Anda di halaman 1dari 19

Topik

10 X Tafsir Ayatayat Akhlak

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1.

Menjelaskan maksud ayat 1-11 dari surah al-Mukminun, ayat 24-25


Surah al-Anfal dan ayat-ayat dari surah Luqman;

2.

Menerangkan sebab-sebab kenapa ayat-ayat tertentu diturunkan; dan

3.

Membincangkan pengajaran daripada ayat-ayat yang dipelajari serta


dapat mengaitkannya dengan isu semasa.

X PENGENALAN
Dalam topik ini, kita akan mendalami pentafsiran beberapa ayat dari al-Quran.
Ayat yang pertama ialah ayat 1-11 dari surah al-Mukminun. Kemudian kita akan
mempelajari pula pentafsiran ayat-ayat dari surah Luqman dan diikuti pula
dengan ayat-ayat dari surah al-Anfal. Semasa memahami ayat-ayat di atas, kita
akan melihat huraian ayat dan sebab penurunan ayat-ayat tersebut. Di samping
itu, kita akan mengkaji kesesuaian ayat-ayat ini dengan isu-isu semasa. Kita juga
akan cuba mengutip pengajaran-pengajaran daripada ayat-ayat di atas untuk
dijadikan iktibar.

188

X TOPIK 10 TAFSIR AYAT-AYAT AKHLAK

10.1

AYAT 1-11 SURAH AL-MUKMINUN

=9$# t t%!$#u tyz E| t%!$# t9$# yxn=r& s%


tym _9 t%!$#u t=s 4x.=9 t%!$#u
4xtG/$# ys =t x *s ]yr& Ms3n=t $t r& _ur& #n?t )
tu tu FotL{ t%!$#u t$y9$# y7s9''s y79s u!#uu
tOt %!$# tOu9$# y7s9'& t$pt Eun=| 4n?t / t%!$#u
t$#yz $p }y9$#
(a)

Pengertian
Maksud ayat di atas:
1.

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,

2.

(Yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya,

3.

Dan orang-orang yang menjauhkan diri daripada (perbuatan dan


perkataan) yang tiada berguna,

4.

Dan orang-orang yang menunaikan zakat,

5.

Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,

6.

Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki


[1]; Maka Sesungguhnya mereka dalam hal Ini tiada terceIa.

7.

Barang siapa mencari yang di balik itu [2] maka mereka itulah orangorang yang melampaui batas.

8.

Dan orang-orang yang


dipikulnya) dan janjinya.

9.

Dan orang-orang yang memelihara solatnya.

10.

Mereka Itulah orang-orang yang akan mewarisi,

11.

(yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di


dalamnya.

memelihara

amanah-amanah

(yang

TOPIK 10 TAFSIR AYAT-AYAT AKHLAK W

(b)

189

[1]

Maksudnya: Budak-budak belian yang didapat dalam peperangan


dengan orang kafir, bukan budak belian yang didapat di luar
peperangan. Dalam peperangan dengan orang-orang kafir itu,
wanita-wanita yang ditawan biasanya dibahagi-bahagikan kepada
kaum muslimin yang ikut dalam peperangan itu, dan kebiasaan ini
bukanlah suatu yang diwajibkan. imam boleh melarang kebiasaan ini.
Maksudnya: budak-budak yang dimiliki yang suaminya tidak ikut
tertawan bersama-samanya.

[2]

Maksudnya: zina, homoseksual, dan sebagainya.

Huraian Ayat
Allah menegaskan dalam ayat ini bahawa orang-orang yang beriman dan
bersifat dengan sifat-sifat yang disebutkan dalam ayat di atas telah berjaya
dan bahagia. Kejayaan yang dicapai oleh mereka itu disebabkan oleh
keimanan mereka dan amal soleh yang dilakukan itu. Antara sifat-sifat
mukmin yang berjaya yang disebutkan dalam ayat di atas ialah khusyuk
dalam solat. Menurut Ibn Abbas antara sifat mereka yang dikatakan
sebagai khusyuk dalam solat ialah perasaan takut dan menghina diri
semasa berhadapan dengan Allah s.w.t yang Maha Agung ketika solat. Ibn
Kathir meriwayatkan daripada Ibn Sirin bahawa sahabat-sahabat
mendongakkan kepala mereka ke langit ketika solat. Apabila diturunkan
ayat ini mereka mula melihat ke tempat sujud.
Antara sifat orang-orang yang beriman juga ialah berpaling dari perkara
yang melalaikan. Menurut Ibn Kathir, makna al-laghw ialah perkara yang
batil yang merangkumi maksiat, syirik dan perkara yang tidak berfaedah
sama ada perkataan atau perbuatan.
Mereka juga menunaikan zakat harta mereka kepada golongan
berhak menerimanya seperti golongan fakir dan miskin
seumpamanya yang termasuk dalam asnaf penerima zakat. Zakat
dikeluarkan itu memberkati harta mereka serta membahagiakan
mereka kerana mencari keredaan Allah.

yang
serta
yang
jiwa

Sifat ke empat yang disebutkan dalam ayat di atas ialah menjauhkan diri
daripada perkara maksiat dengan menjaga kemaluan mereka daripada
melakukan zina, liwat dan mendedahkan aurat. Penjagaan ini dilakukan
dalam setiap keadaan kecuali terhadap isteri-isteri mereka dan hambahamba sahaya mereka. Sesiapa yang melakukan pelanggaran terhadap
batasan yang telah ditetapkan ini bermakna mereka telah melakukan
kerosakan, kezaliman dan sesuatu yang melampaui batas. Al-Imam alSyafei menjadikan ayat ini sebagai dalil bagi pengharaman mengeluarkan
mani menggunakan tangan.

190

X TOPIK 10 TAFSIR AYAT-AYAT AKHLAK

Antara sifat orang yang beriman yang berjaya lagi ialah orang yang
menjaga amanah dan menepati janji. Mereka tidak mengkhianati amanah
yang diserahkan kepadanya dan tidak menyalahi janji yang ditaburkan
kepada orang lain. Mengikut Abu Hayyan amanat yang dimaksudkan di
sini termasuklah apa sahaja yang diamanahkan oleh Allah terhadap
hambaNya, sama ada dalam bentuk ucapan, perbuatan atau kepercayaan.
Begitu juga menurutnya apa sahaja yang diamanahkan oleh manusia
kepada seseorang seperti tanggungjawab sebagai pemimpin atau
berbentuk barang-barang dan sebagainya.
Sifat orang mukmin yang beroleh kemenangan juga ialah yang menjaga
solat lima waktu. Mereka amat memelihara solat mereka dengan
menunaikannya di awal waktu. Menurut Ibn Jaziyy apabila ditanya kenapa
diulang dua kali berkaitan solat iaitu di awal-awal ayat ini dan disebutkan
lagi di sini. Beliau menjawab kedua-dua ayat ini bukanlah pengulangan
kerana ayat yang pertama berkaitan khusyuk dalam solat dan ayat yang
kedua ialah penjagaan terhadap solat dengan melakukannya di awal waktu
serta tidak leka daripada menunaikannya.
Orang-orang yang bersifat dengan sifat-sifat yang disebutkan di atas layak
mewarisi syurga Allah s.w.t. Ayat yang berikutnya menjelaskan mereka
layak memasuki tingkatan syurga yang paling tinggi iaitu syurga alFirdaus. Syurga ini mempunyai sungai-sungai yang mengalir di bawahnya.
Mereka yang memasuki syurga akan kekal di dalamnya dan mereka tidak
akan keluar selama-lamanya.
(c)

Pengajaran Ayat dan Kaitannya dengan Isu Semasa


Banyak pengajaran yang boleh dikutip daripada ayat-ayat di atas.
Antaranya ialah:
(i)

Kejayaan yang hakiki ialah kejayaan yang merangkumi dunia dan


akhirat. Kejayaan ini sudah tentulah apa yang diredai oleh Allah
s.w.t. Oleh itu tidak bermakna seseorang yang hidup di atas dunia
dengan segala kemewahan dan kesenangan tetapi mereka engkar
perintahNya. Mereka hanya mendapat keseronokan di dunia yang
sementara. Tetapi di akhirat nanti, mereka akan dihumbankan ke
dalam azab neraka Allah s.w.t.

(ii)

Bagi mendapatkan kejayaan yang abadi, manusia mestilah beriman


kepada Allah s.w.t. Orang yang beriman kepada Allah ialah orang
yang tunduk dan patuh kepada segala suruhan dan perintah Allah
s.w.t. Oleh itu, seseorang yang engkar perintah Allah s.w.t
sebenarnya ialah orang rugi, walaupun pada zahirnya seolah-olah
mereka mendapat kejayaan dan keuntungan. Sebagai contoh, peniaga

TOPIK 10 TAFSIR AYAT-AYAT AKHLAK W

191

yang mendapat keuntungan yang berlipat ganda dengan unsur-unsur


penipuan dan penindasan terhadap orang lain tidak boleh dianggap
berjaya. Mereka sebenarnya tertipu kerana bakal menerima azab
Allah di akhirat nanti lantaran keseronokan sementara yang mereka
nikmati itu.
(iii) Orang yang khusyuk dalam solat mereka ialah antara orang yang
mendapat kejayaan yang sebenarnya. Solat yang khusyuk dapat
mencegah segala kemungkaran dan perkara yang keji. Allah
berfirman:

(45 )
Bermaksud: Sesungguhnya solat itu dapat mencegah perkara keji dan
mungkar.
Solat yang khusyuk ialah solat yang benar-benar memberi kesan
kepada individu mukmin. Kekhusyukan dalam solat diaplikasikan
dalam kehidupan mereka. Keadaan ini menjadikan mereka
terpelihara daripada melakukan perkara yang keji dan mungkar. Oleh
itu, kita hendaklah sentiasa berusaha memastikan kita khusyuk dalam
solat agar kehidupan kita terjamin daripada melanggar perintah Allah
s.w.t.
(iv) Orang yang benar-benar beriman kepada Allah hendaklah
menjauhkan perkara-perkara yang melalaikan dan tidak berfaedah
seperti maksiat dan sebagainya. Bergelumang dengan maksiat
bermakna seseorang itu menempah jalan yang merugikan diri sendiri
kerana mereka dimurkai oleh Allah dan akan mendapat seksaNya di
akhirat nanti.
(v)

Orang yang suka bersedekah akan mendapat keberkatan dalam


hidupnya.
Pengorbanan
yang
dilakukan
oleh
seseorang
menghulurkan harta hasil titik peluhnya akan mendapat kedudukan
yang istimewa di sisi Allah apabila dilakukan semata-mata untuk
mencari keredaanNya.

(vi) Kejayaan seseorang juga dikaitkan dengan keupayaannya mengawal


nafsu syahwat mereka. Seseorang yang bergelumang dengan maksiat
seperti zina, liwat dan homoseksual menyebabkan kehidupan mereka
tidak terarah dan tidak menentu. Sebab itulah Allah memerintahkan
manusia supaya berkahwin dan menyalurkan keinginan syahwat
mereka terhadap isteri-isteri mereka. Dewasa ini ramai tokoh dunia

192

X TOPIK 10 TAFSIR AYAT-AYAT AKHLAK

yang terkenal akhirnya tersungkur akibat skandal dan kelakuan


mereka yang mementingkan nafsu.
(vii) Mengeluarkan mani dengan tangan merupakan perkara yang tidak
bermoral dan diharamkan oleh Islam. Para remaja perlu menjauhkan
diri mereka daripada melakukan perkara demikian kerana ia boleh
membahayakan diri, pemikiran dan masa depan mereka.

Rajah 10.1: Akhlak yang terdapat dalam surah al-Mukminun 1-11

AKTIVITI 10.1
Bincangkan dengan rakan anda isu-isu semasa yang boleh dikaitkan
dengan ayat-ayat dari surah al-Mukminun di atas.

10.2

AYAT 11-19 SURAH LUQMAN


m9$# uq9$# !$# 0

tu ( u9 3o $y*s 6t tu 4 ! 3$# r& sy3t:$# zy)9 $os?#u s)s9u


8@ o_6t t uu /e y)9 t$s% )u ym ;_x !$# *s txx.

TOPIK 10 TAFSIR AYAT-AYAT AKHLAK W

193

$u & Fn=uxq y9u/ z|M}$# $uuu t =s9 x8e9$# ) ( !$$/


)u y9$# n<) y7y9u9u < 6$# r& t%t =|u 9u 4n?t
$y6m$|u ( $y? s = / y7s9 }s9 $t 1 @ r& #n?t #yyy_
F. $y/ 6m;t's 3_t n<) O 4 n<) z>$tr& t 6y 7?$#u ( $]t $u9$#
r& >t| 3tFs 5yyz i 76ym t$s)W 7s? ) !$p) o_6t t=ys?
n4n=9$# %r& o_6t 7yz #s9 !$# ) 4 !$# $p5 N't F{$# r& Nuy9$#
W{$# t y79s ) ( y7t/$|r& !$t 4n?t 9$#u s39$# t t$#u y9$$/ &u
. =t !$# ) ( $mtt F{$# s? u $=9 s{ i|? u
NuF{$# ts3r& ) 4 y7?| $#u t %$#u 9s 5$tF
pt:$# N|s9
(a)

Pengertian
Maksudnya:
11.

Inilah ciptaan Allah, Maka perlihatkanlah olehmu kepadaku apa yang


telah diciptakan oleh sembahan-sembahan (mu) selain Allah.
Sebenarnya orang-orang yang zalim itu berada di dalam kesesatan
yang nyata.

12.

Dan Sesungguhnya Telah kami berikan hikmah kepada Luqman,


yaitu: "Bersyukurlah kepada Allah, dan barang siapa yang bersyukur
(kepada Allah), Maka Sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya
sendiri; dan barang siapa yang tidak bersyukur, maka Sesungguhnya
Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji".

13.

Dan (Ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu dia


memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu
mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah)
adalah benar-benar kezaliman yang besar".

194

X TOPIK 10 TAFSIR AYAT-AYAT AKHLAK

14.

Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua


orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan
lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua
tahun[1]. Bersyukurlah kepadaku dan kepada dua orang ibu bapamu,
Hanya kepada Kulah kembalimu.

15.

Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan


Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu. Maka
janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di
dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepadaKu,
Kemudian hanya kepada Kulah kembalimu, maka Kuberitakan
kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

16.

(Luqman berkata): "Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu


perbuatan) seberat biji sawi, dan berada di dalam batu atau di langit
atau di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkannya
(membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus [2] lagi Maha
Mengetahui.

17.

Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan


yang baik dan cegahlah (mereka) daripada perbuatan yang mungkar
dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya
yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).

18.

Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana


sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan
angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang
sombong lagi membanggakan diri.

19.

Dan sederhanalah kamu dalam berjalan [3] dan lunakkanlah


suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.

[1]

Maksudnya: Selambat-lambat waktu menyusu ialah setelah anak


berumur dua tahun.

[2]

Yang dimaksud dengan Allah Maha Halus ialah ilmu Allah itu
meliputi segala sesuatu bagaimana kecilnya.

[3]

Maksudnya: ketika kamu berjalan, janganlah terlampau cepat dan


jangan pula terlalu lambat.

TOPIK 10 TAFSIR AYAT-AYAT AKHLAK W

(b)

195

Asbab al-Nuzul
(i)
Ayat 15.

( $y? s = / y7s9 }s9 $t 1 @ r& #n?t #yyy_ )u


Ayat ini diturunkan kepada Saad bin Malik. Dia seorang yang
sentiasa berbuat baik kepada ibunya. Tetapi apabila dia memeluk
Islam, ibunya memarahinya dan memberi amaran kepadanya sama
ada dia meninggalkan agama barunya itu atau ibunya berlapar
sehingga mati. Biar orang mengatakan si anak membunuh ibunya
dengan membiarkannya kelaparan. Maka ibunya mogok lapar selama
tiga hari sehingga menjadikannya lemah dan lesu. Maka Saad pun
berkata kepada ibunya bahawa dia tidak akan meninggalkan agama
ini walau apa pun yang terjadi. Beliau menyuruh ibunya makan jika
dia mahu, kalau tidak dia tetap tidak akan meninggalkan agama
barunya ini. Maka ibunya pun makan. Maka Allah menurunkan ayat
ini.
(ii) Ayat 15.

. n<) z>$tr& t 6y 7?$#u


Ayat ini diturunkan kepada Abu Bakar. Apabila dia memeluk Islam,
dia didatangi oleh Abd al-Rahman bin Auf, Saad bin Abi Waqqas,
Said bin Zaid, Uthman, Talhah dan al-Zubair. Mereka berkata kepada
Abu Bakar bahawa mereka juga beriman dengan Muhammad dan
ajaran yang dibawanya. Maka Abu Bakar menyuruh mereka
berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. Apabila mereka bertemu
Rasulullah s.a.w dan beriman dengan baginda, Allah menurunkan
ayat ini. Maksud ayat ini ialah ikutlah jalan orang yang kembali
kepadaKu. Orang yang kembali yang dimaksudkan dalam ayat ini
ialah Abu Bakar.
(c)

Huraian Ayat
Ayat ini menjelaskan kepada kita tentang salah seorang yang bernama
Luqman yang dianugerahkan oleh Allah dengan hikmah. Beliau
menjelaskan beberapa adab kepada anaknya. Allah memerintahkan kita
supaya bersyukur kepadaNya di atas nikmat-nikmat yang dianugerahkan
kepada kita. Orang yang bersyukur kepada Allah akan memperoleh
keuntungan dunia dan akhirat. Sebaliknya, orang yang tidak bersyukur
hanya akan merugikan dirinya sendiri. Allah s.w.t yang Maha Berkuasa
tidak sedikit pun merasa rugi dengan tindakan hambaNya itu.

196

X TOPIK 10 TAFSIR AYAT-AYAT AKHLAK

Perkataan hikmah dalam ayat ini memberi pengertian yang berbeza di


kalangan ulama. Imam al-Ghazali berpendapat hikmah ialah pengetahuan
tentang ilmu yang paling utama iaitu yang berkaitan dengan sifat-sifat
Allah yang Maha Bijaksana. Al-Biqai pula berpendapat hikmah ialah
mengetahui yang paling utama dari segala sesuatu, sama ada pengetahuan
atau perbuatan hikmah adalah ilmu amaliah dan ilmiah. Ia juga adalah
ilmu yang didukung oleh amal dan amalan yang didukung oleh ilmu.
Kesyukuran manusia kepada Allah bermula dengan menyedari jauh di
lubuk hatinya betapa besar anugerah Allah kepadanya. Kesedaran ini
menimbulkan rasa kagum dan kecintaan yang mendalam kepada Pencipta.
Itulah kaitannya, apabila seseorang diberikan hikmah oleh Allah, maka dia
akan bersyukur kepadaNya.
Dalam ayat 13, kesyukuran Luqman diterjemahkan melalui pendidikan
terhadap anaknya supaya berakhlak mulia lebih-lebih lagi dengan Allah
Maha Pencipta. Luqman menasihati anaknya agar tidak menyekutukan
Allah dengan sesuatu pun sama ada besar atau kecil. Ini kerana Allah
yang Maha Sempurna tidak layak untuk disekutukan dengan makhluk
ciptaanNya. Perbuatan ini merupakan satu kezaliman yang besar yang
dilakukan oleh manusia terhadap dirinya sendiri.
Ayat 14 pula, menjelaskan kepada kita kebijaksanaan Luqman mendidik
anaknya. Setelah menekankan persoalan adab dengan Allah yang perlu
dilaksanakan dalam kehidupan, beliau mengalihkan pandangan anaknya
terhadap adab dengan kedua ibu bapa pula. Ini menunjukkan
penghormatan terhadap kedua ibu bapa dan kebaktian terhadap keduanya
mendapat tempat kedua setelah pengagungan kepada Allah s.w.t.
Dalam ayat ini, Allah tidak menyebut jasa bapa tetapi menyebut dengan
jelas jasa yang pernah dimainkan oleh ibu. Ini menunjukkan peranan ibu
jauh lebih banyak dalam membesarkan anak-anak berbanding seorang
bapa, walaupun dengan kelemahan fizikalnya. Sebab itulah apabila Nabi
ditanya oleh sahabat siapakah yang paling berhak untuk dibuat baik, maka
Nabi menjawab: Ibumu sebanyak tiga kali. Walaupun begitu peranan
bapa tidak dikesampingkan dalam Islam. Bapa juga bertanggunggjawab
dan berperanan besar dalam pendidikan anak-anak. Sebab itulah di akhir
ayat 14, Allah memerintahkan supaya kita bersyukur kepada kedua ibu
bapa kita.
Apa yang menarik mengikut pendapat Ibn Asyur, al-Quran hampir tidak
berpesan kepada ibu bapa untuk berbuat baik kepada anaknya, kecuali
dalam larangan membunuh anak. Ini kerana Allah telah menjadikan naluri
ibu bapa bersedia berkorban demi anaknya. Seorang ibu yang kematian

TOPIK 10 TAFSIR AYAT-AYAT AKHLAK W

197

suami boleh membesarkan sepuluh orang anaknya, tetapi sepuluh orang


anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu tua itu.
Setelah menjelaskan peranan anak terhadap kedua ibu bapanya, ayat ke-15
mengembalikan semula kefahaman kita apabila berhadapan dengan
konflik antara ibu bapa dan akidah. Ibu bapa mestilah ditaati dan dibuat
baik. Tetapi bila mereka berusaha membawa kita ke arah maksiat, kita
tidak boleh mentaatinya. Pada masa yang sama, kita hendaklah bergaul
dengan mereka mengikut nilai masyarakat yang baik. Asma puteri Abu
Bakar pernah didatangi ibunya yang musyrik. Beliau bertanya Rasulullah
s.a.w apakah yang perlu dilakukan olehnya. Lalu Rasulullah menasihatinya
agar menjalinkan hubungan yang baik dengannya. Hendaklah menerima
hadiah daripadanya serta boleh memberikan hadiah kepadanya serta
mengunjunginya dan menyambut kunjungannya.
Dalam ayat ke-16 pula, Luqman mewasiatkan lagi kepada anaknya bahawa
Allah tetap melihat kebaikan atau kejahatan yang kita lakukan walaupun
seberat biji sawi. Allah juga akan balas segala yang dilakukan itu. Ingatlah,
Allah amat teliti dan mengetahui hal yang sulit dan tersembunyi. Kita tidak
akan dapat melepaskan diri daripada dosa yang dilakukan tanpa taubat
walaupun sekecil mana sekali pun.
Dalam ayat ke-17, Allah meneruskan melalui nasihat Luqman terhadap
anaknya kesinambungan Tauhid dalam kalbu si anak. Beliau
memerintahkan anaknya supaya mengerjakan solat sebagai tunjang
kehidupan serta menggesa agar menyuruh perkara makruf dan mencegah
kemungkaran. Semuanya ini sudah tentu akan berhadapan dengan ujian
dan rintangan. Sekali lagi Luqman menasihatkan anaknya agar kuat
bersabar dan tabah dalam menghadapinya. Kesabaran dan ketabahan itu
adalah tingkatan yang tinggi di sisi Allah s.w.t.
Bila diperhatikan dalam ayat ini, Luqman meminta anaknya supaya
menyuruh makruf dan mencegah kemungkaran. Ini merupakan satu
hikmah yang jelas daripada Luqman. Seseorang yang ingin menyeru
kepada makruf dan mencegah kemungkaran mestilah mempraktikkannya
terlebih dahulu sebelum mengajak orang lain.
Ayat 18 dan 19 pula, Luqman mengajar anaknya agar bersopan santun
ketika berinteraksi sesama manusia. Kita juga hendaklah menjauhkan sifat
sombong, sebaliknya perlu sentiasa bermanis muka. Kita juga dilarang
bersifat angkuh ketika berjalan, sebaliknya kita disuruh berjalan dengan
lemah-lembut. Begitu juga kita ditegah daripada bersuara tinggi dan kasar,
tetapi hendaklah bercakap dengan lunak dan bersopan santun.

198

X TOPIK 10 TAFSIR AYAT-AYAT AKHLAK

Dalam pesanannya, Luqman telah menggarapkan tiga unsur ilmu yang


perlu ditekankan oleh setiap individu muslim. Tiga unsur ilmu itu ialah
ilmu akidah, syariat dan akhlak.
(d)

Pengajaran Ayat dan Kaitannya dengan Isu Semasa

Manusia hendaklah bersyukur terhadap nikmat dan anugerah yang


dikurniakan oleh Allah dalam kehidupan di dunia ini. Antara cara
bersyukur ialah dengan melaksanakan ketaatan kepada Allah dan
berusaha menggandakan amal kebajikan.

Dalam kehidupan kita hendaklah bersabar menahan gejolak hati dan


gelora nafsu yang kian membara dalam melaksanakan tuntutan Ilahi.
Keazaman yang kuat dan keteguhan hati yang tekad untuk membuat
sesuatu menjadikan seseorang itu berjaya menghadapi dugaan dan
cabaran hidup.

Menyekutukan Allah merupakan perbuatan zalim yang merugikan


diri sendiri. Hari ini ramai manusia yang menyekutukan Allah
dengan meletakkan kuasa melakukan sesuatu kepada manusia
sepenuhnya. Kepercayaan ini seolah-olah menidakkan kekuasaan
Allah yang mentakdirkan segala sesuatu.

Kita hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa yang bersusah payah
memelihara dan mendidik kita dari kecil. Penghormatan kepada
mereka mestilah berterusan lebih-lebih lagi ketika mereka mencapai
umur tua. Hari ini, ramai anak-anak mengabaikan tanggungjawab
menjaga ibu bapa dengan menghantar mereka ke rumah orang-orang
tua dengan alasan kesibukan bekerja dan sebagainya. Ingatlah,
keredaan Allah bergantung kepada keredaan kedua ibu bapa kita.
Penghormatan kepada ibu bapa tidak terbatas kepada mereka yang
beragama Islam sahaja, malah ibu bapa yang bukan Islam sekalipun
mesti dihormati dan dibuat baik.

Perintah Allah mesti diutamakan dalam segenap perkara. Sekiranya


ibu bapa memerintahkan sesuatu yang menyimpang dari perintah
Allah, kita tidak boleh mentaatinya kerana kita akan dimurkai oleh
Allah. Oleh itu kita mesti mengutamakan keredaan Allah daripada
keredhaan manusia dalam setiap tindakan kita di atas dunia ini.

Kita hendaklah sentiasa sedar dan insaf bahawa setiap perlakuan kita
yang baik atau jahat di dunia sentiasa diperhatikan oleh Allah,
walaupun sekecil mana perbuatan itu. Semuanya itu akan dibalas
oleh Allah s.w.t. Oleh itu kita tidak boleh memandang remeh
terhadap maksiat kepada Allah walaupun dengan dosa yang kecil.

TOPIK 10 TAFSIR AYAT-AYAT AKHLAK W

199

Kebahagiaan yang sebenarnya akan tercapai di dunia apabila kita


sama-sama tunduk dan patuh kepada perintah Allah. Kita tidak
cukup dengan hanya mengerjakan solat, malah kita mesti menyeru
orang lain ke arah kebaikan dan mencegah mereka daripada
melakukan kemungkaran agar kita merasakan nikmat ketaatan secara
berjemaah.

Kita hendaklah sentiasa berakhlak mulia semasa berurusan dengan


orang lain. Kita tidak boleh bersifat sombong dan angkuh sesama
manusia. Kita juga mestilah bercakap dengan suara yang lemahlembut dengan orang lain. Penjagaan akhlak yang mulia ini boleh
menjamin kerukunan dan keharmonian dalam masyarakat.

Tiga ilmu yang perlu dititikberatkan oleh setiap muslim dalam


kehidupan ialah ilmu Akidah, Syariat dan Akhlak.

Rajah 10.2: Akhlak dalam surah Luqman

200

X TOPIK 10 TAFSIR AYAT-AYAT AKHLAK

AKTIVITI 10.2
Bincangkan asbab nuzul beberapa ayat yang anda tahu dari surah
Lokman.

10.3

AYAT 24-25 SURAH AL-ANFAL

(#n=$#u ( 6t $y9 .$ty #s) =9u ! (#7ftG$# (#t#u z%!$# $pr't


ZuF (#)?$#u |tB s9) r&u 7=s%u y9$# t/ ts !$# r&
>$s)9$# x !$# r& (#n=$#u ( Z!%s{ 3 (#n=s t%!$# t?
(a)

Pengertian
24. Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan
Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi
kehidupan kepada kamu [1], Ketahuilah bahawa Sesungguhnya Allah
membatasi antara manusia dan hatinya [2] dan Sesungguhnya
kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan.
25.

Dan peliharalah dirimu daripada seksaan yang tidak khusus


menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu, dan
Ketahuilah bahwa Allah amat keras seksaanNya.

[1]

Maksudnya: menyeru kamu berperang untuk meninggikan kalimat


Allah yang dapat membinasakan musuh serta menghidupkan Islam
dan muslimin. Juga bererti menyeru kamu kepada iman, petunjuk
jihad dan segala yang ada hubungannya dengan kebahagiaan hidup
di dunia dan akhirat.

[2]

Maksudnya: Allahlah yang menguasai hati manusia.

TOPIK 10 TAFSIR AYAT-AYAT AKHLAK W

(b)

201

Huraian Ayat
Ayat 24 dari surah al-Anfal ini mengajak orang-orang yang beriman agar
menerima apa sahaja yang diperintahkan oleh Allah dalam al-Quran.
Begitu juga mereka diwajibkan untuk menerima apa yang dibawa oleh
Rasulullah s.a.w. Perintah Allah dan Rasul yang ditujukan kepada manusia
bertujuan memandu kehidupan manusia ke arah kebaikan. Itulah yang
dimaksudkan dalam ayat ini dengan lima yuhyikum.
Penerimaan terhadap Allah bermaksud menerima hukum hakam dari
Allah yang diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. Sementara penerimaan
terhadap
Rasul
pula
ialah
mengakui
kerasulannya
yang
dipertanggungjawab oleh Allah untuk menyampai seluruh ajaran Allah
kepada manusia.
Ibn Kathir menyebut dalam tafsirnya: Hafas bin Asim meriwayatkan
bahawa Abu Said al-Mala berkata apabila dia sedang solat Rasulullah
s.a.w memanggilnya dan dia tidak datang berjumpa Rasulullah s.a.w pada
waktu itu. Setelah selesai solat barulah dia pergi berjumpa Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w bertanyakannya apa yang menghalangnya segera datang
bertemu Rasulullah ketika dipanggil tadi. Dia lantas menjawab dia sedang
solat. Lalu Rasulullah bertanyakannya tidakkah dia pernah mendengar
firman Allah s.w.t:

. 6t $y9 .$ty #s) =9u ! (#7ftG$# (#t#u z%!$# $pr't


Kemudian Rasulullah memberitahunya bahawa baginda ingin
mengajarkannya satu surah yang paling baik di dalam al-Quran sebelum
baginda keluar.
Allah menjelaskan dalam ayat ini bahawa Dia membataskan antara
seseorang dengan hatinya. Mengikut Ibn Abbas

bermaksud Allah membataskan seseorang mukmin dengan kekufuran.


Apabila seseorang itu beriman, maka dia terselamat daripada kekufuran
dan amalannya. Begitu juga menurut Ibn Abbas, Allah membataskan
seseorang yang kafir dengan keimanan. Ini bermakna apabila seseorang itu
kufur kepada Allah maka dia terhalang daripada melakukan amalanamalan keimanan.
Al-Saddiyy pula berpendapat maksud ayat ini ialah seseorang itu tidak
mampu untuk beriman kecuali dengan izin Allah. Begitu juga seseorang itu
tidak menerima kekufuran melainkan dengan izin dariNya.

202

X TOPIK 10 TAFSIR AYAT-AYAT AKHLAK

Kedua-dua maksud di atas menunjukan kepada kita perbezaan yang


wujud antara keimanan dan kekufuran. Apabila seseorang diberi hidayah
oleh Allah, maka dia akan selamat di dunia dan di akhirat. Sementara
mereka yang tertutup pintu hatinya dari menerima hidayah bakal
menerima azab yang pedih di akhirat kelak. Kita semua akan dikembalikan
kepada Allah semula setelah perjalanan kita di dunia ini sudah berakhir. Di
sana kita akan dihitung satu persatu segala amalan yang telah dilakukan di
dunia. Bersedialah! Allah akan membalas segala perlakuan kita di atas
dunia.
Ayat 25 pula memberi amaran kepada kita agar merasa takut terhadap
musibah atau malapetaka dari Allah yang akan diturunkan kepada
manusia secara umumnya. Bala ini akan dikenakan kepada seluruh
manusia di tempat itu, sama ada yang taat atau yang engkar. Muslim
meriwayatkan hadis daripada Zainab binti Jahsy yang bertanyakan
Rasulullah tentang perkara ini.

. : :
Bermaksud: Zainab bertanya Rasulullah: Wahai Rasulullah, adakah kita
akan dibinasakan sedangkan bersama kita ada orang-orang yang soleh.
Rasulullah menjawab: Ya, jika kejahatan telah berleluasa.
Kejahatan dan kemungkaran tidak akan berleluasa dalam masyarakat jika
anggota masyarakat mengamalkan konsep amar maruf dan nahi munkar
atau menyuruh ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Bila
tanggungjawab ini ditinggalkan dalam masyarakat, maka mereka berhak
menerima balasan Allah lantaran dosa pelaku mungkar dan dosa
masyarakat yang tidak mencegah kemungkaran tersebut.
Nabi s.a.w bersabda dalam sebuah hadis:

TOPIK 10 TAFSIR AYAT-AYAT AKHLAK W

203

Bermaksud: Perumpamaan orang yang menegakkan hukum Allah dan

orang yang melanggarkannya seperti satu kaum yang mengundi dalam


sebuah kapal. Sebahagian mereka tinggal di atas dan sebahagian yang lain
tinggal di tingkat bawah kapal. Orang-orang yang berada di tingkat bawah
apabila memerlukan air, mereka akan lalu melalui orang-orang di tingkat
atas. Lalu mereka berkata: Kalau kita tebuk dinding kapal di bahagian
bawah kita tidak akan menggangu lagi orang-orang di atas. Maka jika
orang-orang di atas membiarkan kehendak orang-orang di bawah itu,
nescaya mereka akan binasa dan semuanya binasa. Jika mereka mencegah
perbuatan itu mereka selamat dan semua selamat.
Hadis sahih Bukhari.
Di akhir ayat ini, Allah mengingatkan kita bahawa azab Allah sangat pedih.
Seksaan ini bakal dikenakan terhadap orang-orang yang ingkarkan
perintah Allah di atas dunia ini. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa sedar,
insaf dan selalu merasa takut terhadap azab Allah. Semoga kita dapat
menghindari maksiat dan dosa serta sentiasa menyeru ke arah kebaikan
dan mencegah kemungkaran daripada berleluasa.
(c)

Pengajaran Ayat dan Kaitannya dengan Isu Semasa

Orang-orang yang beriman wajib menyahut seruan Allah dan Rasul


dalam segenap aspek kehidupan mereka. Keadaan ini boleh
menjamin kesejahteraan hidup di dunia mahupun di akhirat.

Kita hendaklah sentiasa reda dan menerima dengan hati yang terbuka
segala arahan dan suruhan Allah. Kita juga mesti yakin bahawa
segala kewajipan yang dipertanggungjawabkan kepada kita adalah
untuk kebaikan kita sebagai hambaNya.

Orang yang beriman sentiasa berdoa kepada Allah agar diberikan


petunjuk oleh Allah dalam setiap tindakan yang ingin dilakukan.
Pengharapan ini boleh menjamin seseorang daripada menyimpang
dari jalan Allah.

Banyak musibah menimpa masyarakat kita hari ini seperti jenayah


rogol, bunuh diri, wabak penyakit dan keruntuhan moral remaja dan
dewasa dan berbagai-bagai lagi. Ini semua berlaku ekoran daripada
kelalaian kita menegakkan hukum Allah dalam masyarakat.

Keghairahan kita mengejar dunia kadang-kadang melupakan kita


ketaatan kepada Allah. Perkara ini boleh mendatangkan kemudaratan
kepada diri sendiri tanpa disedari. Keadaan ini samalah seperti
perumpamaan orang di tingkat bawah kapal yang ingin menebuk

204

X TOPIK 10 TAFSIR AYAT-AYAT AKHLAK

dinding bawah kapal untuk mendapatkan air dengan cara yang


mudah. Mereka tidak menyedari perbuatan mereka itu boleh
membinasakan mereka dan semua penumpang kapal itu.

Kemungkaran yang berlaku di dalam masyarakat perlu ditegah.


Kewajipan ini merupakan tanggungjawab setiap individu. Apabila
kemungkaran dibiarkan, seluruh masyarakat akan menuju
kehancuran akibat kemurkaan dari Allah s.w.t.

Rajah 10.3: Akhlak dalam ayat 24-25 surah al-Anfal

AKTIVITI 10.3
Bincangkan dengan rakan anda pengajaran-pengajaran yang boleh
dikutip dari ayat 24 dan 25 surah al-Anfal selain daripada yang tertera di
atas.

SEMAK KENDIRI 10.1


1.

Huraikan sifat-sifat mukmin yang berjaya dalam ayat 1-11 dari


surah al-Mukminun.

2.

Jelaskan maksud menjaga kehormatan seperti yang terdapat dalam


surah al-Mukminun.

3.

Terangkan akibat tidak mengendahkan kemungkaran yang


berlaku dalam masyarakat seperti yang digambarkan dalam ayat
25 surah al-Anfal.

4.

Apakah perumpamaan yang digunakan oleh Nabi s.a.w bagi


menjelaskan akibat membiarkan kemungkaran berlaku.

5.

Huraikan tiga unsur ilmu yang amat penting dalam surah Luqman
di atas.

TOPIK 10 TAFSIR AYAT-AYAT AKHLAK W

205

Ayat 24- dan 25 dari surah al-Anfal ini secara kesimpulannya menjelaskan
adab-adab yang perlu dilaksanakan oleh setiap mukmin.

Penerimaan dengan hati yang ikhlas terhadap kewajipan yang perintahkan


kepada kita merupakan asas mendapat rahmat Allah dalam kehidupan ini.

Ketaatan kepada suruhan Rasul juga menjamin keselamatan kita di dunia


dan di akhirat.

Di samping itu, kita mestilah menyeru ke arah makruf dan mencegah


kemungkaran untuk mengelakkan kemurkaan Allah.

Surah al-Mukminun
Surah Luqman
Surah al-Anfal

Al-Nisaburi, Abu al-Hasan Ali bin Ahmad. (2000). Asbab al-Nuzul. Bayrut: Dar
al-Kutub al-Ilmiyah.
M. Quraisy Shihab. (2003). Tafsir al-Mishbah: Pesan,kesan dan keserasian alQuran. Jakarta: Penerbit Lentera Hati.