Anda di halaman 1dari 23

BACHELOR OF OCCUPATIONAL HEALTH SAFETY MANAGEMENT WITH

HONOURS

SEMESTER JANUARI / 2015

OUMH1103

LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LERNERS

NO. MATRIKULASI

NO. KAD PENGNEALAN

NO. TELEFON

E-MEL

PUSAT PEMBELAJARAN

PUSAT PEMBELAJARAN PAHANG

OUMH1103

SENARAI KANDUNGAN
BILANGAN
1

PERKARA
AKTIVITI 1
(3 MASALAH YANG DIHADAPI OLEH
PELAJAR DEWASA DAN CADANGAN
PENYELESAIANNYA)
AKTIVITI 2
(PENGURUSAN MASA YANG BAIK DAN
EFEKTIF)
AKTIVITI 3
(MYVLE MEMBANTU
MEMPERTINGKATKAN PEMBELAJARAN
SAYA)
AKTIVITI 4
(PENGURUSAN STRES, ANOTASI DAN
PETA MINDA)
AKTIVITI 5
(BAGAIMANA INTERNET
MEMAKSIMUMKAN PEMBELAJARAN
SAYA)

MUKASURAT
2-6

7-11

12-16

17-23

24-29

OUMH1103

OUMH1103

1.0

PENGENALAN

Dasawarsa ini, dunia pendidikan tinggi lebih bersifat fleksibel dan mudah
terutama bagi pelajar dewasa yang ingin melanjutkan pengajian dan mencapai cita-cita.
Namun, pelbagai masalah dihadapi oleh mereka sepanjang, tempoh Pengajian Jarak Jauh
(PJJ) tersebut.

2.0

Tiga (3) Masalah Yang Sering Dihadapi Oleh Pelajar Dewasa Di Dalam
Pengajian Jarak Jauh (PJJ) Dan Cadangan-Cadangan Untuk Mengatasinya.

2.1

Masa.

Time is Money. Demikianlah pepatah Inggeris yang sering kita dengar


sehari-hari. Sebagai seorang pelajar dewasa yang berkeluarga,dan mempunyai
pekerjaan, kekangan masa yang dihadapi, seolah-olah membenarkan pepatah
tersebut. Bukan mudah untuk membahagikan masa untuk keluarga, kerjaya sediaada dan urusan pembelajaran PJJ.

Bagi pelajar dewasa, pengurusan masa yang baik adalah bergantung


kepada cara pelaksanaan dan pemilihan kaedah yang betul. Sebagai contoh,
pelajar hendaklah memperuntukkan masa tertentu bagi pembelajaran PJJ, dan ia
tertakluk kepada keperluan masing-masing. Masa tersebut boleh digunakan untuk
menyiapkan tugasan, mengulangkaji pelajaran dan berinteraksi di dalam forum
secara maya di kalangan rakan-rakan.

OUMH1103

2.2

Kewangan.

Sebagai seorang pelajar yang bekerja, masalah kewangan seperti


kegagalan membayar yuran pengajian dalam tempoh waktu, adalah masalah biasa
yang dihadapi oleh pentadbir universiti. Masalah ini juga boleh menjejaskan
tumpuan pelajar tersebut di dalam pengajian mereka.

Langkah mengatasinya adalah dengan menghadkan perbelanjaan kepada


yang penting sahaja dan memperuntukkan sedikit peratusan gaji setiap bulan bagi
tujuan PJJ. Alternatif lain adalah dengan memohon pinjaman daripada institusi
perbankan yang berlesen ataupun Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional (PTPTN), pengeluaran daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP), menggunakan duit simpanan dan memohon bantuan Baitulmal daripada
Puzat Zakat.

2.3

Lokasi /Jarak

Tidak semua pelajar yang mengikuti PJJ, tinggal berhampiran dengan


pusat pembelajaran. Faktor lokasi pusat pembelajaran dan jarak yang jauh antara
pusat pembelajaran dengan rumah mereka adalah antara masalah yang acapkali
dihadapi oleh pelajar.

Berkongsi kenderaan ke pusat pembelajaran, menggunakan kemudahan


pengangkutan awam adalah antara cadangan penyelesaiannya. Selain itu, pelajar
juga digalakkan untuk lojing/menginap di rumah kenalan samada saudara-mara
atau rakan- taulan yang berdekatan bagi memudahkan mereka untuk berulang-alik
ke pusat pembelajaran tersebut di samping dapat menjimatkan kos.

OUMH1103

3.0

Kesimpulan
Tiada kaedah yang tepat untuk berjaya terutama bagi pelajar PJJ melainkan

dengan usaha yang tekad dan kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah-masalah yang
dihadapi. Kemahiran belajar yang diperolehi samada melalui pengalaman sendiri,
pembacaan mahupun melalui Bengkel Kemahiran Belajar amatlah membantu terutama
bagi pelajar dewasa untuk mencapai cita-cita iaitu menggenggam segulung diploma,
ijazah, sarjana maupun doktor falsafah kelak. In Shaa Allah.
(348 p.p)

OUMH1103

4.0

Rujukan

Anonymous (n.d). Pengurusan dan pembuatan keputusan/FEM 3201/kuliah 12


pengurusan masa [PDF]. Dipetik daripada
http://vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3201_1294124119.pdf

Dr. Ramlan Hamzah (2013, Disember 23). 9 Tips pengurusan masa.


RamlanHamzah.com [blogspot]. Dipetik daripada
http://ramlanhamzah.com/2013/12/9-tips-pengurusan-masa/

A.K.A.I.N.K.I.N. (2014, April 20). Assignment OUMH1103 2014. akain-rocky


[blogspot]. Dipetik daripada http://akainkinrocky.blogspot.com/2014/04/assignment-oumh1103-2014.html

OUMH1103

OUMH1103

1.0

Pengenalan

Masa adalah Anugerah daripada Illahi yang tiada nilai dan tolok bandingannya.
Sebagai seorang pelajar, aspek pengurusan masa adalah sangat penting. Berikut di bawah
adalah antara langkah dan kemahiran pengurusan masa yang boleh diguna-pakai dalam
membantu seseorang pelajar PJJ.

2.0

Empat (4) Langkah Kemahiran Pengurusan Masa Yang Dapat Membantu


Pelajar PJJ Dalam Kehidupan Seharian.

2.1

Keperluan Kepada Jadual Aktiviti Harian / Mingguan / Bulanan

Seseorang pelajar PJJ yang mahu cemerlang di dalam pengajiannya,


memerlukan jadual aktiviti harian, mingguan dan bulanan. Jadual ini, bolehlah
dianggap seakan diari keperluan peribadi yang penting dalam mengharungi rutin
seharian. Dengan adanya aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan di dalam jadual
tersebut, ia serba sedikit dapat membantu pelajar dalam mengurus masa dengan
lebih baik dan berkesan.

2.2

Keperluan Fokus dan Tumpuan pada sesuatu Kerja Yang


Sedang Dilakukan.

Kuliah dan tugasan seharian yang dilakukan adalah menjadi rutin bagi
pelajar PJJ yang sedang mengikuti pengajian mereka. Apa sahaja yang dilakukan
baik di tempat kerja ataupun di dalam bilik kuliah, hendaklah dilakukan dengan
sebaik-baiknya. Ini kerana, dengan memberikan tumpuan yang baik di dalam
kelas, ia dapat menjimatkan masa seorang pelajar daripada terlalu banyak
mengulangkaji pelajaran tersebut ekoran kurang faham dan sebagainya.

OUMH1103

2.3

Jangan Bertangguh Kerja.

Bertangguh kerja dan melengah-lengahkan dalam melakukan sesuatu


pekerjaan amatlah merugikan. Sebagai seorang pelajar yang mahukan kejayaan
dikecapi, mereka perlulah menghindari daripada memupuk sikap ini dan
menjadikannya sebahagian daripada amalan mereka. Sebagai contoh, jika pelajar
menangguh-nangguh daripada menyiapkan tugasan pada awal waktu, nescaya
pelajar tersebut tidak akan memperoleh markah yang baik kerana melakukannya
dalam keadaan tergesa-gesa dan kecuaian pasti akan berlaku.

2.4

Penggunaan Waktu Senggang Dengan Aktiviti Yang Bermanfaat.

Waktu senggang ialah waktu yang terluang yang boleh dipenuhi oleh
aktiviti-aktiviti tertentu yang bermanfaat (Noresah Baharom et al.,2005)
Menghabiskan masa bersama keluarga, beriadah, membaca bahkan bersosial
bersama rakan-rakan adalah antara aktiviti yang dapat dilakukan pada waktu
senggang bagi melepaskan tekanan sedia-ada secara positif. Apabila seorang
pelajar PJJ itu kurang tekanan, maka segala tugasan, tanggungjawab dan urusan
yang dilakukan dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna kerana fokus
mereka ketika itu adalah tepat dan jitu.

OUMH1103

3.0

Kesimpulan.

Pengurusan masa yang baik hendaklah sentiasa diamalkan terutama di kalangan


pelajar PJJ kerana dengan kemahiran tersebut segala urusan akan berjalan lancar dan
mudah dilaksana. Kemahiran ini hendaklah dipelajari, dipraktikkan serta ditambah-baik
sentiasa, agar pengurusan masa itu mencapai tahap yang optimum. Janganlah kita hendak
melakukan pengurusan masa sesempurna yang boleh tetapi laksanakanlah yang terbaik
dapat dilakukan kerana kemampuan setiap individu itu adalah berbeza.
(349 p.p)

10

OUMH1103

4.0

Rujukan.

Noresah Baharom, Md. Nor Ab. Ghani, Ibrahim Ahmad, Azizah Supardi, Saidah Kamin,
Azizah Tajudin,...Rodziah Abdullah. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

A.K.A.I.N.K.I.N. (2014, April 20). Assignment OUMH1103 2014. akain-rocky


[blogspot]. Dipetik daripada http://akainkin- rocky.blogspot.com/2014/04/assignmentoumh1103-2014.html

Osman Affan (n.d). Teknik pengurusan masa. www.OsmanAffan.com [Wordpress].


Dipetik daripada http://www.osmanaffan.com/teknik-pengurusan-masa/

Anonymous (n.d). Pengurusan masa. espikologi.mod.gov.my [PDF]. Dipetik daripada


http://epsikologi.mod.gov.my/knowledge-sharing/category/6-pengurusanmasa.html?download=6%3Apengurusan-masa

11

OUMH1103

12

OUMH1103

1.0

Pengenalan

Pelbagai kemudahan yang disediakan oleh OUM bagi kegunaan pelajar-pelajar


dan antaranya ialah MYVLE iaitu sebuah laman sesawang interaktif yang dapat
menghubungkan antara pelajar, tutor dan pihak pentadbir universiti.

2.0

Pengalaman Menggunakan MYVLE Yang Sangat Berguna dan


Kegunaannya di dalam Mempertingkatkan Pengajian di OUM.

Myvle boleh dicapai melalui http://oumvle.oum.edu.my/index/home manakala


pengalaman pertama ketika saya melayari laman sesawang tersebut ialah terlupa kata
kunci. Saya terpaksa berhubung dengan Puan Anne untuk melakukan reset katakunci
itu. Bagi mengatasi kejadian tersebut berulang, saya telah menyimpan katakunci
berkenaan agar mudah untuk mengakses Myvle pada masa akan datang. Apabila
memasuki paparan utama Myvle, pelbagai simbol / icon yang ada seperti Akaun Saya,
Subjek Saya, Pengumuman, Perpustakaan Digital dan lain-lain.

Rajah 1 : Paparan utama Myvle

13

OUMH1103

2.1

Subjek Saya

Bagi paparan ini, saya dapat melihat kesemua subjek yang diambil pada
satu-satu semester dan butiran lengkap mengenainya seperti kandungan subjek
dan tugasan yang diberi. Subjek yang saya ambil pada semester ini ialah
OUMH1103 dan MPU3313.

Rajah 2 : Paparan subjek saya di Myvle

2.2

Pengumuman

Di halaman ini, saya memperolehi pelbagai makluman terkini daripada


pihak

Pentadbir

Universiti

seperti

pengumuman-pengumuman

daripada

Universiti, Registrar, Peperiksaan, Kewangan, CSM, Fakulti dan Perpustakaan


Digital.

14

OUMH1103

2.3

Perpustakaan Digital

Nama bagi perpustakaan digital OUM ialah Perpustakaan Digital Tan Sri
Abdullah Sanusi. Untuk mencari rujukan buku yang bersesuian dengan subjek
yang diambil, saya boleh merujuk laman ini untuk makluman yang berkaitan
dan memuat-turunnya seperti video tutorial 1, part 1-4 subjek OUMH1103.

Rajah 3 : Contoh paparan pencarian bahan rujukan di Perpustakaan Digital OUM.

15

OUMH1103

3.0

Kesimpulan

Myvle tidak dapat dinafikan kepentingannya bagi sumber rujukan utama pelajar
yang melanjutkan pelajaran di OUM kerana ia dapat diakses di mana sahaja samada di
pejabat ataupun rumah, melalui komputer riba maupun aplikasi telefon pintar.
(200 p.p)

16

OUMH1103

17

OUMH1103

1.0

Pengenalan

Internet bermaksud, rangkaian komputer antarabangsa yang membolehkan


pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu sama lain dan mencapai
maklumat pengkalan data dari seluruh dunia (Noresah Baharom et al.,2005). Sebagai
seorang pelajar PJJ, penggunaan internet sangat membantu saya terutama di dalam
mempermudahkan pembelajaran.

2.0

Empat (4) Manfaat dan Kegunaan Internet Dalam Membantu Saya Sebagai
Pelajar Jarak Jauh

2.1

Sumber rujukan dan maklumat

Dalam

mencari

sumber

rujukan

dan

maklumat

samada

dalam

mengulangkaji pelajaran ataupun menyiapkan tugasan, saya telah banyak


meluangkan masa dengan melayari internet bagi memperoleh pelbagai info yang
berkaitan. Carian termasuklah daripada laman-laman web berunsur ilmiah, blogblog, wikipedia dan lain-lain samada dalam bentuk penulisan, grafik, video
melalui enjin pencarian seperti google dan yahoo. Taipkan sahaja di ruangan
cari, perkara yang kita mahukan dan tekan enter. Maka, keluarlah keputusannya
dalam masa yang singkat sahaja.

18

OUMH1103

Rajah 1 : Contoh enjin pencarian google Malaysia


2.2

Menjimatkan masa dan kos

Salah satu kebaikan utama kegunaan internet di dalm pembelajaran saya


ialah penjimatan masa dan kos yang sangat efektif. Di mana-mana sahaja saya
dapat mengakses bahan rujukan pembelajaran PJJ tanpa perlu pergi ke
perpustakaan biasa. Kos lojistik juga dapat dikurangkan kerana saya tidak perlu
bergerak atau pergi ke mana-mana, cukup sahaja di rumah atau lain-lain tempat
dan hanya berbekalkan telefon pintar dan sambungan internet.

2.3

Berkomunikasi dengan rakan-rakan melalui mel elektronik dan


forum maya

Emel adalah panggilan lain bagi mel elektronik. Ia sangat berguna untuk
saya bertukar-tukar dan perkongsian maklumat dalam kapasiti yang besar.
Dengan penggunaan lampiran emel, saya dapat berkongsikan video, grafik,
gambar-rajah, program komputer dan lain-lain dengan cepat dan mudah. Saya
kebiasaannya menggunakan emel gmail, hotmail dan juga ymail. Selain itu,
saya juga dapat berinteraksi secara langsung dengan rakan-rakan OUM melalui
eforum seperti yang terdapat di dalam MYVLE. Di situ, saya dapat bertanya dan
berkongsi maklumat yang saya ada dengan rakan-rakan yang berada di talian
ketika itu.

19

OUMH1103

Rajah 2 : Contoh mel elektronik iaitu gmail


2.4

Kamus dan penterjemah elektronik

Ketika saya mengulangkaji pelajaran, banyak perkataan dan sesuatu


perkara tidak saya ketahui apakah ia. Dengan adanya kamus elektronik iaitu
wikipedia dan google translate sebagai penterjemah elektronik, saya dapat
memahami sesuatu perkara atau masalah dengan cepat dan percuma. Hanya
taipkan perkara atau perkataan yang saya inginkan, maka keputusan akan
diketahui tidak sampai 5 saat sahaja.

Rajah 3 : Contoh penterjemah google translate

20

OUMH1103

Rajah 4 : Contoh kamus elektronik wikipedia


3.0

Kesimpulan

Penggunaan internet amatlah berguna, lebih-lebih lagi bagi pelajar PJJ.


Kegunaannya yang mudah telah menjadi tarikan dan kebiasaan bagi golongan pelajar
untuk mencari dan mendapatkan maklumat dan info-info terkini. Malah, penggunaan
internet pada masa sekarang tidak dapat lagi dipisahkan di dalam pembangunan
pendidikan buat masa kini.
(365 p.p)

21

OUMH1103

4.0

Rujukan

Noresah Baharom, Md. Nor Ab. Ghani, Ibrahim Ahmad, Azizah Supardi, Saidah Kamin,
Azizah Tajudin,...Rodziah Abdullah. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

AkuC.gis (2012, Disember 26). Manfaat dan keburukan internet kepada pelajar.
AkuDanRasaku [blogspot]. Dipetik daripada
http://cgisaiman.blogspot.com/2012/12/oumh1103-assignment-sem-sept-2012.html

Abekasim Selamat (2013, Jun 14). Kebaikan dan keburukan penggunaan teknologi
internet pada masa kini. Pendidikan vs. Teknologi [blogspot]. Dipetik daripada
http://gtechgroups.blogspot.com/2013/06/kebaikan-dan-keburukan-penggunaan.html

Zairul Hisham (2012, Mac 24). Kebaikan dan keburukan internet. Scribd [PDF]. Dipetik
daripada http://www.scribd.com/doc/86551106/Kebaikan-Den-KeburukanInternet#scribd

22