Anda di halaman 1dari 1

Manfaat Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

Globalisasi yang melanda kita menyebabkan dunia semakin hilang


sempadannya ekoran dasar langit terbuka yang kita amalkan. Begitulah satu
proklamasi yang menggambarkan kepesatan dan perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi kini. Hakikat yang tidak dapat dinafikan, teknologi
maklumat merupakan agenda baharu yang mendapat tempat dalam sanubari
segenap lapisan masyarakat. Bertitik tolak daripada itu, kerjaan sebagai
jentera pentadbiran Negara telah mengimplementasikan prakarsa yang
mapan supaya budaya teknologi maklumat dapat mendarah daging dalam
strata komuniti Malaysia. Pada masa yang sama, berbagai-bagai kempen
dijalankan untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang peri penting
teknologi maklumat. Sebagaimana yang kita sedia maklum, sejumlah
peruntukan yang besar telah dilburkan untuk tujuan tersebut. Berdasarkan
usaha dan iltizam kerajaan yang tinggi itu, nyatalah bahawa bidang teknologi
maklumat mempunyai manfaat yang sangat besar kepada Negara dan perlu
diterokai serta diperkenalkan kepada masyarakat buana ini kerana tak kenal
maka tak cinta. Pesoalan yang berlegar dalam minda kita, apakah manfaatmanfaat tersebut?

Dalam meniti hari demi hari, teknologi maklumat dapat menjadikan


masyarakat negera kita sebagai masyarakat yang sentiasa peka dengan
perkembangan dan pergolakan dunia. Hal ini demikian kerana melalui
kemajuan dalam bidang penyebaran maklumat, masyarakat Negara ini tidak
akan menjadi katak di bawah tempurung yang ketinggalan untuk mengikuti
perkembangan zaman. Dalam konteks ini, teknologi maklumat merupakan
sungai besar yang berupaya menyalurkan pelbagai maklumat terkini dengan
pantas. Dewasa ini, hanya dengan memiliki sebuah komputer peribadi yang
disambungkan dengan perkhidmatan Internet, masyarakat kontemporari
boleh mendapat maklumat dari seluruh dunia. Hal ini demikian, mereka
hanya perlu menggerakkan tetikus untuk mendapatkan input atau informasi
terkini dalam sesuatu bidang.

Anda mungkin juga menyukai