Anda di halaman 1dari 7

2.

FOKUS KAJIAN

Bahagian ini menghuraikan secara lebih jelas tentang masalah atau isu yang
dihadapi oleh pengkaji dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

2.1

Isu Kajian

Pada bahagian ini, pengkaji mengutarakan tentang masalah yang berkaitan menyebut
murid Autistik yang tidak lancar dan jelas. Pada pandangan pengkaji murid perlu
diberi intervensi menyebut dengan betul untuk mengatasi masalah murid tersebut.
dengan penggunaan Boneka Haiwan
Kelainan dalam pertuturan juga sering berlaku kepada kanak-kanak autistik
bermasalah pertuturan dan bahasa (Bregman dan Higdon, 2012). Mereka sering
menunjukkan perbezaan yang berikut seperti ritma yang stereotype atau berlagu-lagu
dengan bunyi yang dipanjangkan secara berlebihan, pengeluaran vokal yang
berubah-ubah turun naik tidak seperti biasa, pic suara yang terhad dan nada bunyi
yang berbeza dan tidak konsisten dengan makna yang ditekankan secara lisan.
Mereka juga gagal menunjukkan isyarat bukan lisan seperti ekspresi muka semasa
komunikasi (Bregman dan Higdon, 2012). Kesannya, sering kali timbul salah faham
dalam kalangan pihak yang mendengar terhadap kanak-kanak ini.

Ada juga sesetengah kanak-kanak autistik mengalami ekolalia iaitu


pengulangan dalam percakapan yang didengar (Ministry of Education British
Columbia 2000). Ekolalia bermaksud mengajuk atau mengulangi percakapan orang
lain (Zharulnizam Shah 2010). Terdapat tiga jenis ekolalia iaitu ekolalia serta-merta,
ekolalia lewat dan ekolalia ringan. Ekolalia serta merta (immediate echolalia)
bermaksud pengulangan yang tepat dan serta merta apabila sesuatu perkataan disebut
manakala ekolalia lewat (delayed echolalia) bermaksud sesuatu perkataan itu
diucapkan agak lama selepas perkataan asal disebut. Ekolalia ringan (mitigated
7

echolalia) pula bermaksud pengulangan perkataan yang segera tetapi mengandungi


perubahan terhadap susunan kata dan apa yang dituturkan. Namun pada hakikatnya
kanak-kanak ini sebenarnya tidak berniat untuk melakukan sebarang komunikasi
semasa mereka mengulangi sesuatu perkataan.
Pengajaran dan Pembelajaran Penggunaan Boneka Haiwan merupakan salah
satu cara yang berpotensi untuk mengoptimakan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran. Teori pembelajaran pula menjelaskan bagaimana seseorang belajar.
Pendekatan teori-teori pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting
dalam menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran dalam bidang
pendidikan.
Melalui pernyataan daripada kajian di atas, pengkaji membuat keputusan
bahawa kajian yang dijalankan ini adalah untuk melihat keberkesanan kaedah
penggunaan boneka haiwan terhadap peningkatan penguasaan menyebut perkataan
dalam kalangan murid Autistik yang diambil oleh guru untuk membantu mereka
menguasai kemahiran menyebut di sekolah pendidikan khas atau integrasi
pendidikan khas di Malaysia.
Kanak-kanak Autistik lemah dalam aspek kemahiran komunikasi dan
kemahiran bahasa. Kemahiran menyebut merupakan salah satu komponen dalam
kemahiran komunikasi yang membantu meningkatkan perkembangan hubungan
sosial kanak-kanak dengan persekitarannya. Masalah menyebut selalunya dikaitkan
dengan kanak-kanak bermasalah pendengaran namun masih terdapat ramai kanakkanak Autistik yang masih belum mampu untuk menyebut dengan baik walaupun
tidak mempunyai masalah pendengaran atau kehilangan pendengaran. Bagi
mendapatkan kemahiran menyebut yang lebih baik, adalah perlu untuk

meningkatkan kemahiran bahasa reseptif dan ekspresif seseorang kanak-kanak itu


sebanyak mungkin.
Dalam kajian ini, penguasaan kemahiran menyebut difokuskan dengan
mendalam mengenai masalah menyebut yang dihadapi oleh kanak-kanak Autistik.
Kajian juga meliputi pengkaji serta pendekatan yang biasanya diambil di sekolah
untuk membantu murid Autistik menyebut perkataan.
Masalah yang dihuraikan oleh pengkaji ialah perkaitan keberkesanan
penggunaan Boneka Haiwan dalam membantu murid Autistik lancar dalam
menyebut seterusnya membantu kemahiran menyebut mereka.
2.1.1 Tinjauan Awal
Masalah menyebut dengan betul merupakan masalah yang serius yang perlu
ditangani segera. Pemerhatian pengkaji selama mengajar murid-murid berkenaan
mendapati masalah ini telah dibawa dari tahun sebelumnya lagi. Pada pendapat
pengkaji masalah menyebut ini boleh dikurangkan sekiranya guru-guru sebelum ini
mengambil tindakan atas masalah yang murid hadapi. Memanglah tidak lengkap bagi
seseorang kanak-kanak sekiranya murid-murid hanya boleh menulis dan mewarna
tetapi tidak boleh menyebut. Tidak dinafikan bahawa masalah penumpuan muridmurid yang singkat menyebabkan murid-murid tidak boleh beri tumpuan kepada apa
yang guru ajar dan apa yang disebut oleh guru.
Melalui tinjauan awal yang dijalankan, pengesanan masalah murid membantu
pengkaji untuk melihat daerah kelemahan sebenar murid tersebut. Ini sangat penting
untuk memastikan pengkaji benar-benar dapat merancang intervensi yang bertepatan
dengan daerah kelemahan menyebut murid tersebut. Pada masa yang sama, pengkaji
9

juga boleh mendapatkan maklumat-maklumat tambahan seperti punca dan faktor


yang mendorong masalah ini terjadi. Beberapa kaedah yang telah pengkaji gunakan
untuk proses tinjauan awal ini iaitu pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen.

2.2

Tinjauan Literatur berkaitan dengan Isu Kajian

Pada bahagian ini pengkaji akan membuat huraian berkaitan teori ,konsep, model,
program yang berkaitan dengan pokok persoalan atau objektif yang dijalankan serta
menghuraikan kajian lepas yang berkaitan dengan penyelidikan yang dijalankan.
Pearson (2000) pula ada mengatakan bahawa bahasa adalah merupakan kod
simbol, huruf atau perkataan dengan pelbagai makna yang disusun mengikut
peraturan susunan ayat yang digunakan untuk berkomunikasi. Menurut Sulaiman
(2002),komunikasi jenis ini boleh berlaku secara langsung apabila dua orang berbual
secara bersemuka.
Menurut Zulkifli (2000), terdapat sembilan unsur penting yang perlu diberi
perhatian dalam komunikasi. Ia adalah seperti komunikasi mata, posisi tubuh dan
pergerakan badan, gerak isyarat atau air muka, pakaian dan perawakan, suara dan
kepelbagaian, bahasa dan berhenti sejenak dan mendapat penglibatan pendengar.
Dalam konteks sekolah, berkomunikasi ialah proses cara guru berkongsi pengalaman
dengan murid-muridnya dan begitu juga sebaliknya.
Che Su dan Mohd Foad (1993), pula mengatakan untuk menjadikan
pengajaran yang berkesan, guru mestilah memiliki ciri-ciri positif seperti pertuturan
yang jelas, pertuturan yang bersemangat dan komunikasi dua hala. Komunikasi lisan
juga dilihat dapat mengeratkan sillaturrahim antara manusia dan boleh menjalinkan
hubungan peribadi antara dua manusia. Misalnya untuk mengajar, seseorang guru
bukan sahaja perlu membuat persediaan dari segi rancangan pelajaran dan alat bantu
mengajar, malah ia perlu melakukan dengan baik untuk menarik perhatian pelajar.
Jika tidak sesi pengajarannya pasti membosankan.
10

Jackman (1977) berpendapat boneka adalah salah satu cara yang menghiburkan dan
dapat menarik minat kanak-kanak ke arah pemikiran kreatif dan imaginatif.
Menurutnya lagi, penggunaan boneka dapat membantu perkembangan kemahiran
afektif, kognitif dan fizikal. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, boneka
digunakan untiuk menyampaikan cerita agar penyampaian menjadi lebih menarik
dan berupaya menarik perhatian kanak-kanak. Di samping itu permainan boneka
dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi, melahirkan idea kreatif dalam
penciptaan cerita, meransang daya imaginasi dan menggalakkan kerjasama dalam
kumpulan
Berdasarkan pendapat Jean Piaget (1980) dalam buku Murid dan Alam Belajar,
iaitu pelopor teori konstruktivis kognitif yang menyatakan bahawa pembelajaran
harus bermula dengan isu-isu agar murid-murid dapat melibatkan diri secara aktif
dalam usaha mereka membina makna. Seperti yang dinyatakan oleh Jean Piaget
(1980), dalam teori pembelajaran konstruktivis kognitif iaitu proses yang kita lalui
untuk mengetahui sesuatu dan peringkat yang kita lalui sambil kita memperoleh
kebolehan tersebut amatlah bertepatan dengan penggunaan teknik boneka haiwan.
Ini bermakna murid-murid perlu lalui sesuatu yang dipraktikkan secara sendiri untuk
mendapatkan pengetahuan baharu.. Ini jelas berhubungkait dengan pembelajaran
murid-murid dalam membina pengetahuan berdasarkan pengetahuan sedia ada murid
dalam menyebut dan seterusnya membina perkataan dan ayat yang bermakna.

Dalam menjalankan intervensi terhadap masalah menyebut murid di sekolah,


keyakinan dan usaha guru adalah sangat penting untuk menghadapi masalah tersebut.
Kejayaan adalah terletak kepada keupayaan dan tahap murid mengikuti dan
menujukkan perubahan tingkah laku terhadap masalah yang dihadapi. Murid
11

berkeperluan khas contohnya memerlukan kesabaran dan keyakinan yang jitu dalam
pelaksanaan intervensi terhadap masalah yang mereka hadapi. Penggunaan bahan
bantu belajar yang menarik juga membantu merealisasikan kajian ke atas murid
Autistik ini.

2.3

Istilah Kajian

Dalam bahagian ini, pengkaji akan menjelaskan tentang istilah yang terdapat di
dalam kajian ini iaitu Autistik dan Boneka tangan
2.3.1 Autistik
Murid-murid pendidikan khas terutama Autistik, berbeza daripada murid-murid
normal yang sebaya dengan mereka dalam pelbagai dimensi seperti proses kognitif,
perolehan dan penggunaan bahasa, keupayaan fizikal clan motor serta ciri-ciri
peribadi clan sosial. Murid berkeperluan khas kurang bermotivasi serta memerlukan
masa yang lama untuk menyelesaikan sesuatu tugasan berbanding murid normal
(Kunnen & Steenbeek 1999; Bayliss & Collins 2006; Abosi & Koay 2008) .
2.3.2 Istilah Boneka
Nillie Mc Caslin (1984) pula menyatakan bahawa boneka dapat berfungsi sebagai
alat bantuan mengajar dan dapat menarik perhatian pelajar, menghidupkan suasana
yang lebih menyeronokkan, menarik minat, seterusnya dapat memotivasikan pelajar
untuk terus belajar.Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2007), boneka adalah
patung misalnya orang atau binatang yang boleh digerakkan dengan menarik tali
yang dilekatkan padanya atau dengan memasukkan tangan ke dalam badannya dan
menggerakkannya. Zurinah dan Mohamad Iman (2004), pelbagai bentuk boneka
12

boleh dihasilkan sama ada daripada kertas atau kain. Setiap kali bercerita, boneka
dijadikan modul penceritaan. Dengan ini segala bentuk penceritaan lebih mudah
difahami. Kemudian kanak-kanak menggunakan boneka tersebut untuk melahirkan
watak-watak yang berbeza. Cara ini juga lebih berkesan terutama untuk memastikan
imaginasi kanak-kanak dapat dilahirkan melalui penceritaan

13