Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN ORIENTASI GURU BAHARU

BAHAGIAN 6:
REFLEKSI DAN PENILAIAN
PPGB

6.1
6.2
6.3

Refleksi Umum
Kekuatan / Kelemahan / Kekangan / Halangan
Cadangan

LAPORAN ORIENTASI GURU BAHARU

6.

REFLEKSI UMUM

Berdasarkan Program Pembangunan Guru Baharu,guru baharu dapat


memahami dengan lebih baik dalam melaksanakan tugas dan dapat memahami
struktur organisasi atau bagaimana sekolah tersebut berfungsi. Dengan adanya
mentor, urusan dalam melaksanakan tugas menjadi lebih mudah. Hal ini kerana,
mentor mempunyai pengalaman yang banyak dan sudah lama berkhidmat sebagai
guru dan mampu membimbing guru baharu ke arah budaya organisasi mereka.
Dari sudut peribadi pula, guru baharu berjaya membina hubungan yang baik
deng orang lain kerana sikap kerjasama dalam melaksanakan tugas. Perhubungan
yang baik dengan orang lain juga dapat membina keyakinan diri dan
mempertingkatkan kemahiran dan kebolehan mereka.
Program ini juga dapat membina kemahiran guru baharu dalam menghadapi
tugas harian. Membina pengetahuan berasaskan kemahiran dapat membina fokus
dalam proses pembelajaran,pendekatan dan gaya bekerja. Sebagai contoh semasa
mentor menerangkan bagaimana perancangan tahunan mata pelajaran tertentu dibuat,
pengalaman daripada melakukan sendiri kemahiran merancang rancangan pelajaran
itu akan membolehkan guru baharu memperoleh satu fokus penting dalam merancang
pengajaran dan pembelajaran.
Program Pembangunan Guru Baharu ini juga dapat melatih guru-guru baharu
dalam meningkatkan kemahiran, pembinaan budaya organisasi, memperkembangkan
pengurusan yang lebih baik dan menjuruskan guru baharu dalam meningkatkan
kebolehan dan tanggungjawab.

LAPORAN ORIENTASI GURU BAHARU

6.2

KEKUATAN / KELEMAHAN / KEKANGAN / HALANGAN


ISU ISU BERBANGKIT

Kekuatan

Kekangan /
Kelemahan
Halangan

6.2.1

6.2.2

6.2.3

Kekuatan
Pengurusan sekolah mempunyai komitmen yang tinggi dalam menjayakan visi
dan misi sekolah.
Terdapat seorag orang guru cemerlang dan seorang guru kaunselor.
Guru-guru mempunyai pengalaman mengajar lebih dari sepuluh tahun.
Budaya kerja berpasukan yang mantap diamalkan di sekolah.
Guru dan staf sokongan yang berdedikasi.
Kemudahan infrastruktur yang lengkap.
Penyediaan pembelajaran yang berstuktur
Menekankan fungsi guru dalam setiap tugas yang diamanahkan.
Kelemahan
Disiplin pelajar masih perlu diperbaiki.
Tahap akademik pelajar yang sederhana.
Kekangan / Halangan
Kerjasama ibu bapa pelajar kurang memberansangkan.
Sebilangan pelajar bukan Melayu tidak menguasai Bahasa Melayu.

LAPORAN ORIENTASI GURU BAHARU

6.3

CADANGAN

Diharap Program Pembangunan Guru Baharu ini dapat menyediakan satu


sistem yang berkekalan yang memupuk semangat kerja berpasukan. Sistem ini juga
dapat membina lebih ramai guru berkaliber dalam sesuatu sistem pengurusan dan
bertanggungjawab untuk melaksanakan amanahnya.
Program ini juga perlu diadakan dipelbagai peringkat bagi meningkatkan
prestasi pendidikan di Malaysia. Core-Business pendidikan ialah pengajaran dan
pembelajaran. Jika kita berjaya meningkatkan pengajaran dan pembelajaran barulah
masyarakat akan menghormati profesion perguruan.

LAPORAN ORIENTASI GURU BAHARU

Anda mungkin juga menyukai