Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk
cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam
perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar
menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang
komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang bagi
mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu. Anehnya,
yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa. Kian terganggu
Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata kasar, memang
tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada
X-Ray itu. Ini membuatkan Raiha tambah tertekan.
Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-lahan
mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat hati.
Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang
perubatan.
Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang, ternyata
mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah guru
demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri ataupun
pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik, di
institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia memulakan
klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali membantu Doktor Uwang
dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan
sebagainya. Malah, hatinya perrnah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin
tidak menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain daripada sebagai
mentor, Doktor. Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.
Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor. Uwang dan ditugaskan untuk
mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi berulangkali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda tanya, menyelubunginya.
Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami kemalangan di jalan
yang berhampiran dengan pusat rawatan itu.
Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tentang menjalankan
operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas oleh doktor itu
sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana.
TEMA
PERSOALAN
Persoalan tentang reda dengan ketentuan tuhan. Walaupun Raiha sudah mengetahui
punca kematian anaknya disebabkan sikap amarah bekas suaminya Doktor Sadiz yang
membakar kereta Porsche tanpa menyedari kehadiran anaknya di situ namun Raiha reda
dengan kejadian tersebut dan menganggap semua yang berlaku sebagai ketentuan tuhan
dan mereka adalah mangsa keadaan. Dia tidak menyalah sesiapa termasuk Felicia
sebaliknya reda menerima berita tersebut.
Watak Utama
Raiha
Seorang doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) yang baharu berkhidmat selama
6 bulan
Pernah berkahwin dengan Doktor Sadiz selama 10 tahun. Beliau merupakah Pakar
Perunding Pembedahan.
Seorang yang dicengkam kenangan lalu dan berasa curiga dengan kemampuan diri
sendiri.
Sentiasa terkenang
kesayangannya.
Mempunyai prinsip memuaskan hati semua pihak, sebaik mungkin, seboleh mungkin.
peristiwa
malang
yang
mengikabatkan
kematian
anak
Watak Sampingan
Doktor Uwang
Bertubuh sederhana
Unong Siron
Berasal dari keluarga berpendapatan sederhana atau lebih ke bawah namun mampu untuk
bertugkus lumus menabung wang untuk mendapatkan rawatan operasi di PRPK.
Baharu sahaja meraih gelaran sarjana dengan bantuan biasiswa kerajaan pusat
Doktor Sadiz
Adik kepada Datu Ontong iaitu pak cik kepada Doktor Uwang
Mati akibat merempuh belakang lori tangki minyak petrol selepas gembira pulang dari
Mahkamah Keluarga kerana menang perbicaraan.
Orang yang membakar kereta mewah posche miliknya akibat rasa marah kerana isterinya
Raiha membawa lari anak perempuan dan kereta mewahnya, tanpa disedari anak
perempuannya itu ada di tempat kejadian tersebut lalu disambar oleh minyak petrol dan
rentung.
Orang yang meminta agar Raiha menggugurkan kandungannya kerana sudah diketahui
kelebihan kandungan kromosom bayi tersebut.
Ayah Raiha
Mempunyai tiga orang anak iaitu Raiha dan dua orang anak lelaki dengan isteri baharu.
Anak-anak lelakinya seorang hakim dan pengarah urusan di sebuah jabatan kerajaan.
Tidak menggalakkan Raiha menjadi pakar bedah kerana baginya bidang itu tidak sesuai,
tidak berfaedah sama sekali kepada hidupnya dalam jangka masa panjang.
Pernah bertugas sebagai jururawat di Hospital Kinabalu bersama-sama Raiha dan Doktor
Sadiz
Anak luar nikah hasil keterlanjuran ibunya yang liar sewaktu mudanya.
Menyimpan rahsia kematian anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz kerana ketakutan.
Kematian yang disebabkan anak perempuan Raiha disambar api yang sedang marak
akibat kereta yang disimbah dengan petrol oleh Doktor Sadiz.
Berkonflik dengan Raiha walaupun pernah belajar di sekolah rendah yang sama dan
berkhidmat di hospital yang sama.
Sakit hati dengan Raiha kerana dimarahi akibat bersikap keterlauan teradap ibu Unong
Siron yang menuduhnya sebagai punca anaknya terus-terusan membuat rawatan
walaupun sudah lima kali menjalani pembedahan.
LATAR
Latar Tempat
1. Latar Pusat Rawatan Pantai Kasih
o Pusat rawatan mewah milik keluarga Doktor Uwang
o Tempat Rahia bertugas sebagai pakar bedah.
o Tempat Unong Siron mendapat rawatan pembedahan tulang pinggulnya selama
enam kali pembedahan
o Tempat Doktor Uwang mengalami kekejangan otot kaki dan kemalangan
sehingga terpaksa pembedahan dilakukan ke atasnya.
o Pusat rawatan bagi pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana atau menengah
bawah mendapatkan rawatan.
o Tempat Sister Felicia bekerja dan ditahan oleh penceroboh yang menyamar
sebagai doktor.
1. Apartment Raiha
o Tempat tinggal Raiha selepas peristiwa hitam kematian anaknya dan dibiarkan
hidupnya tergantung-gantung oleh Doktor Sadiz.
o Tempat Raiha melepaskan penat lelah selepas seharian bertugas di Pusat Rawatan
Pantai Kasih
o Tempat Raiha memendam rasa dan menyendiri serta merasai kesukaran
menghadapi peristiwa hitam yang dialami beberapa tahun lalu.
1. Rumah Tumpangan
o Tempat Raiha dan anaknya bermalam selepas Raiha membawa anaknya keluar
dari rumah agam milik Doktor Sadiz
o Tidak jauh dari rumah inilah anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz rentung
akibat kereta mewah Porsche milik mereka terbakar, kebetulan anak perempuan
mereka berada di situ pada waktu itu.
1. Mahkamah Keluarga
o Tempat perbicaran kes perceraian Raiha dan juga Doktor Sadiz selepas peristiwa
kematian anak perempuan mereka akibat rentung.
1. Daerah Inanam
o Tempat Raiha dan Felicia sama-sama belajar di sekolah rendah
o Tempat tinggal Felicia di muara sungai di daerah Inanam ini
1. Hospital Kinabalu
o Tempat Raiha baharu bertugas di situ.
o Sempat bertugas beberapa tahun di situ
o Tempat Sister Felicia berkhidmat sebagai jururawat
Latar Masa
1. Malam Hari
o Kemalangan Doktor Uwang
Kemalangan yang Meragut Nyawa Anak Perempuan Raiha dan Doktor Sadiz
o Anak perempuan hasil perkahwinan Raiha dan Doktor Sadiz rentung selepas dia
disambar api yang sedang marak membakar kereta mewah milik Doktor Sadiz.
o Pada malam tersebut Doktor Sadiz dihantar pulang oleh Doktor Uwang ke
rumahnya dan turut ditemani oleh Sister Felicia, namun setibanya di rumah
didapati Raiha sudah membawa anak perempuannya itu lari. Doktor Sadiz dengan
rasa marah meminta Felicia membeli minyak petrol dan dia menyimbah minyak
petrol tersebut ke kereta mewah miliknya kerana berasa marah dengan tindakan
Raiha. Tanpa disedari anak perempuannya itu ada di situ pada waktu itu dan
disambar api yang sedang marah membakar kereta mewahnya itu sehingga
meragut nyata anak perempuannnya itu.
Namun, Raiha mengambil peluang itu untuk menziarahi Unong yang baharu
sahaja dibedah buat kali keenam dan melihat keadaannya pada waktu.
o Pada waktu yang sama juga, Doktor Uwang terlibat kemalangan sehingga
menyebabkan Raiha membuat keputusan untuk melakukan pembedahan ke
atasnya.
1. Waktu Senja
o Pembedahan keenam
Latar Masyarakat
1. Latar masyarakat yang mementingkan keuntungan
o Doktor Uwang memikirkan keuntungan yang berlipat ganda selepas mengambil
alih Pusat Rawatan Pantai Kasih daripada ayahnya Datu Untong. Dia tidak
menghiraukan sama ada pesakit yang mendapatkan rawatan di pusat rawatannya
itu mampu atau tidak asalkan dia mendapat keuntungan dengan meletakkan harga
yang dirasakan munasabah untuknya.
o Doktor Sadiz menyalahkan Raiha atas kematian anak perempuan mereka. Daktor
Sadiz menganggap Raiha bertanggungjawab sepenuhnya atas kematian tersebut
sedangkan kemalangan tersebut adalah disebabkan sifat marahnya yang
membakar kereta mewah miliknya sendiri dengan menyiram minyak petrol
sehingga menyebabkan anak perempuan mereka yang kebetulan ada disitu
disambar api tersebut.
sekarang sudah memiliki deretan doktor dan barisan jururawat dan staf yang
terlatih.
GAYA BAHASA
1. Peribahasa
o Similie
1. Penggunaan Diksi
o Kata-kata istilah sains perubatan
NILAI
1. Nilai Kerajinan
o Nilai kerajinan diperlihatkan melalui sikap Sister Felicia yang asalnya belajar di
kawasan pedalaman di Inanam tetapi atas sikap kerajinannya itu dia Berjaya
belajar hingga menjadi seorang jururawat di Hospital Kinabalu.
o Nilai kerajinan juga diperlihatkan melalui watak Raiha yang rajin belajar daripada
mentornya iaitu Doktor Uwang sewaktu menuntut di pusat pengajian tinggi dan
sanggup melakukan apa-apa sahaja yang diminta oleh mentornya itu termasuk
membuat demonstrasi.
1. Nilai Ketekunan
o Nilai ketekunan kelihatan dalam Novel melalui watak Raiha yang tekun belajar
sehingga menjadi seorang pakar bedah sama seperti ayahnya. Walaupun cita-
citanya itu tidak direstui oleh ayahnya yang merupakan seorang pakar bedah,
namun atas ketekunannya mengharungi pelbagai cabaran telah menjadikan dia
seorang pakar bedah dan diterima berkhidmat di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
1. Nilai Keberanian
o Raiha berani mempertahankan bahawa kesalahan atas kematian anak
perempuannya adalah disebabkan oleh Roktor Sadiz. Sikapnya itu tidak disenangi
oleh Doktor Sadiz sehinggakan kes mereka itu berlarutan dan menjejaskan nama
baiknya sendiri. Sikapnya itu juga tidak disenangi oleh keluarganya sendiri kerana
mempertahankan benang yang basah. Apatah lagi Sister Felicia tidak muncul
untuk menjadi saksi di mahkamah sehingga Raiha kalah dalam kes tersebut.
1. Nilai Bertanggungjawab
o Raiha bertanggungjawab untuk menjadikan pembedahan ke atas Unong Siron
sebagai pembedahan yang keenam dan yang terakhir. Hal ini demikian kerana
Raiha berpendapat tidak sewajarnya gadis remaja itu menghabiskan masa
menghadapi hidup dengan waktu sukar yang sangat panjang. Tidak sepatutnya
gadis tersebut menjalani pembedahan yang sama di tempat sama dan atas sakit
yang sama sehingga lima kali.
1. Nilai Keprihatinan
o Raiha prihatin terhadap nasib yang menimpa Unong Siron. Baginya pembedahan
sebanyak enam kali tidak sepatutnya berlaku apatah lagi doktor yang melakukan
pembedahan tersebut adalah doktor pakar yang bukan calang-calang. Rasa
prihatin itu terbit dan mengharapkan agar pembedahan keenam pada senja tadi
merupakan pembedahan yang terakhir dan berakhirlah penderitaan dan kesakitan
yang dialami oleh Unong selama ini.
1. Nilai Ketabahan
o Raiha tabah menghadapi bangkangan ayahnya terhadap cita-citanya hendak
menjadi pakar bedah. Ayahnya berkeras agar Raiha tidak meneruskan niat untuk
menjadi pakar bedah sepertinya kerana beranggapan bahawa tugas sebagai
seorang pakar bedah hanya mampu dilakukan oleh orang lelaki sahaja yang tahan
dari segi fizikal dan mental. Namun pandangan ayahnya itu dibangkang oleh
Raiha dan meneruskan ketekunan belajar untuk menjadi seorang pakar bedah
yang Berjaya. Selepas berkhidmat dalam bidang itu di sebuah hospital kerajaan
akhirnya selepas beberapa tahun Raiha mengambil keputusan menerima pelawaan
untuk bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mempunyai matlamat hidup.
o Untuk Berjaya seseorang mesti ada matlamat hidup. Raiha Berjaya menjadi
seorang pakar bedah setelah belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran.
Walaupun cita-cita Raiha untuk menjadi pakar bedah tidak direstui tetapi dengan
matlamat hidup yang jelas, cita-cita Raiha akhirnya Berjaya dikecapi.
1. Kita hendaklah tekun belajar untuk menjamin masa depan yang lebih cerah.
o Ketekunan seseorang akan membuahkan hasil pada masa hadapan. Raiha tekun
belajar untuk mencapai cita-citanya sebagai pakar bedah seperti ayahnya juga.
Walaupun ditentang oleh ayahnya, Raiha mempunyai matlamat hidup dan belajar
dengan tekun hingga cita-citanya sebagai pakar bedah tercapai juga.