Anda di halaman 1dari 2

JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG

KAMPUNG SAWAH RING


LRG 4, KG BARU SAWAH RING,
84700 GERSIK, LEDANG,
JOHOR DARUL TAKZIM
TEL : 013-6464266
Ruj. Kami :Bil (75)dlm.PJKKKSR/11/02
Ruj. Tuan :
Tarikh
: 18 Oktober 2011
Kepada ,
Yang berusaha,
Tuan Ketua Penolong Pegawai Daerah Ledang,
d/a Pejabat Daerah Ledang.
Tuan,
KERTAS CADANGAN PROJEK PEMBINAAN GERAI PERNIAGAAN DI KG
SAWAH RING DI ATAS LOT 9310
Ingin saya merujuk kepada surat KKLW PE.600-70/4-3Jld2(3) bertarikh 16 Jun
2011 kepada Pegawai Daerah Ledang (up; En Mustaffa Kamal) adalah berkaitan.
Saya ada menerima salinannya.
2.
Sehubungan dengannya dua orang pegawai daripada KKLW (Johor) iaitu
Pn. Salina Hashim dan En. Hamzah serta Cik Azliana Juruteknik Pej. Daerah
Ledang telah datang membuat siasatan tapak gerai / gelanggang futsal di Kg
Sawah Ring pada 16/6/2011.
3.
Berdasarkan Borang K yang ditandatangani oleh Pentadbir Tanah
Ledang, Lot 9310 ini telah menjadi milik kerajaan . Nota perserahan 144/2011
didaftarkan pada 22/03/2011 jam 2.52 ptg.
4.
Beberapa kali waktu kebelakangan ini saya ada berjumpa En. Ahmad
Bakhtiar di Pejabat Daerah Ledang bertanyakan perkara ini . Setakat ini tiada
apa-apa progress.
5.
Besarlah harapan kami dapat kiranya tindakan mengemukakan kertas
cadangan projek pembinaan gerai perniagaan ini dapat disegerakan
memandangkan sudah memakan masa empat bulan.
6.
Perlu dimaklumkan juga bahawa di atas tapak yang sama kami ada
memohon projek membina sebuah gelanggang futsal tertutup daripada KKLW.
Surat KKLW PD.600-52/001Jld14(43) bertarikh 18/11/2009 kepada Pengarah
Pembangunan Negeri di Johor Bahru (Up; Pn. Intan Safina Sanusi ) berkaitan.

7.

Disertakan salinan fotostat surat-surat berkenaan untuk makluman


7.1. KKLW PE.600-70/4-3Jld2(3) bertarikh 16 Jun 2011
7.2. Borang K No perserahan 144/2011 didaftarkan pada 22/03/2011.
7.3. KKLW PD.600-52/001Jld14(43) bertarikh 18/11/2009

8.
Adalah diharapkan kertas cadangan yang dikemukakan kepada KKLW
diberikan satu salinan kepada saya untuk rujukan
Terima kasih .

Saya dengan hormatnya,


Yang menjalankan tugas,

...
(HUSSIN BIN MOHAMED)

Sk.

1. Penghulu Mukim Gersik


2. YB M. Asojan ADUN Gambir

Anda mungkin juga menyukai