Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA RMTS

SEKOLAH KEBANGSAAN MANEK URAI BIL 2/2015


TARIKH
MASA
TEMPAT

:
:
:

21 JANUARI 2015
1.30 TENGAH HARI
BILIK WAWASAN SKMU

KEHADIRAN
1. En. Yusof bin Ismail (GURU BESAR)
2. Pn. Kalsom bt Salleh (PK HEM)
3. En. Mohd. Sukri bin Mamat (PKP)
4. Pn. Esah bt Ariffin (PK-KO)
5. Semua Guru Kelas
Agenda Mesyuarat
1. Perutusan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan salam kepada semua guru yang hadir.
1.2 Pengerusi menjelaskan bahawa mesyuarat adalah bertujuan untuk berbincang
tentang perjalanan RMTS dan bagi memilih murid RMTS bagi tahun 1 2015 serta
Pemilihan semula menu untuk murid.
2. Ucapan Guru Besar
2.1 Tuan guru besar, En. Yusof mengucapkan terima kasih kepada guru yang hadir
Beliau berharap agar pemilihan murid RMTS dapat dilakukan dengan sebaik
mungkin dan diberi kepada murid-murid yang betul-betul layak sahaja.
3. Senarai Murid layak
3.1 Pn. Zaimah menjelaskan bahawa borang permohonan untuk murid dari Tahun 1
telahpun diterima dan telah dibuat pemilihan oleh Ajk RMTS.
Hasilnya seramai 20 orang yang layak telah diterima
3.2 Murid yang layak adalah murid yang berpendapatan RM520.00/RM130.00
Perkapita.
3.3 Bilangan murid mengikut kelas adalah seperti berikut;
Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3
Tahun 4
Tahun 5
Tahun 6

20 0rang

JUMLAH

174 ORANG

40 0rang

3.4 Tarikh kuatkuasa bagi murid Tahun 2 hingga Tahun 6 bermula pada bulan Januari
2015. Manakala bagi murid Tahun 1 ialah pada bulan Februari. Jumlah bilangan
hari yang diperuntukkan ialah 190 hari.
4. Pemilihan Menu
4.1 Pn. Zaimah mengedarkan senarai menu kepada guru-guru kelas dan
meminta guru-guru memilih semula menu yang sesuai pada tahun ini
memandangkan menu yang dicadangkan dalam Mesyuarat BIL 1/2015
tidak mendapat sambutan daripada murid RMTS.
4.2 Setelah berbincang AJK bersetuju memilih menu-menu yang disenaraikan
di bawah:
4.2.1 Minggu Pertama
Menu No. 1
Menu No. 2
Menu No. 5
Menu No. 6

:
:
:
:

Nasi Ayam, betik, air soya


Nasi Lemak, Nanas, air milo
Bihun Goreng Singapura, Tembikai, Air Soya
Nasi kerabu, Tembikai, Air Soya

4.2.2 Minggu Kedua


Menu No. 8 :
Menu No. 9 :
Menu No. 1 :
Menu No. 6 :
Menu No.18 :
5.

Nasi Paprik, Pisang, Air Soya


Nasi Goreng Cina, Belimbing, Air milo
Nasi Ayam, Betik, Air Soya
Nasi Kerabu, Tembikai, Air Soya
Ayam Goreng dan Kentang, Oren, air Milo

Hal-hal lain
5.1 Pn. Kalsom meminta agar murid yang terpilih diberitahu dengan kadar segera dan
meminta senarai nama mereka di tampal di sudut RMTS di kantin untuk
makluman murid.
Tindakan : Setiausaha RMTS
5.2 Pn. Zaimah juga meminta guru yang bertugas agar datang awal dan menulis
laporan bertugas pada setiap kali bertugas.
5,3. Pn Zaimah mengingatkan sekali lagi waktu makan pada pukul 7.15 pagi hingga
Pukul 7.40 pagi. Guru bertugas hendaklah datang awal bagi menyelia perjalanan
RMTS.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 tengah hari.

Disediakan oleh,

(PN. ZAIMAH BT CHE MIN)


Setiausaha RMTS.

Disahkan oleh.

(En. Yusof bin Ismail)


Guru Besar,
SK. Manek Urai.

Anda mungkin juga menyukai