Anda di halaman 1dari 1

SEBAIK-BAIK JIN ADALAH SEJAHAT-JAHAT MANUSIA

Peribahasa atau kata-kata ini adalah membandingkan antara jin dan manusia. Ia
bermaksud jin yang paling baik bersamaan sifatnya dengan manusia yang paling
jahat di dunia. Tetapi sejauh manakah logiknya jika difikirkan dengan akal.
Mungkin jin yang paling baik boleh dikaitkan kepada jin yang mengajar ilmu
perubatan perbomohan kepada terutamanya orang-orang di kepulauan melayu.
Mereka mengajar mereka mengubati penyakit kasar dan halus manusia. Tetapi
manusia paling jahat boleh dikaitkan dengan orang yang melakukan jenayah 3
dalam 1 iaitu rompak, rogol dan bunuh sekaligus kepada mangsanya. Jadi tidak
logiklah atau salahlah peribahasa atau kata-kata tersebut kerana langsung tak
sama antara jin paling baik dengan manusia paling jahat.
Sebenarnya peribahsa itu tidak salah. Apa yang dimaksudkan oleh orang yang
menciptanya adalah batin dan bukannya zahir. Maksudnya adalah batin jin yang
paling baik sama kotornya, buruknya dan busuknya dengan manusia yang paling
jahat. Dan ia bukanlah bermaksud dari segi zahir. Ini menunjukkan kerendahan
dan kehinaan semulajadi jin jika dibandingkan dengan manusia. Sebab itu
manusia tidak boleh berkawan atau bergaul dengan jin kerana tidak setaraf dari
segi keadaan batin.
Oleh itu pencipta peribahasa atau kata-kata ini pada zaman dahulu adalah orang
yang sangat bijak, berhikmah dan berpengalaman tentang jin dan manusia dan
bukan calang-calang orang. Cuma manusia pada zaman ini mungkin tidak begitu
memahami apa yang cuba disampaikan.
Wassalam.

AL MAHDI AL MUNTAZAAR