Anda di halaman 1dari 2

Ibnu Sina

Biodata
Nama sebenar

: Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina

Nama barat : Avicenna


Bangsa

: Parsi

Tempat Lahir: Afsyanah, Bukhara (Uzbekistan)


Tarikh lahir

: 980 Masihi

Pendidikan awal: al-Quran dan sastera yang dipelajarinya secara persendirian.


menghafal al-Quran ketika berusia 5 tahun. Beliau sudah menguasai tasawuf, fikah,
tafsir, dan usuludin ketika berusia 10 tahun. Beliau telah menuntut dengan Abu
Abdullah an-Natli yang mengajarnya al-Quran, fikah, mantik, ilmu hisab, sains, fizik,
dan kaji bintang. Beliau menelaah falsafah, politik dan logik, matematik, fizik, politik
dan kedoktoran hingga berusia 16 tahun.
Gelaran
Kitab

: Penghulu Para Doktor dan Raja Ubat.


: Al-Majmu. Al-Qanun Fii al-Tibb (Terjemahan Barat : Canon of Medicine)

Kehidupan Ibnu Sina


-

Ibnu Sina mula menjadi doktor ketika berusia 18 tahun.


Beliau berjaya menyembuhkan Nuh bin Mansor, pemerintah Kerajaan
Samaniyah dan semenjak itu beliau dilantik menjadi doktor istana.
Beliau mengambil kesempatan dengan membaca, merujuk dan menghafal
buku-buku penting di perpustakaan.
Pembesar negeri lain seperti Ratu Sayyidah dan Sultan Majdud dari Rayy,
Syamsu Dawla dari Hamadan, dan Alaud Dawla dari Isfahan juga pernah
mengundangnya.
Ibnu Sina pernah dilantik menjadi menteri sebanyak dua kali. Dipecat kerana
terlibat dengan politik.
Sewaktu Ibnu Sina berusia 21 tahun, beliau mula menulis karyanya yang
pertama yang berjudul "Al-Majmu" di Kawarazm yang mengandungi berbagai
ilmu pengetahuan yang lengkap.
Ibnu Sina meninggal pada usia 58 tahun dalam suatu perjalanan bersama
raja Isfahan, lalu dimakamkan di Hamadan(Iran).

Sumbangan Ibnu Sina


-

Ibnu Sina banyak menyumbang dalam tamadun Islam terutamanya dalam


bidang perubatan
Terdapat beberapa pencapaian yang telah Berjaya dicapai oleh Ibn Sina.
Antaranya, penemuan penyakit baru serta puncanya.
Antara penemuan penyakit yang dikaji oleh Ibnu Sina ialah:
Tibi (Batuk kering)
Rubella
Cacar
Alahan
Beliau juga membuat penemuan tentang anatomi tubuh. Ibnu Sina percaya
bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air,
api dan angin. Keempat unsur itu memberi sifat lembap, sejuk, panas, dan
kering serta sentiasa bergantung pada unsur lain yang terdapat pada alam
ini.

Penemuan tentang peredaran darah. Beliau mendapati bahawa Darah


mengalir terus menerus dalam suatu lingkaran dan tidak pernah berhenti.

Ibnu Sina banyak membuat analisis tentang pelbagai penyakit dan


menyenaraikan lebih kurang 760 jenis penyakit serta kaedah merawatnya.

Ibnu Sina telah menghasilkan 116 karya dalam bidang falsafah, mantik,
matematik, astronomi, kimia, fizik, biologi dan sains politik. Buku-buku
tersebut telah dihimpun oleh Domonican Institute for Oriental Studies di
Kaherah, Mesir. Pada 1950 Masihi ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa
Arab dan dinamakan Muallafat Ibni Sina (karya-karya Ibnu Sina)

Karya-karya terkenal Ibnu Sina


iii-

Kitab Al-Majmu.
Al-Qanun Fii al-Tibb (Terjemahan Barat : Canon of Medicine)

Anda mungkin juga menyukai