Anda di halaman 1dari 3

Hari:

Tarikh:
Kelas Pemulihan
Khas:

1.8
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran, murid berupaya :
Membundarkan sebarang nombor dalam lingkungan 1000 kepada
puluh yang terdekat.
Langkah-langkah Pengajaran :

Matapelajaran:
1. Lukiskan rajah berikut pada papan tulis.
Masa:
Bahan Bantu Mengajar :
1. Garis nombor
bersaiz besar.
2. Berikan satu situasi seperti berikut :
Bayangkan kamu mengayuh basikal menaiki bukit. Ketika
mengayuh, kamu berasa penat dan berhenti mengayuh pada
nombor 1. Brek basikal kamu pula rosak.
Soal jawab :
Apa yang akan berlaku?
(Terima jawapan munasabah murid)
Basikal kamu pasti akan menggelongsor kembali ke nombor
0.
Nombor apakah lagi yang boleh menyebabkan basikal kamu
menggelongsor ke belakang?
(Murid menyebut nombor 2, 3 dan 4)
(Beri penekanan bahawa nombor 1, 2, 3 dan 4 akan
dibundarkan kepada nombor 0)
Katakan kamu berjaya tiba di nombor 5, adakah basikal
kamu akan menggelongsor ke hadapan atau ke belakang?
(Terangkan bahawa apabila tiba di nombor 5, basikal
akan lebih mudah menggelongsor ke hadapan dan tiba di
nombor 10)
Nombor apakah lagi yang boleh menyebabkan basikal kamu
menggelongsor ke hadapan?
(Murid menyebut nombor 6, 7, 8 dan 9)
(Beri penekanan bahawa nombor 5, 6, 7, 8 dan 9 akan
dibundarkan kepada nombor 10)
3. Lekatkan garis nombor bersaiz besar pada papan tulis. Tuliskan
skala 0 hingga 10.
Soal jawab :
Katakan kita tukarkan rajah ini kepada garis nombor.

Puncak

Ke belakang
0

Ke hadapan
4

10
4. Terangkan bahawa nombor 1, 2, 3 dan 4 akan dibundarkan kepada
nombor 0. Nombor 5, 6, 7, 8 dan 9 akan dibundarkan kepada
nombor 10.
5. Kaitkan garis nombor dengan cerita tadi seperti Langkah 2.
6. Ulangi aktiviti ini dengan menggunakan nombor-nombor yang lebih
besar dalam lungkungan 1000.
7. Edarkan Lembaran Kerja 1.8.