Anda di halaman 1dari 1

SANG RUBAH YANG LICIK DAN SANG KAMBING YANG BODOH

Pada suatu hari, Sang Rubah terjatuh ke dalam sebuah perigi yang dalam. Sang
rubah gagal keluar dari perigi walaupun telah mencuba segala idea yang ada. Ketika Sang
Rubah berasa runsing, datang Sang Kambing ke perigi tersebut.
Sang Kambing menjenguk melihat ke dalam perigi lalu ternampak Sang Rubah yang
terjatuh ke dalam. Wahai Sang Rubah, kenapa awak berada di dalam perigi ini? Adakah
awak ingin minum air?, kata Sang Kambing. Ayat Sang Kambing ini dapat memberi akal
kepada Sang Rubah lalu ia berkata, Ya, Sang Kambing. Air di dalam perigi ini sangat manis
dan segar, tiada bandingan dengan air-air dari sungai lain. Jom datang ke bawah sini minum
air! Panas sungguh cuaca hari ini.
Sang Kambing memang berasa sangat dahaga, senyuman Sang Rubah yang
berpuas hati dan kata-kata yang menarik minatnya dapat mendapat kepercayaan yang
sepenuhnya daripada Sang Kambing. Sang Kambing yang telus itu terus lompat ke dalam
perigi tersebut untuk menikmati air yang dikatakan manis dan segar. Setelah Sang Kambing
puas menikmati air di dalam perigi itu, baru Sang Kambing perasan bahawa ia tidak dapat
keluar dari perigi tersebut.
Aduhai, Sang Rubah! Kami tidak dapat keluar dari sini. Macam mana ni?, kata
Sang Kambing yang berasa cemas. Eh, Sang Kambing! Kalau kamu tak cakap, saya pun
tak perasan masalah ni. Tetapi, jangan risau Sang Kambing, mesti ada jalan
penyelesaiannya, kata Sang Rubah. Sang Rubah pun mula pura-pura berfikir sekejap lalu
berkata, Ah! Saya dapat satu idea yang bagus! Tetapi, awak kena bekerjasama dengan
saya baru boleh keluar dari sini. Mula-mula, awak letakkan kaki depan awak pada dinding
perigi, saya akan melompat melalui belakang awak keluar dari perigi ini. Selepas saya
keluar dari sini, saya akan menarik awak keluar. Cara ini bagus kan? Macam mana
pendapat awak, Sang Kambing?
Eh, cara ini bagus sangat! Awak memang cerdik sekali. Mari kami ikut idea awak
yang tadi itu, kata Sang Kambing. Kemudian, Sang Kambing meletakkan kakinya pada
dinding bagi Sang Rubah memanjat belakangnya untuk melompat keluar dari perigi itu.
Sang Rubah berjaya melompat keluar dari perigi. Selepas Sang Rubah berjaya keluar dari
perigi itu, dia terus menoleh belakang dan ingin beredar dari situ. Sang Kambing dengan
cemas menjerit Sang Rubah, Sang Rubah, saya masih di sini lagi! Awak bukan dah janji
dengan saya akan menarik saya keluar dari sini?. Wahai Sang Kambing, kalau awak
pandai, sebelum awak melompat ke dalam perigi, sepatutnya awak jelas tahu macam mana
nak keluar dari perigi ini, kata Sang Rubah sebelum beredar dari situ.