Anda di halaman 1dari 1

Xiao atau Dongxiao merupakan alat muzik berbunyi yang sangat kuno di China.

Jauh pada
beberapa ribu tahun yang lalu, Xiao telah dipopularkan di kalangan rakyat China. Ia berasal dari
Paixiao. Semasa Paixiao itu baru dihasilkan pada beberapa ribu tahun yang lalu, ia dikenal
sebagai Xiao. Dalam proses meniup Xiao itu, rakyat menemui bahawa jika mempunyai banyak
lubang yang jaraknya tidak sama dalam satu paip akan muncul bunyi yang berbeza, maka Xiao
itu menjadi Dongxiao yang mempunyai banyak lubang.
Xiao hari ini sebenarnya dihasilkan pada zaman Dinasti Han. Xiao itu merupakan alat muzik
rakyat etnik Qiang yang tinggal di provinsi Sichuan dan Gansu. Pada abad pertama sebelum
Masihi, alat muzik tersebut dipopularkan di kawasan aliran Sungai Kuning dan beransur-ansur
menjadi Xiao sekarang yang mempunyai 6 lubang.
Bentuk Xiao itu agak sederhana, nampaknya hampir sama dengan seruling. Ia dibuat daripada
buluh, tetapi agak panjang daripada seruling. Dalam badan paip itu terdapat 5 lubang dan di
bahagian belakangnya juga mempunyai satu lubang. Selain itu juga terdapat 3 hingga 4 lubang di
bawah paip tersebut, untuk mengatur seluruh suara.
Suara Xiao agak merdu dan unik. Teknik meniup Xiao hampir sama dengan seruling, tetapi lebih
sesuai untuk meniup irama halus. Ia sesuai permainan solo dan paduan, juga digunakan untuk
meniup muzik tempatan, seperti Kiangnansizhu, muzik di Fujian dan Guangdong.
Muzik yang dimainkan dengan Zizhudongxiao sangat menarik, iramanya merdu, telah
melukiskan burung liar terbang di angkasa.

dizi

Alat ini adalah seperti seruling melintang.

Dizi ini sedikit berbeza daripada seruling biasa yang selalu kita lihat. Dizi dicipta
mengikut 'balance' di antara kiri dan kanannya. Ianya bermaksud, apabila
pemain bermain dizi, beliau akan terasa keseimbangan di antara bahagian
sebelah kiri dan juga kanan.

Ianya dikenali sebagai Hengchui/Hengdi pada zaman dahulu.

Anda mungkin juga menyukai