Anda di halaman 1dari 2

ARNAB DENGAN KAMBING

Pada suatu hari, arnab terjumpa sebuah karung guni. Di dalam karung itu terdapat sayursayuran. Arnab ingin makan sayur-sayuran itu. Kemudian datang kambing. Kambing juga
mahu makan sayur-sayuran itu. Tetapi arnab tidak mahu berkongsi dengan kambing. Arnab
mendapat suatu akal. Arnab mengajak kambing bertanding. Pertandingan itu ialah
menumbangkan tiang pagar.
Kambing bersetuju . Kambing berlari kencang. Kambing terus menanduk tiang itu. Prak!
Tanduk kambing patah. "Aduh!" kambing menjerit kesakitan. Tibalah pula giliran arnab.
Arnab menggali tanah. Tiang itu tumbang menimpa kaki arnab.
Prak! Kaki arnab patah. "Aduh!" arnab menjerit kesakitan. Arnab berasa menyesal kerana
enggan berkongsi makanan dengan kambing.
Arnab dan kambing pergi ke tempat karung guni itu semula. Tetapi karung guni itu sudah
tiada kerana diambil oleh tuannya.
Itulah akibatnya jikalau tamak.

NILAI MURNI
Sikap tamak selalu rugi. Sebaliknya, jika bermuafakat tentulah membawa berkat.

Sang Musang Dengan Bangkai Harimau

Pada suatu hari, Sang Musang terjumpa bangkai harimau. "Oh, harimau tua ini sudah mati!"
kata Sang Musang dalam hatinya.
Sang Musang mendapat suatu akal. "Lebih baik kupakai kulit harimau ini," fikir Sang
Musang. "Semua haiwan tentu akan berasa takut. Mereka akan menyangka aku ialah
seekor harimau," fikir Sang Musang lagi.
Sang Musang segera mengambil kulit harimau itu. Sang Musang sangat gembira dapat
memakai kulit harimau. Semua haiwan lari ketakutan. Mereka menyangka Sang Musang
ialah Sang Harimau. "Ha, ha, ha!" Sang Musang ketawa kerana sangat gembira.
Suara Sang Musang ketawa itu didengar oleh Sang Monyet. "Wahai Sang Musang, aku
tahu engkau bukanlah Sang Harimau!" kata Sang Monyet. "Bagaimanakah engkau

mengetahui aku ini bukan Sang Harimau?" Sang Musang bertanya dengan perasaan hairan.
"Suara engkau tidak sama seperti suara Sang Harimau," jawab Sang Monyet.
Sang Musang berasa malu. Rahsianya sudah diketahui oleh Sang Monyet.
Sang Musang terpaksa membuang semula kulit harimau itu. Selepas itu, Sang Musang
segera pergi dari situ.

NILAI MURNI
Janganlah sekali-kali cuba berbohong atau menipu. Setiap perbuatan bohong atau
menipu, lambat-laun pasti akan diketahui orang juga