Anda di halaman 1dari 20

PENGHARAMAN GHARAR DAN PERLINDUNGAN KEPADA PENGGUNA 1

1.0 PENGENALAN
Jual beli dalam Islam mempunyai beberapa elemen yang telah diharamkan iaitu riba,
maisir dan gharar. Ia dapat dibuktikan dengan terdapatnya dalil-dalil dari al-Quran dan hadis
yang menekankan tentang perkara ini sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu
Hurairah yang berkata:
Maksudnya: "Sesungguhnya Rasulullah melewati seseorang yang sedang
menjual makanan, lalu beliau bertanya kepadanya: Bagaimana engkau
melakukan jual beli? Kemudian dia mengabarkan kepadanya, lalu
diwahyukan kepada beliau agar memasukkan tanganmu kedalamnya,
kemudian beliau memasukkan tangannya ke dalam makanan tersebut,
beliau mendapatkan makanan itu basah, lalu bersabda: Bukan termasuk
golongan kami orang yang menipu" (HR.Abu Daud)
Unsur yang ditegaskan dalam tugasan ini adalah gharar yang
terdapat

banyak

di

dalam

bidang

perniagaan

pada

masa

kini.

Pengharaman gharar dalam jual beli perlu diambil perhatian dalam


perniagaan Islam pada masa kini. Perkara ini boleh menyebabkan
pengguna mendapat kerugian dari pembeliannya tetapi penjual tersebut
mendapat keuntungan. Oleh kerana itu, perlindungan kepada pengguna
perlu dititikberatkan bagi membantu pengguna yang terlbat dalam jual
beli yang mempunyai unsur-unsur yang diharamkan serta dilarang dalam
Islam yang berkait rapat dengan perniagaan. Gharar ini juga terdapat
dalam

sistem

insurans

untuk

mengabaikn nasib orang lain.

kemewahan

diri

sendiri

sehingga

PENGHARAMAN GHARAR DAN PERLINDUNGAN KEPADA PENGGUNA 2

PENGHARAMAN GHARAR DAN PERLINDUNGAN KEPADA PENGGUNA 3

2.0 MAKSUD GHARAR DALAM ISLAM


Gharar dari segi bahasa menurut Amrin (2006) adalah al-khida atau penipuan yang
membawa maksud suatu tindakan yang tidak mempunyai unsur kerelaan di dalamnya. Ia juga
membawa maksud ketidakpastian atau risiko menurut Zakaria (2012). Dari segi fiqh pula
menurut Amrin (2006) gharar membawa maksud penipuan dan keraguan pada barang-barang
yang diperjualbelikan serta tidak dapat diserahkan. Gharar dalam konteks urus niaga adalah
terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak yang boleh menimbulkan rasa
ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain. (Wikipedia, 2014)
Terdapat beberapa ulama memberi maksud yang berbeza mengenai gharar ini
antaranya ialah Ibn Rushd, Ibn Taimiyah dan Imam Al-Shafie. Menurut Ibn Rushd, maksud
gharar ini ialah terdapat kekurangan dari segi maklumat sesuatu barang serta menimbulkan
keraguan pada kewujudannya, kuantiti dan harga barang tersebut. Masa juga turut berkait
rapat dalam keraguan ini di mana apabila wang sudah dibayar tetapi masa untuk
menyerahkan barang tersebut tidak diketahui. Menurut Ibn Taimiyah pula gharar bermaksud
satu pihak mengambil haknya dan satu pihak lagi tidak mendapat hak yang sepatutnya
diterima. Gharar ini juga ditakrifkan sebagai satu aqad di mana akibatnya tersembunyi atau
tidak diketahui oleh salah satu pihak yang menjadikan keraguan dalam sesuatu transaksi di
mana yang kerap berlaku adalah yang paling ditakuti menurut mazhab Imam Al-Shafie dalam
Kitab Qalyubi wa Umairah.
Selain itu, sarjana klasik Islam iaitu Ibn Abidin mendefinisikan gharar itu sebagai
syak sama ada barang yang dibeli tersebut dapat atau tidak. Ibn hazam pula mengatakan
bahawa gharar itu sebagai ketidaktahuan terhadap barang yang dijual, pembeli dan penjual
juga tidak mengetahui tentang barang yang dibeli atau dijual. Al-Sarakhsi pula telah

PENGHARAMAN GHARAR DAN PERLINDUNGAN KEPADA PENGGUNA 4


menggabungkan kedua-dua definisi-definisi tersebut yang membawa maksud gharar sebagai
apa yang membawa kepada akibat yang tersembunyi dan tidak diketahui. (Awang, 2012)
Menurut Prof Madya Dr. Saiful Azhar Rosli, gharar ini merujuk kepada risiko atau
ketidakpastian yang berpunca daripada manusia yang menjalankan perbuatan yang zalim
dalam memanipulasikan sesuatu sehingga menyebabkan sebelah pihak dizalimi. Contoh yang
boleh diambil adalah dalam kontrak jual beli di mana penjual barang terpakai menjual barang
tersebut kepada pembeli tanpa memberitahu tentang keadaan sebenar barang tersebut.
(Wikipedia, 2014)

2.1 DALIL MENGENAI GHARAR


Gharar ini adalah salah satu elemen yang diharamkan dalam sistem kewangan serta
perniagaan Islam selain riba dan maisir. Ianya ditegah oleh Allah S.W.T sepertimana dalam
ayat berikut:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu makan harta orang lain
dengan cara yang dilarang, sebaliknya berdaganglah sesama kamu dengan saling redhameredhai..(al-Nisa: 29)
Maksudnya: Celakalah bagi mereka yang terlibat dengan penipuan, mereka yang ingin
ketepatan semasa orang lain menimbang bagi mereka, tetapi mengurangkan timbangan
apabila mereka menimbang untuk orang lain.(al-Mutaffifin: 1-3)
Di dalam ayat-ayat al-Quran tersebut tidak menyatakan secara langsung tentang larangan
gharar dalam sesuatu transaksi tetapi menyentuh secara umum melalui larangan memakan
harta dengan cara yang salah serta penipuan yang boleh menjadikan pergaduhan antara satu
sama lain.

PENGHARAMAN GHARAR DAN PERLINDUNGAN KEPADA PENGGUNA 5


Rasulullah SAW bersabda secara langsung tentang larangan dalam jual beli yang melibatkan
gharar seperti dalam hadis berikut:
Dari Abu Hurairah ra, ia berkata, Rasul SAW telah mencegah (kita) dari (melakukan) jual
beli (dengan cara lemparan batu kecil) dan jual beli barang secara gharar.(HR Muslim)
Imam al-Bukhari tidak meriwayatkan hadis yang sahih mengenai larangan gharar ini tetapi
terdapat dalam Sahih al-Bukhari yang bertajuk Bab Bayal-Gharar wa Habal al-Habalah
yang menceritakan tentang larangan gharar kerana beliau berkata bahawa jual beli gharar ini
adalah sesuatu yang umum dan mempunyai beberapa jenis. (Awang, 2012)

2.2 JENIS-JENIS GHARAR


Para ulama mengatakan bahawa terdapat 3 jenis gharar. Gharar boleh berlaku dalam
apa sahaja kontrak, antaranya kontrak jual beli, nikah, pelaburan dan lain-lain. Apabila
berlakunya gharar dalam kontrak tersebut, maka kontrak akan terbatal. Pemilikan atau
pendapatannya tidak sah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
tidak halal bagi seseorang itu mengambil sesuatu hak orang lain tanpa keredhaan pihak
yang kedua
2.2.1 Gharar Yasir
Gharar yasir merupakan unsur kesamaran yang tidak mampu dielakkan dalam akad
jual beli. Selain itu, gharar yasir ini juga disebut sebagai gharar sedikit atau qalil.
Walaubagaimanapun gharar jenis ini tidak mendatangkan pertelingkahan antara pihak yang
berakad. Gharar yasir ini juga dimaapkan kerana keperluan maslahat manusia dan pada aadat
kebiasaan (Urf), manusia mampu bertolak ansur dengan kewujudannya. Contoh yang boleh
diambil dari gharar jenis yasir atau kecil ini adalah menjual sebidang tanah tetapi tidak pasti
apa yang ada dalam tanah itu. Mungkin sebidang tanah itu terdapat logam yang berharga atau

PENGHARAMAN GHARAR DAN PERLINDUNGAN KEPADA PENGGUNA 6


banyak batu atau mempunyai tanah yang lembik. Gharar berlaku kerana berlaku kesamaran
terhadap sebidang tanah tersebut. Contoh seterusnya adalah menjual barang dalam tin.
Ia berlaku gharar apabila terdapat kesamaran antara gambar yang terdapat dilabel tin
tersebut dengan yang terdapat di dalam tin tersebut. Gharar jenis ini tidak akan merosakan
sesuatu akad. Gharar yasir ini tidak merosakan akan kerana mempunyai faktor-faktor seperti
barang jualan akan diketahui tentang keadaan dan sifat yang membezakannya dari yang lain,
barang yang patuh syariah serta penentuan spesifik terhadap kadar komoditi perlu dilakukan.
2.2.2 Gharar Mutawassit
Gharar mutawassit juga dikenali sebagai gharar yang sederhana. Gharar Mutawassit
atau sederhana ini merupakan gharar yang berada diantara gharar yasir dan gharar fahisy.
Contoh gharar jenis mutawassit ini berlaku apabila menjual rumh tanpa melihat pada tiangtiangnya. Selain itu, menjual buah-buahan semasa buahnya hampir masak juga merupakan
contoh dari jenis gharar mutawassit ini. Gharar ini berlaku kerana jualbeli dilakukan ketika
buah-buahan itu tidak masak lagi. Terdapat kesamaran di situ sama ada buah-buahan tersebut
akan masak ataupun tidak. Gharar ini juga tidak merosakan akad.
2.2.3 Gharar Fahish
Gharar Fahish juga dikenali sebagai gharar kathir atau gharar yang banyak. Ia
merujuk kepada unsur kesamaran yang wujud secara dominan pada akad sehingga akad
tersebut disifatkan kepadanya. Gharar jenis ini mampu mencetuskan pertelingkahan dan
mengakibatkan sesuatu akad menjadi fasid atau terbatal. Gharar jenis ini dilarang secara jelas
melalui dalil-dalil syarak dan ia sebenarnya boleh dielakkan tanpa menghadapi sebarang
kesulitan. Sesungguhnya para fuqahah telah bersepakat melarang berlakunya gharar fahish
atau kathir ini. Contoh dari gharar ini adalah seperti menyewa rumah tanpa ada kontrak yang
bertulis. Hal ini boleh menyebabkan risiko dihalau pada bila-bila masa. Maka boleh berlaku

PENGHARAMAN GHARAR DAN PERLINDUNGAN KEPADA PENGGUNA 7


pergaduhan di antara tuan rumah dan penyewa. Contoh lain yang dapat di ambil dari gharar
ini adalah melabur atau berhutang dengan seseorang (dengan kawan atas dasar kepercayaan)
tanpa ditulis transaksi tersebut. Perkara ini mesti dielakkan bukan sahaja kerana ianya gharar
tetapi untuk mengelakkan salah faham dengan warisnya jika salah satu pihak meninggal
dunia. Terdapat empat syarat gharar fahish atau kathir ini yang merosakan akad. Pertama
adalah gharar mestilah berlaku di dalam akad pertukaran harta atau pertukaran hak milik.
Seperti akad jualbeli atau pertukaran hak milik, akad sewaan dan syarikat atau partnership.
Ketiga-tiga perkara ini boleh terdedah kepada berlakunya gharar, tetapi jika kontrak itu
hanya sebelah pihak, contohnya derma (tabaruat) maka ia tidak terdedah kepada gharar.
Kedua adalah gharar berlaku dalam bilangan yang banyak dan yang ketiga adalah gharar
berlaku jika transaksi itu dilakukan tanpa ada keperluan yang patuh syarak. Contohnya, jika
sesebuah negara itu tidak ada takaful Islam, mereka terpaksa mengambil insurans
konvensional. Di waktu ini sudah ada hajat atau keperluan tetapi tidak ada alternatif yang
mengikut syarak, maka perbuatan ini akan membatalkan akad. Seterusnya syarat yang
terakhir adalah gharar itu berada pada benda sampingan. Contohnya, menjual buah-buahan
sebelum ia masak. Objek yang dijual adalah buah. Maka, adakah itu berada pada buh atau
orangnya atau benda sampingannya? Adakah buah itu banyak semut atau tidak? Yang
penting, buah itu sebagai objek utama dalam transaksi itu sudah wujud, masak dan boleh
dimakan. Maka tidak ada ghrar sekalipun ada banyak semut kerana semut ialah perkara
sampingan. (Rahman, 2014)

2.3 KEADAAN-KEADAAN YANG BOLEH BERLAKU GHARAR


2.3.1 Lafaz akad (sighah)
Gharar boleh berlaku dalam lafaz akad (sighah). Iaitu, kandungan kontrak tidak
menetapkan sesuatu perkara. Contohnya, A menjual barang kepada B dengan tawaran
bayaran tunai $1000. Jika bayar insurans dalam sebulan menjadi $1100. B pun menjawab

PENGHARAMAN GHARAR DAN PERLINDUNGAN KEPADA PENGGUNA 8


bahawa dia setuju. Tetapi B bersetuju (aqad) tanpa menyatakan pakej yang mana satu dia
mahu. Maka berlakulah gharar besar.
2.3.2 Cara pendapatan kepada barang yang dijual
Gharar berlaku dalam cara pendapatan kepada barang yang dijual. Contohnya, di
zaman jahiliah, jika seseorang itu hendak membeli baju dia perlu melontar batu ke arah baju
yang diinginkan. Gharar ini ialah gharar dalam mendapatkan sesuatu yang dia inginkan.
Contoh lagi, seseorang hendak beli rumah di dalam sebuah kawasan perumahan. Pemaju
rumah tidak pasti dan tidak menetapkan mana satu rumah yang boleh dibeli. Pembeli pun
bersetuju tanpa mengetahui dan menetapkan mana satu rumah yang dia hendak beli. Maka
persetujuan itu adalah gharar yang besar.
2.3.3 Tidak ditentukan spesifikasi sesuatu barang
Gharar berlaku apabila tidak ditentukan spesifikasi sesuatu barang itu. Contohnya,
seseorang itu hendak beli sebuah komputer. Pembeli tidak menetapkan spesifikasinya, begitu
juga penjual. Maka transaksi itu boleh berlaku gharar.
2.3.4 Gharar pada harga
Contohnya, seseorang hendak membaiki kereta di bengkel. Tuan bengkel mengenakan
bayaran tanpa menjelaskan perkara yang sudah dibaikinya atau tidak mendapat persetujuan
pemilik kereta mengenai kos yang akan dikenakan untuk membaiki keretanya. Contohnya
satu lagi ialah doktor tidak memperincikan kos-kos rawatan yang ingin dicaj kepada pesakit
terlebih dahulu. Setelah menjalani pelbagai rawatan, barulah pesakit diberitahu kos ke semua
rawatan itu. Contoh lagi seperti peguam, penceramah dan sebagainya. Kedua-dua pihak
hendaklah bertanya dan menjelaskan perincian perkara yang hendak dikenakan bayaran dan
mana yang tidak dikenakan bayaran.

PENGHARAMAN GHARAR DAN PERLINDUNGAN KEPADA PENGGUNA 9


2.3.5 Kemampuan dan pemilikan penjual
Gharar dalam bentuk kemampuan dan pemilikan penjual.Contohnya, barang itu
belum dimiliki oleh penjual. Atau barang itu sesuatu yang mustahil dimiliki oleh penjual,
seperti penjual hendak menjual cahaya matahari. Contoh lagi ialah short selling saham.
2.3.6 Tempoh serahan barang
Gharar berlaku dalam tempoh serahan barang. Adakah kita tahu bila penjual akan
hantar barang yang kita pesan? Kalau tak tahu dan tidak tahu kepada siapa hendak kita rujuk,
maka jadi gharar. Begitu juga jika melabur dalam syarikat yang kita tidak kenal siapa
pemiliknya atau tidak ada maklumat jelas mengenai syarikat tersebut, maka gharar juga.
2.3.7 Menjual barang yang tiada
Gharar dalam menjual barang yang tiada. Barang yang dijual sememangnya tidak ada
atau tidak wujud pada penjual semasa transaksi dijalankan. (Hussein Azeemi Abdullah
Thaidi, 2014)

3.0 GHARAR DALAM INSURANS


Pada Jun 1972, Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Kebangsaan telah memutuskan
bahawa insurans hayat sebagaimana yang telah dijanjikan oleh syarikat-syarikat insurans
yang ada pada masa tersebut adalah satu muamalat yang fasad kerana tidak sesuai dengan
prinsip-prinsip islam dari segi akadnya, iaitu mengandungi elemen gharar,maysir dan riba.
Sebelumnya Jawatankuasa tersebut telah mengeluarkan fatwa menyatakan bahawa insurans
am iaitu selain daripada insurans hayat adalah harus.

PENGHARAMAN GHARAR DAN PERLINDUNGAN KEPADA PENGGUNA 10


Pendapat Ulama tentang hukum insurans
Ulama berselisih pendapat tentang hukum insurans dan pandangan mereka ini dapat
dibahagikan kepada tiga bentuk;
1.

Golongan yang mengharuskan kontrak insurans kerana ia merupakan suatu kontrak

bank yang tidak terdapat pada zaman kegemilangan fiqh dahulu dan kewujudannya tidak
bercanggah dengan syariah islam. (Ghani, 1999)
2.

Golongan yang mempunyai pendapat berbelah bagi atau yang berpendapat sesetengah

skim insurans itu adalah harus dan sesetengahnya pula diharamkan. Walau bagaimanapun ia
lebih cenderung kepada pendapat haram. (Ghani, 1999)
3.

Golongan yang berpendapat ia adalah satu skim yang haram sama sekali. Pandangan

ini merupakan pendapat majority ulama fiqh (Ghani, 1999)


Antara contoh jual beli yang mengandungi gharar seperti yang diriwayatkan oleh Abu
Hurairah r.a. bahawa,
Rasulullah s.a.w. melarang dari al-mulasamah dan munabazah.
Menurut Imam Bukhari, Al Munabazah bermaksud jual beli di mana kedua-dua pihak tidak
menetapkan barangan yang dibeli tetapi ditentukan dengan lontaran kain atau anak batu. AlMulasamah pula jual beli yang terlaksana apabila pembeli membeli barangan tersebut.
Contoh-contoh kontrak yang mengandungi gharar seperti yang terdapat di dalam
hadith di atas telah menjadi rujukan kepada para pakar perundagan Islam Klasik dalam
memberikan definisi gharar masing-masing. Sesetengah mereka mengaitkannya dengan
ketidaktahuan (jahalah) tentang hasil kontrak seperti yang diutarakan oleh Imam Malik dan
Ibn Taymiyyah. Imam al-SyafiI menganggap ketidaktahuan ini menyebabkan adanya unsur

PENGHARAMAN GHARAR DAN PERLINDUNGAN KEPADA PENGGUNA 11


bahaya dan Ibn Qayyim pula mengaitkannya dengan apabila seseorang itu gagal
menyerahkan barangan yang dijual, atau wujud ketidakpastian sama ada akan menerima atau
sebaliknya barangan yang dibeli. (Al-Darir, 1995)
Walaupun terdapat pelbagai definisi yang diutarakan, secara umumnya mereka
bersetuju bahawa kehadiran gharar (sesuatu yang tidak pasti di dalam sesebuah kontrak
termasuklah kontrak jual beli) telah menimbulkan keraguan yang seterusnya menyebabkan
wujudnya unsur-unsur membahayakan pihak-pihak berkontrak.
Ini bertitik tolak daripada matlamat asal sesebuah kontrak diadakan iaitu bagi
memindahkan pemilikan berkongsi keuntungan, menghulurkan bantuan, menjadi wakil
atau/dan menjaga keselamatan. Bagi menjaga kepentingan ini, para Fuqaha' telah
menggariskan bahawa sesuatu kontrak termasuklah jual beli, sewa, perkongsian keuntungan
dan sebagainya mestilah mengandungi kebenaran kedua parti berkontrak dan kontrak itu
sendiri mestilah dibenarkan oleh Syarak. Seterusnya syarat-syarat tertentu dikenakan pada
elemen-elemen kontrak seperti pihak-pihak berkontrak, al-ma'qud 'alayh dan sighah kontrak.
Bagi memastikan tidak wujudnya gharar atau keraguan pada kontrak yang boleh
membahayakan matlamat asal kontrak inilah, syarat-syarat seperti mempunyai pengetahuan
yang memadai (ma'lum) mengenai al-ma'qud 'alayh yang meliputi spesifikasi (ta'yin), sifat
(sifah), dan kuantiti (qadr), kebolehan untuk diserahkan atau diterima (qudrah 'aid al-tasllm
atau tasallum), dan benar-benar dimiliki oleh yang memulakan tawaran diadakan. (Buang,
2000) Malah sekiranya sesuatu kontrak disertakan dengan syarat yang menyentuh al-ma'qud
'alayh ini, maka syarat itu juga perlu mematuhi syarat utama di atas. Contohnya syarat yang
memerlukan harga disertakan dengan barang jaminan. Maka barang jaminan yang
disyaratkan juga mestilah mematuhi syarat-syarat utama di atas. (Al-Kasani, 1910)

PENGHARAMAN GHARAR DAN PERLINDUNGAN KEPADA PENGGUNA 12


Secara dasarnya gharar atau keraguan akan wujud pada setiap kontrak tetapi gharar
yang mampu menyebabkan sesebuah kontrak itu tidak sah ialah gharar yang dianggap
melampau. Sesetengah Fuqaha' seperti al-Baji cuba meletakkan satu ukuran bagi menentukan
sama ada gharar yang terdapat di dalam sesebuah kontrak adalah melampau atau sebaliknya.
Beliau menganggap gharar adalah melampau apabila kontrak tersebut sendiri mengandungi
elemen yang tidak pasti atau gharar. Al-Suwailem pula menyatakan jika terdapat tiga perkara
berikut, gharar akan dianggap sebagai tidak membahayakan iaitu; risiko itu boleh
diendahkan dengan kata lain kesan atau kehilangan disebabkannya adalah kecil, ia di luar
kawalan seseorang dan tidak disengajakan.

3.1 Kewujudan Gharar Dalam Kontrak Jual Beli Insurans


Manakala kontrak insurans dikaitkan dengan gharar pada empat tempat iaitu:
I.

keraguan tentang tempoh kontrak berlangsung;

II.

kewujudan kontrak dan pampasan;

III.

pembayaran pampasan; dan

IV.

jumlah pampasan atau premium yang sebenarnya dijelaskan.

Memandangkan keraguan atau gharar tersebut terkandung pada elemen-elemen asas kontrak
insurans ia akan menyebabkan kontrak tersebut tidak sah. Apatah lagi pada masa sekarang,
sudah terdapat kontrak lain yang mampu mengisi fungsi kontrak ini umpamanya takaful.
Kesemua gharar ini adalah berpunca dari ketidak pastian peserta-peserta kontrak
tentang bilakah peristiwa yang dilindungi akan terjadi dan sejauh mana kesannya pada
pemegang polisi semasa kontrak ditandatangani Masalah ini timbul kerana hasil kontrak
insurans itu sendiri dipengaruhi oleh nasib dan jumlah wang yang diberikan oleh setiap pihak
adalah berbeza atau dikenali sebagai bersifat aleatori.

PENGHARAMAN GHARAR DAN PERLINDUNGAN KEPADA PENGGUNA 13


Keraguan yang timbul pada wang pampasan yang menjadi tukaran bagi bayaran
premium ialah sama ada lanya akan dibayar kepada pemegang polisi atau sebaliknya.
Kemungkinan pampasan tidak akan dibayar langsung wujud apabila sesuatu kontrak insurans
yang ditandatangani tamat tempoh perlindungan. Sebagai contoh, insurans kenderaan
bermotor yang memerlukan pelanggan membayar sejumlah wang iaitu premium sebagai ganti
pada pampasan yang akan diberikan oleh syarikat insurans sekiranya berlaku sebarang
kemalangan kepada empunya kereta, kereta atau pihak ketiga. Pampasan ini hanya akan
dibayar sekiranya kemalangan tersebut terjadi semasa dalam tempoh perlindungan biasanya
setahun. Sekiranya tidak berlaku sebarang kemalangan, sehingga tamat tempoh perlindungan
pemegang polisi tidak akan menerima apa-apa bayaran. Masalah yang sama juga mungkin
dihadapi oleh kontrak insurans bertempoh.
Jadi semasa kontrak ditandatangani terdapat dua kemungkinan iaitu pampasan
mungkin dibayar dan juga mungkin tidak. Ini seterusnya akan mempengaruhi status kontrak
tersebut kerana salah satu elemen asas kontrak. iaitu pampasan mungkin tiada dan dengan
tiadanya elemen ini, pertukaran yang menjadi matlamat asal kontrak tidak terlaksana. Dengan
kata lain tidak wujud kontrak antara kedua pihak tersebut.
Bagi sesuatu kontrak yang melibatkan pertukaran kewangan antara dua pihak yang
berkontrak adalah perlu dinyatakan dengan pasti jumlah bayaran bagi barangan atau
perkhidmatan yang dikemukan. Tanpanya sudah tentu unsur gharar akan wujud dan
menyebabkan kontrak itu tidak sah.

3.2 Kesan Gharar Ke Atas Kontrak Insurans


Kesan gharar pada sesuatu kontrak jual beli adalah berbeza kerana gharar itu sendiri
terbahagi kepada dua tahap iaitu gharar melampau (fahish) dan gharar kecil (yas'ir) Gharar
kecil adalah ketidakpastian biasa yang terdapat di dalam semua transaksi seperti

PENGHARAMAN GHARAR DAN PERLINDUNGAN KEPADA PENGGUNA 14


ketidakpastian sama ada akan mendapat keuntungan atau sebahknya di dalam perniagaan dan
sebagainya. Gharar ini tidak akan menjadikan sesuatu kontrak tidak sah kerana ia merupakan
ketidakpastian yang mesti ditempuhi oleh semua manusia.Hanya gharar melampau yang
akan menjadikan sesuatu kontrak yang mengandunginya tidak sah. Dan bagi mana-mana
pihak yang berkontrak yang sedar atau sengaja mewujudkan gharar tersebut, hukumnya
adalah berdosa.
Pada kontrak insurans, gharar wujud secara langsung pada kedua-dua al-ma'qud
'alayh dan menyebabkan keraguan yang jelas pada kewujudan kontrak itu sendiri serta
tempoh sepatutnya kontrak itu berlangsung. Malah kontrak insurans itu sendiri terbentuk dari
unsur ketidakpastian iaitu peristiwa yang diinsuranskan yang belum atau belum tentu berlaku.
Dengan kata lain, gharar yang wujud pada kontrak insurans adalah dari jenis gharar
melampau yang akan menyebabkan kontrak ini tidak sah. Tuntutan pampasan kerugian bagi
kontrak ini pula adalah sesuatu yang agak tidak mungkin kerana biasanya keduadua pihak
berkontrak sedar tentang kewujudan unsur ketidakpastian ini.

4.0 ISU: SKIM CEPAT KAYA


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia Kali Ke-69 yang bersidang pada 13-15 Jun 2005 di Johor Bahru telah
membincangkan Hukum Skim Cepat Kaya dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan
bahawa hukum terhadap Skim Cepat Kaya adalah haram kerana ia mengandungi unsur-unsur
judi, riba, gharar dan tadlis dan umat Islam dilarang daripada terlibat dengan skim ini. Skim
cepat kaya secara amnya ialah satu skim yang menjanjikan pulangan yang berganda daripada
apa yang dilaburkan; dan juga pembelian barang yang jauh lebih murah daripada harga
pasaran.

PENGHARAMAN GHARAR DAN PERLINDUNGAN KEPADA PENGGUNA 15


Jika dilihat ciri-ciri skim cepat kaya, ia lebih kepada promosi untuk mencari ahli baru
tanpa menitikberatkan aspek penjualan barang. Pendapatannya diperolehi melalui
pertambahan ahli berbanding dengan jualan barangan, kontrak bertulis tidak wujud,
pembelian secara paksaan dalam amaun yang besar dikenakan kepada peserta untuk
melayakkan menerima bonus, tiada pilihan ketika peserta membuat pembelian pakej, tiada
terma bayar balik barang-barang yang telah dibeli, syarat yang ketat untuk mendapat
pulangan bonus, pengunduran diri daripada transaksi tidak dibenarkan, digalakkan untuk
membeli pakej yang lebih besar dengan janji pulangan yang lebih lumayan.
Jika diteliti kepada terma dalam skim cepat kaya, ia kabur dan banyak yang tidak
memenuhi piawaian kontrak muamalah jual beli seperti yang dituntut Syariah. Dalam berjual
beli, perkara yang perlu seorang Muslim lihat pada awal-awalnya ialah kontrak atau akad.
Kontrak pada dasarnya mengandungi butiran muamalah jual beli berkenaan yang melibatkan
kepentingan kedua-dua pihak yang membuat kontrak iaitu pembeli, penjual dan juga status
objek atau barangan yang terlibat. Dengan memahami kontrak yang sahih, maka status jual
beli atau transaksi yang dibuat itu akan menjadi telus dan mempunyai matlamat yang jelas
serta dapat memberikan penyelesaian jika pertikaian berlaku di belakang hari tanpa
mempunyai unsur gharar dalam akad yang dijalankan.
Apabila muamalah jual beli dilakukan tanpa ikatan kontrak yang jelas, maka sudah
tentu ia menjadi satu ikatan kontrak yang bercanggah dengan kehendak Syariah dan menjadi
kontrak yang batil. Dengan itu, tidak menjadi suatu yang pelik apabila mereka-mereka yang
terlibat dalam kontrak batil akan menerima pelbagai kesan negatif kerana kontrak yang batil
sudah tentu tidak melindungi hak-hak orang yang berkontrak. Jadi, dalam konteks skim cepat
kaya, maka sudah tentu ia layak dikenali sebagai skim cepat miskin' kerana kontraknya yang
kabur akhirnya membawa kepada kerugian kepada orang yang terlibat.

PENGHARAMAN GHARAR DAN PERLINDUNGAN KEPADA PENGGUNA 16


Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud
"Muslim terikat kepada perjanjian mereka, kecuali perjanjian yang mengharamkan yang
halal atau menghalalkan yang haram. (Riwayat Bukhari)
Menurut para ulama dan pakar agama, Islam yang telah menggariskan bahawa
sebarang pendapatan atau keuntungan yang berpunca daripada sumber yang haram ataupun
gharar (was-was) adalah hukumnya haram, dan sekiranya perkara yang ingin dilakukan itu
memberi risiko yang buruk, maka hukumnya akan juga haram. Nabi Muhammad SAW
menegaskan yang bermaksud:
Nabi melarang daripada mengurus perniagaan dengan Gharar (Hadis Riwayat Muslim)
Antara ciri-ciri dalam Skim Cepat Kaya yang terkandung unsur gharar :
1.

Seseorang pelabur boleh melabur seberapa banyak wang yang dikehendaki dan pihak

pengurus skim akan membayar balik keuntungan mengikut peratus yang ditetapkan. Ada
yang membayar sebanyak 10% atau 12% daripada jumlah pelaburan. Bayaran
keuntungan pelaburan ini dibayar dalam bentuk wang tunai atau dimasukkan ke dalam akaun
simpanan pelabur berkenaan. Di sini tidak diketahui dari mana keuntungan yang diperolehi.
Maka, terdapat unsur gharar di dalamnya.
2.

Semua pelaburan yang dibuat selalunya dicatatkan dalam buku senarai pelabur dan

resit akuan terima wang juga tidak dikeluarkan. Urusniaga skim ini berdasarkan prinsip
percaya mempercayai dan tiada surat perjanjian khusus tentangnya.
3.

Pihak pengurus skim juga melantik wakil-wakil dan ajen-ajen di beberapa tempat bagi

mendapatkan pelabur-pelabur baru. Setiap wakil atau ajen mendapat bayaran sagu hati
mengikut kadar yang dipersetujui berasaskan jumlah pelaburan yang dipungut.

PENGHARAMAN GHARAR DAN PERLINDUNGAN KEPADA PENGGUNA 17


4.

Tiada bukti menunjukkan pihak pengurus skim ini melaburkan wang yang terkumpul

ke dalam mana-mana institusi kewangan atau pelaburan saham dalam atau di luar negara.
5.

Polisi, pelan, pengendalian atau proses bagi produk, perkhidmatan tidak dijelaskan

lebih terperinci.
Selain itu, pembahagian nisbah keuntungan yang tidak jelas(gharar). Tiada
kesepakatan tentang keuntungan iaitu syarikat hanya menjanjikan pulangan keuntungan
mengikut nisbah ROI (Pulangan Berasaskan Nilai Pelaburan). Keuntungan yang diberikan
kepada sahibul-mal adalah berasaskan kepada peratus pelaburan mereka, bukannya jumlah
sebenar keuntungan dari pelaburan yang dibuat. Ini menunjukkan bahawa jumlah sebenar
keuntungan hanyalah diketahui oleh pihak pengurus sahaja dan hakikatnya mereka
membahagikan mengikut pembahagian yang mereka inginkan, tanpa perlu mendedahkan
keuntungan sebenar. Hal ini amat bercanggah dengan prinsip muamalah dalam Islam yang
mana keuntungan hendaklah dibahagikan mengikut persetujuan dan kerugian adalah
tanggungan sahibul mal sahaja. Hal ini tidak dinyatakan dengan jelas dalam kontrak yang
menjadikannya fasid (rosak). Skim Cepat Kaya ini sebenarnya tidak menepati mana-mana
akad di dalam Islam. Proses yang dilakukan adalah melabur RM30 sedangkan pulangan yang
didapati tidak jelas kerana tidak ada barangan atau perkhidmatan yang dijual, yang ada
hanyalah kemasukan wang dari perserta. Kedudukan ini tak ubah seperti masing-masing
memakan wang sesame sendiri. Sedangkan Allah Subhanahu wa Taala melarang kita
memakan harta sesama sendiri dengan cara yang batil.
FirmanNya,
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu
dengan jalan yang batil kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama
suka di antara kamu... [Surah an-Nisa (4):29]

PENGHARAMAN GHARAR DAN PERLINDUNGAN KEPADA PENGGUNA 18


Allah Subhanahu wa Taala melarang hamba-hambaNya daripada memakan harta dengan
cara yang tidak benar, seperti riba, judi dan helah yang kelihatannya seperti sah [Tafsir Ibn
Kathir].
Setiap pelaburan atau perniagaan dalam Islam mestilah berdasarkan kehendak-kehendak
syarak. Ia bukan semata-mata pelaburan yang mementingkan keuntungan sahaja tanpa
mengambil kira kesan yang akan timbul terhadap individu atau anggota masyarakat mahupun
negara. Perniagaan atau pelaburan dalam Islam mestilah bersih daripada unsur-unsur
kezaliman, penipuan, penindasan dan menjurus kepada sesuatu perkara yang dilarang oleh
Islam.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
Penipu akan dimasukkan ke dalam neraka, dan sesiapa yang mengamalkan perkara yang
bukan daripada amalan kami maka ia ditolak.
Di samping itu, skim ini jika dibiarkan berterusan boleh memudaratkan ekonomi
negara. Bayangkanlah, dengan hanya menyimpan sejumlah wang yang sedikit menghasilkan
keuntungan yang berganda. Ini akan menyebabkan orang ramai merasa tidak lagi perlu
bekerja kerana wang boleh diperoleh dengan mudah tanpa sebarang usaha yang kuat.
Menurut kaedah fiqh Islam, sekiranya sesuatu kemaslahatan dan kemudaratan bertembung
maka menolak kemudaratan hendaklah diutamakan. Sekiranya bertembung, antara
kemaslahatan individu dan masyarakat maka di utamakan kemaslahatan masyarakat.
Justeru, jelaslah bahawa skim cepat kaya mengandungi unsur gharar, penipuan, riba,
memanipulasi ketamakan manusia kepada harta benda dengan cara yang tidak diizinkan,
mendapat keuntungan atas angin, dan mendapat keuntungan daripada hasil usaha orang lain
dengan cara yang tidak sepatutnya adalah jelas bertentangan dengan hukum syarak.

PENGHARAMAN GHARAR DAN PERLINDUNGAN KEPADA PENGGUNA 19

5.0 KESIMPULAN
Islam telah menetapkan garis panduan terperinci agar muamalah transaksi sesama
manusia adalah bertepatan dengan Syariat. Apabila garis panduan ini dipatuhi maka sudah
tentu ia mewujudkan keredaan hubungan sesama manusia dan akhirnya menghasilkan
kebaikan dan keberkatan dalam transaksi yang dilakukan. Oleh sebab itu unsur-unsur dalam
muamalat yang boleh mencacatkan ketelusan dan manfaat kedua-dua pihak dalam jual beli
tidak dibenarkan. Ini termasuk menolak unsur ketidakpastian atau gharar, perjudian atau
maisir dan riba dalam muamalat. Jadi apabila muamalah manusia samada dari aspek sosial
dan juga ekonomi jika dilakukan berlandaskan garis panduan Islam maka ia membawa
manfaat bukan sahaja kepada individu terlibat bahkan masyarakat serta memberi manfaaat
kepada persekitaran hidup manusia.

6.0 RUJUKAN
Amrin, A. (2006). Ansuransi Syariah. Jakarta: PT Elex Media Komputindo.
Awang, A. H. (2012). Gharar Dalam Perspektif Al-Hadith:Analisis tentang
'illah dan prinsip. Ilmiah Berimpak, 64-66.
Hussein Azeemi Abdullah Thaidi, M. F. ( 2014). Analisa Eksistensi Gharar
Terhadap Perlaksanaan Pembiayaan terhadap Tawarruq.
Rahman, U. Z. (2014, Januari 22). Islam,Islamic Finance. Didapatkan dari
Elemen

Gharar

Dalam

Kontrak:

http://www.rudyherman.com/tag/ustaz-zaharuddin-abdul-rahman/
Zakaria, A. (2012). Rahsia Jutawan Islam. Selangor: PTS Professional
Publishing SDN.BHD.
Al-Darir, a.-S. M.-A. (1995). al-Gharar wa Atharuh Fi al-Uqud Fi al-Fiqh alIslami. Mesir: Universiti Khartoum.
Al-Kasani. (1910). Bada'i' al-Sana'V fi Tartib al-Syara'V. jilid 5, 2-171.

PENGHARAMAN GHARAR DAN PERLINDUNGAN KEPADA PENGGUNA 20


Buang, A. H. (2000). Studies in The Islamic Law of Contract . Kuala
Lumpur: International Law Book Ser.
Ghani, A. M. (1999). Sistem Kewangan Islam dan Pelaksanaanya di
Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Wikipedia.

(2014,

Oktober

1).

http://ms.wikipedia.org/wiki/Takaful

Retrieved

from

Takaful:

Beri Nilai