Anda di halaman 1dari 17

1.

0 Pengenalan
Proses bimbingan dan kaunseling adalah salah satu proses untuk membantu
seseorang individu ataupun satu kelompok individu untuk mengatasi masalah dan
kekeliruan yang dihadapi oleh golongan ini. Proses ini melibatkan seorang individu
lain yang diistilahkan sebagai kaunselor yang akan membantu golongan yang
mempunyai masalah dan kekeliruan dalam diri mereka.
Menurut Gibson & Mitchell,(1999) dalam Bimbingan dan Kaunseling Sekolah,
bimbingan dan kaunseling di sekolah adalah sebahagian daripada respons kepada
keperluan manusia yang keliru dan menjadi punca berbagai-bagai cabaran dalam
pertumbuhan seseorang.
Faktor pembangunan pesat dan pelbagai perubahan yang dihadapi oleh
kelompok sosial di Malaysia menyebabkan khidmat bimbingan dan kaunseling
sangat diperlukan. Perubahan ini turut memberikan pengaruh dan tekanan terhadap
kumpulan individu tertentu dan memerlukan bantuan pakar untuk mengatasi dan
membuat penyesuaian terhadap keadaan baru ini.
Penubuhan perkhidmatan kaunseling di sekolah adalah sebagai salah satu
cara untuk menyeimbangi pembaharuan yang berlaku dalam sistem sosial
masyarakat kini. Keadaan dulu yang meletakkan tanggungjawab membendung
masalah pelajar bermula di rumah kini telah beralih kepada institusi pendidikan iaitu
sekolah.
Oleh kerana di sekolah guru merupakan individu yang paling banyak
berinteraksi dengan pelajar, maka guru adalah individu yang paling sesuai untuk
menjadi pembimbing dan kaunselor kepada pelajar yang mempunyai masalah dan
perlu dibantu. Jadi, setiap guru perlulah melengkapkan diri mereka dengan
kemahiran-kemahiran

asas

berkenaan

bimbingan

dan

mengoptimumkan proses bimbingan dan kaunseling di sekolah.

kaunseling

untuk

2.0 Pengurusan grafik Kemahiran Asas Kaunseling

2.1 Huraian Kemahiran Asas Kaunseling


Sesi kaunseling yang berkesan memerlukan seorang individu yang mempunyai
pengetahuan terhadap bidang tersebut. Begitu juga dengan proses bimbingan dan
kaunseling. Seorang pembimbing atau kaunselor perlulah memiliki kemahiran
tertentu untuk membantu klien yang menghadapi masalah dan perlukan bantuan.
Berikut adalah kemahiran-kemahiran yang perlu dimiliki oleh seorang pembimbing
atau kaunselor;
2.1.1 Tingkah laku memberi perhatian.
Bagi menjalankan proses kaunseling yang berkesan, terlebih dahulu seorang
kaunselor perlu memahami kehendak, kekeliruan dan permasalahan yang
dihadapi oleh klien. Kaunselor akan dapat memahami kliennya dengan baik
apabila dia menumpukan perhatiannya terhadap isu yang dibicarakan oleh
kliennya. Selain itu, ia juga akan menimbulkan perasaan yang selesa klien
semasa sesi kaunseling dijalankan kerana klien akan merasakan bahawa
kaunselor tersebut bersedia menerima kehadirannya dan bersedia untuk
membantunya. Kemahiran ini meliputi aspek kedudukan atau postur badan
kaunselor, ekspresi wajah kaunselor, eye-contact (tentangan mata) dan
dorongan minima untuk bercakap.
Kedudukan tubuh kaunselor hendaklah condong ke arah hadapan iaitu
menghadap ke arah klien. Amalan sebegitu perlu untuk menunjukkan kepada
klien bahawa kaunselor tersebut berminat untuk mendengar perkara yang
diperkatakan oleh klien. Wajah kaunselor pula perlulah manis dan
menunjukkan bahawa kaunselor tersebut bersedia menerima klien. Hal ini
akan memberi kelegaan kepada klien kerana ekspresi kaunselor yang
memberi persepsi yang baik pada awal pertemuan.
Selain daripada ekspresi wajah dan postur tubuh kaunselor, semasa
berkomunikasi dengan klien, kaunselor digalakkan untuk menunjukkan eyecontact dengan pelajar yang menjadi kliennya. Pertentangan mata juga akan
menunjukkan bahawa pembimbing tersebut berminat dengan butir bicara
yang disampaikan oleh klien secara fizikal dan mental. Walau bagaimanapun,
kaunselor perlu peka terhdap keadaan klien kerana terdapat klien yang tidak

selesa dengan pertentangan mata yang berterusan. Jadi, kaunselor perlu


pandai memainkan peranannya dan memanipulasi keadaan.

2.1.2 Kemahiran Mendengar


Setiap orang yang ditimpa masalah memerlukan seorang individu lain untuk
berkongsi masalah dan meluahkan beban yang terbuku di dada. Dalam
konteks bimbingan dan kaunseling ini, pelajar merupakan individu yang
mempunyai masalah atau kekeliruan manakala guru bertindak sebagai
kaunselor untuk mendengar masalah tersebut. Oleh itu, kaunselor perlu
mempunyai kemahiran ini supaya dapat memahami masalah klien.
Pendengaran yang aktif merangkumi proses mendengar dengan tujuan
untuk memahami, mengingati, menilai dan mengkritik.
(1987) dengar adalah satu proses fisiologi

Mengikut Chuah

yang melibatkan sistem saraf

pendengaran di otak tetapi mendengar adalah satu proses yang lebih aktif,
iaitu proses yang melibatkan bidang psikologi.
Mendengar secara aktif bukan sahaja memerlukan kaunselor untuk
mendengar tetapi juga mamahami perasaan klien dengan mendalam. Hal ini
memerlukan kaunselor untuk mempunyai kemahiran mendengar dengan
empati iaitu meletakkan situasi diri klien terhadap dirinya.
Setelah mendengar, kaunselor dapat menyatakan semula dengan
tepat perasaan klien dan perasaan klien yang terpendam jug adapt dicungkil
oleh kaunselor. Dengan ini dapat membuktikan kepada klien bahawa
kaunselor ini benar-benar bersedia untuk membantunya dan menyokongnya.
Terdapat kebaikan yang telah dikenalpasti dengan mengamalkan
teknik mendengar secara aktif. Pertama, kaunselor akan dapat mengumpul
maklumat dengan lebih banyak yang perlu untuk tindakan lebih lanjut. Kedua,
mendengar dengan aktif mempunyai kesan terapeutik kepada klien kerana
apabila bercakap kepada pendengar aktif, individu dapat meluahkan
perasaannya dan kepada peluahan emosi dan dapat melegakan individu
tersebut.

2.1.3 Kemahiran Menyoal


Setiap kaunselor perlu memiliki kemahiran mengemukakan soalan dengan
baik untuk mencungkil masalah yang dihadapi dengan klien serta sebagai
proses untuk mengumpulkan maklumat daripada klien.
Terdapat dua cara untuk mengemukakan soalan iaitu teknik menyoal
secara

terbuka

ataupun

tertutup.

Soalan-soalan

tertutup

selalunya

memerlukan jawapan sama ada ya atau tidak. Manakala soalan-soalan


bersifat terbuka pula memerlukan penghuraian dan perincian daripada klien.
Teknik

penyoalan

ini

terpulang

kepada

kaunselor

untuk

menggunakannya dan sejauh mana maklumat yang diperlukan oleh


kaunselor untuk memahami kliennya. Jika kaunselor menggunakan soalan
jenis tertutup, maka jawapan yang akan diberikan oleh klei adalah terhad dan
maklumat yang didapati juga akan terhad. Ia boleh dijawab dengan
menggunakan nombor, anggukan atau gelengan. Teknik ini sesuai untuk klien
yang terlalu banyak bercakap dan kurang fokus kepada persoalan masalah
sebenar.
Contoh soalan tertutup;
Kaunselor : Adakah kamu suka datang ke sekolah?
Klien : Ya
Kaunselor : adakah kamu sudah bersarapan?
Klien : Sudah.

Soalan terbuka memberikan peluang kepada klien untuk memberikan


respons kepada kaunselor dengan konteks yang lebih luas lagi. Soalan jenis
terbuka sesuai diberikan klien yang kurang mahu berkongsi cerita secara
sukarela. Menurut Amla, Zuria dan Salleh (2006), soalan terbuka memberikan
tanggungjawab kepada klien dan sedikit kuasa kepada mereka untuk
mengawal maklumat yang ingin mereka kongsikan bersama kaunselor.

Contoh soalan terbuka ;


1. Kaunselor : Apakah yang menyebabkan kamu tidak
berpuas hati dengan ibu bapa kamu?
2. Kaunselor : Sila ceritakan kenapa kamu gagal mendapat
keputusan lebih baik daripada kamu sangkakan?

2.1.4 Kemahiran Pemparafrasaan


Semasa satu sesi kaunseling, kadang-kadang terlalu banyak kekeliruan dan
perkongsian masalah yang dicurahkan oleh klien. Selalunya juga sesuatu sesi
kaunseling juga mengambil masa selama 30 hingga 45 minit setiap sesi.
Oleh yang demikian, perlunya bagi kaunselor untuk meringkaskan
setiap isi permasalahan supaya kaunselor dapat membuktikan kepada klien
bahawa beliau menumpukan perhatian kepada curahan hati klien dan tidak
tertinggal perkara-perkara penting yang menjadi isi permasalahan klien.
Kemahiran

ini

dipanggil

pemparafrasaan.

ia

memerlukan

kaunselor

mengulang semula perkara yang telah dinyatakan oleh klien dengan susunan
ayat kaunselor itu sendiri tanpa mengubah maksud klien itu sendiri.
Ia juga bertujuan untuk menyemak semula isi-isi penting yang
dikemukakan oleh klien dan dapat meningkatkan semula ingatan guru
terhadap perkara yang telah dinyatakan oleh klien. Kemahiran ini juga
merupakan salah satu kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh kaunselor
setelah mendengar dengan aktif supaya kaunselor tidak terburu-buru untuk
menilai, memberikan pendapat atau menerima klien sepenuhnya.
Kemahiran ini juga memerlukan kaunselor bertindak sebagai sound
board yang memperdengarkan semula kepada klien akan permasalahannya
dalam perspektif yang baru. Seterusnya diharapkan agar klien akan lebih
memahami permasalahan dirinya dan memberikan celik akal dan lebih pilihan
terhadap cara untuk menyelesaikan masalah mereka.

2.1.5 Konfrontasi
Kemahiran konfrontasi ialah apabila kaunselor mendapati perkara yang
dinyatakan oleh klien bercanggah dengan tingkah lakunya. Sebaik sahaja
kaunselor menyedari dan mengenal pasti perbezaan ini, kaunselor akan
mencabar klien untuk berhadapan dengan percanggahan yang didapati.
Kaunselor akan membuatkan klien berfikir akan percanggahan yang telah
berlaku dan mendapatkan kepastian daripada klien. Konfrontasi boleh
menyedarkan

klien

bahawa

kata-katanya

adalah

berbeza

daripada

tindakannya. Sekiranya kaunselor meminta klien untuk memberi kepastian


terhadap perbuatannya, klien pasti akan berfikir dan dan membuat refleks
terhadap tingkah lakunya, pemikiran serta nilai-nilai yang telah dipegang
olehnya dan memikirkan akibatnya.
Konfrontasi juga boleh digunakan apabila klien tidak mahu melihat
permasalahan dari sudut yang berbeza. Namun begitu, konfrontasi akan
mempunyai risiko kerana mencabar klien. Klien mungkin rasa tercabar atau
malu seterusnya bertindak menamatkan sesi kaunseling jadi adalah lebih baik
jika konfrontasi digunakan jika hubungan kaunselor dan klien benar-benar
kukuh.
Kaedah ini dikenalpasti dapat mempercepatkan proses kaunseling
kerana dapat menimbulkan kesedaran dalam diri pelajar. Ia juga dapat
mendorong pelajar untuk mengotakan kata-katanya melalui perbuatan
seterusnya dapat meyelesaikan

masalah.

3.0 Kajian Terhadap Disiplin Murid-Murid


3.1 Analisis Data Murid Berdisplin
BILANGAN MURID YANG MENJAWAB
SKALA
JAWAPAN /

(Tidak
Puas Hati)

(Tidak Pasti)

(Puas Hati)

NO.SOALAN

(Sangat Tidak
Puas Hati)

(Sangat
Puas Hati)

1.

2.
3.

4.

5.

6.
7.

8.
9.

10.

10

11.

13.

14.

16.

17.

19.

20.

21.

12.

15.

18.

22.

23.

24.

25.

JUMLAH

58

Rumusan Data Murid Berdisiplin.


1. Jawapan soalan nombor 1 = 4 (100) / 250 = 1.6 %
2. Jawapan soalan nombor 2 = 3 (100) / 250 = 1.2 %
3. Jawapan soalan nombor 3 = 58 (100) / 250 = 23.2 %
4. Jawapan soalan nombor 4 = 62 (100) / 250 = 24.8 %
5. Jawapan soalan nombor 5 = 123 (100) / 250 = 49.2 %

3.2 Analisis Data Murid Bermasalah Displin

BILANGAN MURID YANG MENJAWAB

9
62

123

SKALA
JAWAPAN /

(Tidak
Puas Hati)

(Tidak Pasti)

(Puas Hati)

NO.SOALAN

(Sangat Tidak
Puas Hati)

(Sangat
Puas Hati)

1.

2.

3.

4.

2
3

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

17.

18.

19.

20.

21.

22.

23.

24.

25.

JUMLAH

105

45

33

27

3
3

4
1

2
2

1
3

40

Rumusan Data Murid Tidak Berdisiplin

1. Jawapan soalan nombor 1 = 105 (100) / 250 = 42 %


2. Jawapan soalan nombor 2 = 45 (100) / 250 = 18%

3. Jawapan soalan nombor 3 = 40 (100) / 250 = 16%


4. Jawapan soalan nombor 4 = 33 (100) / 250 = 13.2%
5. Jawapan soalan nombor 5 = 27 (100) /250 =10.8%

4.0 Penulisan Dapatan.


Hasil dapatan daripada kajian lepas terhadap masalah disiplin pelajar menunjukkan
bahawa pelajar yang mempunyai masalah berpunca daripada keluarga, rakan
sebaya, persekitaran sekolah, persekitaran tempat tinggal dan masalah kendiri.

Bagi

melihat

sejauh

mana

tahap

kepuasan

diri

seseorang

pelajar

mempengaruhi masalah disiplin mereka, saya telah menjalankan kajian ringkas di


Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Serada, melibatkan 10 orang murid yang
mempunyai masalah disiplin dan 10 orang murid yang cemerlang dan berdisiplin.
Kelompok murid yang saya jadikan sampel tidak diasingkan mengikut jantina. Kajian
ini juga dijalankan secara surface (luaran) sahaja dan tiada perincian kajian
dilakukan.
Bagi kumpulan pelajar yang berdisiplin dan cemerlang, saya mendapati
hanya 1.6 % daripada mereka yang sangat tidak berpuas hati dengan dengan
kehidupan mereka sekarang. Manakala 1.2% tidak berpuas hati dan 23.2% tidak
pasti akan taraf kehidupan mereka sekarang. 24.8% berpuas hati dengan kehidupan
mereka dan hampir-hampir separuh iaitu 49.2% sangat berpuas hati dengan
kehidupan mereka sekarang.
Faktor yang mempengaruhi tahap kepuasan hidup pelajar cemerlang ini telah
mengelakkan mereka terjebak daripada gejala yang tidak sihat. Mereka berasakan
ahli keluarga seperti ibu bapa dan ahli keluarga lain telah memberikan perhatian dan
sokongan yang mereka perlukan. mereka tidak perlu bersaing untuk mendapatkan
perhatian dan kehendak mereka dipenuhi.
Menurut Erikson dalam Amla, Zuria dan Salleh (2006), perkembangan
personaliti manusia berlaku sepanjang hayat. Sepanjang perkembangan manusia,
mereka perlu berinteraksi dan akan menghadapi konflik. Jadi, sekiranya mereka
berjaya mengatasi konflik ini, mereka akan bergerak ke tahap seterusnya. Saya
ingin menekankan di sini bahawa, seseorang yang menghadapi konflik, tetapi
mendapat sokongan dan bantuan daripada ibu bapa dan orang-orang sekeliling
termasuk rakan-rakannya akan berasa bahawa mereka akan menjadi lebih
berkeyakinan untuk meneruskan kehidupan.

Bagi kumpulan pelajar yang mempunyai masalah disiplin, Peratusan pelajar


yang sangat tidak berpuas hati dengan hidup mereka adalah agak tinggi iaitu 42%.
Manakala pelajar yang tidak berpuas hati dengan hidup mereka adalah 18%. Pelajar

yang tidak pasti akan kehidupan mereka ialah 16%. Bagi pelajar yang berpuas hati
pula menunjukkan 13.2% dan pelajar yang sangat berpuas hati pula adalah 10.8%.
Faktor

keluarga

memberi

pengaruh

yang

kuat

terhadap

seseorang

individu.bagi mengenalpasti pelajar yang mempunyai masalah di rumah, tingkah


laku mereka di dalam bilik darjah dapat diperhatikan seperti kurang memberi
perhatian, pencapaian akademik rendah selain daripada faktor kognitif dan
sebagainya yang bersesuaian.
Konflik keluarga pada akhir-akhir ini ialah tuntutan untuk mencari nafkah
untuk menyara keluarga. Hal ini menyebabkan ibu bapa jarang berada di rumah dan
membiarkan anak-anak menyesuaikan diri sendiri. ataupun paling tidak dengan
pengawasan pembantu rumah asing. Hal ini sebenarnya menyebabkan para pelajar
cuba mencari hiburan di luar rumah.
Selain faktor keluarga, faktor persekitaran juga turut mempengaruhi tahap
kepuasan hidup seseorang. Contohnya, kehidupan pelajar yang serba kekurangan
dan persekitaran hidup di tempat tinggal yang sentiasa mengancam akan
menyebabkan mereka kurang keyakinan diri dan merasakan bahawa diri sendiri
menjadi bebanan kepada orang lain.
Menurut Wan Rozali (2002), penghuni kawasan setinggan yang baru berhijrah
ke bandar terpaksa menghadapi tekanan kos sara hidup yang tinggi di samping
tekanan untuk mendapatkan kualiti hidup dengan lebih baik. Jika nasib pelajar yang
berasal daripada keluarga yang tinggal di kawasan setinggan perlu bersaing dengan
pelajar yang seba cukup dari segi keperluan dan kehendak, sudah tentu, keyakinan
diri mereka akan menurun dan berasa malu. Hal ini mungkin menyebabkan mereka
malu untuk ke sekolah untuk mengelakkan rasa rendah diri dan sebagainya.

Kesimpulan
Berdasarkan kajian ringkas yang telah dijalankan, permasalahan pelajar di sekolah
disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah keluarga, rakan sebaya, persekitaran
sekolah, persekitaran tempat tinggal dan kendiri pelajar itu sendiri.

Begitu juga pelajar yang cemerlang dan berdisiplin, mereka turut dipengaruhi
oleh dorongan keluarga, rakan sebaya yang sentiasa berlumba-lumba untuk menjadi
lebih cemerlang serta persekitaran yang sihat akan membantu memberikan motivasi
kepad mereka untuk berkelakuan lebih baik.
Oleh itu, di sekolah sebagai tempat utama di mana pelajar menghabiskan
masa seharian perlu mampu menjadi tempat di mana pelajar dapat memperbetulkan
kekeliruan dan permasalahan yang dihadapi mereka. Penubuhan khidmat bimbingan
dan kaunseling di sekolah diharapkan dapat membantu mereka membuat pilihan
hidup yang lebih baik.
Guru pula, sebagai insan yang berada dekat dengan pelajar di sekolah, perlu
lebih prihatin dan mengambil berat terhadap pelajar. Mereka perlu melengkapkan diri
mereka dengan kemahiran-kemahiran asas berkaitan dengan kaunseling supaya
mereka dapat menjalankan proses bimbingan dan kaunseling yang berkesan untuk
untuk pelajar yang memerlukan bantuan.

1. Tingkah laku
Memberi
Perhatian

2. Kemahiran
Mendengar

KEMAHIRAN
ASAS
KAUNSELING

3. Kemahiran
Pemparafrasaan

4. Kemahiran
Menyoal

5.Konfrontasi

2.
Kesenyapan

9. Refleksi
1.
Idea
Pemberian

Ee, SuppiahKemahiran
dan Taquddin (2011)

Nasihat
10. Refleksi
Perasaan

12.

4. Tingkah
Pendedahan
Laku

Kendiri
Memberikan
Perhatian

13.
Pemparafrasaan
7. Kemahiran
Menyoal

15 KEMAHIRAN11.ASAS
Interpretasi
KAUNSELING
3.

5.
Kemahiran
Memahami

Ketika Ini
(immediacy
)
6. Kemahiran
15.
Membuat
Mendengar
Rumusan

14.
Konfrontasi
8. Kemahiran
Berempati