Anda di halaman 1dari 19

HBEF2303

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER/2012

HBFE 2303
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

HBEF2303

KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN

2-4

2.0 KAJIAN ILMIAH

4-5

3.0 METODOLOGI

5-6

4.0 HASIL DAPATAN DAN PERBINCANGAN

6-11

5.0 KESIMPULAN

12-13

6.0 RUJUKAN

13

7.0 LAMPIRAN

14-15

HBEF2303

1.0 PENGENALAN
Abad ke-21 ini sememangnya sinonim dengan era digital. Letusan teknologi
maklumat dan komunikasi menyebabkan kepentingan kemahiran abad ke-21 semakin
diberi penekanan pada masa sekarang. Para pendidik merupakan pengerak utama
dalam mempraktikkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seterusnya
menyebarkan

pengetahuan teknologi maklumat

dan komunikasi seterusnya

menyebarkan pengetahuan tersebut kepada anak didiknya. Tidak dapat dinafikan


penggunaan teknologi pendidikan guru pada zaman ini. Misalannya, penginterasian
kemahiran abad ke-21 boleh diterapkan di kalangan guru dan pelajar dengan
menggunakan Ipad di dalam bilik darjah. Penggunaan teknologi pendidikan secara
terancang dan tersususn akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih
menarik bermakna. Oleh itu, guru harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran
teknologi pendidikan agar dapat membuat pilihan,mengurus,mengguna dan menilai
bahan agar dapat memberi impak yang maksima dalam pengajarn dan pembelajaran.
Teknologi dalam pendidikan didefinisikan sebagai satu rangkaian elektronik untuk
mencari,mengumpul,menyimpan,memproses,menyalaur dan menyampai maklumat
secara efektif, pantas dan banyak (Ahmad Fuad Othman,2003). Ia juga merupakan
satu bidang yang berkaitan dengan usaha untuk mempermudahkan pembelajaran san
seterusnya menarik minat pelajar dalam pelaksanaan proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah (Bahagian Teknologi Pendidikan,2012).
Perkembangan

dalam

teknologi

maklumat

dan

arus

globalisasi

telah

menyebabkan berlakunya kecairan sempadan nasional yang telah melahirkan


paradigma baru kepada semua organisasi, termasuk institusi pendidikan. Negaranegara membangun di Asia Tenggara mula memberi pengiktirafan sumber manusia
(modal insan). Kemajuan dan penularan penggunaan ICT dalam masyarakat
membawa maksud bahawa cabaran yang timbul yang dihadapi oleh sistem
pendidikan di Asia Tenggara.Seperti negara-negara lain di seluruh dunia, Malaysia
tidak dapat lari daripada menghadapi cabaran tersebut sebagai kesan daripada arus
2

HBEF2303

globalisasi. Hallinger (1998) menegaskan globalisasi telah mendorong terjadinya


anjakan paradigma yang sangat ketara di kebanyakan negara dalam konteks untuk
mencari makna terhadap kualiti pendidikan dan juga kurikulum yang ditawarkan.
Menyedari kepentingan ini, maka Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan
pelbagai kaedah atau teknik pembelajaran dalam dunia pendidikan melalui komputer.
Salah

satu

daripadanya

ialah

Pengajaran

Pembelajaran

dan

Berbantukan

Komputer(PPBK). Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) ini ialah


pengajaran atau pembelajaran yang dilakukan dengan menggunakan perisian kursus
yang dihasilkan untuk disampaikan melalui komputer.Pengajaran dan Pembelajaran
berbantukan komputer (PPBK) juga dikenali sebagai Computer Assisted Instruction
(CAI) di Amerika dan Computer Aided Learning (CAL) di United Kingdom.Walau
apa pun istilah yang digunakan, pada dasarnya,ia merupakan penggunaan perisian
komputer untuk pengajaran dan pembelajaran. Perisian komputer ini biasanya
dikenali sebagai perisian kursus. Perisian kursus ini melibatkan perisian yang
menggabungkan elemen-elemen seperti video,audio,teks,grafik dan animasi untuk
menyampaikan pengetahuan serta mewujudkan aktiviti pembelajaran yang sesuai dan
berkesan.
Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan (PPBK) merupakan salah satu
pedagogi bagi melahirkan generasi yang inovatif,kreatif,kritis serta berwawasan
seiring dengan aspirasi kerajaan dalam mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia
menjadi dasar kepada Pembentukan Kurikulum Pendidikan Malaysia.Oleh kerana
penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran semakin
diperluaskan. Penilaian perisian Pengajaran Pembelajaran dan Berbantukan Komputer
(PPBK) perlu dijalankan agar ia dapat memberi impak yang mendalam dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.Penilaian perisian Pengajaran Pembelajaran dan
Berbantukan Komputer (PPBK) tersebut memerlukan satu perancangan yang teliti
seperti apa yang hendak dinilai,bagaimana menilainya, siapa yang akan menjalankan
penilaian serta sasaran penilai. Penilai perisian Pengajaran Pembelajaran dan
Berbantukan Komputer (PPBK) merangkumi kandungan pelajaran, rekabentuk
pengajaran,grafik,ciri-ciri teknikal dan instrumen penilain yang disediakan untuk
kegunaan penilai.
3

HBEF2303

Tugasan saya kali ini ialah untuk memilih satu aplikasi Android atau iOS yang
sesuai untuk digunakan sebagai satu bahan dalam Pengajaran Pembelajaran dan
Berbantukan Komputer (PPBK) di dalam kelas. Saya juga dikehendaki untuk
menyediakan borang penilaian sumatif untuk mendapat maklumbalas daripada gurugur yang berkaitan dalam menilai aspek isi kandungan dan teknikal. Setelah itu, saya
dikehendaki untuk menyediakan satu laporan untuk membincangkan hasil dapatan
daripada penilaian yang telah dilaksanakan.
2.0 KAJIAN ILMIAH
Kajian ini adalah tertumpu kepada isi kandungan,aspek teknikal dan dokumentasi
terhadap perisian Pengajaran Pembelajaran dan Berbantukan Komputer(PPBK) yang
saya pilih. Beberapa tinjauan ilmiah telah dijalankan sebagai panduan dalam
menjalankan kajian ini agar perkara-perkara yang tersebut diatas dapat memenuhi
kehendak tugasan saya ini.
Salah satu daripadanya ialah laporan yang dibuat oleh Chen & Shen (1989) yang
menyatakan bahawa walaupun terdapat banyak perisian yang telah dibangunkan sejak
dua dekad yang lalu. Namun kualiti perisian yang dibangunkan itu masih lagi
dipertikaikan. Manakala menurut Bialo & Erickson(1985)pula dalam laporannya ada
menyatakan objektif yang kuran jelas,pendekatan yang kurang sesuai dengan
matlamat pembelajaran, kurangnya penilaian yang dijalankan oleh guru untuk
menentukan pencapaian pelajar dan kurangnya bahan sokongan.Menurut Futrell &
Geiser (1985) perisian yang disediakan berlandaskan permintaan pasaran dan bukan
kepada keperluan pelajar,Bagi Jonassen (1988) pula menyatakan penggunaan model
pembangunan yang kurang sesuai.Bagi Bullough & Beatty(1991),alasan yang
diberikan untuk menjelaskan kelemahan dalam perisian ialah kekurangan
pengetahuan dalam sukatan pelajaran dan psikologi pembelajaran serta kekurangan
program penilaian sebelum aplikasi perisian ke dalam bilik darjah (Schwarz &
Lewis,1989).
Oleh itu penilaian terhadap perisian Pengajaran Pembelajaran dan Berbantukan
Komputer adalah sangat mustahak kerana ia akan menentukan keberkesanan perisian
tersebut di dalam pengajaran dan pembelajaran. Penilaian ialah satu prinsip untuk
pengukur pencapaian secara sistematik(Robiah Sidin,1992).Kegagalan menilai akan
4

HBEF2303

membawa kepada kegagalan pelaksanaan perisian kursus Pengajaran Pembelajaran


Berbantukan Komputer secara optimum (Shaifol,2003).Menurut Jamaluddir et.al
(2001), terdapat pelbagai jenis penialaian yang kerap dijalankan dalam bidang
pendidikan. Jenis-jenis penilaian tersebut adalah penialaian formatif, penilaian
sumatif, penilaian berasaskan pakar, penilaian berasaskan pembangunan dan penilaian
berasaskan objektif. Menurut Bahruddin et.al (2002) pula secara amnya terdapat
empat jenis penilaian yang utama dalam pembangunan perisian iaitu penilaian
sumatif, penilaian formatif, penilaian integratif dan penilaian iluminatif.Pada
kebiasannya, penilaian sumtif dan penilaian formatif yang sering digunakan
berbanding dengan penilaian yang lain (Jamaluddin et.al.2001).Menurut Baharuddin
et.al (2001) perisian multimedia interaktif yang melalui penilaian sumatif dan
formatif ialah untuk memastikan perisian tersebut memenuhi kehendak pengguna dan
menepati objektif penghasilannya.
3.0 Metodologi (Kaedah Kajian)
3.1 Reka bentuk kajian
Berdasarkan tugasan yang telah diberikan, saya memilih satu aplikasi Android yang
bertajuk Belajar Membaca-BM yang boleh dimuaturun dengan menggunakan ipad
ataupun telefon pintar di laman web www.didikmanja.com. Aplikasi ini saya pilih
untuk digunakan sebagai bahan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer
(PPBK) semasa matapelajaran Bahasa Melayu Tahap 1(Lampiran 1).
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas daripada guru yang
berkaitan dalam menilai aspek isi kandungan,aspek teknikal dan dokumentasi perisian
yang telah saya pilih ini.Perisian yang dipilih tersebut akan dikaji sama ada ia sesuai
sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Matematik.Kajian ini
menggunakan kaedah tinjauan.Maklumat dari responden diambil menggunakan
borang soal selidik.Borang soal selidik berstruktur digunakan sebagai instrumen
utama kajian ini.
3.2 Sampel Kajian
Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar matapelajaran Matematik
Tahap 2 dari tiga buah sekolah rendah iaitu SK Sg Durin, SK Ulu Durin Kiba dan SK
Ng Pak.Seramai 10 orang guru telah menawarkan diri sebagai sampel kajian ini.
5

HBEF2303

Ketiga-tiga buah sekolah ini adalah dalam daerah Sibu,Sarawak.Daripada jumlah


tersebut guru lelaki ialah seramai 4 orang manakala guru perempuan seramai 6 orang.
3.3 Instrumen Kajian
Kajian ini merupakan kajian tinjauan di mana instrumen yang digunakan ialah borang
soal selidik yang terdiri daripada 2 bahagian. Bahagian A

ialah maklumat

latarbelakang responden. Bahagian B pula bertujuan meninjau keberkesanan perisian


dari segi isi kandungan, aspek teknikal dan dokumentasi. Instrumen yang digunakan
adalah borang kaji selidik.Dalam kajian ini,segala jawapan diukur dengan
menggunakan Skala Likert. Skala Likert yang digunakan dalam kajian ini adalah
melibatkan lima pilihan. Soal selidik yang dibina adalah berdasarkan kepada Skala
Likert yang mempunyai pemberatan seperti dalam jadual di bawah ini.Lampiran 2
Pemberatan Skala Likert
Pemberat
Sangat Setuju (SS)
Setuju (S)
Tidak Pasti (TP)
Tidak Setuju (TS)
Sangat Tidak Setuju (STS)

Skor
5
4
3
2
1

Data-data yang dikumpul dianalisis mengikut turutan soalan secara kuantitatif.


Kaedah analisis data yang telah digunakan ialah kaedah statistik deskriptif.
Kaedah peratusan dan skor min digunakan bagi menjawab soalan-soalan tersebut.
4.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan
4.1 Berikut adalah hasil daripada soal selidik terhadap isi kandungan,aspek teknikal
dan dokumentasi perisian yang digunakan.
Bil
Item
1
Isi Kandungan
1
1.1 Perisian ini menggunakan bahasa
yang

betul

dari

Skor
3 4
4

Min
5
6

4.6

4.7

segi

nahu,ejaan,struktur ayat dan bebas


daripada sebarang kesilapan.
1.2 Kandungan perisian ini mempunyai
maklumat semasa dan terkini.
6

HBEF2303

1.3 Maklumat perisian ini sesuai dengan

objektif yang hendak dicapai.


1.4 Kandungan perisian disampaikan

4.2

4.7

4.8

mengikut susunan,teratur dan senang


dicapai.
1.5 Bahasa penyampaian adalah mudah

Skor Min Keseluruhan Item 1 (Isi Kandungan Perisian)


2
Aspek Teknikal
1
2.1 Penggunaan ikon,menu dan arahan

4.6
5
10

5.0

4.9

4.9

4.8

4.9

4.9

10

5.0

membolehkan maklumat dapat dicari


dengan mudah dan cepat
2.2 Perisian ini mempunyai pilihan untuk
mengawal

perjalanan

perisian,

berhenti atau keluar.


2.3 Perisian ini mudah digunakan untuk
mengambil dan menyimpan nota pada
bila-bila masa
2.4 Isi kandungan perisian disampaikan
dengan cara yang dapat meransang
pemikiran pelajar dan menggalakkan
penyelesaian masalah secara kreatif
dan kritis.
2.5 Teks perisian ini mudah dibaca,
penerangan cukup bagi visual dan saiz
sesuai dengan kumpulan sasaran
2.6 Perisian ini mempunyai visual dan
audio

yang

sesuai,

jelas,mudah

difahami serta boleh dikawal.


2.7 Perisian ini mempunyai suara dan
muzik yang berkaitan dengan paparan
visual.
Skor Min Keseluruhan Item 2 (Aspek Teknikal)
3
Dokumentasi
1 2
3.1 Perisian ini bersifat mesra pengguna
7

4.91
3

5
10

5.0

HBEF2303

iaitu mempunyai penerangan tentang


pengoperasian perisisan serta bantuan
melalui telefon
3.2 Perisian ini menyatakan

objektif

4.8

pembelajaran dengan jelas


3.3 Perisian ini memberikan cadangan
cara

penggunaan

2.9

dalam

kelas,rancangan mengajar dan aktiviti


pembelajaran
3.4 Perisian ini mencadangkan bahan
pengajaran

dan

4.9

pembelajaran

tambahan.
Skor Min Keseluruhan Item 3 (Dokumentasi)

4.4

4.2 Perbincangan tentang hasil dapatan soal selidik mengikut isi kandungan, aspek
teknikal dan dokumentasi perisian tersebut.
4.2.1 Carta pai yang menunjukkan bilangan responden yang memberi skor kepada setiap
item yang terdapat dalam aspek kandungan perisian yang dinilai.

HBEF2303

Hasil daripada soal selidik yang dijalankan terhadap 10 responden bagi aspek kandungan
perisian, didapati seramai 5 orang responden yang setuju perisian tersebut menggunakan
bahasa yang betul dari segi nahu,ejaan,struktur ayat dan bebas daripada sebarang
kesilapan manakala 5 orang memberi respon sangat bersetuju terhadap item tersebut.Ini
menunjukkan 50% sangat bersetuju manakala 50% setuju.Seterusnya bagi item 1.2 iaitu
berkenaan kandungan perisian tersebut mempunyai maklumat semasa dan terkini,
seramai 4 orang iaitu 40% bersetuju manakala 6 orang iaitu 60% sangat bersetuju.
Kemudian bagi item 1.3 iaitu mengenai maklumat perisian ini sesuai dengan objektif
yang hendak dicapai, seramai 2 orang iaitu 20% memberi respon kurang setuju, 4 orang
responden bersetuju dan 4 orang responden sangat setuju. Bagi item 1.4 iaitu kandungan
perisian disampaikan mengikut susunan,teratur dan senang dicapai, seramai 3 oarng
9

HBEF2303

bersetuju iaitu sebanyak 30% dan 7 orang sangat bersetuju iatu sebanyak 70%. Bagi yang
terakhir iaitu berkenaan bahasa penyampaian adalah mudah, 2 orang responden bersetuju
dan 8 orang responden sangat bersetuju.Pada keseluruhannya responden bersetuju dengan
kesesuaian isi kandungan perisian tersebut untuk digunakan dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Berbantukan Komputer bagi matapelajaran Bahasa Melayu berdasarkan
skor min keseluruhan item isi kandungan iaitu 4.6.
4.2.2 Carta pai yang menunjukkan bilangan responden yang memberi skor kepada setiap
item yang terdapat dalam aspek teknikal perisian yang dinilai.

Hasil daripada soal selidik bagi aspek teknikal pula seramai 10 orang responden dengan
kata lain 100% memberi respon sangat bersetuju bagi item 2.1 iaitu berkenaan
penggunaan ikon,menu dan arahan membolehkan maklumat dapat dicari dengan mudah
dan cepat.Bagi item 2.2,2.3,2.5 dan 2.6 didapati bilangan responden yang memberi
responden bersetuju dan sangat bersetuju adalah sama iaitu masing 1 orang memberi
respon bersetuju dan 9 memberi respon sangat bersetuju.Manakala bagi item 2.4 iaitu isi
kandungan perisian disampaikan dengan cara dapat meransang pemikran pelajar dan
menggalakkan penyelesaian masalah secara kreatif dan kritis pula bilangan memberi
respon bersetuju seramai 2 orang dan 8 oarng lagi sangat bersetuju dengan pernyataan
tersebut.Bagi item 2.7 iaitu perisian ini mempunyai suara dan muzik yang berkaitan
10

HBEF2303

dengan paparan visual juga responden memberi respon bersetuju seramai 10 orang.Hasil
daripada soal selidik yang dijalankan terhadap aspek teknikal, didapati skor min
keseluruhan bagi aspek teknikal adalah paling tinggi iaitu 4.91, ini menunjukkan
responden sangat bersetuju dengan aspek teknikal perisian tersebut memenuhi kehendak
spesifikasi yang digunakan untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bepandukan Komputer
bagi matapelajaran Bahasa Melayu Tahap 1.
4.2.3. Carta pai yang menunjukkan bilangan responden yang memberi skor kepada setiap
item yang terdapat dalam aspek dokumentasi perisian yang dinilai.

Berbalik kepada aspek dokumentasi, sebanyak 4 item yang dinilai untuk bahagian ini
iaitu item pertama ialah perisian ini bersifat mesra pengguna iaitu mempnyai penerangan
11

HBEF2303

tentang pengoperasian perisian serta bantuan melalui telefon,kesemua responden


memberi respon sangat bersetuju. Kemudian bagi item 3.2, perisian ini menyatakan
objektif pembelajaran dengan jelas, seramai 2 orang bersetuju dan 8 orang sangat
bersetuju.Seterusnya bagi item 3.3,iaitu perisian ini memberikan cadangan cara
penggunaan dalam kelas,rancangan mengajar dan aktiviti pembelajaran, seorang memberi
respon kurang bersetuju, manakala 2 pula tidak pasti dan 7 orang memberi jawapan
bersetuju sahaja. Bagi item 3.4 iaitu berkenaan perisian tersebut mencadangkan bahan
pengajaran dan pembelajaran tambahan, seramai 1 orang bersetuju atau 10 % bersetuju
dan baki 9 orang iaitu 90% sangat bersetuju.Skor min keseluruhan bagi item dokumentasi
4.4, ini menunjukkan responden juga bersetuju bahawa perisian sangat sesuai untuk
digunakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer untuk
matapelajaran Bahasa Melayu Tahap 1.
5.0 KESIMPULAN
Hasil daripada dapatan kajian soal selidik yang dijalankan terhadap perisian untuk
Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer bagi matapelajaran Bahasa
Melayu Tahap 1, menunjukkan skor min bagi keseluruhan ketiga-ketiga bahagian
iaitu Isi Kandungan,Aspek Teknikal dan Dokumentasi adalah tinggi iaitu masingmasing 4.6, 4.91 dan 4.4. Maka kesimpulannya perisian tersebut telah memenuhi
spesifikasi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer bagi
matapelajaran Bahasa Melayu Tahap 1. Ia jelas menunjukkan laman web
www.didikmanja.com telah berjaya menyediakan satu aplikasi perisian yang sangat
sesuai untuk digunakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer
dalam matapelajaran Bahasa Melayu Tahap 1.Di samping itu juga, perisian tersebut
mampu memberi satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik
dan menyeronokkan. Para pelajar bukan sekadar lebih memahami pelajaran,bahkan
mereka lebih aktif dan bersemangat. Selain itu,aplikasi perisian yang melibatkan
ruang yang lebih luas kepada para pelajar untuk menggunakannya, bukan sekadar di
dalam kelas, bahkan boleh diakses di mana-mana sahaja asalkan mempunyai
sambungan internet. Tambahan lagi pada hari ini, boleh dikatakan semua golongan
terutama sekali pelajar mempunyai telefon pintar (smart phone ) atau Ipad dan
12

HBEF2303

aplikasi perisian tersebut boleh dimuat turun ke telefon tersebut. Ini memastikan lagi
akses mereka ke aplikasi tersebut pada bila-bila masa dan paling penting adalah
galakan berterusan daripada pengajar. Hakikatnya,tablet telah berkembang menjadi
tapak pendidikan yang berkesan dan terkini. Penggunaan komputer di bilik darjah
kini boleh digantikan dengan tablet yang mudah alih serta mudah diselenggarakan.
Didikmanja.com ini hanyalah salah satu daripada banyak aplikasi yang tersedia di
internet yang mungkin tidak pernah diketahui oleh penyelidik, justeru melalui kajian
seperti ini diharapkan akan ada kajian yang memperkenalkan aplikasi lain yang lebih
baik, di samping akan wujud juga kajian yang menaganlisis penggunaan aplikasi ini
secara lebih terperinci seperti keberkesanan penggunaanya dan lain-lain sudut.
Akhir sekali, adalah diharapkan dengan kajian ini akan menjadikan perisian ini lebih
dikenali oleh semua dan seterusnya dimanfaatkan penggunaannya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran terutamanya yang berkaitan dengan bahasa. Semoga
dengan perkongsian ilmu seperti ini akan meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan
pembelajaran di seluruh negara, demi untuk melahirkan generasi yang bukan hanyut
ditelan arus teknologi, tetapi mampu memanfaatkan kemajuan ekonomi untuk ilmu
dan masa depan yang cerah.
6.0 RUJUKAN
Ismail Zain (2002).Aplikasi multimedia dalam pengajaran.Kuala Lumpur: Utusan
Publications.
Johari Surif,Nor Hasniza Ibrahim dan Rohaya Abu Hassan (2012). Tahap Amalan dan
Pengintegrasian ICT Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Sains. Diakses
pada 6hb.Jun 2014,jam 11.30 malam.
URL:hhtp://www.medc.com.my/medc/seminar_medc/
Robiah Sidin (1992). Keberkesanan program penyediaan guru-guru KBSR satu tinjauan
literatur. Jurnal Pendidkan Guru,4(3),248-259.
Shaifol Bahary Sulaiman (2003).Latihan dalam perkhidmatan 12 minggu sekolah bestari.
Prosiding seminar aliran terkini teknologi maklumat dan komunkasi,hal.29-38.

13

HBEF2303

7.0 LAMPIRAN
Lampiran 1.

14

HBEF2303

15

HBEF2303

Lampiran 2.
Soal Selidik ini bertujuan untuk membuat penilaian perisian Pengajaran dan
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) dan mendapat maklum balas anda.
Sila lengkapkan maklumat di bawah.
Status (Tandakan )
Bangsa
Jantina
Tempat tinggal
Mata Pelajaran
ARAHAN:

Guru (

Pelajar (

Sila tandakan ( ) di ruangan yang disediakan berdasarkan skala yang berikut:


1- Tidak setuju
2- Kurang setuju
3- Tidak pasti
4- Setuju
16

HBEF2303

5- Sangat setuju
Bil
1
1.1

Item
Skor
Isi Kandungan
1
2
Perisian ini menggunakan bahasa yang betul dari

segi nahu,ejaan,struktur ayat dan bebas daripada


1.2

sebarang kesilapan.
Kandungan perisian ini mempunyai maklumat

1.3

semasa dan terkini.


Maklumat perisian ini sesuai dengan objektif yang

1.4

hendak dicapai.
Kandungan perisian

disampaikan

mengikut

susunan,teratur dan senang dicapai.


1.5

Bahasa penyampaian adalah mudah

2
2.1

Aspek Teknikal
1
Penggunaan ikon,menu dan arahan membolehkan

2.2

maklumat dapat dicari dengan mudah dan cepat


Perisian ini mempunyai pilihan untuk mengawal

2.3

perjalanan perisian, berhenti atau keluar.


Perisian ini mudah digunakan untuk mengambil

2.4

dan menyimpan nota pada bila-bila masa


Isi kandungan perisian disampaikan dengan cara
yang dapat meransang pemikiran pelajar dan
menggalakkan penyelesaian masalah secara kreatif

2.5

dan kritis.
Teks perisian ini mudah dibaca, penerangan cukup
bagi visual dan saiz sesuai dengan kumpulan

2.6

sasaran
Perisian ini mempunyai visual dan audio yang

2.7

sesuai, jelas,mudah difahami serta boleh dikawal.


Perisian ini mempunyai suara dan muzik yang

3
3.1

berkaitan dengan paparan visual.


Dokumentasi
Perisian ini bersifat mesra pengguna
17

1
iaitu

HBEF2303

mempunyai penerangan tentang pengoperasian


3.2

perisisan serta bantuan melalui telefon


Perisian ini menyatakan objektif pembelajaran

3.3

dengan jelas
Perisian ini

memberikan

cadangan

cara

penggunaan dalam kelas,rancangan mengajar dan


3.4

aktiviti pembelajaran
Perisian ini mencadangkan bahan pengajaran dan
pembelajaran tambahan.
Terimakasih kerana sudi meluangkan masa menilai perisian ini.

18

Anda mungkin juga menyukai