Anda di halaman 1dari 13

ADAB, AKHLAK

DAN ETIKA
DALAM ISLAM

Matlamat Asas Kehidupan Manusia

Mentauhidkan Allah serta mengabdikan diri

kepadaNya selaras dengan kehendak syarak.

Mematuhi dan menjadikan apa yang telah

digariskan oleh Allah di dalam Al-Quran dan


As-Sunnah sebagai garis panduan hidup.

Memakmurkan bumi serta

mempertingkatkan kehidupan manusia ke


tahap yang paling tinggi selaras dengan
pemuliaan Allah kepada manusia.

Tujuan Pembentukan Akhlak

1. Berinteraksi dengan Allah melalui aqidah


yang sempurna dan ibadah yang sahih.

2. Berinteraksi dengan diri dan jiwa secara


rasional, jelas & benar serta memberi
komitmen yang mutlak terhadap Allah
s.w.t.

3. Berinteraksi dengan Allah melalui

pelaksanaan hak kepada yang berhak


berdasarkan kepertanggungjawaban
dengan itu mendapat redha jiwa &
manusia melalui akhlak Islam.

Definisi Akhlak

Akhlak dari segi bahasa bermaksud


kebiasaan, tabiat atau maruah.

Imam al-Ghazali memberi maksud istilah

akhlak ialah satu sifat yang tertanam dalam


jiwa yang daripadanya timbul perbuatan2
dengan mudah, dengan tidak memerlukan
pertimbangan fikiran terlebih dahulu.

Ibnu Maskaweh mendefinisikan akhlak ialah


keadaan jiwa seseorang yang mendorong
untuk melakukan perbuatan2 tanpa melalui
pertimbangan fikiran terlebih dahulu.

Akhlak yang baik dan akhlak yang buruk

merupakan 2 jenis tingkahlaku yang


berlawanan dan lahir daripada kualiti
kerohanian yang berbeza. Kedua2nya
memberikan kesan secara langsung kepada
kualiti kehidupan seseorang manusia dalam
masyarakat.

Masyarakat yang dikuasai dan dianggotai oleh

nilai2 dan akhlak yang baik akan melahirkan


masyarakat yang sejahtera dan sebaliknya
jika masyarakat dikuasai oleh individu yang
mempunyai nilai2 dan tingkahlaku yang buruk
maka akan porak peranda dan kacau bilau
masyarakat sekelilingnya.

Kesimpulannya akhlak ialah tingkahlaku yang

dipengaruhi oleh nilai2 yang diyakini oleh


seseorang dan sikap yang menjadi sebahagian
daripada keperibadiannya. Nilai2 dan sikap itu
terpancar daripada aqidahnya iaitu gambaran
tentang kehidupan yang dipegang dan
diyakininya.

Aqidah yang benar dan gambaran tentang

kehidupan yang tepat dan tidak dipengaruhi oleh


kepalsuan, khurafat dan falsafah2 serta ajaran2
palsu akan menerbitkan keimanan yang sebenar.

Perbedaan Antara Akhlak dan Perilaku


Akhlak merupakan perkara atau sifat yang
maknawi(rohani) manakala perilaku merupakan
terjemahan atau kesan daripada akhlak yang
bersifat maknawi tadi.
Kadang2 perilaku yang diterjemahkan bukannya dari
akhlak yang sebenar kerana ianya dibuat2 atau ada
pengaruh dari luar.
Oleh yang demikian, 3 syarat utama untuk
memastikan bahawa perilaku adalah terjemahan
dari akhlak ialah: 1. Perlu kepada ulangan dan dilakukan secara
berterusan. (Istiqomah)
2. Perilaku yang diterjemahkan itu bukanlah
daripada unsur luar.
3. Perilaku tersebut mestilah bertepatan dengan alQuran dan as-Sunnah.

Perbedaan Antara Akhlak & Etika


1) Akhlak merupakan perilaku berdasarkan alQuran dan as-Sunnah manakala etika
bermaksud sistem tingkahlaku manusia
berdasarkan perundangan atau peraturan
yang diciptakan oleh manusia.
2) Akhlak mempunyai daya kekudusan dalam
melakukannya manakala etika dilakukan
kerana peraturan atau keadaan masyarakat
berkehendakkan sedemikian dan bukanlah
lahir dari keikhlasan semata-mata.
3) Matlamat daripada akhlak yang baik adalah
untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan
akhirat manakala etika bermatlamat untuk
mendapatkan keuntungan dan mengelakkan
daripada kerugian.

4) Prinsip akhlak dalam Islam adalah


tetap dan tidak berubah2 semenjak dari
zaman Rasulullah sehingga hari kiamat
manakala etika berdasarkan pemikiran
dan pandangan manusia sentiasa
berubah mengikut tempat dan masa.
5) Akhlak yang baik memberi kesan yang
mendalam kepada seluruh kehidupan
seseorang dari segi mental, fizikal dan
rohani manakala etika memberi kesan
kepada satu keadaan sahaja kerana ia
berdasarkan logik akal semata2 dan
bukannya atas pegangan akidah.

Kedudukan Akhlak Dalam Islam

1. Akhlak mempunyai kedudukan yang tertinggi

dalam kehidupan manusia asas kepada


kebangkitan & kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w.
yang membawa manusia kepada kehidupan
yang bertamadun.

2. Perutusan para nabi bertujuan untuk membawa

cara hidup yang bermutu dan berkualiti &


cemerlang untuk menyusun kehidupan manusia.

3. Akhlak meningkatkan cara hidup/gaya hidup

seseorang manusia melalui tingkah laku yang


sopan, pemakanan, menjaga kebersihan dll.
Akhlak juga mengangkat darjat keimanan
seseorang manusia. Surah Ar-Rad ayat 12.

4. Satu cara hidup yang membawa kepada


kejayaan manusia dalam melaksanakan
misi & visi yang telah diamanahkan oleh
Allah di atas muka bumi dengan
menyebarkan perkara yang makruf dan
mencegah kemungkaran.
5. Akhlak ialah neraca kejayaan yang
sebenar kepada seseorang manusia di
akhirat malah ia juga merupakan salah
satu aspek asas bagi membebaskan diri
dari azab api neraka & memasuki syurga.
6. Akhlak membezakan antara mereka yang
baik & mulia dengan yang sebaliknya.

KAEDAH-KAEDAH PENINGKATAN AKHLAK

1. Mengurangkan pengaruh nafsu negatif serta


mengekang diri dari melakukan perbuatan
yang bersifat keji.
2. Berusaha untuk melakukan penyucian diri melatih & menerapkan perkara kebaikan
dengan melakukan ibadah wajib & sunat spt.
Puasa, solat, zikir, membaca al-Quran dan
menjauhi daripada sifat yang keji & tidak
baik spt. Dengki, malas, mengumpat dll.
3. Self recover iaitu menyedari & memahami
terhadap kebaikan & keburukan sesuatu
perbuatan yang dilakukan dan segera
memperbetulkannya dengan bertaubat,
memohon maaf dll.

KEUNIKAN & KEISTIMEWAAN AKHLAK ISLAM

1. Beralasan dan mudah difahami berdasarkan logik


akal.

2. Bersifat sejagat iaitu penetapan hukum adalah sama


tanpa mengira bangsa, keturunan atau agama.

3. Sesuai dengan fitrah dan naluri manusia demi


kepentingan masyarakat keseluruhannya.

4. Memelihara realiti iaitu mampu dilaksanakan oleh

semua lapisan masyarakat dan adanya tolak ansur


dan penerimaan hakikat.

5. Bersifat positif bagi pengamal akhlak Islam iaitu

mendapat kekuatan dan menentang kelemahan.

6. Lengkap & menyeluruh.


7. Seimbang antara roh, jasad, dunia, akhirat, realiti &
idealistik.

Anda mungkin juga menyukai