adalah riya iaitu membuat sesuatu kebaikan dengan tujuan (niat)
untuk menunjuk-nunjuk (mengampu atau membodek). Sifat ini akan menolak
pahala daripada Allah S.W.T.
V) Seorang yang ikhlas dalam kerjanya bererti dia tidak akan melaksanakan kerja
yang diamanahkan itu sekadar melepaskan batuk di tangga atau bukan sematamata kerana upah yang diterimanya setiap bulan bahkan dia menganggap kerjanya
itu sebagai satu ibadah di mana wajib ke atasnya melaksanakan tanggungjawabnya
itu dengan sempurna dan memuaskan.
vi) Bekerja dengan niat yang ikhlas akan meningkatkan produktiviti dan dapat
menghasilkan kerja-kerja yang bermutu di mana keikhlasan akan dapat menjamin
kehidupan yang mulia di dunia dan akhirat.

Anda mungkin juga menyukai