Anda di halaman 1dari 2

8 Januari 2015 (Cikgu Mohamad Tarmizi Bin Mohamad Nordin)

Selamat Maju Jaya..Tolong Study Model Karangan Ini


Faktor - Faktor Yang Menyebabkan Kejadian Tanah Runtuh
FAKTOR-FAKTOR (fokus) YANG MENYEBABKAN
KEJADIAN TANAH RUNTUH (isu).
Pendahuluan.
Dalam era ledakan teknologi maklumat hari ini, isu tanah runtuh kerap kali terpampang di dadadada akhbar atau tersiar dalam media elektronik. Isu tanah runtuh ini bukan sahaja menjadi bualan
masyarakat sama ada di warung-warung kopi, di jabatan-jabatan kerajaan malahan telah mendapat
perhatian oleh pemimpin pemimpin masyarakat. Persoalannya,mengapakah isu tanah runtuh berlaku?
Hal ini perlu diambil perhatian serius oleh semua pihak dan jalan penyelesaianharus dicari untuk
merungkaikan kebimbangan masyarakat terhadap isu ini. Sikap lepas tangan atau ambil mudah
akanmenyebabkan isu ini akan terus bernanah dan menjadi pekung yang sukar untuk dibendung. Faktorfaktor kejadian tanah runtuh ini akan saya jelaskan dalam huraian berikutnya

Isi Utama.
Antara faktor-faktor yang menjadi punca kejadian tanah runtuh ialah aktiviti penebangan
hutan tanpa kawalan. (MENGAPA) Sebagai sebuah negara yang pesat membangun, penerokaan dan
penebangan hutan terpaksa dilakukan untuk tujuan pertanian, perumahan, membina infrastruktur dan
sebagainya. (BAGAIMANA) Apabila penebangan hutan dilakukan, maka akan menyebabkan tanah
terdedah kepada agen hakisan dan mewujudkan struktur tanah yang longgar dan tidak stabil kerana tiada
pelindung atau tanaman penutup bumi hingga menyebabkan berlakunya tanah runtuh. Hal ini menjadi
lebih parah apabila adanya pembalakan haram, penerokaan tidak berlesen dan juga pertanian yang tidak
sistematik. Jelaslah bahawa penebangan hutan merupakan factor kejadian tanah runtuh.
Selain itu, kejadian tanah runtuh juga berpunca daripada aktiviti penggondolan bukit
untuk pembangunan di kawasan tanah tinggi. (MENGAPA) Aktiviti pemotongan dan penambakan
yang tidak mengambil kira factor-faktor sudut kecuraman cerun, kekuatan tanah atau batuan, darjah
luluhawa, air bawah permukaan serta pengaruh litupan tumbuhan boleh mengundang kepada tragedi
ngeri. (BAGAIMANA) Tanah yang digondolkan akan menyebabkan struktur tanah menjadi tidak stabil dan
boleh menyebabkan berlakunya gelongsoran tanah yang memungkinkan meragut nyawa dan kehilangan
harta benda. Penggondolan dilakukan untuk pembinaan hotel, perumahan dan pembinaan lebuh
raya. Jelaslah bahawa, penggondolan yang tidak terancang boleh menyebabkan berlakunya tanah
runtuh.
Faktor seterusnya, yang menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh ialah fenomena
alam. (MENGAPA) Kita sedia maklum bahawa fenomena alam bukanlah dicipta oleh manusia tetapi
manusia boleh merancang dan bersedia menghadapi fenomena alam menggunakan kaedah saintifik dan
moden.(BAGAIMANA) Kadar penyerapan air yang tinggi selepas hujan akan menyebabkan kandungan
aliran air dalam tanah menjadi banyak. Tanah akan menjadi longgar kerana wujud ruang larian air dalam
tanah. Tanah menjadi lemah dan mudah runtuh. Pada kebiasaannya, pergerakan tanah berlaku di

8 Januari 2015 (Cikgu Mohamad Tarmizi Bin Mohamad Nordin)


kawasan yang mengandungi kuantiti takungan atau larian air yang banyak. Kesannya akan berlaku tanah
runtuh terutamanya di lereng-lereng bukit. Antara fenomena alam yang menjadi punca tanah runtuh ialah
banjir, gempa bumi, hujan lebat dan sebagainya. Dapatlah disimpulkan bahawa, fenomena alam
merupakan antara punca berlakunya tanah runtuh.
Kesimpulannya, kejadian tanah runtuh telah menjadikan imej negara ini terjejas dengan teruknya.
Lantaran itu, kerjasama semua pihak terutama pihak pemaju perumahan amat diperlukan agar tidak
membina projek mereka di kawasan yang berisiko tinggi seperti kawasan berbukit. Ketiadaan kerjasama
atau kedegilan pihak-pihak tertentulah yang menyebabkan masalah ini sukar untuk dikekang oleh
kerajaan kita. Bak kata orang tua-tua, nasi sudah menjadi bubur yang mengingatkan kita bahawa
semua yang berlaku sudah terlewat untuk dikesali kecuali kita sedar lalu bertindak mengatasinya dengan
lebih awal.
BORANG RANGKA PERSEMBAHAN ISI KARANGAN
ISI
APA

HURAIAN
BAGAIMANA

MENGAPA

LANJUTANNYA