Anda di halaman 1dari 15

Ciri-ciri Pensejarahan

Cina:

PENSEJARAHAN CINA
Sejarah = syih.
Syih juga bermaksud sejarawan.
Tugas asas = catat markah peraduan memanah.
Diperluas zaman Dinasti Chou (1122-256 sm)
Tugas baru = bukan hanya catat markah tapi juga catat
hal2 lain dalam pentadbiran.
Perkara dicatat:
keagamaan dan peristiadatan
hal2 politik dan pentadbiran termasuk rundingan2
hal2 perutusan dan pergerakan tentera

Syih juga bertugas menyimpan dan mentafsir


surat2 dan kitab2 lama
Bertugas dengan raja atau golongan bangsawan.
Tugas makin jelas masa Dinasti Tang (618-906
M):

Menyusun dan menulis semata-mata.

Tubuh Jabatan sejarah.


Catat sejarah pada tulang2, kulit kura2, buluh,
kain sutera, bahan2 logam dan batu2.- sumber
sejarah.

Bersifat Rasmi

Penulisan sejarah di China sebahagian besar


merupakan penulisan yang diarahkan oleh
pemerintahan atau yang disahkan oleh pemerintah.
Ia mengandungi kisah2 jatuh bangun sesebuah dinasti.
Penulisan dilakukan oleh SYIH istana terutamanya
untuk mewajarkan tindakan2 sesuatu dinasti baru
merampas kuasa daripada dinasti sebelumnya.
Shu Ching merupakan kitab yang digunakan sebagai
alat pendakyah yang mewajarkan tindakan Dinasti Chou
mengambil alih kuasa daripada Dinasti Shang.

Sering catatan sejarah ini menghitam sehitamnya


sifat dan pentadbiran pemerintah terakhir sesebuah
dinasti itu untuk mewajarkan penarikan kembali
mandat daripada Tien (syurga/tuhan) ke atasnya
dan mewajarkan mandat itu diberikan kepada Tien
Wang yang baru dari dinasti yang baru itu.
Dalam sejarah Cina terdapat 24 sejarah rasmi
(cheng-shih) iaitu mengikut 24 dinasti yang pernah
memerintah China.
Sejarah rasmi yang terakhir ditulis dalam zamannya
ialah Ming-syih (Sejarah Dinasti Ming)
diselenggarakan dari 1678-1739 M.

24 buah kitab sejarah rasmi itu adalah seperti berikut:


Penulisan dan penyusunan sejarah rasmi ini dilakukan
dengan berpandukan chI chu-chu (catatan Gerak laku
dan Istirehat) maharaja dan Shih-lu (catatan Sebenar).
Segala tingkahlaku dan pernyataan maharaja dicatat
setiap hari sehingga ke hari kematiannya.
Ia merupakan catatan harian, lebih lengkap dan
terperinci.
Catatan ini tidak dibenarkan sesiapapun membacanya
termasuk maharaja sendiri demi menjaga keluhuran
pencatatnya.
Justeru, tidak hairan ramai pencatat itu lebih rela
membunuh diri daripada mengubah atau meminda
catatannya kerana desakan pihak2 tertentu.

Pernah diceritakan bahawa seorang panglima bernama


Tsui Chu membunuh seorang putera kerajaan Sh I kerana
merebut seorang perempuan jelita. Peristiwa itu telah
dicatat oleh seorang sejarawan rasmi istana. Perkara ini
menimbulkan kemarahan Tsui yang kemudian
memerintahkan supaya rekod itu dirampas dan sejarawan
itu dikenakan hukuman bunuh.
Adik sejarawan itu kemudian memperbaharui rekod itu
dan terus mencatatkan peristiwa yang sama. Dia juga
dikenakan hokum bunuh.
Tugas mencatat dan memperbaiki rekod itu telah diambil
oleh adik sejarawan yang kedua yang panpa takut mati
mencatat juga tentang peristiwa itu. Akhirnya Tsui Chu
mengalah dan membenarkan rekod itu kekal.
(Han Yu-shan, Elements of Chinese Histiography, W.H.
Hawley , 1955 , h. 5).

Maharaja boleh membaca catatan tentang


maharaja yang terdahulu.. Selepas kematian
seseorang maharaja itu catatan ini akan
digunakan untuk menulis Shih-lu (Catatan
Sebenar) mengenai maharaja dan
zamannya.
Daripada kedua-dua sumber ini, ChI chuchu dan Shih-lu, sejarah rasmi tentang
dinasti itu ditulis.
Dokumen / sumber pertama dan catata awal
sejarah akan terus kekal sebagai catatan
rahsia dalam arkib2 imperial.

Kerja mengumpul dan menyusun catatan yang


menjadi bahan dalam sesebuah sejarah rasmi :
Chi- chu chu (catatan gerak lalu dan istirehat)
Shih chang chi (catatan kerajaan yang sedang
memerintah)
Disusun ke dalam jih-li (catatan harian)
Dan kemudian di akhir sesebuah pemerintahan
dipindahkan ke dalam Shih-lu (catatan sebenar).
Dari masa ke semasa pemerintah memerintah
supaya persediaan penulisan kuo-shih (sejarah
kebangsaan) , hui-yao atau hui-tien (collected
statutes) dilakukan.

Sebahagian daripada hasil


penyususnan terakhir ini berserta
sejarah-sejarah rasmi yang disusun
daripada materia2 yang dinyatakan
itu oleh dinasti sebelumnya
diterbitkan.
Kerja penyusunan sejarah dilakukan
dengan teliti dan menjalani proses
pemeriksaan dan penyemakan yang
ketat seperti penulisan sejarah
dinasti Tang, sung dan Ming.

Semua sejarah dinasti mengandungi 5 bahagian utama:

a. Kisah maharaja
b. Kisah keluarga2 bangsawan
c. Daftar kronologi
d. Huraian tentang moral dan hal2 lain seperti kegiatan
ekonomi, politik, kehakiman , ketentraan dan pendidikan
e. Biograf
Pada umumnya pensejarahan Cina merupakan pensejarahan
perzamanan iaitu menumpukan kepada satu2 zaman atau
dinasti atau tuan-tai-shih (sejarah dinansti tunggal).
Penulisan sejarah Negara (sejarah rasmi) ini mesti ditulis
secara rasmi. Menjadi satu kesalahan sekiranya ia ditulis
oleh individu tanpa pengetahuan kerajaan.

Han-shu (Sejarah Han) telah mula ditulis oleh Pan


Ku. Oleh kerana Pan KU seorang sejarawan yang
tidak dilantik secara rasmi oleh kerajaan,
dikenakan hukuman penjara dan Han Su
diperintahkan ditulis semula.
Terdapat juga sejarah kerajaan yang ditulis secara
tidak rasmi tetapi kemudian diterima sebagai sah
oleh pemerintah:

Hou-Han-shu Sejarah Dinasti Han


San-kou-chih sejarah Tiga kerajaan
Nan-shi Sejarah Dinasti Selatan
Pei-shih Sejarah Dinasti Utara

Sejarah Umum
Terdapat syih yang menulis sejarah umum. Daripada
26 buah sejarah rasmi itu hanya Shih Chi ( Catatan
Sejarah) yang ditulis oleh Ssu-mu Tan dan anak nya
Ssu- ma Chien (104-87 SM) yang berbentuk sejarah
Umum iaitu sejarah yang tidak hanya berkisar di
kalangan dinansti tertentu. Ia mencatatkan juga
perkara2 yang berlaku di luar dinasti itu.
Tidak menyiapkan karyanya mengikut perintah
maharaja.
Menulis atas kehendak sendiri
Tidak mengikut motif penulisan sejarah bangsabersifat mendidik member pengajaran kepada rajaraja berkelakuan baik dan tidak baik.

Ssu-ma Chien : Sejarawan dari Lung-Men


Saya telah mengutip dan menghimpunkan tradisi-tradisi
dunia silam yang telah bertaburan dan musnah.
Saya telah memeriksa tindakan-tindakan dan peristiwaperistiwa masa lalu dan menyelidiki prinsip-prinsip yang
menyebabkan kejayaan ataupun kegagalannya,
kebangkitannya dan keruntuhannya dalam penulisan
yang berjumlah 130 bab.
Saya ingin menyelidiki setiap yang berkaitan dengan
cakerawala dan manusia, menyelami perubahanperubahan masa lalu dan masa kini, melengkapkannya
sebagai suatu usaha daripada sebuah keluarga.
Ssu-ma Chien dalam Shih Chi

Tradisi penulisan oleh sejarawan China melalui


amalan mereka melantik sejarawan istana
yang dilakukan kira-kira sejak seribu thn
sebelum Ssu-ma Chien menulis karyanya.
Motif utama penulisan mereka :
Membantu ingatan mereka dalam hal-hal
melaksanakan upacara penyembahan raja-raja
mereka terhadap roh-roh nenek moyang mereka.
Tulisan seperti ini bukan merupakan kajian
sebenar, malah merupakan himpunan salasilah
raja-raja dan putera-putera mereka daripada
wangsa-wangsa seperti His, Hyang dan Chou.