Anda di halaman 1dari 7

Pengenalan

Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) Sek. Keb. Air Merah telah
mengadakan aktiviti bowling di Kulim Landmark Central. Aktiviti ini telah
dilaksanakan oleh para guru Pendidikan Khas bersama murid-murid PKBP. Aktiviti
ini merupakan salah satu aktiviti yang dirancang buat pertama kalinya untuk muridmurid Pendidikan Khas sebagai pendedahan kepada suasana di luar bilik darjah.
Program kokurikulum yang berasaskan permainan dalam kehidupan pelajar
Pendidikan Khas perlu diberi perhatian oleh pendidik Pendidikan Khas. Program
seperti ini harus dijalankan dengan konsep yang lebih terbuka dan mencabar
kebolehan pelajar berkeperluan khas.

Rasional

Memberi peluang kepada murid PKBP untuk bersosial dan bergembira

melakukan aktiviti bowling.


Meletakkan murid PKBP sama taraf dengan murid aliran perdana untuk

merasai pengalaman bermain bowling.


Memberi peluang kepada murid-murid Pendidikan Khas untuk menunjukkan

bakat dalam permainan bowling.


Sebagai medium pelengkap dalam memastikan pelajar berkeperluan khas
dapat berdikari untuk menjalani kehidupan sebenar.

Objektif

Sebagai salah satu terapi untuk murid berkeperluan khas bagi meningkatkan

pergerakan psikomotor.
Untuk menyemai nilai gaya hidup sihat melalui aktiviti permainan kepada

murid-murid khas.
Untuk memupuk semangat kerjasama dan berpasukan di antara murid-murid
pendidikan khas

Mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara murid-murid dengan para guru

Pendidikan Khas
Melahirkan sifat yakin terhadap kemampuan diri dan lebih cekal dalam
menempuh kehidupan dalam masyarakat

Sasaran
Guru Pendidikan Khas

5 orang

Murid-murid PKBP

23 orang

Pembantu Pengurusan Murid (PPM)

4 orang

Para Waris

2 orang

LAPORAN AKTIVITI TERAPI BOWLING KELAS PENDIDIKAN KHAS


BERMASALAH PEMBELAJARAN 2010

Tarikh

: 30 September 2010

Masa

: 10.00 pagi 12.30 tengahari

Tempat

: Ole-ole Super Bowling, Kulim Landmark Central.

Pada 30 September 2010 yang lalu, Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran


(PKBP) Sek. Keb. Air Merah telah mengadakan aktiviti terapi bowling bertempat di
Ole-Ole Super Bowling, Kulim Landmark Central. Tujuan utama aktiviti ini adalah
untuk mencungkil bakat serta potensi murid dari segi fizikal dan kognitif.
Sememangnya murid berkeperluan khas mempunyai pelbagai kemahiran dan bakat
yang belum dicungkil lagi. Seiring dengan itu, aktiviti bowling dianjurkan buat
pertama kalinya untuk menguji tahap fizikal dan mental murid pendidikan khas.
Aktiviti bermula pada jam 9.30 pagi, semua murid-murid Pendidikan Khas dan
guru-guru berkumpul di kantin untuk pengagihan murid menaiki kenderaan mengikut
guru-guru yang akan mengawasi murid-murid.Sebelum bertolak iringan doa
dibacakan oleh En. Mohd Jaafar Hj Ibrahim bersama semua guru-guru dan semua
murid-murid Pendidikan Khas. Penolong Kanan Pendidikan Khas, Pn.Hjh Siti Norma
Bt Salleh menyampaikan ucapan ringkas kepada semua murid mengenai langkah
keselamatan yang perlu diberi perhatian semasa aktiviti bowling dijalankan..
Tepat jam 9.45 pagi enam buah kenderaan guru bersama murid-murid telah
bertolak ke Kulim Landmark Central. Rombongan diketuai oleh Cikgu Faisal Bin Isa
tiba di Kulim Landmark Central lebih kurang jam 10.00 pagi. Setiba di sana, kami
dapati Pusat Bowling masih belum dibuka kerana kerja-kerja pengurusan dan
kebersihan sedang dijalankan. Semua guru dan murid pendidikan khas menunggu
di luar buat sementara waktu. Pada pukul 10.30 pagi aktiviti dimulakan dengan
semua peserta memakai kasut khas yang disewa dengan bayaran RM 3.00 bagi
setiap murid dan guru.
Guru Besar, Pn.Che Indon Bt Osman turut meluangkan masa untuk melihat
aktiviti bowling yang dijalankan di Pusat Bowling Kulim Landmark

Central.

Kunjungan beliau menambahkan lagi semangat para guru dan juga murid-murid
pendidikan khas. Peserta yang terlibat terdiri daripada guru-guru, murid-murid,
Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dan juga waris.

Murid-murid dibahagikan mengikut kumpulan iaitu seramai lapan kumpulan


dengan diketuai oleh guru-guru dan juga PPM sebagai fasilitator permainan bagi
meningkatkan semangat para peserta untuk bermain dengan bersungguh-sungguh.
Setiap kumpulan terdiri daripada 3 hingga 4 orang murid.Pertandingan berlangsung
selama satu jam lebih sebanyak 1 permainan. Permainan bowling berakhir jam 11.40
pagi. Setelah penat bermain, para guru dan murid menjamu selera di Pizza Hut.
Setiap murid dihidangkan dengan Pizza berserta minuman berkarbonat. Setelah
selesai, para guru dan murid bertolak pulang ke Sekolah Kebangsaan Air Merah
pada jam 12.15 tengahari dan tiba pada jam 12.25 tengahari.
Pihak penganjur bersyukur kerana Program Permainan Bowling Pendidikan
Khas berjalan dengan lancar. Sokongan dan gandingan tenaga serta semangat
kerjasama daripada semua pihak serta komitmen sepenuhnya terhadap segala
perancangan yang telah dibuat dapat mencapai objektifnya. Diharap programprogram

seperti

ini

dapat

diteruskan

lagi

bagi

melahirkan

pelajar-pelajar

berkeperluan khas yang mampu merancang dan mengurus diri, berdikari, berupaya,
berhaluan, dan menyedari potensi diri sebagai individu dan ahli masyarakat yang
seimbang dan produktif.

Disediakan oleh :

.........................................
(EN.MOHD JAAFAR HJ IBRAHIM)

Disemak oleh :
...........................................
(PN.HJH SITI NORMA SALLEH)

Disahkan oleh:
...........................................

GAMBAR SEPANJANG AKTIVITI BOWLING PKBP SK AIR


MERAH 2010.

AHLI JAWATANKUASA KERJA

Penasihat : Pn.Che Indon Bt Osman ( Guru Besar SK Air Merah )


Pengerusi : Pn.Hjh Siti Norma Bt Salleh ( PK Pen.Khas )
Setiausaha

: Pn.Basyirah Bt Mohamad Helmi

Bendahari

: Pn.Fazlinah Bt Fazai

AHLI JAWATANKUASA
Jemputan

: Pn.Hjh Siti Norma Bt Salleh

Jamuan

: Pn.Basyirah Bt Mohamad Helmi

Persiapan Tempat

: En.Faisal Bin Isa

Siaraya

: En.Kalaiselvam A/L Murugan

Hadiah

: Pn.Fazlinah Bt Fazai

Dokumentasi

: En.Mohd Jaafar Bin Hj Ibrahim/En.Kalai

Pengacara Majlis

: En.Faisal Bin Isa

Pendaftaran

: Guru dan PPM

Bacaan Doa

: En.Mohd Jaafar Bin Hj Ibrahim