Anda di halaman 1dari 2

BAB 1

PENDAHULUAN
LATAR BELAKANG KAJIAN
PERNYATAAN MASALAH
PERSOALAN KAJIAN
OBJEKTIF KAJIAN
SIGNIFIKAN KAJIAN
RUJUKAN

TAJUK : KEBERKESANAN PENGGUNAAN LAMAN SOSIAL SEBAGAI SATU


MEDIUM PERBINCANGAN DI DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
SUBJEK PERAKAUNAN.

PENDAHULUAN
Menurut Rossafri dan Shabariah (2011) pembelajaran dan pengajaran (PdP) dengan
menggunakan pendekatan perbincangan dalam kumpulan merupakan salah satu kaedah yang
sering digunakan oleh guru semasa sesi pengajaran. Hal ini kerana ia dapat menggalakkan
pelajar untuk mengemukakan idea dan pendapat secara bebas. Namun begitu, perbincangan
sering gagal berfungsi sebagai satu unit kerana interaksi yang berkesan sesama pelajar tidak
berlaku. Oleh dengan itu, dalam era teknologi internet yang kini sedang meningkat dan
berkembang maka ia juga harus seiring dengan perkembangan pendidikan. Menurut Lee-Post
(2009) Internet telah mengubah cara manusia berkomunikasi dan berinteraksi dengan satu
dengan yang lain. Sistem pendidikan di Malaysia telah banyak berubah sejak penggunaan
teknologi Internet di perkenalkan. Kemunculan Internet telah banyak mengubah cara individu
dan syarikat swasta mahupun kerajaan berfungsi dan berkomunikasi dalam masyarakat ketika
ini. Penggunaan Internet kini bukan lagi setakat mendapatkan maklumat sahaja tapi sudah
menjangkau pelbagai aspek dalam kehidupan mahupun kerja seharian. Cara kita
berkomunikasi telah berubah pada masa kini di mana melalui Internet kita boleh
menggunakan e-mel, facebook, twitter, dan yang terbaru kita diperkenalkan dengan aplikasi
android smartphone seperti whatsap, wechat dan telegram yang boleh dimuat turun melalui
play store. Ini secara tidak langsung menpertingkatkan proses komunikasi dalam pelbagai
urusniaga dalam sektor perniagaan, pendidikan, hiburan, penyiaran dan pentadbiran. Oleh
dengan adanya lambakan kewujudan laman sosial ini, ianya lebih memudahkan untuk
masyarakat berhubung dan berbincang walau dimana jua dan pada bila-bila masa sahaja.

Anda mungkin juga menyukai