Anda di halaman 1dari 2

ULBS

Pengerusi : Bismillahhirahmannirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Warga dewan


sekalian, bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum Remaja. Topik kita pada hari ini ROKOK-Setiap Sedutan
Membawa Padah. Bersama saya adalah 3 orang ahli panel yang tidak asing lagi. Jangan ragu dan jangan risau
kerana nampaknya warga dewan kita khususnya para jejaka tidak senang duduk melihat kejelitaan tiga orang
ahli panel kita pada hari ini . Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama,saudari (nama). Selamat datang
saudari. Seterusnya ahli panel kedua, ayu berbaju kurung saudari (nama). Selamat datang saudari. Dan di hujung
sana, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari (nama). Selamat datang juga buat saudari. Baiklah
sebelum saya menyimpang lebih jauh , soalan saya pada panel pertama, apakah kandungan yang boleh kita
dapati di dalam rokok?
Panel Pertama: Terima kasih kepada saudari pengerusi, Setiap batang rokok yang dinyalakan akan
mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini
setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif
(polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat
(naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang
digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun,
racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.
Pengerusi : Terima kasih kembali kepada panel pertama kita. Sebentar tadi panel pertama ada menyatakan
bahawa teradapat 3 racun yang paling penting di dalam rokok iaitu tar, nikotin, dan karbon monoksida.
Bolehkah saudari panel kedua menerangkan kenapa tiga bahan ini dianggap paling berbahaya?
Panel kedua:Soalan yang amat menarik saya akan menerangkan satu persatu. Tar mengandungi sekurangkurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Manakala Nikotin, seperti
najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan menyebabkan ketagihan. Oleh itu
terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk
selamanya.Dan yang terakhir Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh
ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat.
Pengerusi : Terima kasih kepada panel kedua kita, sekarang sudah terang lagi bersuluh bahawa rokok itu sendiri
boleh membawa kemudaratan terhadap diri.Jika dua panel kita tadi menerangkan tentang kandungan berbahaya
yang terdapat di dalam rokok saya ingin meminta panel pertama kita untuk menghuraikan apakah kesan yang
boleh disebabkan oleh asap rokok pada perokok dan orang sekeliling?
Panel Pertama : Antara kesan asap rokok kepada perokok dan orang sekeliling ialah kanser paru-paru, trakea,
bronkus, mulut dan esofagus (saluran pemakanan), di mana 90 peratus penyakit kanser paru-paru berpunca
daripada tabiat merokok.Kajian saintifik juga menunjukkan bahawa terdapat lebih empat ribu bahan-bahan
kimia yang terdapat pada asap rokok sebagai menyebabkan kanser. Perokok pasif ialah orang yang tidak
merokok namun diistilahkan sebagai perokok kerana mereka menyedut asap rokok daripada perokok di
sekeliling. Percaya atau tidak, risiko penyakit yang dihadapi perokok pasif berkali ganda lebih daripada
perokok.
Pengerusi: Panel kita yang pertama tadi menerangkan impak asap rokok pada perokok dan orang sekeliling
daripada sudut kesihatan. Soalan saya kembali kepada panel kedua, bolehkan saudari jelaskan impak asap rokok
atau rokok itu sendiri dari sudut ekonomi dan personaliti.
Panel Kedua:Daripada segi ekonomi, secara purata, perokok membelanjakan wang lebih kurang RM1,000
setiap tahun untuk merokok. Manakala rawatan perubatan dengan anggaran RM240 setahun. Ini bermakna
perokok membazirkan wang mereka dengan banyak sepanjang hidup mereka. Oleh itu perbuatan merokok
samalah seperti membakar duit sendiri. Kemudian daripada sudut personaliti, asap rokok meninggalkan bau
pada rambut, baju, bibir kering, gigi berwarna kekuningan, manakala pernafasan yang berbau pula menjejaskan
hubungan sosial.

Pengerusi: Pepatah Arab ada menyatakan bahawa tiada penyakit yang tidak boleh diubati melainkan maut.
Kepada panel kedua bolehkah saudari jelaskan tentang kaedah yang betul untuk berhenti daripada tabiat
merokok?
Panel Kedua:Terima kasih saudari pengerusi, di antara Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok ialah
pertama tetapkan tarikh untuk berhenti merokok. Anda juga mesti mengatakan pada diri anda bahawa "Aku
bukan perokok". Selain itu anda mesti menumpukan apa sahaja yang anda lakukan untuk melupakan tabiat
merokok. Sentiasa berfikiran positif juga penting. Anda juga perlu mendapatkan sokongan daripada keluarga
dan rakan-rakan.Yang paling penting adalah melawan keinginan untuk merokok.Kita sedia maklum bahawa
tabiat merokok dewasa ini bermula dariapada usia remaja lagi. Oleh itu ibu bapa adalah kaunselor terbaik
kepada anak-anak yang merokok. Jangan dibiarkan sahaja mereka dengan tabiat ini. Kata orang sayang isteri
tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan. Ibu bapa perlu menggunakan pendekatan yang tidak terlalu
tegas dan tidak pula terlalu lembut. Anak-anak ini jangan diberikan bunga sahaja, atau hanya diberi rotan sahaja.
Tetapi gunakan kedua-duanya, insyaallah akan berkesan pada jiwa mereka.
Pengerusi: Terima kasih saudari. Jika panel kedua kita tadi menyebutkan tentang kaedah berhenti merokok,
saya pasti memang ramai yang tertanya-tanya tentang apakah pula faedahnya kepada seseorang individu
walaupun saya rasa jawapannya sudah berlegar-legar di minda para penonton. Untuk mengusaikan kekusutan ini
saya minta panel kita yang pertama untuk menjelaskan faedah berhenti merokok.
Panel Pertama : Diantara Faedah Berhenti Merokok ialah kita insyaallah akan hidup lebih lama selain itu kita
juga dapat menghindari racun.Kemudian kita juga dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada
bahaya merokok.Keupayaan deria rasa dan bau kita juga akan meningkat, gigi lebih putih dan nafas lebih segar
dan terakhir dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada
tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.
Pengerusi: Terima kasih saya ucapkan kepada kedua-dua ahli panel kita kerana sudi hadir dan sudi menyuakan
pendapat masing-masing. Moga apa yang kita dapat hari ini tidak sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga
kiri. Nampaknya masa amat mencemburui kita, sebelum berakhir mari kita sama-sama menepuk tangan untuk
diri sendiri kerana berjaya dan tekun mendengar perbincangan kita hari ini.(tepuk tangan).Kesimpulannya tabiat
merokok perlu dihentikan kerana ia bukan sahaja menjejaskan kesihatan diri kita tetapi juga orang lain.
pengayuh sudah ditangan perahu sudah di air fikir-fikirkan dan jangan sekali berhenti berfikir!! Usah
menepuk dada menanya selera tetapi tepuklah dahi, bukalah minda, dan fikir-fikirkanlah!!rokok setiap sedutan
membawa padah!!! Terimalah serangkap pantun indah daripada saya
Tuailah padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intailah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Salam hormat, ceria-ceria selalu. Akhir kalam,
Orang putih, orang Pakistan,
Terima kasih syukran jaziilan.
Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh.