Anda di halaman 1dari 10

TUJUAN DISIPLIN DI SEKOLAHDisiplin adalah satu keperluan kepada pelajar supaya dapat

berfungsi dengan baik.(Charles H.Madsen & Clifford K. Madsen, 1970) Jika dilihat dari konteks
sekolah, disiplin merupakan peraturan-peraturan yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar
dengan tujuan untuk mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran. Oleh
kerana itu, disiplin bilik darjah merupakan peraturan-peraturan yang dikenakan ke atas
pelajar-pelajarnya supaya berkelakuan baik dan dapat mendisiplinkan diri semasa aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Apabila pelajar-pelajar dapat mendisiplinkan diri, suasana pembelajaran yang sistematik,
teratur dan lancar tanpa sebarang gangguan dapat dijalankan. (Mok Soon Sang, 2008)Menurut
( Ang Jit Eng 2007) Moles 1989 menegaskan dua objektif utama kewujudan disiplin di sekolah
adalah:Memastikan keselamatan dan kesejahteraan staf dan murid.Mewujudkan suasana yang
kondusif untuk pembelajaran.Gangguan disiplin berupa salah laku murid yang serius dapat
menggagalkan kedua-dua objektif ini selain daripda menyebabkan insiden-insiden itu tersiar
di media massa.
Oleh yang demikian, pengurusan dan pengawalan disiplin murid adalah suatu tanggungjawab
pihak sekolah yang penting. Dalam buku Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), disiplin
bermaksud:Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang,
sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri.Kesanggupan seseorang
bekerja atau membuat sesuatu dengan tertib.Kesanggupan seseorang menghormati hak
inidividu lain,Kesanggupan seseorang mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak
mengganggu kepentingan orang lain.Kesanggupan hormat-menghormati di antara satu dengan
lain dan mempunyai semangat tolong-menolong.Kesanggupan membaiki keadaan yang sedia
ada menerusi usaha yang membina.Kesanggupan berkhidmat kepada masyarakat.
KEPENTINGAN UMUM DISIPLINDisiplin merupakan satu bentuk kawalan sosial untuk
mewujudkan suasana yang tenteram dan teratur samada dalam masyarakat ataupun sekolah.
Dengan adanya disiplin, masyarakat dapat hidup dalam dengan aman,tenteram,harmoni dan
melancarkan segala aktiviti harian. (Ang Jit Eng, 2007)JENIS-JENIS DISIPLINDisiplin terbahagi
kepada empat jenis yang utama iaitu:-Disiplin arahan guruDisiplin arahan kerjaDisiplin arahan
kumpulanDisiplin arahan diriDisiplin arahan guruDisiplin arahan guru adalah cara dan tuasguru
menentukan arahan dan peraturan, mengawal dan memastikan setiap pelajar mematuhinya.
Tindakan akan diambil kepada pelajar yang melanggar sebarang peraturan yang telah
ditetapkan. Sebagai pengurus bilik darjah, guru bertanggungjawab dalam merancang,
mengelola, mengarah dan mengawal hal-hal yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Guru
mungkin bersikap autokratik dalam mengawal disiplin pelajar. Namun guru perlu membuat
pertimbangann sebaik mungkin dalam hal berkaitan disiplin supaya ia tidak menjejaskan
hubungan antara guru dan pelajar atau menyebabkan mereka takut untuk mencuba sesuatu
yang baru atau bertindak memberontak. Jadi, motivasi kendiri berkaitan disiplin sangat pelu
digalakkan. (Shahabudin Hashim, Rozihani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, 2007)Disiplin arahan
kerjaDisiplin arahan kerja wujud apabila sesuatu tugasan yang diberikan diberikan oleh guru
kepada murid dan perlu diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan. Disiplin ini dibentuk
berdasarkan kesedaran keperluan dan tanggungjawab dan mempunyai kebaikan kepada
pelajar-pelajar yang mematuhi arahan dan dapat menyiapkan tugasan mengikut jadual yang

ditetapkan.Disiplin ini mempunyai ciri motivasi yang positif. Hal ini kerana ia menggalakkan
pelajar menyelesaikan tugasan demi kebaikan dan kepentingan sendiri. Namun,tidak semua
pelajar dapat mnyelesaikan tugasan seperti yang diajdualkan. Oleh sebab itu, disiplin arahan
kerja ini dapat diwujudkan apabila tugasan yang diberikan itu menarik, bermakna, sesuai
dengan umur dan keupayaan pelajar dan dapat disiapkan dalam tempoh yang diberikan. (Mok
Soon Sang, 2008)Disiplin arahan kumpulanDisiplin arahan kumpulan merujuk kepada disiplin
yang dihasilkan daripada kawalan rakan-rakan dalam kumpulan yang sedia ada atau kumpulan
yang dibentuk untuk menjalankan aktiviti pembelajaran. Pembentukan biasanya berasaskan
kepada nilai, kepercayaan dan norma yang sama antara ahli kumpulan. Mana-mana ahli
kumpulan yang tidak dapat mematuhi nilai kumpulan akan disingkirkan. Kumpulan sebegini
boleh digunakan oleh guru untuk membantunya mengawal disiplin bilik darjah. Ketua
kumpulan yang dilantik berperanan dalam mengawal disiplin kerja ahli kumpulannya yang
lain. (Shahabudin Hashim, Rozihani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, 2007)Disiplin arahan
diriDisiplin arahan diri berlaku apabila pelajar dapat mematuhi peraturan sekolah secara
sukarela. Disiplin ini diwujudkan atas kesedaran bahawa mematuhi peratuan-peraturan
sekolah adalah untuk kebaikan pelajar sendiri. Ia wujud secara tidak sedar apabila pelajar
telah mencapai tahap kematangan iaitu boleh berfikir secara rasional. Selain itu, nilai disiplin
jenis ini juga dapat dibentuk oleh guru melalui latihan dan bimbingan seperti menerangkan
kebaikan mematuhi peraturan yang ditetapkan, menerapkan nilai-nilai murni seperti
adil,saling hormat-menghormati, bertimbang rasa, toleransi dalam sebarang aktiviti samada
aktiviti pengajaran dan pembelajaran atau aktiviti kokurikulum.Disiplin arahan diri ini adalah
yang paling berkesan dalam pengurusan bilik darjah. Masalah disiplin di sekolah dapat
diturunkan ke paras minimum apabila mereka sedar kepentingan mematuhi disiplin. (Mok
Soon Sang, 2008)MASALAH DISIPLIN MASA KINIMasalah disiplin selalu berlaku samada samada di
dalam sekolah atau dalam bilik darjah. Semua ini kerana pelajar-pelajar terdiri daripada
pelbagai latar belakang, mempunyai sahsiah, intelek, jasmani, rohani dan sosioekonomi yang
berbeza. Masalah-masalah yang timbul pada masa kini dapat dikategorikan kepada empat
bahagian iaitu :-JenayahKelakuan negatifMembolosMenipuJenis-jenis masalah disiplin yang
tergolong dalam kategori jenayah ialah merosakkan harta benda sekolah, mencuri, berjudi,
berlawan, memeras ugut, menyertai kongsi gelap, menyalahgunakan dadah, menumbuk guru,
bergaduh, membaca atau melukis gambar lucah.Jenis-jenis masalah disiplin yang tergolong
dalam kategori kelakuan negatif pula ialah berambut panjang, memakai sepatu dan stokin
berwarna, baju T, berkuku panjang, menghisap rokok, bercakap kasar, berbual-bual dengan
dialek, tidak menghormati guru, makan dalam bilik darjah, membuat bising, membuli rakan
yang lemah, tidak membawa buku, tidak membuat tugasan, menentang arahan guru.Jenisjenis masalah disiplin yang tergolong dalam kategori membolos ialah ponteng kelas, ponteng
sekolah,ponteng aktiviti kokurikulum, datang lambat ke sekolah, makan di kantin semasa
waktu pelajaran, lewat ke perhimpunan sekolah, berkhayal atau tidur dalam bilik
darjah.Manakala jenis-jenis masalah disiplin yang tergolong dalam kategori menipu pula ialah
meniru di dalam ujian atau peperiksaan, menyalin kerja murid lain, tidak menghantar buku
latihan untuk diperiksa, menulis dan menandatangani sendiri surat ibu bapa, menandatangani
sendiri buku kemajuan, bercakap bohong, berpura-pura sakit. (Mok Soon Sang, 2008)Masalahmasalah disiplin ini juga berlaku di dalam bilik darjah. Ia Dapat diklasifikasikan kepada dua
kategori iaitu :-Semasa pengajaran dan pembelajaran.Contohnya melawan dan tidak

menghormati guru, membaca bahan-bahan lain, mengeluarkan kat-kata kesat, makan,


membuat bising atau bergerak bebas di dalam bilik darjah, mengganggu pengajaran dan
pembelajaran,tidak membuat kerja seperti yang diarahkan, ponteng kelas dan lewat masuk
ke kelas.Di luar waktu pengajaran dan pembelajaran (semasa ketiadaan guru)Contohnya
melawan dengan ketua tingkatan atau pengawas, membuli rakan, berkeliaran, makan,
membuat bising, merosakkan harta benda seperti kerusi, meja, papan kenyataan,
menipu(melibatkan wang)rakan, mengeluarkan kata-kata lucah dan mencuri. (Shahabudin
Hashim, Rozihani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, 2007)Menurut (Mok Soon Sang, 2008) Laporan
Disiplin Pelajaran Sekolah Malaysia, data jenis salah laku di sekolah yang dikumpulkan dari
semasa ke semasa oleh Kementerian Pelajaran adalah diturunkan seperti berikut:Salah Laku
Pelajar-pelajar di Peringkat Sekolah RendahSalah laku yang berlaku di peringkat sekolah
rendah dapat dibahagikan kepada 8 kategori iaitu kategori jenayah, lucah,kemasan diri, tidak
pentingkan masa, kurang sopan, laku musnah, tidak jujur dan ponteng.Jenis salah laku yang
merangkumi kategori jenayah ialah berjudi,mencuri, melawan guru, melawan pengawas,
peras ugut, membuli, mengancam murid.Jenis salah laku yang merangkumi kategori lucah
ialah menggunakan kata-kata lucah, melukis gambar lucah dan membaca komik lucah.Jenis
salah laku yang merangkumi kategori kemasan diri ialah berambut panjang, rambut berwarna
dan kurang kemas, berkuku panjang, berpakaian tanpa mengikut peraturan sekolah, memakai
kasut kotor.Jenis salah laku yang merangkumi kategori tidak pentingkan masa ialah
berkeliaran, lewat ke perhimpunan sekolah, makan di luar masa rehat, berbual-bual atau
buat bising dalam bilik darjah, tidak buat kerja sekolah mengikut masa.Jenis salah laku yang
merangkumi kategori kurang sopan ialah berkasar dengan guru,pengawas atau murid,
berbahasa kesat, menyimpan atau menghisap rokok, mengganggu pengajaran,tidak hormat
guru atau pengawas, kelakuan kurang sopan.Jenis salah laku yang merangkumi kategori laku
musnah ialah merosakkan harta benda sekolah, guru dan murid.Jenis salah laku yang
merangkumi kategori tidak jujur ialah menipu (melibatkan wang), menipu sekolah, guru dan
murid.Jenis salah laku yang merangkumi kategori ponteng ialah ponteng kelas, sekolah,
aktiviti kokurikulum, kelas tambahan dan aktiviti sekolah.Salah Laku Pelajar-pelajar di
Peringkat Sekolah MenengahSalah laku yang berlaku di peringkat sekolah menengah adalah
lebih kurang sama juga sepertimana salah laku yang berlaku di peringkat sekolah rendah di
mana ia terdiri daripada 8 kategori iaitu kategori jenayah, lucah,kemasan diri, tidak
pentingkan masa, kurang sopan, laku musnah, tidak jujur dan ponteng.Namun salah lakunya
adalah lebih berat dan rumit iaitu:-1. Jenis salah laku yang merangkumi kategori jenayah
ialah berjudi, melawan guru, pengawas dan pelajar, memeras ugut, membuli, salahguna
dadah, membawa senjata, mencabuli kehormatan, mengancam pelajar, menceroboh, terlibat
dalam kongsi gelap, tunjuk perasaan, menentang peraturan sekolah dan pihak sekolah.2.
Jenis salah laku yang merangkumi kategori lucah ialah bercumbuan,berkhalwat, membawa
atau membaca bahan lucah, mengintai pelajar perempuan, menggunakan kata-kata lucah,
melukis gambar lucah.3. Jenis salah laku yang merangkumi kategori kemasan diri ialah
berambut panjang, rambut berwarna dan kurang kemas, berkuku panjang, bermisai atau
berjanggut, berpakaian tanpa mengikut peraturan sekolah, memakai barang kemas.4. Jenis
salah laku yang merangkumi kategori tidak pentingkan masa ialah berkeliaran, lewat ke
perhimpunan sekolah,bengkel, makmal atau bilik darjah, makan di luar masa rehat, berbualbual atau buat bising dalam bilik darjah, sembunyi diri dalam perpustakaan atau tandas, tidak

buat kerja sekolah mengikut masa.5. Jenis salah laku yang merangkumi kategori kurang sopan
ialah berkasar dengan guru, pengawas atau pelajar, berbahasa kesat, menyimpan atau
menghisap rokok, mengganggu pengajaran pembelajaran,tidak hormat guru atau pengawas.6.
Jenis salah laku yang merangkumi kategori laku musnah ialahmerosakkan harta benda
sekolah, pengetua,guru,pelajar dan kantin.7. Jenis salah laku yang merangkumi kategori tidak
jujur ialah menipu(melibatkan wang), menipu sekolah, pengetua, guru,pelajar dan kantin8.
Jenis salah laku yang merangkumi kategori ponteng ialah ponteng kelas,sekolah,
perhimpunan, aktiviti kokurikulum, ujian, peperiksaan, kelastambahan, tugas sekolah dan
aktiviti sekolah.Mengikut analisis, sepuluh salah laku yang berkerapan tinggi berlaku di
peringkat sekolah menurut urutan ialah:-1. Ponteng sekolah2. Mencuri3. Mengancam murid
sekolah4. Berkasar dengan murid sekolah5. Berbahasa kesat6. Datang sekolah/masuk kelas
lambat7. Membuat bising dan menggangu pelajaran8. Merosakkan harta benda sekolah9.
Ponteng aktiviti kokurikulum10. Ponteng kelasPUNCA-PUNCA MASALAH DISIPLINGuruPendekatan dan kaedah pengajaran yang digunakan tidak menarik atau tidak sesuai.Guru
gagal memilih dan menggunakan pendekatan dan kaedah pengajaran yang dapat menarik dan
mengekalkan minat murid kepada perkara yang disampaikan oleh guru. Murid menjadi bosan,
tidak menumpukan perhatian dan menimbulkan masalah disiplin. (Shahabudin Hashim,
Rozihani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, 2007)Guru yang bijak,kreatif dan inovatif dapat
menggunakan kaedah pengajaran pembelajaran yang berkesan dan melibatkan pelajar secara
aktif dan terkawal. Kaedah berkesan yang digunakan akan dapat mengurangkan masalah yang
tidak dikehendaki. Kepelbagaian kaedah, teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran
akan menjadi pelajar aktif, seronok dan mudah menerima apa yang diajar oleh guru. Dengan
itu karenah disiplin dapat dikurangkan. (Abdul Rahim Abd Rashid, 1999)- Perwatakan dan
sahsiah guruMenurut (Mok Soon Sang, 2008) guru yang kurang berpengalaman dan kurang
tegas atas disiplin bilik darjah tidak akan mendapat penghormatan dan kepercayaan daripada
murid-murid. Murid-murid yang nakal sering menimbulkan masalah dengan tujuan untuk
membuli guru yang kurang tegas.Menurut (Ahmad Mohd Salleh, 2004) antara sifat-sifat guru
yang disukai murid menurut Atan Long (1993) ialah mempunyai emosi yang stabil dan mental
yang sihat, mempunyai badan yang sihat dan sahsiah yang dinamik, mempunyai kecerdasan
otak yang lebih tinggi daripada kebanyakan orang, mempunyai sifat kreatif, imaginasi dan
ikhtiar, mempunyai suara dan tingkahlaku yang beradab, bertata tertib, bertimbang rasa,
mempunyai simpati dan bijaksana dalam menghadapi masalah, sabar, jujur dan ikhlas, tegas,
menepati masa dan berkebolehan mengurus, mempunyai sikap yang positif dan
menggalakkan, memberi bimbingan yang demokratik dan menjaga status ikhtisas perguruan.Hubungan guru dengan pelajar kurang baik dan kurang mesraMenurut Tengku Sarina Aini
Tengku Kasim & Yusmini Md. Yusoff 2006, menyatakan bahawa tugas guru bukan bersifat statik
dan hanya tertumpu kepada objektif akademik sahaja. Tetapi guru berperanan dan
mempunyai pengaruh yang besar kepada pembetukan kehidupan sosial pelajar. Sehubungan
itu, pembinaan hubungan berkesan antara guru dan murid adalah pendekatan terbaik bagi
mencapai hasrat ini.Antara kelebihan apabila wujud hubungan baik antara guru dan pelajar
ialah akan melahirkan persahaman yang baik antara mereka serta wujud rasa percaya
mempercayai dan ini dapat memberi kesan positif kepada proses pengajaran dan
pembelajaran. Oleh sebab itu,sudah pasti masalah disiplin akan dapat dikawal dan
dikurangkan.Suasana bilik darjah kurang selesa- Bilik darjah yang tidak selesaKeadaan bilik

darjah yang tidak terurus,kerusi meja yang banyak dan nampak berselerak, cahaya yang tidak
mencukupi, panas, bekalan elektrik tidak ada atau sudah tidak berfungsi menimbulkan
ketidakselesaan kepada pelajar enyebabkan mereka gelisah. Oleh sebab itu,merekatidak
dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran sepenuhnya dan ini memungkinkan berlaku
gangguan kepada pengajaran dan pembelajaran.- Bilangan murid yang terlalu ramaiGuru tidak
akan dapat mengawal kelasnya dengan baik apabila bilangan murid terlalu ramai lebih-lebih
lagi terdapat berbagai-bagai tahap kebolehan pelajar. Ada pelajar yang lemah, sederhana dan
tinggi tahap kebolehan menerima apa yang diajar oleh guru. Guru tidak mampu melayan
semua karenah pelajar di dalam kelas tersebut. Jadi,pelajar yang tertinggal atau atau tidak
berminat mengikuti pengajaran guru akan melakukan aktiviti-aktiviti yang mengganggu
pengajaran dan pembelajaran. Contohnya membuat bising, mengganggu rakan dan bergerak
ke sana sini. (Shahabudin Hashim, Rozihani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, 2007)Kesihatan murid
kurang baikPelajar yang kurang sihat atau tidak mendapatmasa rehat yangmencukupi tidak
akan dapat menumpukan perhatian mereka di dalam kelas. Mereka sering mengantuk, tidak
cergas dan tidak mampu melibatkan diri secara aktif ketika proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Untuk mengelakkan hukuman daripada guru, kemungkinan besar
daripada mereka akan meniru pelajar lain atau tidak membuat langsung tugasan yang
diberikan. Dapat direnung bersama bahawa pada masa ini, berapa ramaikah guru yang
menyoal tentang kesihatan pelajar-pelajarnya sebelum memulakan pembelajaran.Aspirasi
sekolah yang terlalu tinggiPihak sekolah yang terlalu mementingkan pencapaian dan
prestasiakademik juga sebenarnya merupakan punca timbulnnya masalah disiplin ini.Hal ini
kerana pelajar-pelajar yang tidak mampu mencapai aspirasi sekolah sebagaimana diharapkan
biasanya lebih cenderung untuk menimbulkan masalah disiplin. (Mok Soon Sang,
2008)Pengaruh negatif.- Pengaruh negatif dari keluargaKeluarga merupakan unit sosial
terkecil yang menjadi asas utamaperkembangan diri. Keluarga memainkan peranan yang
penting dalam pertumbuhan keperibadian. Kualiti kehidupan rumahtangga akan memberi
kesan kepada kualiti tingkahlaku. Keluarga yang aman damai, akan melahirkan anak-anak
yang berperibadi normal dan baik. Sebaliknya jika rumahtangga bermasalah,adanya konflik,
perceraian dan sebagainya lagi akan menimbulkan anak-anak yang bermasalah. Kebanyakan
pelajar-pelajar yang menghadapi masalah ini tidak dapat menumpukan perhatian di dalam
kelas. Sentiasa murung, menyendiri. Hal ini kerana mereka kekurangan kasih sayang dan
perhatian dari ibu bapa dan ahli keluarga. Lalu, mereka akan melakukan sesuatu yang boleh
menarik perhatian orang ramai seperti mencuri, merosakkan harta benda sekolah dan
pelbagai masalah disiplin lagi akan timbul. Peribadi ahli keluarga yang tidak bermoral dan
berakhlak juga akan mempengaruhi diri pelajar lantas terbawa-bawa sehingga ke dalam bilik
darjah. Contohnya suka mengeluarkan kata-kata kesat dan lain-lain lagi. (Ibrahim
Mamat,1997)- Pengaruh negatif dari rakan sebaya.Rakan sebaya juga mempengaruhi sahsiah
dan keperibadian pelajar.Pelajar yang mudah terpengaruh akan mudah diajak untuk
menimbulkan masalah disiplin samada di dalam bilik darjah atau di sekolah. Contohnya
menghisap rokok, meminum arak, menyalahgunakan dadah, merosakkan harta benda sekolah,
ponteng kelas, bersembunyi di dalam tandas dan sebagainya lagi. (Ibrahim
Mamat,1997).Kebanyakan pelajar melakukan semua itu supaya mereka diterima di dalam
sesebuah kumpulan yang sengaja diwujudkan oleh pelajar-pelajar bermasalah ini.- Pengaruh
negatif dari media massa.Perkembangan media cetak dan media elektronik juga merupakan

puncaterjadinya masalah disiplin. Media cetak menyajikan fesyen-fesyen, hiburan, gaya hidup
yang pelbagai. Manakala perkembangan pesat teknologi maklumat pula seperti budaya
cybercafe, chatting di internet, kebebasan melayari aneka laman web menjadikan pelajar
dapat mengetahui sesuatu itu dengan mudah. Pelajar yang mudah terikut dengan gerak hati
anak muda akan mudah meniru atau terpengaruh dengan apa yang dilihatnya. Contohnya
datang ke sekolah dengan fesyen dan gaya rambut yang pelbagai, menubuhkan kumpulan
mereka yang tersendiri, membawa bahan-bahan lucah ke sekolah dan banyak lagi. (Azizan
Bahari, 2003)LANGKAH-LANGKAH MENANGANI MASALAH DISIPLIN1. Peranan pelajar.Dalam
menangani masalah disiplin ini, pelajar juga boleh memainkanperanan. Mereka perlu
mempunyai kesedaran mendisiplinkan diri, mematuhi semua peraturan yang ditetapkan di
sekolah, menjaga diri daripada terjebak dengan masalah-masalah disiplin, elakkan daripada
berkawan dengan pelajar yang mempunyai masalah disiplin ini kerana dikhuatiri akan
terpengaruh.1. Peranan guruGuru perlu menguruskan bilik darjahnya supaya pelajar tidak
bosan di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Suasana yang
kondusif ini hanya dapat diwujudkan apabila semua murid mengikut peraturan bilik darjah
yang telah ditetapkan. (Mok Soon Sang, 2008)Guru juga perlu menggunakan mempelbagaikan
kaedah ketika mengajar. Menurut ( Mok Soon Sang,1991) tujuan menggunakan berbagai-bagai
teknik mengajar dalam situasi pengajaran ialah untuk menarik minat murid, mengekalkan
perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid supaya mencapai objektif pengajaran
guru. Oleh itu, teknik yang dipilih haruslah berdasarkan umur, kecerdasan,kebolehan dan
minat murid. Dalam hal ini pemilihan bahan pelajaran yang sesuai hendaklah berkait rapat
dengan teknik mengajar.Apabila pelajar dapat melibatkan diri secara baik di dalam bilik
darjah, maka sudah tentu masalah disiplin dapat diminimumkan.Seorang guru perlu jujur
dalam menyampaikan ilmu pengetahuan. Bukan sekadar mahu menghabiskan sukatan
pelajaran. Tetapi benar-benar mahu mendidik. Sikap ini perlu ditunjukkan oleh semua guru.
(James Dunhill, 1964)Mengikut (Shahabudin Hashim, Rozihani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad,
2007) guru juga perlu membuat persediaan yang rapi untuk menjalankan pengajaran dan
pembelajaran. Masa untuk sesuatu waktu pengajaran digunakan secara maksimum bagi
mengelak murid tidak ada masa melakukan kerja-kerja lain. Guru juga perlu mempamerkan
keyakinan diri semasa berada di dalam kelas supaya murid juga yakin dengan kebolehan guru.
Suara guru perlu jelas dan bahasa yang digunakan mudah difahami oleh semua pelajar.Guru
perlu tegas dalam memberi tugasan dan arahan supaya pelajar dapat akur dengan kehendak
dan arahan guru. Tegas di sini tidak membawa maksud autokratik, sebaliknya demokratik.
Guru perlu sedar tugas mengawal disiplin pelajar adalah tugas semua guru lebih-lebih lagi
yang melibatkan waktu pengajaran guru. Segala salah laku yang berlaku dalam bilik darjah
perlu ditegur dengan segera.Pada masa yang sama guru perlu mesra dengan pelajar dan
mengelak daripada ada unsur pilih kasih dalam melayan karenah murid supaya pelajar senang
dengan guru. Apabila senang dengan guru berkenaan,masalah disiplin yang timbul hasil
daripada hubungan tidak baik dengan guru dapat dikurangkan.Guru kelas juga perlu peka
dengan persekitaran bilik darjah yang kurang menyenangkan.Guru perlu kreatif dan proaktif
dalam membina persekitaran bilik darjah yang ceria dan kondusif supaya masalah disiplin
yang timbul akibat ketidakselesaan murid dapat diatasi.Penghargaan dan pujian perlu diberi
kepada yang berkelakuan baik, di samping memupuk nilai-nlai murni di kalangan murid. Murid
yang mempunyai masalah peribadi perlu ditangani dengan sebaik mungkin supaya mereka

tidak menimbulkan masalah disiplin.(Abd. Ghafar Mad Din, 2003)2. Peranan Staf dan
Pentadbir sekolahPelaksanaan disiplin sekolah adalah tanggungjawab bersama,bukan tugas
Guru Besar atau Pengetua, guru-guru Penolong Kanan dan guru-guru Disiplin, semata-mata
tetapi semua staf dan pentadbir sekolah samada guru bimbingan dan kaunseling, ketua
warden dan warden asrama, guru-guru agama dan moral hatta tukang kebun sekalipun. Semua
boleh memainkan peranan masing-masing. (Ang Jit Eng,2007)Antara yang boleh dilakukan
ialah:-- Memastikan semua tatacara pengurusan disiplin bilik darjah dipatuhi oleh guru dan
pelajar. Pemantauan yang berterusan perlu dibuat dari semasa ke semasa.- Memastikan
bilangan murid di dalam sesebuah kelas mematuhi syarat saiz kelas yang ditetapkan.
(Shahabudin Hashim, Rozihani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, 2007)- Memastikan murid-murid
mematuhi peraturan yang ditetapkan di sekolah demi kebaikan mereka.- Menyediakan
pelbagai kemudahan sekolah seperti alat bantu mengajar, tempat-tempat duduk , kipas ngin
dan kemudahan-kemudahan yang lain. Kemudahan tempat duduk contohnya di bawah pohonpohon yang rendang,di taman bunga atupun pondok bacaan supaya dapat memberi keselesaan
kepada murid.- Meningkatkan kebersihan dan keceriaan sekolah dengan mengadakan aktiviti
gotong royong, pertandingan kebersihan dan sebagainya.- Menyediakan sistem perkhidmatan
psikologi. Ia penting supaya dapat memberi bimbingan dan kaunseling kepada pelajar yang
bermasalah dan selalu membuat masalah disiplin.- Mempertingkatkan sistem kelab dan
persatuan. Contohnya mewujudkan Persatuan Kebajikan Murid atau Kelab Pencegahan
Jenayah.- Memantapkan sistem dan struktur kepimpinan murid. Melalui aktiviti kepimpinan
contohnya program kepada Kelab Pengakap atau pegawas-pengawas sekolah, mereka akan
dilatih agar memupuk diri dengan nilai-nilai yang murni seperti berdisiplin, bekerjasama,
hormat-menghormati dan sebagainya.3. Peranan Ibu bapaTugas untuk mendisiplinkan pelajar
bukan hanya terletak di bahu guru-guru, staf dan pentadbir sekolah,namun ibu bapa juga
berperanan penting dalam mengawalnya.Antara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk
mengawal masalah disiplin ialah:-- Selalu merujuk kepada pihak sekolah dalam hal disiplin
anak. Ibu bapa perlu melibatkan diri dalam mesyuarat atau aktiviti yang dijalankan oleh
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Hal ini supaya ibu bapa dan guru dapat berbincang
mengenai masalah anak-anak yang berlaku dan cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan
sebaik mungkin.- Memberi pengetahuan agama di samping menjadi contoh teladan kepada
anak-anak. Melalui didikan agama yang diberikan, anak-anak dapat menilai dan membezakan
mana yang baik,mana yang buruk,apa yang dilarang dan disuruh oleh agama. Contohnya
apabila anak-anak melayari internet atau membaca bahan-bahan bacaan. Dengan sendirinya
mereka dapat membuat keputusan yang terbaik.- Memberi kelonggaran tertentu dan tidak
terlalu mengongkong tetapi mengambil tahu pergerakan dan aktiviti-aktiviti anak-anak. Ibu
bapa perlu mengetahui dengan siapa anak-anaknya berkawan.- Menggalakkan anak-anak
mempunyai hubungan mesra di dalam keluarga.- Menunjukkan minat terhadap pelajaran
anak-anak.- Memberi kebebasan kepada anak-anak memilih bidang yang diminati.Mengamalkan sikap menghormati anak-anak dan menggalakkan anak-anak menghormati diri,
keluarga dan orang lain .(Ibrahim Mamat, 1997)4. Peranan KomunitiMenurut (Ang Jit
Eng,2007), komuniti setempat juga boleh menjadi mata dan telinga dalam mengawal masalah
disiplin ini. Komuniti setempat yang terdiri daripada badan-badan atau pertubuhan kerajaan
dan bukan kerajaan seperti polis, bomba, majlis tempatan,penghulu, JKK Keselamatan, JK
tempat-tempat beribadat dan sebagainya dapat diminta memberi kerjasama mereka untuk

menyampaikan mesej kepada ibu bapa tentang kepentingan disiplin murid di sekolah di
samping membantu untuk melaporkan salah laku yang dilakukan oleh murid di luar
sekolah.Apabila murid-murid dapat merasakan komuniti setempat melaporkan kes-kes
ponteng,lepak,merokok dan salah laku yang lain kepada pihak sekolah, mereka lebih segan
atau berhati-hati apabila cuba melakukannya berbanding dengan komuniti yang tidak
mengambil tahu pada salah laku yang dilakukan.PENUTUPAlhamdulillah, setinggi-tinggi
kesyukuran kami panjatkan ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia serta pertolonganNya saya
dapat selesaikan tugasan ini dengan lancar.Dan penghargaan buat Dr. Habib Mat Som kerana
banyak membimbing serta memberi tunjuk ajar kepada saya.Tidak lupa juga saya kepada
sahabat-sahabat serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung
dalam menyelesaikan kajian ini.Sesungguhnya dapat saya tegaskan sekali lagi di sini bahawa
masalah disiplin yang berlaku ini adalah satu isu yang sangat penting. Apabila berlaku masalah
ini, kita tidak boleh menuding jari menyalahkan mana-mana pihak. Sebaliknya perlu saling
bekerjasama membantu mengurangkan masalah ini. Samada pihak guru, pengetua, ibu bapa,
staf dan bahagian pentadbir sekolah sahaja. Masyarakat juga boleh menjadi mata dan
telinga dalam menyelesaikan masalah ini untuk mewujudkan kehidupan yang aman dan
tenteram. Apabila masalah didiplin dapat dikawal,pembelajaran yang kondusif dapat
diwujudkan. Dari situ akan lahir pelajar-pelajar yang cemerlang akademik dan peribadi.
Mereka inilah yang bakal menerajui mercu kepimpinan negara. Jelas di sini bahawa isu
disiplin ini bukan isu main-main dan hanya dipandang enteng. Tetapi merupakan satu isu yang
perlu diberi perhatian oleh semua pihak.Harapan saya, semoga segala usaha ini akan
mendapat ganjaran serta keredhaan daripada Allah S.W.T.RUJUKANAbdul Ghafar Md Din.
(2003). Prinsip dan amalan pengajaran. Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd.Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2000). Kemahiran Interpersonal untuk gurubestari. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Abdul Rahim Abdul rashid. (1999).
Profesionalisme motivasi pengurusan bilikdarjah. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.Ahmad Mohd Salleh. (2003). Pendidikan Islam : Falsafah, sejarah dan
kaedahpengajaran pembelajaran. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.Azizan Bahari. (2003).
Generasi muda menangani cabaran. Selangor: QaryaSdn. Bhd.Dunhill J. (1964). Discipline in
the classroom. London: University of LondonPress LTD.Eng, A. J. (2007). Pengurusan Disiplin
Murid. Kuala Lumpur: PTS ProfessionalPublishing Sdn. Bhd.Ibrahim Mamat. (1997). Memimpin
remaja sekolah : Teori dan praktik. KualaLumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Madsen C. H.
& Madsen C. K. (1970). Teaching discipline : A positive Approachfor Educational
Developement. United States: Leora Haywood.Rahana Mohd. Dahari. (2008, Mei 5). E-Disiplin
di semua sekolah menengah.Utusan Malaysia, hlm. 6Rahana Mohd. Dahari. (2008, Mei 5).Buli
siber cabaran baru di sekolah. UtusanMalaysia, hlm. 6Sang M. S. (1991). Pedagogi 2 : Strategi
pengajaran dan pengajaran mikro.Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Sang M. S.
(2008). Pengurusan hal ehwal murid. Selangor: PenerbitanMultimedia Sdn. Bhd.Shahabuddin
Hashim, Rozihani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad. (2007). Strategidan teknik mengajar berkesan.
Kuala Lumpur: PTS ProfessionalPublishing Sdn. Bhd.Tengku Sarina Tengku Aini & Yusmini Md.
Yusoff. (2006). Kuala Lumpur: PTSProfessional Publishing Sdn. Bhd. Copy and WIN :
http://ow.ly/KNICZ
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Sekolah merupakan institusi pendidikan atau sistem yang merangkumi aktiviti antara dua atau lebih ahli
dengan menyelaraskan aktiviti mereka untuk mencapai matlamat bersama. Amalan pengurusan pengetua
merupakan faktor terpenting menentukan kecemerlangan sesebuah sekolah. Pada hari ini masalah disiplin
pelajar dikatakan semakin meruncing bilamana terdapat banyak laporan mengenai para pelajar yang seringkali
melanggar peraturan sekolah seperti ponteng, merokok, vandalisme, melawan guru dan sebagainya. Dalam
konteks pengurusan disiplin, pihak sekolah perlulah merencanakan program-program yang berkesan untuk
mengatasi masalah disiplin pelajar. Kajian ini bertujuan melihat amalan pengurusan disiplin dan pelaksanaan
Program Ponteng Sifar di salah sebuah sekolah daerah Johor Bahru. Responden kajian melibatkan 110 orang
guru daripada sekolah tersebut. Kaedah soal selidik dan temubual telah digunakan bagi mendapatkan data
dan maklumat berkaitan dengan kajian ini.

Kajian yang dijalankan ini bertujuan mengkaji penguasaan guru terhadap tatacara pengurusan disiplin di
sekolah berdasarkan surat pekeliling ikhtisas yang berkaitan dengan pengurusan disiplin yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia bermula dari tahun 1968 sehingga 2010 terhadap pelajar sekolah menengah
harian biasa di daerah Gombak. Persampelan kajian ini memfokuskan kepada tatacara penguatkuasaan
disiplin oleh empat orang guru yang terlibat secara langsung di dalam pengurusan disiplin di sekolah. Kajian
yang dijalankan melibatkan aspek triangulasi teknik analisis dokumen surat pekeliling ikhtisas yang berkaitan
dengan pengurusan disiplin yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, temu bual, pemerhatian
terhadap tatacara penguatkuasaan disiplin serta analisis dokumen yang berkaitan dengan pengurusan disiplin
dan kemudiannya dapatan kajian ini disokong oleh dapatan senarai semak daripada semua guru di sekolah
kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa hanya guru penolong kanan hal ehwal murid sahaja yang benarbenar menguasai isi kandungan surat pekeliling ikhtisas yang berkaitan dengan pengurusan disiplin. Dari
aspek kesesuaian surat pekeliling ikhtisas terhadap tatacara penguatkuasaan disiplin, walaupun banyak surat
pekeliling lkhtisas yang dikeluarkan oleh pihak kementerian bagi memberi panduan kepada guru-guru disiplin,
namun masih banyak lagi surat pekeliling ikhtisas yang perlu dikeluarkan untuk memberikan panduan khusus
terhadap kes-kes salah laku disiplin di sekolah. Hasil kajian yang dijalankan juga mendapati walaupun
pengetua menjalankan peranan dan tanggungjawabnya terhadap penguatkuasaan disiplin, namun tugas dan
tanggungjawabnya banyak diserahkan kepada penolong kanan hal ehwal murid dalam membuat keputusan
yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Kesimpulannya, sebagai satu bentuk mandat yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia, surat pekeliling ikhtisas yang berkaitan pengurusan disiplin perlu menjadi
panduan utama kepada semua guru terutama guru-guru disiplin dalam melaksanakan penguatkuasaan disiplin
di sekolah secara sistematik dan berhemah.