Anda di halaman 1dari 28

http://jurnalperadabanipm.blogspot.com/2008/08/pemikiran-saintifik-danmatematik-dalam.

html

SELASA, 12 OGOS 2008

Pemikiran Saintifik dan Matematik


dalam Kraf Anyaman Buluh Melayu
Tradisional: Satu Kajian Kes oleh
Marzita Puteh, Sadiah Baharom,
Jamilah Omar
Jurnal Peradaban Melayu, Jilid 5, Tahun 2007
Pemikiran Saintifik dan Matematik dalam Kraf
Anyaman Buluh
Melayu Tradisional: Satu Kajian Kes
Marzita Puteh
Sadiah Baharom
Jamilah Omar
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Pengenalan
Kesenian wujud, berkembang dan diturun temurunkan
dalam atau melalui tradisi-tradisi sosial atau
masyarakat. Kesenian adalah milik masyarakat, dilihat
sebagai cara hidup yang bertalian dengan keindahan

http://jurnalperadabanipm.blogspot.com/2008/08/pemikiran-saintifik-danmatematik-dalam.html

dari para ahli masyarakat. Kesenian ini menjadi


tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak
turun temurun lagi. Dengan adanya kesenian seperti
ini identiti masyarakat Melayu lebih terserlah dan
dikenali ramai. Warisan seni tradisional di kalangan
orang Melayu disampaikan secara lisan dari generasi
kepada satu generasi, namun artis sebagai individu
yang menghasilkan mempunyai ruang untuk
menggalakan kreativiti dan mempertahankan nilainilai estetik karya seni tersebut. Kementerian
Kebudayaan dan Kesenian telah mengambil pelbagai
inisiatif bagi memantapkan dan memperkembangkan
lagi kebudayaan masyarakat Melayu. Kesenian bangsa
Melayu telah diakui dunia sebagai unik dan menarik.
Seni rupa dalam masyarakat Melayu merupakan
ciptaan yang mengandungi unsur-unsur seni yang
dihasilkan oleh orang Melayu melalui ukiran,
anyaman, tenunan, seni bina dan sebagainya.
Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk
digunakan, tetapi digubah dengan memasukkan unsurunsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan
menarik hati. Penciptaan kraftangan itu memerlukan

http://jurnalperadabanipm.blogspot.com/2008/08/pemikiran-saintifik-danmatematik-dalam.html

keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahanbahan asas yang teratur sejak dari proses awal
hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta. Proses
penciptaan kraftangan tersebut memerlukan daya
estetika demi untuk memberikan rekabentuk yang
indah dan menarik. Seni anyaman adalah suatu bentuk
kraf yang tidak dapat dipisahkan daripada cara hidup
tradisional masyarakat Melayu dan rumpun nusantara.
Daripada tikar hingga kepada dinding pelindung
kediaman, hasil kerja menganyam membentuk
persekitaran hidup yang boleh dilihat di mana-mana.
Ini tidak menghairankan kerana tumbuh-tumbuhan
tropika merupakan jenis yang sesuai untuk dijadikan
bahan anyaman. Menganyam merupakan proses
menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan
beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis
reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui nyaman
demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian
contohnya menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan
menganyam tikar untuk mengalas tempat duduk.
Kraf Bukan Sekadar Pernyataan Estetik dan Kreatif

http://jurnalperadabanipm.blogspot.com/2008/08/pemikiran-saintifik-danmatematik-dalam.html

Masyarakat Melayu
Dalam memperkatakan nilai estetik bangsa Melayu,
renungi ke dalam diri dan fahami etimologi perkataan
estetik ini membawa kepada estetics iaitu bidang
falsafah yang mengkaji atau menyelidik tentang
keindahan. Estetik dikaitkan dengan istilah nilai-nilai
keindahan, termasuk di dalamnya makna, antara lain
elok, molek, cantik, anggun, bagus, lembut, utuh,
seimbang, padu, bening, tenang, hampa, suram,
dinamik, kukuh, hidup, gerak, hambar, sentimental
dan tragik. Berekspresi estetik merupakan antara
keperluan manusia yang tergolong dalam keperluan
budaya, keperluan ini terhasil kerana faktor dorongan
dari dalam diri manusia yang secara asasi sentiasa
ingin merefleksikan keradaannya sebagai makhluk
yang bermoral, berakal fikiran dan berperasaan.
Keperluan estetik, baik secara langsung mahupun
tidak langsung, terserap dalam kegiatan-kegiatan
untuk memenuhi keperluan lainnya, sama ada
keperluan primer, sekunder, ataupun keperluan
budaya lainnya, yang berkaitan dengan perasaan baik

http://jurnalperadabanipm.blogspot.com/2008/08/pemikiran-saintifik-danmatematik-dalam.html

dan benar, adil dan tidak adil serta masuk akal atau
sebaliknya.
Apabila menjelaskan makna estetik maka ia banyak
dibincangkan berkaitan dengan deria pengamatan
terhadap sesuatu perkara atau suasana yang
menekankan aspek kesenian atau keindahan, bukan
menekankan aspek fungsional serta kecanggihan objek
tersebut. Manakala apabila menjelaskan makna
kreatif dalam sesuatu hasil kesenian melayu, kerap
pemaknaan penghasilan hanya dilingkungi hasil
pengamatan serta manifestasi kreatif pandai kraf
terhadap alam Melayu. Tidakkah kreatif itu
merupakan hasil kesenian sesuatu bangsa yang
membentuk budaya ekspresif yang melaluinya
kelompok bangsa tersebut menyatakan keperluan dan
keinginan dalam kehidupan mereka?. Kreatif dalam
konteks karya kraf sering dikaitkan dengan
ketidaksengajaan, desakan hidup dan spontan. Apakah
kreatif dalam pemaknaan karya kraf Melayu terasing
daripada proses pemikiran yang begitu teliti,
komprehensif dan unik?

http://jurnalperadabanipm.blogspot.com/2008/08/pemikiran-saintifik-danmatematik-dalam.html

Ini jelas membuktikan bahawa, kecanggihan


menghasilkan objek seni ini jarang dikaitkan dengan
pemikiran saintifik dan pemikiran matematik.
Dokumentasi mengenai kesenian anyaman Melayu
tidak dikaitkan dengan kecanggihan pemikiran
saintifik dan matematik seperti ahli matematik Yunani
Pythagoras ataupun Archimedes. Kenapa jarang sekali
seni ukir dan anyaman ini disamakan dengan ilmu
sains dan matematik ? Ukiran sering hanya dikaitkan
sebagai luahan daya kreativiti dan estetika sahaja
seperti yang dinyatakan oleh Siti Zainon (1986), iaitu:
...........................seniman alam Melayu bekerja
menghasilkan seni gunaan
tetapi penuh daya kreativiti dan estetika yang
memang telah teruji sejak
berzaman. Mengukir bukan sekadar menggunakan
bahan tetapi juga mengeluarkan buah fikiran dan
perasaan.
Persoalannya untuk menghasilkan sesuatu yang
kreatif, bukankah pemikiran saintifik dan matematik
diperlukan? Kertas ini ingin membincangkan isu
perkaitan pemikiran saintifik, matematik, penilaian
estetik dan kreatif wujud dalam satu lingkungan ruang

http://jurnalperadabanipm.blogspot.com/2008/08/pemikiran-saintifik-danmatematik-dalam.html

dan memaparkan bahawa pemikiran saintifik dan


matematik banyak digunakan untuk menghasilkan seni
anyaman buluh orang Melayu. Secara tidak langsung
pembentangan ini juga ingin menjelaskan bahawa
pemikiran saintifik dan matematik telah lama wujud
di kalangan pandai anyaman dan sekaligus
menunjukkan bahawa pemikiran saintifik dan
matematik memang telah lama berkembang dan
digunakan oleh orang Melayu tanpa mereka sedari.
Terdapat banyak stigma yang mengatakan bahawa
orang Melayu tidak mempunyai pemikiran dan
kemahiran sains dan matematik seperti bangsa lain.
Rata-rata orang Melayu sendiri mengiyakan dakwaan
ini dan mengakui bahawa mereka memang tidak
pandai di dalam bidang sains dan matematik. Adakah
orang Melayu akan terus dibelenggu dengan penyataan
yang tidak berasas ini? Kertas ini kan menjelaskan
bagaimana kesenian menganyam memerlukan banyak
kemahiran sains dan matematik untuk menghasilkan
kombinasi motif dan corak yang indah dan simetri.
Semua ini memerlukan pemikiran dan kebijaksanaan

http://jurnalperadabanipm.blogspot.com/2008/08/pemikiran-saintifik-danmatematik-dalam.html

di dalam ilmu sains dan matematik itu sendiri di


dalam proses untuk menghasilkankannya.
Objektif Penyelidikan
Secara amnya kajian ini ingin mengkaji dan
memperlihatkan pemikiran saintifik dan matematik
yang dipunyai oleh mereka yang berbakat di dalam
seni anyaman di kalangan orang Melayu. Secara
khasnya kajian ini akan menjawab beberapa soalan
iaitu:
a) Adakah pemikiran saintifik dan matematik
diperlukan untuk menghasilkan anyaman tradisional
Melayu?
b) Adakah mereka yang mahir di dalam seni anyaman
mempunyai pemikiran saintifik dan matematik?
c) Adakah tukang anyam ini sedar kemahiran sains dan
matematik yang mereka perlu ketahui untuk
menghasilkan ukiran atau anyaman ini?

http://jurnalperadabanipm.blogspot.com/2008/08/pemikiran-saintifik-danmatematik-dalam.html

d) Adakah pemikiran saintifik dan matematik di


kalangan tukang anyam ini memang ada tanpa mereka
sedari?
Latar belakang
Menurut Kamus Dewan Seni didefinisikan sebagai
karya (sajak, lukisan, muzik, dll) yang dicipta dengan
bakat (kecekapan), hasil daripada sesuatu ciptaan.
Manakala kesenian bermaksud perihal seni, yang
berkaitan dengan seni, keindahan (kehalusan).
Kesenian ini menjadi tunjang kepada kebudayaan
masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Dengan
adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat
Melayu lebih terserlah dan dikenali ramai.
Kementerian Kebudanyaan dan Kesenian telah
mengambil pebagai inisiatif bagi memantapkan dan
memperkembangkan lagi kebudayaan masyarakat
Melayu. Kesenian bangsa Melayu telah diakui dunia
sebagai unik dan menarik. Seni rupa dalam
masyarakat Melayu merupakan ciptaan yang
megandungi unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh

http://jurnalperadabanipm.blogspot.com/2008/08/pemikiran-saintifik-danmatematik-dalam.html

orang Melayu melalui ukiran, anyaman, tenunan, seni


bina dan sebagainya.
Seni ukir dalam masyarakat Melayu mempunyai
hubungan rapat dengan hasil-hasil kerja tangan yang
dicipta melalui kepandaian mengukir. Ciri-ciri ukiran
itu dihasilkan melalui ukiran timbul, ukiran terbenam,
ukiran tebuk dan ukiran timbus. Seni kraftangan
adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi
digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk
memberi bentuk yang indah dan menarik hati.
Penciptaan kraftangan itu memerlukan keahlian dan
kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang
teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil
kraftangan itu tercipta. Proses penciptaan kraftangan
tersebut memerlukan daya estetika demi untuk
memberikan rekabentuk yang indah dan menarik.
Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun,
lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan
yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan
dihasilkan melalui nyaman demi untuk mencipta
sesuatu alat keperluan harian contohnya mengahsilkan

http://jurnalperadabanipm.blogspot.com/2008/08/pemikiran-saintifik-danmatematik-dalam.html

topi, tudung saji, bakul dan mengayam tikar untuk


mengalas tempat duduk.
Pernyataan Masalah
Dalam masyarakat Melayu, seni dapat dibahagikan
menjadi dua: seni persembahan (tarian, nyanyian,
persembahan pentas seperti makyong, wayang kulit,
ghazal, hadrah, kuda kepang) dan seni tampak (seni
ukir, seni bina, seni hias, pertukangan tangan,
tenunan, anyaman dll). Kegiatan seni Melayu
mempunyai identiti tersendiri yang juga
memperlihatkan gabungan pelbagai unsur tempatan
dan luar.Seni ukir dan anyaman adalah sebahagian
daripada seni tradisional yang memang tidak boleh
dipisahkan daripada budaya dan corak hidup orang
Melayu. Malahan seni anyaman adalah sebahagian
daripada kehidupan orang Melayu. Walau
bagaimanpun, kecanggihan menghasilkan seni ini
jarang dikaitkan dengan pemikiran saintifik dan
pemikiran matematik. Dokumentasi mengenai
kesenian ukiran dan anyaman Melayu tidak dikaitkan
dengan kecanggihan pemikiran saintifik dan

http://jurnalperadabanipm.blogspot.com/2008/08/pemikiran-saintifik-danmatematik-dalam.html

matematik seperti ahli matematik Yunani Pythagoras


ataupun Archimedes. Kenapa jarak sekali seni ukir dan
anyaman ini disamakan dengan ilmu sains dan
matematik?. Anyaman sering hanya dikaitkan sebagai
luahan daya kreativiti dan estetika sahaja.
Persoalannya untuk menghasilkan sesuatu yang
kreatif, bukankah pemikiran saintifik dan matematik
diperlukan? Kajian ini ingin menjawab persoalan ini
dan cuba untuk memaparkan bahawa pemikiran
saintifik dan matematik banyak digunakan untuk
menghasilkan seni ukiran dan anyaman orang Melayu.
Secara tidak langsung kajian ini juga ingin
menunjukkan bahawa pemikiran saintifik dan
matematik telah lama wujud di kalangan ahli seni ukir
dan anyaman dan sekaligus menunjukkan bahawa
pemikiran saintifik dan matematik memang telah lama
berkembang dan digunakan oleh orang Melayu tanpa
mereka sedari.
Latar Belakang Kajian
Seperti yang telah dinyatakan ialtu terdapat banyak

http://jurnalperadabanipm.blogspot.com/2008/08/pemikiran-saintifik-danmatematik-dalam.html

stigma yang megatakan bahawa orang Melayu tidak


mempunyai pemikiran dan kemahiran sains dan
matematik seperti bangsa lain. Orang Melayu sendiri
mengiyakan dakwaan ini dan mengakui bahawa
mereka memang tidak pandai di dalam bidang sains
dan matematik. Adakah orang Melayu akan terus
dibelenggu dengan penyataan yang tidak berasas ini?
Kajian perlu dijalankan untuk menunjukkan dakwaan
ini tidak berasas dan sebaliknya pemikiran dan
kemahiran sains dan matematik memang sangat tinggi
di kalangan orang Melayu terutamanya di dalam seni
ukir dan anyaman Melayu itu sendiri.
Kesenian mengukir dan menganyam memerlukan
banyak kemahiran sains dan matematik untuk
menghasilkan kombinasi motif dan corak yang indah
dan simetri. Semua ini memerlukan pemikiran dan
kebijaksanaan di dalam ilmu sains dan matematik itu
sendiri di dalam proses untuk menghasilkankannya.
Kajian ini mempunyai impak yang signifikan untuk
dipaparkan agar orang Melayu menyedari bahawa
mereka mempunyai pemikiran dan kemahiran sains

http://jurnalperadabanipm.blogspot.com/2008/08/pemikiran-saintifik-danmatematik-dalam.html

dan matematik sejak dahulu lagi dan ini jelas dapat


dilihat di dalam seni ukir dan anyaman Melayu.
Kaedah Kajian
Kajian ini akan meggunakan dua jenis data iaitu data
kualitatif dan juga data kuantitatif. Data kalitatif
akan diperolehi daripada;
a) Temubual terperinci dengan beberapa tukang
anyam untuk mengetahui bagaimana mereka
menghasilkan anyaman mereka.
b) Pemerhatian terperinci proses ukiran dan anyaman
yang dilakukan oleh tukang anyam.
Pemetaan ukiran dan anyaman dengan konsep dan
kemahiran sains dan matematik yang digunakan untuk
menghasilkan anyaman.
Peringkat Kajian
Kajian ini akan dijalankan secara berperingkat seperti
berikut:

http://jurnalperadabanipm.blogspot.com/2008/08/pemikiran-saintifik-danmatematik-dalam.html

1) Mengenalpasti beberapa tukang anyam di beberapa


buah negeri di Semenanjung Malaysia (10 orang) dan
menghubungi mereka;
2) Bertemu dengan tukang anyam yang telah
dikenalpasti;
3) Membuat pemerhatian akan proses yang dilalui
untuk menghasilkan anyaman;
4) Menemubual tukang anyam mengenai hasil
anyaman;
5) Membuat pemetaan konsep matematik dan
kemahiran matematik yang perlu dilalui untuk
menghasilkan anyaman;
6) Membuat pemetaan konsep sains dan kemahiran
sains yang perlu dilalui untuk menghasilkan anyaman.
Tahap Penting

http://jurnalperadabanipm.blogspot.com/2008/08/pemikiran-saintifik-danmatematik-dalam.html

Tiga tahap penting di dalam kajian ini ialah;


1) Tinjauan:
Tinjauan akan dijalankan untuk mengenalpasti
beberapa orang tokoh-tokoh tukang anyaman di
beberapa buah negeri di Semanjung Malaysia. Ini akan
dilakukan dengan menghubungi Kementerian
Pelancongan dari negeri-negeri berkenaan.
2) Pengumpulan data:
Pengumpulan data akan dijalankan seperti yang
disenaraikan di dalam Peringkat Kajian di atas.
3) Analisis:
Analisis data yang telah dikumpulkan akan dijalankan
terutamanya terhadap temubual dan semua
dokumentasi proses ukiran dan anyaman yang telah
dihasilkan oleh tukang ukir dan tukang anyam.
Dokumentasi adalah dalam bentuk gambar-gambar
yang akan diambil semasa proses ukiran dan anyaman
dan juga rakaman video.

http://jurnalperadabanipm.blogspot.com/2008/08/pemikiran-saintifik-danmatematik-dalam.html

4) Dokumentasi;
Selepas dianalisis, dokumentasi dalam bentuk
penulisan ilmiah, iaitu laporan kajian akan dibuat oleh
penyelidik dan dokumentasi juga akan dihasilkan di
dalam bentuk sebuah buku untuk bacaan umum.
Hasil Kajian yang Diharapkan:
Hasil kajian yang diharapkan adalah untuk
menunjukkan bahawa pemikiran saintifik dan
matematik telah lama bersemai di kalangan ahli seni
Melayu dan orang Melayu umumnya sejak berzaman
lagi tanpa mereka menyedarinya. Seni ukir dan
anyaman yang dihasilkan adalah gabungan pemikiran
saintifik dan matematik yang tinggi nilainya. Dapatan
kajian ini diharapkan dapat memberikan satu
dorongan yang positif dan memberansangkan
mengenai keupayaan orang Melayu di bidang sains dan
matematik. Hasil kajian ini akan didokumentasikan di
dalam bentuk dokumentasi laporan sebuah kajian
yang akan dibentangkan di mana-mana seminar,
konferen atau kolokium yang bersesuaian untuk di
kongsi bersama dengan ahli akademik dan masyarakat

http://jurnalperadabanipm.blogspot.com/2008/08/pemikiran-saintifik-danmatematik-dalam.html

umum. Selain daripada itu sebuah buku juga akan


dihasilkan untuk mendokumentasikan dapatan kajian
ini untuk dikongsi bersama dengan masyarakat umum
dengan meluasnya.
Kesan/ Kebaikan/ Hasil yang dijangkakan
Kesan dan impak kebaikan hasil kajian ini dapat
memberi kesedaran dan dorongan kepada orang
Melayu bahawa pemikiran saintifik dan matematik
memang telah lama wujud dan dikalangan orang
Melayu tanpa disedari. Kajian ini diharapkan dapat
menyingkap kecerdikan dan kreativiti orang Melayu di
dalam menghasilkan ukiran dan anyaman tradisional
yang menjadi kebanggaan orang Melayu. Sekaligus
kajian ini juga ingin menunjukkan bahawa orang
Melayu memang telahpun mempunyai kemikiran
saintifik dan matematik sejak dahulu lagi.
Pemikiran Saintifik dan Matematik di dalam
Anyaman
Seni anyaman mempamerkan budaya dan cara hidup
orang-orang melayu dahulu kala. Ia kadang kala

http://jurnalperadabanipm.blogspot.com/2008/08/pemikiran-saintifik-danmatematik-dalam.html

disebut sebagai seni miskin kerana dilakukan oleh


orang-orang kampung semata-mata untuk memenuhi
keperluan harian mereka. Anyaman rotan
menghasilkan produk seperti bakul dan perabot yang
kebanyakannya adalah untuk kegunaan sendiri atau
dijual secara kecil-kecilan di pasar terbuka.
Penghasilan sesuatu produk rotan bukanlah perkara
yang mudah bagi orang dahulu kala. Bahan
mentahnya, iaitu rotan, hanya didapati di dalam
hutan belantara. Ia perlu ditebang, dibersihkan,
dirawat dan dikeringkan dengan teliti supaya sesuai
untuk dijadikan peralatan yang boleh digunakan.
Masyarakat dahulu kala juga perlu memikirkan cara
yang paling berkesan untuk menghasilkan produk yang
bukan hanya cantik tetapi boleh bertahan lama.
Merujuk kepada bahan mentah yang dikaji iaitu rotan,
ia merupakan hasil hutan bukan kayu yang terpenting
di Semenanjung Malaysia. Tumbuhan ini lazimnya
tumbuh liar dengan banyaknya di kawasan-kawasan
pendalaman hutan semulajadi di Pahang, Perak dan
Kedah. Perusahaan rotan di negara ini lebih tertumpu

http://jurnalperadabanipm.blogspot.com/2008/08/pemikiran-saintifik-danmatematik-dalam.html

kepada aktiviti-aktiviti pengeluaran perabot bagi


pasaran tempatan. Rotan yang paling popular dan
menjadi pilihan utama bagi pembuatan rangka dan
perabot rotan adalah rotan jenis manau atau nama
saintifiknya Calamus manan. Rotan jenis besar yang
lain termasuklah rotan jenis dok (Calamus ornatus)
dan semambu (Calamus scipionum). Rotan sega
(Calamus caesius) pula adalah sejenis rotan kecil yang
mempunyai nilai komersial yang tinggi. Saiz rotan ini
tidak melebihi jari kelingking dan lazimnya digunakan
bagi tujuan ikatan dan penyambungan komponenkomponen perabot. Di kawasan-kawasan luar bandar,
spesies rotan yang kecil saiznya digunakan sebagai
bahan anyaman untuk membuat tali, bakul dan
dulang.
Pemprosesan rotan mentah secara moden dijalankan
di beberapa kilang di Malaysia. Lawatan penyelidik ke
sebuah kilang memperolehi maklumat tentang
bagaimana rotan diperolehi dan proses menghasilkan
rotan dalam bentuk penjalin. Penjalin rotan
kemudiannya dijual mengikut berat kepada institusi

http://jurnalperadabanipm.blogspot.com/2008/08/pemikiran-saintifik-danmatematik-dalam.html

atau individu untuk menghasilkan produk anyaman


seni rotan. Menurut pengusahan kilang rotan tersebut,
rotan yang dikeluarkan dari hutan dibersihkan,
dirawat dan dijemur terlebih dahulu sebelum dihantar
ke kilangnya untuk proses seterusnya. Di kilang beliau
rotan kemudiannya diluruskan menggunakan alat
khusus supaya mudah dimasukkan ke dalam mesin. Ia
kemudianya dikategorikan ke dalam saiz tertentu
mengikut diameter rotan tersebut. Diameter rotan
penting untuk menentukan mata pisau yang akan
digunakan untuk setiap peringkat memotong rotan.
Peringkat kedua adalah proses membersihkan
permukaan rotan. Rotan dimasukkan ke dalam satu
mesin yang akan membuang kulit luarnya.
Pembersihan permukaan rotan dilakukan sebanyak dua
kali. Rotan yang terhasil melalui proses ini adalah
lebih putih dan bersih. Sebarang kekotoran yang masih
tertinggal akan dibuang secara manual. Proses
seterusnya adalah menghasilkan bilah-bilah rotan yang
dikenali sebagai penjalin. Rotan akan diukur
diameternya sekali lagi kerana saiz rotan mengecil

http://jurnalperadabanipm.blogspot.com/2008/08/pemikiran-saintifik-danmatematik-dalam.html

apabila kulit luarnya dibuang. Mata pisau yang sesuai


dengan saiz baru rotan digunakan untuk mendapat
jumlah maksimum penjalin rotan. Semasa proses ini
bahagian tengah rotan yang dipanggil hati rotan akan
diproses sekali lagi untuk mendapatkan beberapa lagi
bilah rotan penjalin. Sebagai contoh rotan yang
berdiameter 9mm boleh menghasilkan lapan bilah
rotan penjalin semasa peringkat pertama proses
memotongnya dan empat lagi semasa proses kedua.
Bahagian paling dalam pada batang rotan akan
diproses untuk digunakan sebagai struktur tiang pada
produk rotan yang bakal dihasilkan. Pada
keseluruhannya, hanya sedikit sahaja bahagian rotan
yang tidak boleh digunakan.
Masyarakat Melayu dahulu tidak didedahkan kepada
sebarang teknologi moden dalam menghasilkan produk
mereka. Pengetahuan mereka adalah berasaskan apa
yang diturunkan oleh nenek moyang mereka selain
dari penerokaan melalui trial and error dan
pengalaman konkrit yang dilalui. Latihan tidak formal
ini telah memungkinkan mereka merekacipta dan

http://jurnalperadabanipm.blogspot.com/2008/08/pemikiran-saintifik-danmatematik-dalam.html

membentuk produk yang bukan hanya sesuai untuk


kegunaan harian mereka malah merupakan penciptaan
yang kreatif dan penuh daya estetika. Disebalik
kreativiti dan nilai estetika yang terpancar pada
sesuatu produk hasil anyaman, tidak dinafikan bahawa
ia terhasil dari pemikiran penggubahnya dan prosesproses tertentu yang perlu dilalui untuk mendapatkan
hasil yang terbaik. Produk anyaman yang terhasil
sudah cukup membuktikan bahawa masyarakat melayu
mempunyai daya pemikiran yang bukan hanya mampu
mengenalpasti bahan dan proses malah menjalankan
perkiraan mental (mental arithmetic) secara tepat
dan terperinci dan menaakul secara saintifik didalam
penghasilan produk berasaskan rotan. Jika diteliti
secara mendalam pemikiran saintifik dan matematik
masyarakat melayu sememangnya tersirat di dalam
gubahan dan corak yang sangat halus dan berseni yang
dihasilkan.
Menurut Lawson (1995) pemikiran saintifik individu
berkembang dari peringkat yang rendah kepada
peringkat yang lebih tinggi mengikut perkembangan

http://jurnalperadabanipm.blogspot.com/2008/08/pemikiran-saintifik-danmatematik-dalam.html

kognitif seseorang individu. Perkembangan pemikiran


saintifk berlaku apabila individu berupaya menguasai
pengetahuan dan proses saintifik melalui pemikiran
logik dan penaakulan. Dari aspek ini individu boleh
beroperasi pada peringkat diskriptif di mana mereka
menjalankan operasi seperti pemerhatian,
menyenaraikan fakta, pengkelasan dan membuat
generalisai. Pemikiran saintifik peringkat tinggi pula
melibatkan individu menjalankan proses-proses
seperti berfikir secara kombinatorial, mengawal
pembolehubah dan menjana hipotesis, menjalankan
pemikiran-pemikiran berkadaran, kebarangkalian dan
korelasi.
Persoalannya sekarang adalah adakah seni anyaman
masyarakat melayu menunjukkan corak pemikiran
saintifik pada penggubah dan gubahannya? Jika diteliti
dari peringkat pemprosesan bahan mentah sehingga
terhasil produk seninya adalah jelas dan ketara
bahawa pemikiran saintifik memainkan peranan yang
besar di dalam seni anyaman. Peringkat pemprosesan
bahan mentah melibatkan pemikiran saintifik dari

http://jurnalperadabanipm.blogspot.com/2008/08/pemikiran-saintifik-danmatematik-dalam.html

beberapa aspek seperti:


i. pemerhatian yang teliti terhadap jenis rotan yang
diperolehi;
ii. mengenalpasti ciri-ciri rotan seperti kematangan,
saiz dan jenis;
iii. mengkelaskan rotan mengikut ciri;
iv. dan membuat generalisasi seperti menentukan
rotan yang paling sesuai berdasarkan fakta-fakta yang
dikumpul.
Pemikiran sebegini lebih bercorak deskriptif dan
banyak menggunakan pengalaman konkrit serta
pengetahuan sedia ada mereka. Oleh kerana
pendedahan kepada maklumat saintifik secara formal
tidak diperolehi, masyarakat melayu banyak
menggunakan pemikiran serta menaakul secara logik.
Pengetahuan ini digunakan dan diuji secara trial and
error untuk memperoleh bahan paling baik bagi
penghasilan produk.
Seni anyaman masyarakat Melayu juga boleh

http://jurnalperadabanipm.blogspot.com/2008/08/pemikiran-saintifik-danmatematik-dalam.html

menceritakan proses pemikiran saintifik peringkat


tinggi yang tersirat di dalam setiap gubahan mereka.
Antarannya termasuk:
i. keupayaan membuat pemikiran kombinatorial
menentukan kombinasi genap dan ganjil di dalan
gubahan;
ii. keupayaan mengawal pembolehubah dan menjana
hipotesis apabila menentukan jumlah penjalin untuk
mendapatkan saiz serta bentuk yang diinginkan;
iii. Menjalankan pemikiran berkadaran,
kebarangkalian serta korelasi dalam aspek seperti
membuat korelasi di antara saiz rotan dan saiz produk
yang dihasilkan, berfikir secara berkadaran apbila
menentukan pewarnaan pada bahan mentah dan
proses pemikiran secara kebarangkalian terhadap
corak yang akan dihasilkan. Jelas sekali seni anyaman,
dengan corak dan pengiraan geometriknya dan prosesproses saintifiknya menceritakan bagaimana
masyarakat Melayu dahulu kala berfikir dan menaakul
secara saintifik.

http://jurnalperadabanipm.blogspot.com/2008/08/pemikiran-saintifik-danmatematik-dalam.html

Kesimpulan
Anyaman adalah kesenian yang bersifat lahiriah,
mempunyai makna yang dalam dan kewujudannya
merupakan wadah pemaparan idea yang melibatkan
pancaindera penglihatan, pendengaran, pemikiran dan
kesedaran secara seimbang sebagai symbol yang
memberi makna yang tersendiri dalam masyarakat
berhubung dengan adat, agama, kepercayaan, adab,
perasaan, corak pemikiran dan falsafah hidup orang
Melayu. Peter Dolmer (1997) mentafsirkan makna kraf
sebagai aktiviti kreatif berkemahiran dan penelitian
proses-proses yang perlu dilalui untuk menghasilkan
seni anyaman ini menunjukkan bahawa ianya
memerlukan pemikiran saintifik dan matematik yang
kompleks dan rumit yang selalunya hanya dianggap
sebagai simbol tanda kepekaan yang asli atau hasil
kerja seni.
Rujukan
Dolmer, P. (1997) The Culture of Craft. Manchester:
Manchester University Press.

http://jurnalperadabanipm.blogspot.com/2008/08/pemikiran-saintifik-danmatematik-dalam.html

Lawson, A.E. (1995). Science Teaching and the


Development of Thinking. Belmont California :
Wadsworth Publishing Company.
Siti Zainon Ismail (1986). Rekabentuk Kraftangan
Melayu Tradisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Siti Zainon Ismail (1997). The Tradisional Handicraft
Design Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai