Anda di halaman 1dari 18

.

Pengenalan
Dalam kehidupan seharian atau murid, mereka akan banyak berhadapan dengan situasi
yang melibatkan operasi matematik iaiti tambah, tolak, darab dan bahagi.
Merka perlu difahamkam betul-betul dengan konsep asas ke empat-empat operasi
tersebut agar mereka tidak terkeliru dalam banyak hal. Semua operasi tersebut amat sukar
bagi mereka jika mereka tidak benar-benar memahami dan menguasai konsep asas
tersebut.
Oleh itu sudah menjadi tanggungjawab guru untuk menggunakan berbagai langkah
memperkenalkan aktiviti-aktiviti yang boleh memudahkan mereka untuk faham. Guru
perlu menjelaskan kepada murid cara yang paling mudah untuk mereka dapat
memahaminya dengan cepat dan berkesan diingati sampai bila-bila.

1. Dua Perbezaan maksud darab


1.1 Pendaraban sebagai penambahan berulang
Bermaksud darab adalah melibatkan operasi tambah yang berulang. Ianya boleh
dijelaskan dengan bantuan aktiviti dan rajah untuk membantu pemahaman murid tentang
konsep darab dengan lebih jelas.
Guru boleh meminta murid mengeluarkan buku latihan mereka, pensil warna atau
sebarang bahan maujud yang sedia ada atau meminta murid membawanya sendiri. Guru
meminta setiap orang murid mengeluarkan buku latihan atau pensel warna dengan
menyusunnya secara susunan dua-dua, tiga-tiga sebanyak 4 atau 5 kumpulan. Akhirnya
bimbing mereka untuk menjumlahkan buku latihan atau pensel warna tersebut.

Aktiviti yang sama seterusnya diulang dengan menggunakan bahan yang lain pula. Guru
juga boleh menggunakan gula-gula atau duit syiling untuk lebih menarik perhatian
mereka. Di akhir sessi pengajaran dan pembelajaran, guru boleh mengadakan kuiz dan
menjadikan gula-gula dan duit syiling itu sebagai ganjaran kepada mereka. Tentunya
murid akan lebih seronok dan menumpukan perhatian yang lebih.

Guru boleh mengada-adakan cerita untuk menjadikannya lebih menarik dan senang
difahami oleh murid. Guru boleh menggunakan CD sebenar atau gambar CD sebagai
ABM agar murid dapat melihat sendiri dengan jelas.
Kemudian guru menuliskan nombor sambil bersoaljawab dengan murid dan akhirnya
guru membimbing murid menulis ayat matematik tersebut. Seterusnya murid dibimbing
untuk membina ayat darab berpandukan ayat tambah tersebut.
Contohnya,
Hari Ahad Hanum membeli 5 keping CD,
Hari Isnin Hanum membeli 5 keping CD lagi dan
Hari Selasa Hanum membeli 5 keping CD lagi.
Berapakah jumlah CD Hanum sekarang?

+
Ahad

+
+

Isnin

Selasa

Iaitu 5 + 5 + 5 = 15 keping CD semuanya kepunyaan Hanum


Ayat darab ditulis sebagai 3 x 5 = 15 ataupun 5 x 3 = 15.
Seterusnya guru menunjukkkan contoh yang lain pula,

Ahmad, Ani, Liza dan Karim masing-masing dapat mengumpulkan 6 bulu tangkis yang
telah dibuang semasa menyaksikan perlawanan akhir badminton. Berapakah jumlah bulu
tangkis mereka?
Situasi tersebut boleh dijelaskan kepada murid dengan bantuan kad gambar ataupun
boleh digantikan dengan bahan maujud yang lain. Guru mengambil sekumpulan 6 bulu
tangkis, kemudian 6 lagi, diikuti 6 lagi dan 6 lagi. Akhirnya minta murid menjumlahkan
kesemua bulu tangkis tersebut.
Guru menampalkan kad gambar tersebut sambil menulis angka dan ayat matematik, di
papan hitam.

Ahmad
6

Ani
+

Liza
+

Ayat tambah secara berulangnya ialah

6 + 6 + 6 + 6 = 24

Ayat darab akan ditulis sebagai

6 x 4 = 24

Atau

Karim
+

4 x 6 = 24

Aktiviti sesetusnya dipelbagaikan dengan bermacam-macam cerita sambil murid


melakukan aktiviti bersama-sama dengan mengumpulkan bahan-bahan maujud yang ada
pada murid sehinggalah mereka benar-benar memahami konsep darab tersebut.
Murid juga boleh diberikan lembaran kerja sebagai pengukuhan
(Lampiran A(i),A(ii), merupakan contoh lembaran kerja melibatkan aktiviti tersebut)

1.2 Pendaraban melalui susunan objek secara menegak atau melintang.


Mengumpulkan benda mengikut susunan menegak atau melintang atau digunakan juga
istilah sebagai kumpulan dan bilangan ahli yang disusun mengikut susunan yang
seragam.
Contoh aktiviti,
Setiap pagi Aini memetik 4 kuntum bunga, berapa kumtum bunga yang Aini ada jika dia
memetiknya dengan bilangan yang sama selama 5 hari?

Aktiviti tersebut boleh diterangkan dengan bantuan bahan maujud ataupun kad gambar.
Kad gambar tersebut disusun secara menegak dengan susunan yang sama dan seragam.

Guru menampalkan atau menunjukkan 4 kuntum bunga dahulu , dikuti dengan 4 lagi, dan
4 lagi dan 4 lagi dan 4 di akhirnya.
Guru menunjukkan cara untuk menuliskan ayat matematik berdasarkan cerita tadi. Guru
juga meminta murid menyebut ayat matematik yang ditulis bersama-sama.
4 kuntum x 5 hari = 20 kuntum bunga yang dipetik semuanya.
4 x 5 = 20 kuntum bunga kesemuanya.

Jika sebaliknya bunga-bunga itu disusun secara melintang, situasi nya sudahpun
berlainan tetapi jawapanya tetap juga sama.
Situasi akan diubah menjadikan, Aini memetik 5 kuntum bunga setiap hari selama 4 hari
berturut-turut.
5 kuntum x 4 hari = 20 kuntum bunga
5 x 4 = 20
Aktiviti diulang dengan menggunakan kad gambar yang berlainan untuk memantapan
pemahaman murid. Kali ini gambar-gambar itu di susun secara melintang pula.
Maria ada 4 bola, Anis ada juga ada 4 bola dan Maisarah juga ada 4 bola. Mereka ingin
menyusun bola-bola itu secara seragam agar senang mereka hendak mengiranya. Mereka
akan menyusunya seperti berikut.

Maria

Anis

Maisarah

Ayat matematik ditulis sebagai 4 x 3 = 12 secara melintang ataupun


3 x 4 = 12 secara susunan menegak

Untuk lebih memantapkan lagi kefahaman murid, latihan demi latihan boleh didedahkan
kepada murid.
(Lampiran B, melibatkan darab melalui susunan menegak atau melintang)

1.3 Bahagi sebagai perkongsian yang sama rata atau adil.


Maksudnya sejumlah benda akan diagihkan secara adil.
Sekali lagi guru boleh menggunakan gula-gula untuk lebih menyeronokkan murid.
Mereka akan rasa gembira serta dapat menumpukan perhatian yang lebih pada
pengajaran guru.
Guru memulakan pengajaran dengan meminta murid membilang gula-gula yang ada
secara membilang lima-lima kerana murid telah pun menguasai operasi darab dan dapat
menggunakannya dalam kehidupan seharian. Kemudian guru bercadang untuk
membahagikan gula-gula tersebut kepada murid yang dapat menjawab fakta asas darab
secara congak.
Setelah dikira gula-gula yang guru adalah 45 biji. Murid-murid yang dapat menjawab
dengan betul ada 9 orang. Mereka diarahkan duduk sebaris di hadapan kelas. Guru
meminta murid mula membahagikan gula-gula tersebut satu persatu sehinggalah habis
gula-gula tersebut. Guru bertanyakan berapa biji gula-gula setiap orang dapat. Mereka
akan menjawab secara serentak kerana mereka menerima gula-gula dengan sama banyak
iaitu 5 biji setiap orang.
Untuk mengukuhkannya lagi, aktiviti diulang-ulang dengan membahagikan bahan-bahan
maujud yang ada, seperti bunga, daun, duit syiling dan sebagainya. Kemudian aktiviti
diteruskan menggunakan kad-kad gambar, seperti contoh di bawah

Gambar 12 ekor rama-rama ini akan dibahagikan kepada 4 orang murid secara satu
persatu mengikut urutan sehingga habis ke semua rama-rama itu. Setiap seorang
mendapat 3 ekor rama-rama. Guru membimbing murid untuk menulis ayat matematik
bahagi di papan hitam iaitu:
12 ekor rama-rama dibahagikan kepada 4 orang murid, setiap seorang mendapat 3
12 4 = 3
Lembaran kerja akhirnya disediakan sebagai penilaian sejauh mana murid dapat
menguasai kemahiran yang diajar.
(Lampiran C, dirasakan sesuai untuk penilaian kemahiran ini)

1.4 Bahagi sebagai penolakan yang berulang.


Dengan menggunakan gula-gula yang masih ada berbaki sebanyak 60 dan masih ada 10
orang yang masih tidak dapat gula-gula, guru mengadakan aktiviti berikut untuk mereka.
Guru mengambil 60 biji gula-gula. Guru memanggil seorang murid dan diberikan 6 biji
gula, memanggil lagi dan diberikan 6 biji lagi, langkah tersebut diulang sehingga habis
kesemua gula-gula yang ada. Kebetulan ianya memang cukup untuk 10 orang murid itu.
Ianya boleh dituliskan seperti berikut:60 biji gula-gula dibahagikan 6 setiap seorang dapat diagikan kepada 10 orang.
60 - 6 6- 6- 6 6 6 -6 6 6- 6, habis diberikan kepada 10 orang murid.
Ayat matematiknya ialah 60 6 = 10.

Guru boleh juga menggunakan bahan sebenar atau kad gambar untuk lebih mengukuhkan
lagi kefahaman murid.
Ada 15 helai daun semuanya, hendak diagihkan 5 helai setiap seorang, ada berapa orang
yang dapat?

15 helai daun, diagihkan 5 helai setiap orang, ada 3 orang yang dapat daun tersebut
15 5 5 5 , habis semua daun dibahagikan kepada 3 orang yang dapat.
Ayat matematik bahagi untuk aktiviti ini ditulis sebagai,
15 5 = 3
Aktiviti ini juga perlu diulang dengan pelbagai bahan maujud yang lain. Murid juga boleh
diberikan lembaran kerja yang mengandungi bentuk soalan yang sama untuk setiap
kemahiran. Latihtubi membolehkan mereka lebih memahami dan lebih kekal di ingatan
murid-murid.
(Lampiran D, boleh membantu murid lebih memahami tajuk ini.)

2.1 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN.


Matematik, Tahun 3
Kelas

: 3 Dinamik

Bilangan Pelajar

: 35 orang

Mata Pelajaran

: Matematik

Tajuk

: Menulis nombor pecahan

Tarikh

: 15 Oktober 2008

Masa

: 11.45 12.45 (1 jam)

Pengetahuan Sedia Ada : 1. Murid sudah diperkenalkan konsep pecahan


2. Murid memahami makna separuh, sesuku, tiga
suku.
Hasil Pembelajaran

: 1. Dapat menyebut nombor pecahan yang


ditunjukkan.
2. Dapat menulis pecahan dengan cara yang
betul.

Bahan / Sumber Pengajaran :


1. Bahan maujud
-

buah-buahan

kek harijadi

2. Kad gambar
3. Kad nombor pecahan
4. Kad perkataan

Langkah
Perkembangan

Isi Pelajaran /
Kemahiran

Kaedah Penyampaian

/ Masa

Bahan
Sumber

Set Induksi

Mengingatkan

1.Guru menunjukkan buah-

( 5 Minit )

semula

buahan yang dibawanya

tentang

pada hari itu.

pelajaran

Buah-buahan
maujud.

2. Guru bersoaljawab tentang

lepas.

khasiat memakan buahbuahan.


3. Guru bertanyakan kepada
murid, siapakah yang suka
buah-buahan.
2 orang sukakan epal
4 orang sukakan jambu
1 orang sukakan limau
3 orang sukakan Sunkist
4. Guru memberikan buah-buah
yang dibawa tersebut kepada
murid-murid berkenaan untuk
dibahagikan di antara kawankawannya.

Perkembangan

Mengukuhkan

Langkah 1.

pengetahauan

(10 mimit )

mereka

1.

Bersoaljawab dengan murid


cara untuk membahagibahagikan buah-buahan

tentang

tersebut secara adil antara

pecahan.

kawan-kawan mereka.
1.

2. Guru memotong buahbuah tersebut sambil

Buah-buahan
sebenar,
pisau.

bersoaljawab.

Sebiji epal dipotong


kepada 2 bahagian.
Setiap satu adalah
separuh dan disebut
sebagai 1 daripada 2
bahagian yang dipotong.

Jambu dipotong kepada 4


bahagian.
Setiap satu adalah sesuku
iaitu 1 daripada 4
bahagian yang dipotong

Sunkist dipotong kepada 4


bahagian juga.
Diberi 3 bahagian kepada
murid yang menyukainya
iaitu 3 daripada 4
bahagian yang dipotong.
Langkah 2

Menulis

(10 minit)

pecahan

Rujuk
1.

Guru

satu (1), satu

mempamerkan kad gambar

per dua ( ),

yang menunjukkkan pecahan

satu per

yang ingin dikuasai oleh

empat( ) dan

murid-murid.

tiga per empat

2.

Guru membimbing

( )

murid

separuh

untuk menulis satu, separuh,

sesuku

sesuku dan tiga suku.

tiga suku

2. Guru menulis di papan hitam .


Guru mengarahkan murid

Lampiran 1

memerhati betul-betul untuk


tidak mengelirukan mereka.
3. Guru boleh meminta murid
membantu guru untuk menulis
pecahan seterusnya, sekadar
menguji kefahaman mereka.

1 daripada 2 ditulis
sebagai

1 daripada 4 ditulis
Langkah 3

Aktiviti murid

(20 minit)

secara
berkumpulan
sebagai

sebagai

3 daripada 4 dtulis
sebagai

pengukuhan.

Rujuk
Lampiran 2(i)
Lampiran 2(II)
Lampiran 2(iii)
Lampiran 2(iv)

1. Murid berada dalam 4


kumpulan yang berasingan.
2. Setiap kumpulan dibekalkan
dengan kad arahan.
3. Aktiviti dijalankan secara
sistem stesen. Murid akan
bergerak dari stesen ke
stesen dengan bimbingan
dan pengawasan guru.
4. Di setiap stesen murid
membaca arahan dan
melakukan aktiviti yang
tertulis di kad tugasan yang
disediakan
5. Guru memantau setiap

stesen dari semasa ke


Langkah 4.

Penilaian

semasa murid melakukan

Rujuk

(10 minit )

kendiri,

aktiviti. Sebarang kesulitan

Lampiran 3(i)

menguji

akan terus dibantu.

Lampiran 3(ii)

sejauhmana
pemahaman

Lampiran 3(iii)
1. Murid diberikan lembaran

murid tentang

kerja untuk dilengkapkan

kemahiran

sebagai rumusan

yang diajar.

keseluruhan apa yang


dipelajari pada hari itu.
Guru memantau setiap

2.

murid

dan sentiasa bersedia

membimbing murid yang


bermasalah dan keliru,
semasa murid menyiapkan
lembaran kerja
Guru mengadakan

3.

perbincangan sebagai
semakan pemahaman murid
untuk memastikan
kemampuan mereka , juga
Penutup

Permainan Uji

sebagai rujukan untuk beralih

Rujuk

(5 minit)

minda

ke kamahiran yang

Lampiran 4

seterusnya.
1. Murid diminta menulis dan
melorekkan pecahan yang
disebut oleh guru, di papan
hitam.
2. Murid yang lain pula menulis
nilai pecahan yang dilorekkan.

3. Murid menyebut nilai pecahanpecahan tersebut bersamasama dan menulis di udara


nilai pecahan tersebut.
3. Kerja Kumpulan.
Murid-murid telahpun mantap dengan pengetahuan tentang setengah jam atau 30 minit,
sesuku atau 15 minit. Sebelum tajuk masa, murid-murid telah belajar tajuk pecahan dan
mereka telah pun didedahkan dengan konsep setengah dan sesuku. Dalam tajuk masa
mereka diperkenalkan dengan setengah jam iaitu 30 minit dan suku jam iaitu 15 minit.
(Lampiran 5, pernyataan yang ditampal di kelas oleh guru setelah tajuk itu diajar).
Murid diminta berada dalam kumpulan. Kerusi disusun untuk permainan kotak
beracun. Meja diketepikan buat sementara. Seorang murid dilantik sebagai penjaga
muzik secara bergilir-gilir. Murid yang tidak dapat menjawab diminta menjadi penjaga
muzik. Manakala murid yang dapat menjawab akan mendapat sesuatu berupa barang
makanan ringan sumbangan ahli-ahli kumpulan itu juga.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah
1. Jam bernombor
2. Jam digital
3. Jam dari manila kad, dengan jarum-jarum yang boleh digerakkan.
4. Kad perkataan
5. Kad waktu
6. Telefon bimbit untuk muzik latar.
Langkah-langkah.
1. Kad-kad perkataan yang menyatakan waktu (contoh: pukul satu lima belas minit),
kad waktu (contoh :4.30 ) dilipat dan dimasukkan ke dalam kotak. Soalan-soalan
telah ditulis dan dipelbagaikan yang melibatkan suku atau setengah jam samada
selepas atau sebelum sesuatu waktu.

2. Sama sebagaimana permainan kotak beracun, permainan dimulakan dengan


muzik latarnya ada bunyi-bunyi jam, kotak soalan itu diedarkan.
3. Apabila muzik berhenti, murid yang memegang kotak soalan diminta memilih
satu soalan dari dalam kotak tersebut.
4. Murid berkenaan diminta menunjukkan waktu yang dinyatakan dengan
menggunakan jam besar yang disediakan. Murid-murid lain diminta menyebutkan
waktu yang ditunjukkan. Jika murid tadi berjaya menjawab dengan betul, dia
diberikan hadiah pilihannya.
5. Permainan diteruskan sehingga habis soalan
6. Untuk pusingan kedua, murid diminta memilih jam-jam kertas yang diterbalikkan
di papan hitam. Murid kemudiannya diminta menuliskan waktu yang tertera di
jam tersebut.
(Lampiran 6, contoh soalan yang terkandung dalam kotak beracun)
Diharapkan setelah menjalankan aktiviti ini, murid akan dapat membaca dan menulis
waktu-waktu mengikut jam termasuklah setengah jam, suku jam dan sebagainya.
Untuk memantapkan lagi pemahaman murid, lembaran kerja yang berkaitan dengan tajuk
atau kemahiran yang dipelajari hendaklah disediakan. Jika murid dapat menjawabnya
dengan betul, hasil pembelajaran telah tercapai. Jika sebaliknya guru perlu mengulangi
semula mana-mana yang belum dikuasai oleh murid.
(Lampiran 7(i), 7(ii) dan 7(iii), contoh lembaran kerja yang berkaitan dengan tajuk)
Selepas aktiviti ini, jam-jam tersebut ditampal di dinding kelas agar murid sentiasa
dapat melihat dan bermain-main dengan jam tersebut. Model jam juga dipamerkan di
sudut belakang kelas.
Tajuk masa kekadang agak sukar bagi murid yang tidak dibiasakan dengan penggunaan
jam. Disebabkan hal inilah guru harus peka dengan keadaan dan cuba untuk mendekatkan
dan membiasakan murid-murid dengan jam dan waktu. Disetiap kelas sepatutnya ada
disediakan sebuah jam agar murid dapat melihat jam, masa-masa pertukaran guru ke
kelas, masa rehat, masa ke perpustakaan dan masa balik.

4.

Anda mungkin juga menyukai