Anda di halaman 1dari 6

BIDANG TUGAS GKMP

Bertanggungjawab dalam hal kurikulum dan pentadbiran yang berkaitan dengan


bidangnya.
Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam perancangan dan pengurusan
kokurikulum yang berkaitan dengan bidangnya terutama persatuan akademik.
Membantu Pengetua menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran yang berkaitan dengan bidangnya.
Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan
sahsiah pelajar.
Membantu Pengetua dalam semua aspek
pendidikan yang berkaitan dengan bidangnya.

perancangan

dan

pengurusan

Membantu Pengetua menyelaras dalam hal-hal yang berkaitan dengan


bidangnya,dengan pihak luar seperti pemeriksaan sekolah oleh Jemaah Nazir
Sekolah,latihan mengajar bagi guru-guru pelatih/ maktab / univesiti dan
seumpamanya.
Mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu.

SENARAI TUGAS GURU KANAN MATA PELAJARAN

Kurikulum

Memimpin guru menentukan dan merancang Rancangan Pelajaran Penggal /


Mingguan dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya.
Mempengerusikan mensyuarat atau memimpin panitia mata pelajaran di
bawah kawalannya.
Menjalankan penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Membimbing guru terlatih , guru yang baru dan guru sandaran dalam
menjalankan tugas-tugas mereka.
Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggara
dengan berkesan.
Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya serta
mengambil tindakan sewajarnya
Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti- aktiviti bimbingan ,
pemulihan, dan pengkayaan.

Membantu dalam perancangan program dan menyelaras kegiatan (kurikulum)


yang dijalankan oleh sekolah , Jabatan Pelajaran dan Kementerian Pelajaran.
Membantu dalam pemilihan buku Teks, bahan pusat sumber, alat pandang
dengar dan bahan-bahan pendidikan lain.
Menganggotaai Jawatankuasa Kurikulum sekolah dan jawatankuasa lain yang
diarahkan oleh Pengetua.
Membantu menjalankan kursua , taklimat , penerangan dan perjumpaan di
sekolah dalam konteks perkembangan staf.
Memperoleh dan menyebar maklumat terbaru mengenaai pengkaedahan dan
pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada
guru.
Menjalankan usaha untuk mempertingkatkan dan memperluaskan amalan
amalan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu merentas kurikulum.
Mengenalpasti masalah kelemahan pelajar dan mencari langkah-langkah
untuk mengatasinya.

Kokurikulum

Merancang , menyelaras dan melaksanakan segala kegiatan kokurikulum yang


bersifat akademik yang dapat membantu meningkatkan kecemerlangan
akademik pelajar.
Merancang , mengawal dan menyelaras segala aktiviti persatuan di bawah
bidangnya.

Pengurusan

Membantu menentukan serta menagihkan tugas-tugas guru mata pelajaran di


bawah bidang dan kawalannya.
Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan , kursus dan latihan untuk guru.
Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data maklumat dan segala
jenis perangkaan yang berkaitan dengan bidangnya.
Membantu merancang takwim sekolah .
Menyelia kerja kerja guru di bawah bidang kawalannya.
Menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dan mengawal
perbelanjaan.

Membantu menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan audit


tahunan.
Menjaga dan menyemak stok dan inventori segala peralatan , barang atau
bahan yang berkaitan dengan bidangnya.
Menentukan aspek aspek menyampaian nilai-nilai murni dan amalan berlaku
di bilik darjah dan sekolah.
Menentukan pelajar dilatih melaksanakan tugas-tugas pengurusan bilik darjah
dan menjaga keceriaannya.
Menyelia kerja-kerja kursus pelajar, mempertingkatkan pelajar dan program
Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) sebagaimana yang dirancang.

Tugas tugas lain

Berhubung dengan Jabatan Pelajaran dan Kementerian Pelajaran tentang apa


jua maklumat dan bantuan yang boleh didapati untuk membantu sekolah dan
guru.
Berhubung dengan guru kanan mata pelajaran sekolah lain yang berhampiran
bagi tujuan berkongsi maklumat dan sumber pendidikan bagi memantapkan
keupayaan dan pengetahuan.
Melengkapkan bilik pergerakan sekolah dengan data atau maklumat mengenai
semua pelajaran dan menggunakannya dengan berkesan dan berhasil .
Membantu merancang dan menyelia program keceriaan dan kebersihan
sekolah.
Membantu Pengetua menyelia dalam hal-hal peperiksaan, kegiatan sukan
,penyediaan jadual waktu sekolah dan urusan Pusat Sumber.
Melaksana segala arahan dan tugasan yang diberi oleh Pengetua dari semasa
ke semasa.

IDANG TUGAS GURU KANAN MATA PELAJARAN


1. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum dan
pentadbiran yang berkaitan dengan bidangnya.
2. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam perancangan dan
pengurusan kokurikulum yang berkaitan dengan bidangnya.
3. Membantu Pengetua menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran
dan pemelajaran yang berkaitan dengan bidangnya.

4. Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik


dan sahsiah pelajar.
5. Membantu Pengetua menyelaras dengan pihak luar dalam hal-hal yang
berkaitan dengan bidangnya, seperti pemeriksaan sekolah oleh Jemaah
Nazir Sekolah, latihan mengajar guru-guru pelatih maktab dan universiti
dan seumpamanya.
6. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan
pendidikan yang berkaitan dengan bidangnya.
7. Mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu.

SENARAI TUGAS GURU KANAN MATA PELAJARAN


KURIKULUM
a. Memimpin guru-guru menentukan dan merancang Rancangan Tahunan
dan Harian dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya.
b. Mempengerusikan mesyuarat atau memimpin perjalanan panitia-panitia
mata pelajaran di bawah kawalannya.
c. Menjalankan penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pemelajaran.
d. Menentukan bahan sumber pendidikan digunakan dan diselenggarakan
dengan berkesan.
e. Membantu serta membimbing guru pelatih dalam latihan mengajar,
guru-guru yang baru dan guru-guru sandaran dalam menjalankan tugastugas mereka.
f. Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya serta
mengambil tindakan sewajarnya.
g. Menyelaraskan pengurusan dan perjalanan aktiviti-aktiviti bimbingan,
pemulihan dan pengayaan.
h. Membantu dalam perancangan program dan penyelarasan kegiatan
kurikulum yang dijalankan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah /
Bahagian Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan
Malaysia.
i. Membantu dalam pemilihan buku teks, bahan pusat sumber, alat
pandang dengar dan lain-lain bahan sumber pendidikan.
j. Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum Sekolah lain-lain jawatankuasa
yang diarahkan oleh Pengetua.

k. Membantu menjalankan kursus, taklimat, penerangan dan perjumpaan


di sekolah dalam konteks perkembangan staf.
l. Mendapat dan menyebarkan maklumat-maklumat terbaru mengenai
pengkaedahan dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan kepada guru-guru.
m. Menjalankan usaha mempertingkatkan dan memperluaskan amalan
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang merentas
kurikulum.
n. Mengenalpasti masalah-masalah kelemahan pelajar serta masalah
displin dan mencari langkah-langkah mengatasinya
KOKURIKULUM
a. Merancang, menyelaras dan melaksana segala kegiatan kokurikulum
yang bersifat akademik berkaitan dengan bidangnya.
b. Merancang, mengawal dan menyelaras segala aktiviti persatuan yang
berkaitan dengan bidangnya.
PENTADBIRAN
a. Membantu menentukan serta mengagihkan tuags-tugas guru
matapelajaran di bawah bidang dan kawalannya.
b. Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk
guru-guru.
c. Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data atau maklumat
dan segala jenis perangkaan yang berkaitan dengan bidangnya.
d. Membantu merancang Takwim sekolah.
e. Menyelia kerja-kerja guru di bawah bidang dn kawalannya.
f. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dan mengawal
perbelanjaan.
g. Membantu menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan
audit tahunan.
h. Menjaga dan menyemak stok dan inventori segala peralatan barang atau
bahan yang berkaitan dengan bidangnya.
i. Menentukan aspek-aspek penyemaian nilai-nilai murni dan amalannya
berlaku di bilik-bilik darjah dan di sekolah.

j. Menentukan pelajar-pelajar dilatih melaksanakan tugas-tugas


pengurusan bilik darjah dan menjaga keceriannya.
TUGAS-TUGAS LAIN
a. Berhubung dengan Pusat Kegiatan Guru, Pejabat Pendidikan Daerah /
Bahagian dan Pusat Sumber Pendidikan Negeri mengenai apa jua
maklumat dan bantuan yang boleh didapati untuk membantu sekolah
dan guru-guru.
b. Berhubung dengan Guru Kanan Mata pelajaran sekolah lain yang
berhampiran bagi tujuan berkongsi maklumat dan sumber pendidikan
bagi memantapkan keupayaan dan pengetahuan.
c. Melengkapkan Bilik Gerakan Sekolah dengan data atau maklumat
mengenai semua mata pelajaran dan menggunakannya dengan
berkesan dan berhasil.
d. Membantu di dalam merancang dan menyelia program bagi keindahan
dan kebersihan sekolah.
e. Membantu Pengetua menyelia dalam hal-hal peperiksaan, kegiatan
sukan, penyediaan jadual waktu sekolah dan urusan pusat sumber.
f. Melaksanakan segala arahan dan tugasan yang diberikan oleh Pengetua
dari semasa ke semasa.