Anda di halaman 1dari 1

NAMA : NURRUL NADZIELA BT MOHD YUSOF

TINGKATAN : 3 LG1(BITARA)
BAND : B6D1E1

PENJAGAAN ALAM SEKITAR KESEJAHTERAAN NEGARA


Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira bangsa,
agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air
seperti sungai dan laut. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan
pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Alam sekitar yang
tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan menyamankan. Persekitaran yang
bersih penting untuk mewujudkan kehidupan yang sihat dan sejahtera.
Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuhtumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen
secukupnya. Kita akan berasa selasa jika tiada gangguan di persekitaran kita. Cuaca panas dan
kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan
beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas marah dan tidak selesa. Aktivti
riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan meningkatkan tahap kesihatan kita.
Pencemaran alam sekitar yang dilakukan akan menyebabkan kemusnahan habitat haiwan dan
akan menyebabkan sumber makanan manusia akan berkurang, sebagai contoh hidupan laut seperti
udang, ikan dan seumpamanya mengandungi protein yang dapat menstabilkan kesihatan manusia.
Pencemaran laut seperti pembuangan sisa toksik ke dalam laut menyebabkan kepupusan hidupan laut
berlaku. Manakala, tumbuh-tumbuhan pula menjadi sumber kepada perubatan seperti herba untuk
pesakit. Alam sekitar yang tidak tercemar membolehkan habitat hidupan darat dan air terpelihara.
Di samping itu, keindahan alam sekitar juga akan menarik pelancong untuk mengunjungi
negara kita. Persekitaran yang cantik dan bersih dapat menarik ramai pelancongan dari luar negara
atau orang tempatan untuk melancong ke negara kita. Melalui aktiviti pelancongan, kita dapat
meningkatkan pendapatan negara

melalui pertukaran wang asing. Dalam jangka

panjang,

pertumbuahan ekonomi juga akan meningkat. Usaha memajukan negara dan meningkatkan taraf
hidup penduduk merupakan tanggungjawab masyarakat.
Kesimpulannya, kita mesti sedar akan kepentingan memelihara alam semulajadi yang masih
ada pada hari ini. Usaha-usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar
terus dilakukanoleh pelbagai pihak di negara ini seperti kempen kebersihan, perkhemahan alam
sekitar bagi belia, seminar, bengkel, pameran, promo media dan penerbitan bahan-bahan cetak.
Semuanya adalah bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang ramai bagi
memelihara alam sekitar. Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama. Setiap generasi
perlu turut serta supaya pembangunan lestari dikekalkan supaya dapat dinikmati sehingga generasi
akan datang.