Anda di halaman 1dari 9

Ujian Penurunan Konkrit

Ujian penurunan (Slump test) ialah untuk memastikan ketekalan (consistency) bancuhan
konkrit di samping mengawal kekuatannya. Ini merupakan satu ujian kasar yang dilakukan pada
sample bancuhan konkrit yang dibancuhkan pada masa yang belainan Untuk menentukan
bahawa bancuhan itu mengandungi jumlah air yang lebih kurang sama, tidak terlalu cair atau
terlalu kering. Ujian ini dilakukan di tapak bina, tempat bancuhan konkrit dibuat. Sample
hendaklah diambil daripada bancuhan yang baru dibuat. Alat-alat yang digunakan Untuk
menjalankan ujian ini ialah sebuah acuan (slump cone) yang diperbuat daripada kepingan logam,
alat getar atau sebatang besi bulat ber diameter 16mm.

Memasukkan bancuhan konkrit kedalam corong ujian penurunan.

Langkah bagi menjalankan ujian penurunan (slump test)

Radas yang digunakan bagi ujian ini adalah terdiri daripada cetak/trustrum berbentuk kon
dengan 100mm garispusat bahagian atas. 200mm garispusat bahagian bawah dan 300mm
tingginya serta dipasang dengan dua pemegang pada bahagian sisi. Langkah ujikaji adalah
seperti berikut :1. Pastikah cetak kon sentiasa bersih di dalamnya sebelum ujian dan diletakkan di atas yang
keras dan rata serta kedap.
2. Konkrit dimasukkan ke dalam acuan sebanyak 4 lapisan
3. Setiap lapisan dilakukan hentaman/rejaman (rodding) sebanyak 25 kali dengan rod keluli
4.
5.
6.
7.

bergarispusat 5/8.
Permukaan atas diratakan dengan rod pemampat atau sudip
Kon diangkat tegak keluar dari konkrit secara perlahan dan konkrit akan runtuh
Runtuhan akan diukur menggunakan pembaris.
Runtuhan boleh berlaku dalam 3 keadaan, iaitu runtuhan benar, runtuhan ricih dan
runtuhan roboh. Konkrit yang baik akan mengalami runtuhan benar iaitu antara hingga

4(1/2).
8. Jika berlaku runtuhan ricih dan roboh maka ia menunjukkan konkrit itu kekurangan sifat
lekit atau terlalu basah.

Antara ujian penurunan yang dilakukan, 3 runtuhan iaitu runtuhan benar, runtuhan roboh dan
runtuhan ricih

Membuat ujian penurunan konkrit dan mengambil kira penurunan yang berlaku. Hasil ujian
menunjukkan bahawa penurunan benar

Ujian Kiub Konkrit

Cube Test atau dikenali ujian kiub konkrit ialah salah satu ujian yang dijalankan ke atas
bancuhan konkrit apabila tiba di tapak bina. Tujuannya ialah untuk menentukan kekuatan konkrit
mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan sama seperti Slump Test.
Prosedur Cube Test
1.
2.
3.
4.
5.

Kiub konkrit dibuat dengan menggunakan acuan besi yang berukuran 150mm x 150mm.
Bancuhan konkrit dimasukkan sebanyak 3 lapisan dan dipadatkan sebanyak 35 kali.
Permukaan atas konkrit dirataan dan dilabelkan mengikut tarikh ianya dibuat.
Acuan tersebut disimpan ditempat terlindung dari kelembapan selama 24jam.
Selepas acuan tersebut dibuka, kiub konkrit akan diawet dengan menrendamkannya ke

dalam tangki berisi air sebelum diuji.


6. Ujian dibuat keatas kiub konkrit pada hari ke-7 dan ke-28 dari tarikh kiub tersebut dibuat.

Memasukkan konkrit kedalam acuan kiub untuk membuat ujian kiub

Memecahkan simen yang sediaada untuk mendapatkan permukaan kasar bagi mengelakkan
berlaku penurunan konkrit.

Meletakkan konkrit pada permukaan bawah terlebih dahulu.

Memasukkan konkrit dan ratakan sehingga membentuk ramp dan mengikut kotak acuan yang
telah dipasang

Ramp yang telah siap dibuat dan kerja kemasan dilaksanakan

Analisis Data Ujian Kiub


Data yang lengkap mengenai ujian kiub, balak dan teras konkrit ada dinyatakan di dalam
bahagian 4 BS 1881. Contoh-contoh biasanya dihantar ke makmal untuk diperiksa dan diuji
6

tetapi biasanya di tapak ada menyediakan kemudahan ujian. Rujukan mestilah mengikut piawai
yang ditetapkan bagi mesin-mesin dan langkah-langkah ujian. Kiub mestilah disimpan di dalam
air dan diuji sebaik sahaja dikeluarkan. Air di permukaan, kekisi dan lain-lain bahagian
hendaklah dibersihkan, seterusnya kiub ditandakan, berat dan ukurannya direkodkan

Berat kiub ditimbang dan direkodkan


Permukaan alas mesin penguji mestilah bersih dan kiub diletakkan di tempat yang betul
supaya beban dapat jatuh sekata. Pastikan kiub betul-betul di tengah-tengah piring penolak.
Beban mestilah dikenakan tanpa kejutan dan peningkatannya sekata di antara 0.2 N/mm 2 hingga
0.4 N/mm2 sehinggalah nilai terbesarnya tercapai. Beban maksima hendaklah direkodkan.
Kekuatan mampatan yang direkodkan mestilah 05 N/mm2. Adalah mustahak segala radas yang
digunakan diselenggarakan dan sentiasa dalam keadaan baik untuk digunakan.

Ujian mampatan ke atas kiub konkrit


Selepas semua konkrit kiub telah diuji dalam ujian mampatan, catatan semua keputusan
beban maksima yang diperolehi ke dalam borang yang telah disediakan. Kekuatan mampatan

konkrit =

P
A

( N/mm2). Dimana, P = Beban (Newton), A = Luas permukaan (mm2).

KESIMPULAN

Hasil daripada projek ramp yang telah kami laksanakan, kami dapat mengikut prosesproses pelaksanaan kerja dengan teratur dan sistematik. Setiap pelajar telah membuat tugasan
mereka berdasarkan agihan tugas yang telah diberikan oleh ketua kumpulan, antara kerja yang
telah kami laksanakan ialah membuat kotak acuan, membuat blok spacer, membancuh konkrit
dan kerja-kerja memasang ramp iaitu kerja mamasukkan konkrit ke permukaan tanah. Sepanjang
melaksanakan kerja ramp ini, kami dapat mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana untuk
membuat kotak bentuk bagi ramp, bagaimana untuk menyediakan spacer dan mengetahui
bancuhan konkrit yang sesuai untuk pembikinan ramp. Di samping itu, kerja ramp ini dibuat
adalah untuk memudahkan kepada orang kurang upaya (OKU) dan kepada pensyarah yang
menyorong troli naik ke pejabat. Malahan, sepanjang melaksanakan projek ini terdapat ramai
pensyarah fakulti pendidikan teknik dan vokasional yang memuji dengan hasil usaha kami
kerana telah memudahkan kepada individu yang melalui kawasan tersebut.
Selain daripada itu, projek ini dilaksanakan bagi memenuhi sukatan kurikulum yang
merupakan sebahagian daripada projek besar untuk subjek asas binaan bata. Seperti yang telah
sedia maklum kerja amali asas binaan bata sangat berkait rapat dengan kerja konkrit iaitu
bancuhan konkrit. Sepanjang melaksanakan projek ramp ini, kami telah menyediakan bancuhan
konkrit yang baik dengan ujian penurunan benar, hal ini menunjukkan bahawa bancuhan konkrit
yang telah dibuat adalah sangat baik dan sesuai untuk kerja ramp. Akhir sekali, projek-projek
sebegini baik untuk dilaksanakan apatah lagi ia adalah untuk kebaikan semua orang. Ucapan
terima kasih kepada En. Wong Kah Leong selaku pensyarah yang telah membimbing dalam
menjayakan projek ramp ini.