Anda di halaman 1dari 4

Nota 2

Teori Etika
Terminologi etika dan moral ialah dua konsep yang kerap kali digunakan untuk merujuk kepada
perkara yang sama. Ada ketika istilah etika diguna pakai dan ada ketika pula istilah moral
digunakan. Secara umumnya kedua-dua istilah ini popular dikalangan masyarakat kita, ianya
merujuk kepada sesuatu yang dinilai sebagai baik dan benar. Terdapat 3 teori etika yang utama
yang telah dihasilkan oleh ahli falsafah barat. Teori-teori ini dijadikan asas dalam membincangkan
dan menjadi garis panduan untuk membuat sesuatu keputusan dan menilai tingkah laku. Teori-teori
tersebut adalah:
1) Teleologikal
2) Utilitarian
3) Deontologi.

Teori Deontologi (Kajian Kes)


Berikut beberapa contoh kajian kes untuk kita lebih memahami maksud dan praktis teori dentologi:
1) Pelajar A ternampak rakannya meniru semasa peperiksaan, lalu melaporkan kepada pensyarah.
Akibatnya rakan itu telah dihukum oleh pensyarah dan gagal dalam pepeiksaan tersebut.
Persoalannya, wajarkah tindakan pelajar A itu memberitahu pensyarah dan menyebabkan
kegagalan kepada rakannya.

Jawapan: Berdasarkan teori deontologi, tindakan pelajar A itu wajar kerana meniru dalam
peperiksaan adalah satu kesalahan dalam mana-mana peperiksaan sekalipun.

2) Jeffrey dan Ryan adalah dua sahabat, pada satu hari Jeffrey mempelawa Ryan untuk menyertai
satu perniagaan yang tidak sah. Jeffrey mengetahui hal ini, apakah tindakan yang patut Ryan lalu
menolak pelawaan itu dengan alasan dia tidak mempunyai wang walhal yang sebenarnya dia tidak

mahu terperangkap dalam aktiviti tidak bermoral tetapi tidak sanggup berterus-terang dengan Ryan
kerana bimbang akan persahabatan mereka akan terjejas. Persoalannya, wajarkah tindakan Ryan
itu?

Jawapan: Berdasarkan teori dentologi, tindakan Ryan adalah tidak wajar kerana dia telah menipu
untuk kepentingan peribadi. Dia patut berterus-terang dengan Jeffrey dan menasihatinya untuk tidak
melakukan aktiviti tidak bermoral dan mencari perniagaan yang sah untuk kebaikan bersama.

Dari kedua-dua kes ini, dapat disimpulkan teori deontologi menegaskan bahawa matlamat tidak
menghalalkan cara.

TEORI KEMORALAN SOSIAL


6:04 AM

Mat King

3 comments

TEORI KEMORALAN SOSIAL


Teori kemoralan sosial ialah satu teori yang memberikan maksud tingkah laku
yang perlu ada dalam menjamin manusia terus hidup dalam keadaan aman dan
harmoni. Teori ini merupakan satu teori yang amat penting dan perlu dikaji secara
keseluruhan. Pada pendapat kami, teori ini sangat berkait rapat dengan peraturan
masyarakat yang berbilang jenis dan kaum. Teori ini banyak berkait rapat dengan
amalan masyarakat, undang-undang negara dan amalan sejagat dengan konsep etika.
Bagi kami, ia banyak melibatkan amalan masyarakat.
Teori ini banyak mementingkan nilai yang pentingkan masyarakat dan bukan
individu dalam mencapai matlamat moral. Teori ini juga boleh dimaksudkan dengan
peraturan moral yang dijadikan sebagai satu kewajipan dan dikuatkuasakan oleh
pemerintah supaya wajib diketahui. Peraturan ini tidak membenarkan seseorang
menilai dan mengkritik peraturan moral ynag telah ditetapkan oleh masyarakatnya.
Teori ini banyak memberikan kelemahan pada memberikan kebaikan. Antaranya
ialah ia banyak menyekat kebebasan individu yang terpaksa tunduk kepada peraturan
yang dibuat oleh masyarakat. Selain itu juga, banyak berlaku salah faham, koflik dan
ketegangan kerana setiap masyarakat mempunyai pandangan yang berbeza. Teori ini
juga memberikan kesukaran masyarakat baru untuk menyesuaikan diri dengan moral
yang ada kerana masa dan keadaan telah banyak berlaku perubahan.
Tambahan pula, teori ini mementingkan kepatuhan individu kepada autoriti
walaupun perkara itu bertentangan dengan kehendak hati mereka. Perkara yang paling
penting sekali, ialah tidak semua peraturan yang dibuat oleh masyarakat adalah baik

dan bagus. Terdapat juga peraturan yang dibuat oleh masyarakat bersifat negatif dan
akan membawa keburukan. Ini bermaksud, jika peraturan itu dibuat dengan keadaan
yang akan memberikan kesan yang positif, maka masyarakat akan banyak menerima.
Tetapi akan selalunya, perkara seperti itu sukar untuk berlaku.
Sebagai contoh, undang-undang yang digunakan dalam Institut Perguruan
Tuanku Bainun, iaitu tidak membenarkan penggunaan alatan elektrik dalam asrama.
Perkara ini banyak memberikan kesan yang negatif kepada pelajar atau guru pelatih.
Perkara ini banyak menyusahkan guru pelatih untuk menggunakan alatan seperti
seterika dan juga alat pemanas air. Guru pelatih memerlukan satu penampilan yang
baik. Memang telah disediakan alatan seperti itu, namun alatan itu sudah usang dan
buruk serta tidak menjamin keselamatan guru pelatih untuk menggunakannya.
Namun, guru pelatih terpaksa melakukan perkara yang melanggar undangundang institut. Perkara seperti ini yang tidak sepatutnya dan tidak diingini berlaku.
Bagaimana seorang guru ingin mengikut peraturan jika peraturan itu menyusahkan
mereka sendiri? Jadi, contoh inilah yang dapat kami berikan.
TEORI KEPERIBADIAN MULIA
Keperibadian mulia telah didefinisikan sebagai kualiti terbaik atau istimewa dan
mengutamakan sifat peribadi terhadap suatu kehidupan yang bermoral. Teori ini berkait
rapat dengan kaedah seikap baik dan sifat-sifat seorang insan bermoral. Keperibadian
mulia ialah kecenderungan untuk sesuatu tujuan. Ia bukanlah perasaan atau kebolehan
dan kekuasaan manusia merasai kerana seseorang itu tidak boleh dipuji atau dikeji
dan dikatakan baik atau jahat hanya sebab perasaannya atau kerana dia berupaya
merasai. Keperibadian mulia dianggap tidak dihasilkan oleh alam semulajadi.
Sebaliknya cara untuk memperoleh keperibadian mulia adalah menerusi latihan dan
pengamalan sehingga menjadi satu kebiasaan yang menyenangkan dan
menyeronokan.
Peribadi mulia tidak berlaku secara semulajadi, akan tetapi menerusi latihan
hingga menjadi satu kebiasaan dan menyeronokkan. Setiap keperibadian mulia
merupakan jalan tengah iaitu bermaksud tidak keterlaluan dan tidak terlalu kurang.
Tindakan yang berlebihan dan terlalu kurang adalah tindakan yang salah, jahatn buruk
dan tercela. Cara yang betul ialah mengambil pendekatan secara sederhana dan
pertengahan.
Walaubagaimanapun, banyak kritikan yang diberikan terhadap teori ini. Pertama
sekali, terdapat manusia seperti nabi memiliki keperibadian mulia secara semulajadi.
Keperibadian mulia juga diperoleh melalui pemerhatian dan pergaulan. Teori jalan
tengah sukar untuk ditentu dan dipraktikkan. Hal ini demikian perbuatan sederhana
berbeza antara setiap individu. Selain itu, emosi manusia tidak boleh dianggap sebagai
suatu kuantiti yang boleh diukur secara berterusan.

Sebagai contoh, dapat kami berikan disini ialah dalam permainan bola
sepak. Keperibadian yang mulia yang ada pada setiap pemain dapat memastikan
kelebihan pasukan itu. Kemahiran adalah kebolehan seseorang itu melakukan
tendangan yang bagus dan baik. Sebelum menjadi tendangan yang bagus, setiap
pemain perlu melakukan latihan yang banyak dan betul. Jadi, sikap pemain perlulah
positif dan berdisiplin. Pemain juga perlu bersikap sederhana dan tidak berlagak. Jika
berlagak selepas memenangi sesuatu perlawanan, ia akan memberikan kesan yang
buruk.

TEORI TELEOLOGIKAL
Teleologikal berasal daripada perkataan telos yang bererti matlamat. Teori
Teleologikal mengatakan nilai betul atau salah bergantung kepada kesan sesuatu
perbuatan. Ertinya jika perbuatan itu member lebih banyak kebaikkan maka ia perlu
dilakukan.
Teori
ini
amat
mementingkan
hasil
akibat
sesuatu
tindakan(konsekuensialisme). Bagi ahli teologi,nilai moral adalah tindakan seseorang
bergantung kepada nilai bukan moral yang dihasilkan mereka. Oleh itu teori ini
menetapkan apa yang baik atau yang wajib secara bukan moral. Maka untuk
mengentahui sama ada apa yang dilakukan itu baik,betul atau wajib secara bukan
moral(Frankena,1973).
Teleologis juga mempunyai pandangan yang berbeza tentang apa yang baik
secara bukan moral. Ada yang berfikir seperti hedonis(mengenal pasti apa yang baik
dengan keseronokan dan yang buruk dengan keseksaan) dan ada yang berfikir bukan
seperti hedonis(mengenal pasti yang baik dengan kuasa,ilmu,kesedaran diri,ketepatan
dan lain-lain). Teleologis juga berbeza pendapat tentang siapa yang menerima
kebaikan atau keburukan. Oleh yang demikian pelbagai teori teleology telah wujud.
Antaranya ialah Utilitarianisme dan Egoisme.

Anda mungkin juga menyukai