Anda di halaman 1dari 10

MENILAI KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM GURU PENYAYANG

PENGENALAN
Pelaksanaan Program Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan
membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Guru sebagai role model dalam
membudayakan sikap kasih sayang demi memastikan murid-murid seronok belajar dan
menganggap sekolah adalah seperti rumah keduanya, juga bertindak sebagai agen
untuk melahirkan modal insan cemerlang, selain sebagai penjana kepada perubahan
murid sama ada pemikiran, tingkah laku, keluhuran hati budi dan pertumbuhan fizikal.
Program Guru Penyayang dilaksanakan secara pelan jangka pendek dan jangka
panjang secara berfasa, di mana bagi fasa pertama, guru-guru hendaklah
melaksanakan tiga aktiviti iaitu mengalu-alukan kehadiran pelajar, melaksanakan
Program Mentor Mentee dan memberi penghargaan kepada pelajar.
Dalam zaman serba moden serta mencabar, kerjaya guru juga semakin mencabar.
Banyak kali dilaporkan mengenai adanya segelintir kecil guru yang tidak dapat
mengawal emosi lantas mengambil tindakan menghukum anak didik di luar batas etika
sebagai seorang pendidik. Justeru, guru perlulah sentiasa ingat bahawa mendidik
manusia memerlukan kesabaran tinggi dan nilai kasih sayang yang kental. Tanpa dua
sifat penting itu, guru akan berhadapan masalah.
Guru yang penyabar dan penyayang akan berjaya dalam kerjayanya. Apabila nilai itu
tersemat kukuh, guru pasti akan menyedari bahawa sabar itu memberkati usaha
gigihnya mendidik. Selain itu, guru juga perlu bersedia menerima kepelbagaian watak
dan perbezaan tahap kecerdasan anak didik supaya proses pengajaran akan dapat
dilaksanakan dengan fikiran tenang.

PERNYATAAN MASALAH
Program Guru Penyayang dilaksanakan ekoran wujudnya beberapa masalah yang
melibatkan para pelajar. Antaranya kerana terdapat peningkatan salah laku disiplin
dalam kalangan murid. Rasullullah SAW mengajar kita perlu bersikap lemah lembut
apabila mengendalikan seseorang yang jahil dan mestilah mengajar orang seperti itu
perkara yang patut diketahuinya tanpa memarahinya,selagi dia tidak menunjukkan
sikap berdegil.Imam Al-Ghazali pernah menggariskan beberapa kriteria unggul seorang
pendidik antaranya guru harus sabar menerima pelbagai amslah murid dan
menerimanya dengan baik. Guru hendaklah bersifat penyayang dan tidak pilih kasih
terhadap anak didiknya.
Selain itu, Program Guru Penyayang diwujudkan oleh kerana meningkatnya kadar
ponteng sekolah oleh murid. Malah terdapat laporan serta aduan mengenai
pelanggaran etika profession keguruan. Malah peningkatan bilangan guru yang
mengalami tekanan emosi dalam menjalankan tugas. Anna Eleanor Roosevelt, warga
Amerika Syarikat, seorang pejuang hak asasi manusia yang terkenal, pernah
mengatakan bahawa the giving of love is an education in itself. Beliau berpendapat
bahawa tindakan memberi kasih sayang itu sudah merupakan satu bentuk pendidikan.
Pandangan ini menunjukkan betapa pentingnya seorang pendidik untuk sentiasa
menunjukkan sifat kasih sayang dan mencipta hasil signifikan ka atas orang yang di
didiknya.
Justeru,

adalah

penting

untuk

Kementerian

Pendidikan

Malaysia

melakukan

transformasi pada proses dan sistem Program Guru Penyayang, input dan konteks agar
dapat menghasilkan produk (guru/pelajar) yang berkualiti.

KAJIAN LITERATUR
Pendidik

atau

guru

mestilah

mendalampengetahuan

pedagogi

seorang
dan

yang

psikologi

berilmu
serta

dan

kompeten,

berkeyakinan

untuk

mengamalkannya.Guru yang ingin dilahirkan mesti bercirikan multidisciplinary with


specialism. Rozinah et.al (2006) menyatakan bahawa pembelajaran akan lebih
seronok, berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar jika guru berwibawa dan
berketrampilan.Charles (2009) menjelaskan kewibawaan yang efektif jika guru
berpengetahuan dan berkeahlian dalam bidangnya dan dilaksanakan dalam suasana
kasih sayang dansaling hormat-menghormati.
Kajian penilaian program ini dijalankan berdasarkan model teori penilaian CIPP
(Context, Input, Process, Product) yang diperkenalkan oleh Daniel Stufflebeam. Model
Penilaian Daniel Stuffleabem (1967) mula diperkenalkan di Ohio University untuk
menilai ESEA (the Elementaryand Secondry Education Act). CIPP ditakrifkan sebagai
singkatan context evaluation
bermaksud penilaian terhadap konteks, input evaluation yang bermaksud penilaian
terhadap input, process evaluation yang bermaksud penilaian terhadap proses,product
evaluation yang bermaksud penilaian terhadap produk atau keberhasilan.Tujuan utama
model CIPP adalah untuk membantu pentadbir dalam melihat kepada keberhasilan
dalam sesuatu program. Menurut Stufflebeam (1967), the CIPPapproach is based on
the view that the most important purpose of evaluation in not toprove but improve .
Berdasarkan kepada petikan di atas, jelas menunjukkan bahawa tujuan utama CIPP
bukanlah untuk membuktikan tetapi untuk memperbaiki.
1. Penilaian Konteks
Penilaian konteks cuba menilai syarat-syarat awal dan keperluan yang dalam
situasi.

Ia

menimbulkan

isu-isu,

mendedahkan

masalah-masalah

dan

menentukan had-had untuk membuat program.Tujuan utama penilaian ini ialah


untuk mengukur, menterjemahkan, dan mengesahkan perjalanan sesuatu
program. Tujuan penilaian ini ialah untuk mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan

beberapa

objek

seperti

institusi,

program

itu,

sasaran

populasi/individu dan juga untuk menyediakan sesuatu satu garis panduan untuk
perubahan. Keputusan yang diperoleh nanti merupakan asas untuk memperbaiki

matlamat yang sedia wujud dan menentukan sesuatu perubahan. Dalam


penilaian ini kesesuaian objektif.Kemahiran Hidup terhadap KBSM yang akan
dikaji.
2. Penilaian Input
Penilaian input mengukur keupayaan sistem dan input-input dari segi strategi dan
sumber. Penilaian ini digunakan untuk membuat penyusunan keputusan dan menjadi
panduan untuk memilih strategi program dan perubahan-perubahan yang hendak
dibuat. Perkara-perkara yang ditekankan ialah:

Perancangan sesuatu prosedur dan perbelanjaan yang digunakan untuk

memenuhi sesuatu kehendak.


Tahap penggunaan yang boleh diterima dan ada potensi untuk berjaya dalam
memenuhi sesuatu kehendak.

3. Penilaian Proses
Penilaian proses tertumpu kepada proses yang digunakan untuk mencapai objektif
dan matlamat program. Maklumat ini perlu diketahui dari masa ke masa untuk
mengawal pelaksanaan program. Penilaian proses meliputi pengumpulan data yang
telah ditentukan dan diterapkan dalam pelaksanaan program. Pada asasnya penilaian
proses dilihat untuk mengetahui sejauh mana perubahan telah berlaku dan komponen
mana perlu diberi penekanan. 2007).Worthen & Sanders (1981 : 137) dalam Eko Putro
Widyoko menjelaskan penilaian proses menekankan kepada tiga tujuan : 1) do detect
or predict in procedural desighn or its implementation during implementation stage, 2) to
provide information for programmed decision, and 3) to maintain a record of the
procedure as it occurs.
4. Penilaian Produk
Penilaian produk tertumpu kepada hasil program setelah ia tamat dilaksanakan.
Penilaian produk menegenal pasti dan menilai hasil program untuk menentukan sama
ada ia Berjaya atau tidak. Tujuan penilaian produk untuk mengukur, mentafsir dan
menilai hasil dapatan dengan jujur. Penilaian produk juga untuk melihat keperluan
pengisian telah dipenuhi atau perlu penambahbaikan (Stufflebeam & Shinkfield, 2007).
Sax (1980) menjelaskan penilaian produk to allow to projectdirector (or teacher) to

make decision of program. Penilaian produk dapat memberi maklumat kepada para
pendidik atau pentadbiran untuk membuat keputusan keberkesanan program yang
dilaksanakan. Farida Yusuf (2000) pula menerangkan penilaian produk untuk
membantu membuat keputusan terhadap hasil yang telah dicapai maupun perancangan
jangka panjang. Oleh yang demikian dapatlah kita simpulkan penilaian produk dapat
melihat keberhasilan sesuatu program samada mencapai matlamat utamanya atau
sebaliknya. Pada peringkat ini, penilai dapat memberi cadangan ataupun saranan untuk
membuat penambahbaikan.
TUJUAN KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan Program
Guru Penyayang. Adakah Program Guru Penyayang dapat mengurangkan salah laku
disiplin dalam kalangan murid. Malah untuk mengenalpasti adakah Program Guru
Penyayang dapat menurunkan kadar ponteng murid. Kajian ini ingin mengenalpasti
adakah Program Guru Penyayang dapat meningkatkan kesedaran guru mengenai etika
profesion keguruan dan adakah Program Guru Penyayang dapat mengurangkan
tekanan emosi dalam menjalankan tugas.
Fokus kajian adalah untuk :

Membentuk karekter serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah.
Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan

keperluan semasa.
Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid.

KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian penilaian ini dijalankan bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan
Program Guru Penyayang. Adalah diharapkan hasil kajian ini dapat dijadikan sebagai
penilaian untuk menguji keberkesanan Program Guru Penyayang. Rasional daripada
kajian ini ialah permasalahan murid-murid pada masa ini perlukan medium yang sesuai
bagi membantu murid tersebut dan menggunakan kaedah dan pendekatan yang terkini
serta disukai oleh murid tersebut.

Generasi murid hari ini yang terdiri daripada generasi Y dan Z yang unik, di mana
mereka mempunyai pemikiran yang liberal dan terbuka. Mengurangkan jurang beza
tara antara guru dengan murid. Malah kajian ini penting untuk kajian masa depan dalam
memperbaiki atau menambah baik kandungan Program Guru Penyayang.
BATASAN KAJIAN
Kajian ini terbatas kepada murid di Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana,
Sepang, Selangor. Oleh yang demikian dapatan kajian tidak boleh menggambarkan
pelaksanaan Program Guru Penyayang di sekolah di seluruh Malaysia. Namun
demikian, hasil kajian ini boleh memberi gambaran sejauh mana Program Guru
Penyayang yang julung kali diperkenalkan untuk penambahbaikan dalam sisitem
pendidikan Malaysia di bawah unit bimbingan dan kaunseling.
METODOLOGI
Kajian ini dijalankan berdasarkan kepada Model CIPP Stufflebeam ( 1967) untuk
melihat bagaimana program yang dirancang untuk guru penyayang menepati objektif
dan persoalan yang dikemukakan. Tujuan utama Model CIPP adalah untuk membantu
penilai dalam membuat penilaian terhadap keberhasilan dalam sesuatu program.
Pengkaji memfokuskan kepada empat komponen mengikut Model penilaian CIPP oleh
Stufflebeam (1967) iaitu dari aspek penilaian konteks, penilaian input, penilaian proses
dan penilaian produk.
ANALISIS DATA
1. Konteks
Penilaian context digunakan untuk mengenalpasti maklumat dalaman yang menjadi
tumpuan

utama

iaitu

cara

bagaimana

program

berfungsi

(Fitzpatrick

et

al.,2004).Penilaian context dalam ulasan ini ialah mengenai objektif yang ingin
dicapai,latarbelakang Program Guru Penyayang. Pelaksanaan Guru Penyayang adalah
bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.

Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan


bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang
adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang
berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih
sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati,
sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu
diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap
masa.Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam
perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.
-

Objektif yg ingin dicapai

kak tolong ulaskan yer


Hehehe ngantuk Zzzzzz

Latar belakang program

Bgaimana program ini akan berfungsi

2. Input
- sistem sokongan
- cara penyelesaian masalah
Rekabentuk tatacara utk pelaksanaan program utk masa depan ( kaedah pelaksanaan)
-prasarana
-kepakaran
3.Proses
- Pelaksanaan dan menjelaskan rekabentuk dan bagaimana ianya berfungsi.
- Maklumat dan informasi menenai bagaimana pelaksanaan program ini berjalan
- Halangan dalam mencapai kejayaan dalam program guru penyayang
- Program sokongan ( mentor-mentee)

4. produk
- tertumpu kepada hasil program setelah tamat dilaksanakan
- Refleksi/pelajar dan guru