Anda di halaman 1dari 2

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PENGELOLA

TEMASYA SUKAN TAHUNAN KALI KE-11


SEK.KEB.PALONG 8 (F)
2010
BIL JAWATANKUASA BIDANG TUGAS
1 Pengurus Kejohanan ●Bertangungjawab dalam pengendalian dan menentukan kejohanan berjalan dengan lancar
●Memastikan semua pegawai telah melapor untuk bertugas
2 Penolong Pengurus Kejohanan ●Bertanggungjawab membantu Pengurus Kejohanan
●Bertanggungjawab menguruskan mesyuarat jawatankuasa kerja atau induk dan penyediaan
laporan Kejohanan
3 Publisiti dan Buku Program ●Menyediakan buku program/cenderamata
●Mengedarkan buku program kepada setiap guru dan tetamu
●Menyediakan kain rentang kejohanan
●Menyediakan senarai nama peserta
4 Perasmian dan Penutupan ●Mengatur aturcara perasmian penutupan kejohanan.
●Menguruskan latihan/raptai perasmian penutupan
(termasuk bacaan ikrar)
●Menguruskan pertandingan perbarisan.
●Menyediakan bendera, papan tanda untuk pasukan
yang mengambil bahagian.
●Membuat surat jemputan dif kehormat
5 Kepegawaian ●Mengatur dan melatih pembantu padang.
●Memastikan persediaan petugas-petugas berjalan
dengan lancar
6 Teknikal ●Menguruskan dan menyediakan semua alatan
pertandingan untuk acara padang dan balapan.
●Memastikan persediaan balapan dan padang berjalan
dengan lancar
●Memastikan alatan untuk pertandingan mengikut
spesifikasi rasmi
●Menyediakan dan mengedarkan borang yang diperlukan
Dalam pertandingan.
●Menyusun aturcara bagi saringan pertandingan dan akhir
kejohanan.
7 Hadiah dan Cenderamata ●Menyediakan senarai hadiah dan cenderamata
●Menyusun hadiah, piala pusingan dan cenderamata.
●Menghias meja hadiah
●Melatih pembantu untuk upacara penyampaian hadiah.
●Menyediakan senarai pemenang hadiah.
8 Juruacara ●Menyediakan skrip mengikut susunan aturcara dan program
●Memaklumkan kepada hadirin bagi setiap acara dan maklumat
berkaitan
●Keputusan bagi setiap acara perlu diumumkan dengan segera
●Mengumumkan pemenang bagi upacara penyampaian
Hadiah
9 Jurugambar dan Dokumentasi ●Bertanggungjawab merakam dan merekod segala aktiviti
yang berlangsung sepanjang program
●Membuat laporan atau dokumentasi setelah program
berakhir
10 Rekod dan Statistik ●Menyelia papan markah (Score board)
●Mengira jumlah markah yang diperolehi daripada pengacara atau pencatat
11 Penjaga Masa ●Memastikan bilangan penjaga masa yang mencukupi bagi semua acara yang
dipertandingkan
●Mengagihkan tugas-tugas kepada setiap penjaga masa
12 Penyelia Peserta ●Menyemak kehadiran dan kesediaan peserta-peserta yang bertanding
●Mengumpul peserta dalam setiap acara dengan bantuan daripada ketua rumah sukan
13 Pengadil Lorong ●Memerhati dan memastikan peserta yang bertanding tidak melanggar peraturan
●Memutuskan sebarang bantahan peserta
●Memastikan peserta berlari mengikut lorong
●Menunjukkan bendera merah jika berlaku pelanggaran peraturan
●Menunjukkan bendera putih jika semua peserta sudah bersedia
14 Pelepas ●Mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap peserta-peserta yang sedang dalam keadaan
sedia sebelum memulakan pelepasan pastikan Penjaga masa dan
Pengadil lorong sudah bersedia
●Pastikan berdiri di tempat yang boleh dilihat sepenuhnya oleh
peserta sebelum memulakan pelepasan
15 Pelepas panggil balik ●Bertanggungjawab dalam membantu tugas-tugas Pelepas
●Pastikan berada dalam kedudukan yang sepatutnya supaya
dapat memerhati setiap peserta dengan jelas
16 Penolong pelepas ●Memastikan semua peserta dalam saringan atau larian yang betul dan memakai nombor
●Menempatkan semua peserta di lorong atau di tempat permulaan masing-masing
●Mengumpul semua peserta lebih kurang 3m di belakang garisan permulaan
●Memberikan syarat kepada Pelepas sekiranya semua peserta sudah bersedia
17 Hakim Penamat ●Memastikan dan mencatat pemenang bagi setiap acara yang dipertandingkan
●Menghantar keputusan kepada Pencatat untuk direkod
18 Pencatat ●Menerima dan mencatat keputusan setiap acara ke dalam borang keputusan rasmi
●Memaklumkan kepada pengurus pemenang & juruacara untuk tindakan selanjutnya
19 Refri ●Refri yang berasingan dilantik bagi setiap acara
●Menentukan segala Peraturan dan membuat keputusan terhadap
sebarang perkara ketika kejohanan
●Setelah selesai sesuatu acara, kad keputusan hendaklah dilengkapkan
Segera, ditandatangani oleh Refri yang berkaitan dan diserahkan
kepada Setiausaha Pertandingan
20 Pengurus Pemenang ●Menyediakan pemenang dalam setiap acara untuk majlis penyampaian hadiah
●Memastikan majlis penyampaian hadiah berjalan lancar