Anda di halaman 1dari 2

C.

Tugasan (100% , wajaran 50%)

Guru Kaunseling merupakan personalia utama yang membantu perkembangan peribadi murid
dalam konteks bimbingan dan kaunseling di sesebuah sekolah. Bagaimanapun, personalia lain
terutama guru juga dapat memainkan peranan sebagai penyokong dan pendukung programprogram bimbingan. Maka, guru perlu memahami konsep Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling sekolah agar mereka dapat memainkan peranan dengan berkesan. Kerjasama
antara guru dengan guru kaunseling penting untuk mendapatkan impak bimbingan yang
maksimum ke atas perkembangan murid-murid.
Amla Salleh et. al (2006) dalam buku Bimbingan dan Kaunseling Sekolah menjelaskan bahawa
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah-sekolah Malaysia perlu berlandaskan kepada
empat pendekatan iaitu perkembangan, pencegahan, pemulihan dan krisis. Sehubungan itu,
demi memantapkan kemahiran guru dalam membantu Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling di sekolah, anda dikehendaki melengkapkan tugasan-tugasan berikut.
Sub-tugasan
1.

Program Bimbingan (40%: Individu)


Semasa menjalani praktikum di sekolah, anda dikehendaki merancang dan
melaksanakan satu program bimbingan. Anda dikehendaki memilih satu pendekatan
untuk program bimbingan tersebut. Tugasan yang perlu anda buat adalah seperti
berikut:
1.1

Menyediakan satu kertas kerja bagi program bimbingan yang anda akan
laksanakan.

1.2

Melaksanakan program bimbingan di sekolah. Di akhir program, anda


dikehendaki mengedarkan borang penilaian program kepada peserta program
(Gambar dan borang penilaian murid wajib dilampirkan sebagai bukti).

1.3

Berdasarkan pelaksanaan program bimbingan (1.2) di atas, anda perlu menilai


program yang dijalankan dengan membincangkan;

Analisa dapatan penilaian murid terhadap program bimbingan anda,


Kekuatan dan kelemahan anda semasa melaksanakan program
bimbingan dan
cadangan penambahbaikan program bimbingan.

Panjang penulisan esei anda tidak kurang daripada 1000 patah perkataan.

2.0

Laporan Sesi Kaunseling (60%: Individu)

Bagi mencapai matlamat sesi kaunseling, seseorang guru kaunseling hendaklah menguasai
kemahiran asas kaunseling seperti kemahiran memberi perhatian (kemahiran melayan),
mendengar, menginterpretasi, memberi respon, penjelasan masalah dan membuat rumusan.
2.1

Anda dikehendaki merakam (video atau audio) satu proses kaunseling (beberapa sesi
kaunseling) yang dijalankan oleh guru kaunseling di sekolah anda. Softcopy rakaman
tersebut perlu dihantar dalam bentuk CD.

2.2

Berdasarkan rakaman tersebut, anda dikehendaki menulis satu laporan analisis


proses kaunseling tentang aspek-aspek berikut:

Permulaan sesi kaunseling yang dijalankan terutamanya mengenai aspek


penstrukturan dan bina hubungan.
Pengaplikasian kemahiran asas kaunseling sepanjang sesi kaunseling
dijalankan.
Justifikasi pendekatan, teori kaunseling dan intervensi yang diaplikasi dalam
sesi kaunseling tersebut.

Penulisan esei anda perlu disokong (citation) dengan pendapat atau pandangan tokohtokoh kaunseling atau psikologi secara kritikal dan analitikal. Panjang penulisan esei
anda tidak kurang daripada 1500 patah perkataan.

Anda mungkin juga menyukai