Anda di halaman 1dari 25

Topik Perkembangan

Kognitif

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.

Menyatakan definisi kognitif dan tokoh-tokoh yang mempelopori


perkembangan kognitif;

2.

Menjelaskan teori kecerdasan dan teori perkembangan kognitif;

3.

Menghuraikan fungsi kognitif dan perkembangannya dari empat


aspek yang berbeza; dan

4.

Menghuraikan tentang otak dan kognisinya meliputi


hemisfera, daya ingatan dan potensi pembelajaran.

fungsi

PENGENALAN
Topik pertama ini akan menyentuh tentang definisi kognitif dan mengenali
beberapa tokoh yang mempelopori perkembangan kognitif. Perbincangan juga
akan menumpukan aspek teori perkembangan dan teori kecerdasan yang
dikemukakan oleh beberapa tokoh. Kita juga akan membincangkan peringkat
perkembangan kognitif, fungsi kognitif dan bagaimana persekitaran boleh
mempengaruhi perkembangan ini. Selain itu, tajuk ini juga akan menyentuh
tentang otak dan kognisi, yang akan menumpukan aspek fungsi hemisfera kanan
dan hemisfera kiri, daya ingatan serta potensi pembelajaran.

TOPIK 1

PERKEMBANGAN KOGNITIF

AKTIVITI 1.1
Sebelum anda meneruskan bacaan, nyatakan apa yang anda faham
tentang kognitif.

1.1

KOGNITIF

Kognitif merujuk kepada tingkah laku dan aktiviti mental, di mana pengetahuan
diperoleh dan diproses secara aktif sebagai pengalaman baru. Kognitif melibatkan
proses pembelajaran, persepsi, mengingat dan berfikir.

1.1.1

Definisi

Kognitif dari segi bahasa bermaksud pemerolehan ilmu pengetahuan dan


pengalaman melalui proses berfikir, penggunaan deria atau kesedaran mental.
Perkembangan kognitif pula merupakan proses peningkatan keupayaan
pemikiran, pengetahuan dan keintelektualan seseorang kanak-kanak dan
kemampuan menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah,
memahami, menganalisa dan membentuk pengetahuan serta pemahaman baru
terhadap pengalaman yang dilaluinya.

Rajah 1.1: Jean Piaget

TOPIK 1

PERKEMBANGAN KOGNITIF

Perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses tumbesaran yang


dilalui oleh setiap kanak-kanak. Proses ini sangat penting kerana ia akan
mempengaruhi kehidupan dan masa depan seseorang kanak-kanak.
Perkembangan kognitif sering dikaitkan dengan proses perkembangan intelek
seseorang.
Proses kognitif melibatkan perubahan-perubahan dalam kemampuan dan pola
berfikir, kemahiran berbahasa dan cara individu memperoleh pengetahuan
daripada
lingkungannya.
Aktiviti-aktiviti
seperti
mengamati
dan
mengklasifikasi, menghafal sajak atau doa, memecahkan soalan matematik dan
menceritakan pengalaman, merupakan proses kognitif dalam perkembangan
kanak-kanak.
Dalam konteks ini, kita tidak boleh lari daripada membincangkan teori
perkembangan kognitif yang diutamakan oleh Jean Piaget (lihat Rajah 1.1).
Beliau berpendapat pemikiran sebagai satu proses yang disedari dan
berkembang secara berperingkat-peringkat.
Walaupun pandangan Piaget mendapat kritikan, namun beliau berjaya
mengemukakan konsep tentang perkembangan kanak-kanak, melalui
pemerhatian terperinci ke atas kanak-kanak pada tahap umur dan tahap
perkembangan yang berbeza.
Secara umum, perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses
perkembangan yang dilalui oleh setiap kanak-kanak. Proses ini sangat penting
kerana ia akan mempengaruhi kehidupan dan masa depan seseorang kanakkanak. Perkembangan kognitif sering dikaitkan dengan proses perkembangan
intelek seseorang. Perkembangan intelek merupakan proses perkembangan
pemikiran, kemampuan berfikir dan menggunakan akal budi, memahami,
menganalisa dan membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap
pengalaman yang dilalui di persekitarannya, sama ada dengan manusia ataupun
objek.

1.1.2

Tokoh-tokoh Perkembangan Kognitif

Para pengkaji Barat telah memberi pendapat dan pandangan yang berbeza-beza
tentang perkembangan kognitif. Ada yang melihat bidang kognitif dari sudut
tingkah laku, sesetengahnya membicarakannya dari sudut bahasa, emosi, sosial
dan intelek itu sendiri. Mereka mempunyai prinsip dan pendirian tersendiri
apabila membicarakan aspek-aspek perkembangan kognitif ini. Antara tokoh
yang telah menyumbang kepada aspek-aspek perkembangan kognitif ialah:

(a)

Jean Piaget (18961980);

(b)

Lev Vygotsky (18961934);

(c)

Albert Bandura (lahir 1925);

(d)

Howard Gardner (lahir 1943);

(e)

Robert Sternberg (lahir 1949);

(f)

Charles Spearman (1863-1945); dan

(g)

Urie Bronfenbrenner (19172005).

TOPIK 1

PERKEMBANGAN KOGNITIF

Walau bagaimanapun, perbincangan kita hanya akan menumpukan kepada tiga


tokoh yang memberi sumbangan yang dominan dalam perkembangan kognitif
ini.
Perbincangan selanjutnya mengenai tokoh ini dapat kita lihat melalui teori atau
aliran yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh tersebut di bawah. Ini akan
memudahkan perbincangan kita dan dapat mengenali tokoh dan sumbangan
mereka kepada bidang kognitif dengan lebih baik lagi.

AKTIVITI 1.2

(a)

1.

Apakah yang anda faham tentang definisi kognitif?

2.

Ceritakan pengalaman menarik yang pernah anda lalui bersama


kanak-kanak dari aspek pemerolehan ilmu.

Jean Piaget (18961980)


Piaget berasal dari Switzerland dan memulakan profesionnya dalam
bidang biologi. Beliau mendapat ijazah PhD pada umur 21 tahun.
Penemuan-penemuan Piaget berdasarkan pemerhatian, deskripsi dan
analisis bilangan kecil kanak-kanak. Beliau menumpukan perhatian kepada
3 anaknya sendiri yang dilahirkan antara 1925 dan 1931. Bagaimanapun
pendekatan ini tidak diterima oleh ahli-ahli psikologi lain terutamanya
ahli-ahli psikologi behavioris apabila beliau menerangkan peristiwaperistiwa mental (mental events). Piaget sungguh tertarik dengan cara siput
atau mollusks menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Dengan
menggunakan idea daripada biologi, beliau mengemukakan pendapat
bahawa pembelajaran adalah hasil daripada dua proses utama iaitu
organisasi dan adaptasi. Organisasi adalah satu kebolehan mengklasifikasi
dan menyusun pengalaman dan maklumat (skema), manakala adaptasi
ialah keupayaan menyesuaikan maklumat dengan kehendak-kehendak
persekitaran.

TOPIK 1

PERKEMBANGAN KOGNITIF

Menurut beliau, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat


perkembangan kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza.
Beliau berpendapat persekitaran tidak membentuk kognitif kanak- kanak,
sebaliknya, kanak-kanak membina pengetahuan mereka secara aktif untuk
memahami persekitarannya. Keadaan ini berlaku melalui pelbagai proses
penerokaan, manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya.
Untuk menerangkan dengan lebih lanjut bagaimana kedua-dua proses ini
berlaku, Piaget memperkenalkan empat konsep utama:
(i)

Skema
Piaget yakin bahawa minda manusia adalah seperti tubuh manusia
yang mengandungi perut yang bertanggungjawab terhadap proses
penghadaman atau buah pinggang yang bertanggungjawab terhadap
penapisan bahan buangan daripada darah.
Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan
individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan
persekitaran.
Skema adalah seperti sebuah kabinet yang menyimpan banyak fail
dan setiap fail mewakili satu skema. Apabila seorang bayi dilahirkan
ia mempunyai skema umum dan semakin bayi itu membesar, skema
yang diperoleh semakin meningkat dan skema itu semakin
diperhalusi.
Skema adalah proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan,
menyusun dan mengurus pengetahuan kita.
Satu analogi bagi memahami skema ini adalah sebuah fail yang
mempunyai kategori. Setiap kategori diwakili oleh satu warna. Setiap
warna yang berbeza-beza mewakili kategori yang berbeza.
Contohnya, warna biru untuk satu kategori dan warna merah untuk
satu kategori yang lain pula. Apabila seorang bayi dilahirkan, skema
sedia ada pada bayi itu ialah menghisap susu dan menggenggam.
Apa sahaja benda yang dimasukkan ke mulutnya akan dihisapnya,
seperti puting susu atau jari tangan. Bayi berkenaan masih belum
dapat membezakan yang mana satu akan mengeluarkan susu dan
sebaliknya, kerana hanya ada satu sahaja skema iaitu menghisap.
Lama kelamaan, bayi berkenaan memperoleh pengalaman baru dan
dapat membezakan benda yang boleh mengeluarkan susu dan
sebaliknya. Pada peringkat ini, bayi berkenaan telah memperoleh dua
skema.

TOPIK 1

PERKEMBANGAN KOGNITIF

Rajah 1.2: Seorang bayi menghisap alat permainannya kerana pada peringkat ini
bayi tersebut hanya mempunyai satu skema sahaja. Piaget berpendapat bayi berkenaan
sedang mengasimilasikan alat permainan tersebut ke dalam skema menghisap dan
menggenggam

SEMAK KENDIRI 1.1


1.

Apakah yang anda faham tentang skema?

2.

Bagaimanakah skema berfungsi, memperkaya dan memantapkan


pemahaman kita?

(ii)

Asimilasi
Apa yang dimaksudkan dengan asimilasi adalah:

Asimilasi akan berlaku apabila pengalaman yang dilaluinya


mencapai tahap skema (sesuatu yang bermakna);

Satu proses yang sangat aktif, hanya maklumat-maklumat


tertentu sahaja yang disimpan dalam skema; dan

Ia boleh mengubah maklumat sedia ada. Contoh: apabila saya


mengatakan baju anda berwarna biru, saya akan mengingat yang
baju itu berwarna biru gelap atau biru cair.

Ringkasnya asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang


menyatukan maklumat-maklumat baru atau pengalaman-pengalaman
baru ke dalam skema yang sedia ada, iaitu penyesuaian maklumat
baru ke dalam struktur sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa
kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman.

TOPIK 1

PERKEMBANGAN KOGNITIF

Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon yang semakin


membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Oleh itu, perubahan
yang berlaku adalah secara kuantitatif dan bukan kualitatif.
(iii) Akomodasi
Apabila individu menemui pengalaman baru, dia cuba
mengasimilasikan dengan skema yang sedia ada tetapi tidak berjaya
kerana tidak ada skema yang sedia ada yang sesuai. Oleh itu terdapat
dua pilihan:

Mengubah suai skema sedia ada untuk menerima pengalaman


baru; dan

Membentuk atau mewujudkan skema baru untuk menerima


pengalaman baru.

Kedua-dua proses ini dikenali sebagai akomodasi dan menghasilkan


perubahan kualitatif serta perkembangan skema. Jika maklumat yang
diterima secocok dengan skema yang ada, maka ia akan diserap ke
dalam skema, sebaliknya jika maklumat itu tidak secocok, maka
maklumat itu akan ditolak atau diubah atau diubah suai.
Oleh itu, proses akomodasi berlaku apabila skema yang sedia ada
diubah suai untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau
pengalaman-pengalaman
baru.
Peningkatan
maklumat
dan
pengalaman ini meningkatkan tahap skema sedia ada. Proses ini
berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap
pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu.
Kesimpulannya, akomodasi ialah penciptaan skema baru atau
pengubahsuaian skema yang sedia ada lalu membentuk skema baru
dan hasilnya meningkatlah skema yang sedia ada.

SEMAK KENDIRI 1.2


1.

Huraikan perbezaan antara asimilasi dengan akomodasi.

2.

Bagaimanakah tahap keseimbangan menurut Piaget tercapai?

TOPIK 1

PERKEMBANGAN KOGNITIF

(iv) Keseimbangan
Bayangkan sekiranya seorang kanak-kanak hanya semata-mata
menambah maklumat dan tidak membuat akomodasi atau
sebaliknya. Sudah tentu akan berlaku kerosakan dalam skema.
Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang
menyeimbangkan proses asimilasi dan akomodasi.

kanak-kanak

Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak menerima maklumat


baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya. Sekiranya
ia berjaya, proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia
tidak dapat diserap, maka maklumat itu akan diubah suai melalui
akomodasi skema atau mencipta skema yang baru. Jikalau maklumat
baru itu dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai.
Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari peringkat bayi
sehingga dewasa.
Contoh: individu yang hanya mengasimilasikan dan tidak
mengakomodasi akan menghasilkan beberapa skema besar sahaja.
Dalam keadaan seperti ini, kebanyakan yang diperhatikan adalah
sama dan dia melihat keadaan secara umum sahaja.
Contoh: individu yang hanya mengakomodasi mempunyai banyak
skema kecil. Dia tidak dapat membuat generalisasi kerana setiap
pengalaman adalah skema berlainan dan dia tidak dapat menentukan
persamaan dan kelainan antara skema berkenaan.
Dalam kehidupan seharian, kita sentiasa cuba mewujudkan keadaan
keseimbangan antara kedua-dua proses kognitif berkenaan.

SEMAK KENDIRI 1.3


Berdasarkan
teori kognitif
keseimbangan boleh dicapai?

Piaget,

bagaimanakah

tahap

TOPIK 1

PERKEMBANGAN KOGNITIF

AKTIVITI 1.3

(b)

1.

Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku sekiranya


seseorang itu hanya mengasimilasi atau mengakomodasi?

2.

Jelaskan mengapa kanak-kanak yang melihat seorang bayi


menganggapnya sebagai sebuah anak patung?

Lev Vygotsky (18961934)


Vygotsky (lihat Rajah 1.3) merupakan ahli psikologi Rusia yang bekerja
bersama kanak-kanak kurang upaya. Kajiannya telah menimbulkan minat
yang mendalam tentang isu itu sebagai satu cabang perkembangan
manusia. Teori beliau ini adalah berdasarkan kepada keupayaan kanakkanak menggunakan perantaraan bahasa, sistem nombor dan peta bagi
perkembangan pemikiran mereka. Beliau amat menekankan pengaruh
interaksi sosial dalam perkembangan kanak-kanak.

Rajah 1.3: Lev Vygotsky

Menurut beliau, kemahiran kognitif kanak-kanak diperoleh melalui


bimbingan orang yang lebih dewasa seperti kakak dan abang, serta ibu dan
bapa, atau saudara yang lebih tua, yang menjadi model dan
menstrukturkan pengalaman pembelajaran kanak-kanak. Proses bimbingan
seperti ini kemudiannya dikenali sebagai scaffolding. Pembelajaran ini
menurut beliau akan berlaku dalam zone of proximal development (ZPD)
atau zon pembangunan kedekatan. Pada peringkat ini, sangat sukar bagi
seorang kanak-kanak melakukan kemahiran kognitif dengan sendiri tanpa
bimbingan dan bantuan sesiapa. Lama-kelamaan tahap ZPD ini akan
meningkat.

10

TOPIK 1

PERKEMBANGAN KOGNITIF

Vygotsky berpendapat bahasa merupakan kunci untuk mencapai keadaan


itu. Walau bagaimanapun, beliau bersetuju dengan pendapat Piaget
bahawa kepentingan memberi peluang untuk meneroka dan terlibat secara
aktif bagi kanak-kanak.
Namun bagi Vygotsky, beliau lebih menekankan kepada perlunya
bimbingan orang yang lebih dewasa. Bimbingan yang boleh diberikan
contohnya mengemukakan soalan-soalan, tunjuk cara, penerangan dalam
lingkungan ZPD agar kanak-kanak lebih mudah meneroka maklumat baru
sekalipun kanak-kanak itu datang daripada pelbagai latar belakang.
Zon perkembangan kedekatan menurut Vygotsky adalah jarak antara
kemampuan kanak-kanak melakukan sesuatu tanpa pembantu dan apakah
yang mereka dapat lakukan bagi berinteraksi secara terus dengan
pembantu.
Pendedahan kanak-kanak dengan manusia di sekelilingnya sangat
bermakna kepada perkembangan kognitif, sosial dan kemahiran mengawal
perasaan.
(c)

Albert Bandura (Lahir 1925)


Bandura sangat terkenal dengan Teori Pembelajaran Sosial, salah satu
konsep dalam aliran behaviorisme yang menekankan pada komponen
kognitif, pemahaman dan evaluasi. Albert Bandura (Rajah 1.4) menjadi
ketua American Psychological Association (APA) pada tahun 1974 dan
pernah dianugerahi penghargaan Distinguished Scientist Award pada
tahun 1972.

Rajah 1.4: Albert Bandura

TOPIK 1

PERKEMBANGAN KOGNITIF

11

Beliau mengambil pendekatan mengkaji tingkah laku sebagaimana ia


berlaku dalam keadaan sosial yang sebenarnya. Beliau menerima pendapat
bahawa pembelajaran adalah hasil daripada proses peneguhan, namun
Bandura menegaskan bahawa tingkah laku boleh dipelajari tanpa
kehadiran sesuatu yang berfungsi sebagai peneguhan.
Bandura percaya bahawa kognitif atau proses pemikiran boleh
mempengaruhi pembelajaran melalui pemerhatian. Individu tidak meniru
sepenuhnya tingkah laku orang lain, sebaliknya membuat penilaian
terhadap tingkah laku berkenaan sama ada ingin melakukannya dengan
cara yang sama atau tidak.
Beliau berpendapat individu boleh mengawal tingkah lakunya dengan
membayangkan kesan dan akibat perbuatan berkenaan walaupun belum
mengalaminya. Ia melibatkan proses kognitif. Maka, teori Bandura dikenali
sebagai teori sosial-kognitif. Fokus beliau ialah peranan proses pemerhatian
terhadap tingkah laku orang lain sebagai proses pembelajaran yang
melibatkan kognitif.

AKTIVITI 1.4
1.

Apakah aspek penekanan Vygotsky dan Bandura dalam teori


kognitif mereka masing-masing?

2.

Pada pendapat anda, adakah pendapat mereka sesuai dalam


konteks Malaysia? Berikan ulasan anda.

1.1.3

Ujian Kecerdasan

Menurut Piaget, kecerdasan terdiri daripada:


(a)

Kandungan
Tingkah laku yang boleh diperhatikan; seperti seorang kanak-kanak yang
melihat dirinya sebagai penyebab semua aktiviti (egocentric). Kandungan
kecerdasan berbeza mengikut umur dan antara individu.

(b)

Fungsi
Merujuk kepada proses asimilasi dan akomodasi dan berlaku sepanjang
perkembangan intelektual.

12

(c)

Struktur
Merujuk kepada skema. Seorang kanak-kanak yang mengatakan barisan 8
biji guli lebih banyak berbanding dengan barisan 9 biji guli, kita boleh
membuat kesimpulan bahawa dia tidak mempunyai skema nombor yang
lengkap.

TOPIK 1

PERKEMBANGAN KOGNITIF

Kebanyakan ujian kecerdasan mengukur kandungan dan bukan struktur


atau skema. Ujian kecerdasan adalah pengukuran kuantitatif dan bukan
pengukuran kualitatif. Piaget mencadangkan bahawa ujian kecerdasan
harus mengukur struktur dan kandungan, sekiranya perkembangan
kognitif hendak diukur dengan tepat.

1.2

TEORI KECERDASAN PELBAGAI


HOWARD GARDNER

Howard Gardner berpendapat, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan


manusia, iaitu berdasarkan ujian intelligence quotient (IQ) adalah terlalu terhad.
Justeru, beliau telah mengemukakan teori kecerdasan pelbagai untuk mengukur
potensi kecerdasan manusia. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai
lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak biasa dan istimewa dan kelompok
penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa (special population).
Gardner juga mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi.
Jika kedua-dua ibu bapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ,
tidak semestinya anak-anak mereka bersifat begitu dan sebaliknya. Kajian
terhadap kanak-kanak istimewa mendapati ada antara murid yang lemah daya
ingatannya adalah dilahirkan oleh ibu bapa yang kedua-duanya adalah
profesional. Beliau mengemukakan lapan (pada awalnya tujuh) perbezaan
kecerdasan seperti berikut:

TOPIK 1

PERKEMBANGAN KOGNITIF

Rajah 1.5: Teori kercerdasan pelbagai Gardner


Sumber: htpp://myschoolnet.ppk.kpm.my/bhn_pnp/modul_psv/04

13

14

(a)

Kecerdasan Verbal Linguistik (Bijak Perkataan Penulis)


Kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan sama ada secara
lisan atau tulisan, termasuk kebolehan memanipulasi ayat, gaya bahasa dan
pengucapan dengan baik dan sempurna.

TOPIK 1

PERKEMBANGAN KOGNITIF

Contoh aktiviti: Perbahasan, perbendaharaan kata, ucapan formal, penulisan


kreatif, jurnal, diari, puisi, jenaka dan bercerita.
Kerjaya: Sasterawan, Penyajak, Penceramah, Pensyarah dalam bidang
sastera.
Contoh: Faisal Tehrani, A. Samad Said, William Shakespeare.
(b)

Kecerdasan Logik Matematik (Bijak Nombor/Penaakulan Saintis)


Kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak,
perkaitan, sebab dan akibat (logik). Melibatkan pemikiran saintifik,
termasuk pemikiran secara heuristik, induktif dan deduktif, membuat
inferens, mengkategorikan, generalisasi, perhitungan dan pengujian
hipotesis.
Contoh aktiviti: Penggunaan simbol, rumus, urutan nombor, pola abstrak,
perkaitan sebab dan akibat (logik), penyelesaian masalah, pengurusan
grafik dan pengiraan.
Kerjaya: Ahli matematik, Saintis, Jurutera, Akauntan.
Contoh: Carl Friedrich Gauss, Al-Khawarizmi, Isaac Newton.

(c)

Kecerdasan Fizikal Kinestatik (Bijak Badan Penari)


Berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi,
keseimbangan dan kelenturan badan. Menggunakan anggota badan untuk
meluahkan idea dan perasaan.
Contoh aktiviti: Tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti jasmani,
latihan fizikal, pemain sukan dan seni pertahanan diri.
Kerjaya: Atlet sukan, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon, tentera,
polis.
Contoh: Nicole David, Rosyam Noor, David Beckham, Shazlin Zulkifli,
Muhammad Ali, Jackie Chan.

TOPIK 1

(d)

PERKEMBANGAN KOGNITIF

15

Kecerdasan Visual Spatial (Bijak Gambar Ahli Seni Reka)


Kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual. Peka
terhadap warna, garis, bentuk dan ruang. Berkebolehan menvisual secara
spatial dan mengorientasikan diri dalam matriks ruang.
Contoh aktiviti: melukis, mengecat, skema warna, garis bentuk dan ruang,
mencipta gambaran mental, imaginasi aktif, peta minda, menvisual secara
spatial dan mengorientasikan diri dalam matriks ruang.
Kerjaya: Pelukis, pengukir, arkitek.
Contoh: Hijjaz Kasturi, Pablo Picasso, Leonardo Da Vinci.

(e)

Kecerdasan Muzikal Ritma (Bijak Muzik Ahli Muzik)


Kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasikan dan meluahkan
perasaan melalui muzik. Kecenderungan ini termasuk kepekaan terhadap
ritma, melodi atau kelangsingan suatu hasil muzik.
Contoh aktiviti: Persembahan muzik, bunyi vokal, nyanyian dan drama lagu.
Kerjaya: Komposer, penyanyi, penggubah lagu, pemain muzik.
Contoh: M. Nasir, Yasin, Kitaro, Beethoven, P. Ramlee, Siti Nurhaliza.

(f)

Kecerdasan Intrapersonal (Bijak Kendiri Terapis)


Berpengetahuan kendiri dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri.
Mempunyai gambaran yang tepat tentang diri sendiri, kesedaran terhadap
mood dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan dan
kemampuan untuk mendisiplinkan diri dan jati diri.
Contoh aktiviti: Teknik metakognisi, proses emosi, taakulan tahap tinggi,
disiplin diri dan amalan pemusatan.
Kerjaya: Pengarang, Penyajak, Ahli falsafah, Ahli Motivasi, Pakar
Kaunseling, Ahli Psikologi.
Contoh: H.M Tuah Iskandar, Dato Dr. Fadzilah Kamsah, Howard Gardner,
Jean Piaget.

(g)

Kecerdasan Interpersonal (Bijak Menghadapi Manusia Usahawan)


Kemampuan untuk mendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal
dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan secara pragmatik
terhadap petanda tersebut.
Contoh aktiviti: komunikasi antara individu, latihan kolaboratif, memberi
maklum balas, strategi pembelajaran koperatif dan sedia bekerjasama.

16

TOPIK 1

PERKEMBANGAN KOGNITIF

Kerjaya: Ahli politik, Peniaga, Pengacara, Usahawan.


Contoh: Donald Trump, David Letterman, Aznil Hj. Nawawi.
(h)

Kecerdasan Naturalis (Bijak Semula Jadi Naturalis)


Mengenali, menyusun dan mengkategorikan pelbagai jenis flora dan fauna,
sayang terhadap alam sekitar dan peka terhadap sistem ekologi.
Contoh aktiviti: Mengklasifikasikan bentuk-bentuk semulajadi seperti
haiwan dan spesis tumbuhan, pengetahuan yang diperolehi digunakan
dalam aktiviti perladangan, perlombongan dan lain-lain kerjaya.
Kerjaya: Petani, Ahli botani, Ahli biologi, Perancang bandar, Ahli geologi.
Contoh: Louis Agassiz, David Starr Jordan, Edward D. Cope, Charles
Darwin.

SEMAK KENDIRI 1.4


1.

Apakah yang anda faham tentang teori kecerdasan pelbagai


Gardner?

2.

Bagaimanakah teori ini dapat membantu melonjakkan potensi


kanak-kanak?

1.2.1

Perkembangan Kognitif

Apabila kita membincangkan tentang peringkat perkembangan kognitif, kita


tidak boleh mengetepikan pandangan Jean Piaget dalam soal ini. Beliau percaya
bahawa pemikiran kanak-kanak berkembang dalam satu siri peringkat yang
kompleks dan setiap satunya berkait rapat antara satu sama lain.
Peringkat Perkembangan
Berikut merupakan peringkat perkembangan kognitif Piaget:
(a)

Tahap sensori motor (0 2 tahun);

(b)

Tahap praoperasi (2 7 tahun);

(c)

Tahap operasi konkrit (7 11 tahun); dan

(d)

Tahap operasi formal (11 tahun ke atas).

TOPIK 1

PERKEMBANGAN KOGNITIF

17

Rajah 1.6: Kanak-kanak telah mula mengenali logik dan abstrak dengan bimbingan guru
pada umur 48 tahun. Kanak-kanak mampu menyusun secara bersiri iaitu satu
keupayaan menyusun objek-objek dalam satu siri yang dikehendaki seperti mengikut
panjang atau saiz objek

Sekarang mari kita lihat keterangan setiap peringkat perkembangan kognitif


piaget dalam Jadual 1.1.
Jadual 1.1: Peringkat-peringkat Perkembangan Kognitif Piaget
Umur
02
tahun

Peringkat

Keterangan

Sensori motor Menggunakan pancaindera seperti memerhati, mendengar


dan aktiviti motor untuk meneroka persekitaran.
Pergerakannya banyak bergantung kepada gerak balas
spontan. Persepsi pada peringkat ini bahawa objek hadir pada
masa itu sahaja. Contoh: menangis apabila tidak nampak
ibunya.

26
tahun

Praoperasi

Kanak-kanak mula menggunakan simbol untuk mewakili


pemahamannya sendiri bagi sesuatu objek. Lama kelamaan
kanak-kanak mula memahami perspektif orang lain, membuat
klasifikasi dan menggunakan logik mudah. Pada peringkat
ini kanak-kanak bersikap egosentrik.

612
tahun

Operasi
konkrit

Perkembangan logik kanak-kanak menjangkau jauh ke


hadapan selari dengan perkembangan dalaman operasi
mental seperti penambahan dan penolakan. Kanak-kanak
masih terikat dengan pengalaman-pengalaman spesifik,
namun boleh melakukan aktiviti-aktiviti manipulasi mental
dan fizikal. Walau bagaimanapun, kanak-kanak hanya boleh
melakukan operasi-operasi pada imej dan objek-objek yang
nyata atau konkrit sahaja dan bukan perkara-perkara yang
abstrak seperti erti kebebasan.

12
tahun
ke
atas

Operasi
formal

Pada tahap ini, mereka telah memahami aspek-aspek yang


abstrak dan logik. Mereka boleh membayangkan perkaraperkara yang tidak pernah dilihat atau dialami sebelum ini
dan mampu menyusun idea secara sistematik, berfikir secara
deduktif dan menjangka akibat.

18

TOPIK 1

PERKEMBANGAN KOGNITIF

AKTIVITI 1.5
1.

Jelaskan bagaimanakah teori Gardner dapat membantu kanakkanak bersifat dinamik?

2.

Sekiranya anda sebagai Guru Besar, apakah yang anda akan


lakukan jika terdapat anak murid di sekolah anda yang
cenderung kepada subjek matematik dan sains semata-mata
dan tidak bersungguh-sungguh dalam subjek seni?

SEMAK KENDIRI 1.5


Cuba imbas kembali orientasi pembelajaran anda semasa zaman
kanak-kanak dahulu. Adakah anda diberi peluang meneroka
sebagaimana teori Piaget?

1.3

FUNGSI KOGNITIF

Dalam bahagian pertama kita telah membincangkan tentang definisi dan


perkembangan kognitif mengikut beberapa teori barat. Berdasarkan definisi
tersebut, perkembangan kognitif sangat penting bagi tumbesaran kanak-kanak.
Kepentingan kognitif boleh dilihat melalui beberapa aspek perkembangan
seperti berikut:
(a)

Aspek Sosial
Kanak-kanak melalui pengalaman bersosial apabila mereka bersama-sama
ahli keluarga dan rakan-rakan sebaya. Mereka berinteraksi dengan bahasa
yang hanya mereka sendiri fahami dan memperoleh ilmu dan pengalaman
melaluinya. Proses sosial ini berlaku secara berterusan dan semakin hari
semakin meningkat kemahiran sosialnya.
Berdasarkan teori sosial kognitif Bandura, kanak-kanak memperoleh
kemahiran melalui pemerhatian apa yang terdapat di sekelilingnya.
Maklumat untuk menjadi seorang dermawan misalnya, diperolehnya
melalui perlakuan ibu bapanya yang sering memberi sedekah, atau sifat
sayang kepada haiwan diperolehnya melalui pemerhatian terhadap
bagaimana orang di sekelilingnya menyayangi haiwan. Dalam konteks ini,
beliau menyebut pembelajaran ini sebagai pembelajaran secara
pemerhatian atau pemodelan.

TOPIK 1

PERKEMBANGAN KOGNITIF

19

Persekitaran sosial yang pelbagai akan memperkaya pengalaman dan


kemahiran sedia ada. Menurut Bandura, kanak-kanak yang sentiasa
dikelilingi oleh persekitaran sosial yang positif akan memberi makna dan
pengalaman yang positif kepadanya.
(b)

Aspek Fizikal
Perkembangan fizikal meliputi perkembangan motor kasar dan motor
halus. Perkembangan ini diperoleh melalui pelbagai aktiviti pergerakan
semasa kanak-kanak bermain, berjalan, melompat, berlari dan melakukan
kerja-kerja konstruktif. Skemanya akan terus berkembang dan
pemahamannya akan bertambah mantap. Ini membuktikan bahawa kanakkanak berkenaan telah berjaya mengasimilasi, membuat akomodasi dan
mencapai keseimbangan. Oleh itu, proses mengorganisasikan maklumatmaklumat yang ada dan mengadaptasinya mengikut keadaan persekitaran
menunjukkan skemanya berkembang.

(c)

Aspek Bahasa
Bahasa merupakan aspek penting dalam kehidupan setiap individu. Ia
merupakan alat komunikasi mustahak yang menghubungkan setiap
individu. Pemerolehan bahasa bermula sejak bayi dalam kandungan
ibunya. Apabila ibu bapanya berkomunikasi dan memperdengarkan bayi
berkenaan dengan bahan-bahan rangsangan, sebenarnya bayi berkenaan
sedang memperoleh kemahiran bahasa pertamanya. Apabila dilahirkan,
bayi berkenaan akan mengingat kembali bahasa-bahasa yang pernah
diperdengarkan semasa dalam kandungan. Keadaan ini berlaku apabila
adanya aktiviti berkomunikasi antara ibu bapa dengan bayi berkenaan dan
persekitarannya. Proses yang berterusan ini akan menjadikan bayi
berkenaan memperolehi kemahiran berbahasa. Semakin bayi berkenaan
membesar, pelbagai keadaan akan mempengaruhi pengayaan bahasanya.
Interaksi dengan orang yang ada di persekitarannya juga akan menjadikan
kemahiran bahasanya meningkat hari demi hari.

(d)

Persekitaran
Aspek persekitaran tidak dinafikan mempengaruhi perkembangan kognitif
kanak-kanak. Persekitaran yang memberangsangkan mampu meningkatkan
daya pemikiran, sebaliknya pula persekitaran yang tidak kondusif tidak
akan menggalakkan pemikiran. Menurut Essa (2001), persekitaran di mana
keperluan asas mereka dipenuhi, mesti kaya dengan rangsangan yang sesuai
dan pengalaman sensori melalui pancaindera yang membantu mereka untuk
meneroka dan belajar tentang dunia mereka m.s. 285.

20

TOPIK 1

PERKEMBANGAN KOGNITIF

Persekitaran yang berkualiti memberi impak kepada tingkah laku kanakkanak. Antara faktor persekitaran yang perlu diberi penekanan ialah:
(i)

Susunan peralatan seperti kerusi-meja, alat permainan, rak buku,


rak beg dan rak kasut dan rak alat permainan perlu disusun dengan
teratur bagi memudahkan kanak-kanak untuk mengambil dan
menyimpannya semula.

(ii)

Organisasi organisasi dalaman secara keseluruhannya perlu


mematuhi tahap keselamatan yang ditetapkan. Ini akan memudahkan
dan lebih praktikal bagi kanak-kanak untuk menjalankan pelbagai
aktiviti pembelajaran.

(iii) Saiz sesuaikan dengan bilangan yang akan diambil supaya mudah
bagi kanak-kanak melakukan aktiviti sama ada secara individu
mahupun secara berkumpulan
(iv) Kepadatan (bilangan kanak-kanak mengikut saiz ruang) sesuai
dengan bilangan kanak-kanak dan saiz atau ruang bilik.
(v)

Tahap kebisingan jauh dari pencemaran bunyi sama ada kenderaan


dan sebagainya.

(vi) Warna yang terang dan ceria tetapi tidak menyilaukan mata dan
pandangan.
Kesemua empat aspek tersebut jika dipatuhi akan mewujudkan
persekitaran yang kondusif dan kompeten yang akan meningkatkan
keyakinan diri kanak-kanak. Ruang yang dapat memenuhi keperluan
mereka, perkembangan minda, berpeluang melakukan aktiviti dengan
selamat dan selesa serta terdapat elemen yang lembut seperti beanbag
chairs dan permaidani sangat penting bagi memastikan perkembangan
kognitif kanak-kanak.

AKTIVITI 1.6
Jika anda ingin menubuhkan pusat penjagaan kanak-kanak, apakah
kriteria yang akan anda tentukan untuk memenuhi keperluan
kognitif mereka?

TOPIK 1

1.4

PERKEMBANGAN KOGNITIF

21

OTAK DAN KOGNISI

Dalam subtopik ini kita akan melihat fungsi hemisfera, dan potensi
pembelajaran. Kita akan melihat fungsi hemisfera kiri dan kanan. Selain itu, kita
juga akan meneliti empat faktor yang boleh dikaitkan dengan potensi
pembelajaran kanak-kanak.

1.4.1

Fungsi Hemisfera

Perkembangan otak kanak-kanak mempunyai pertumbuhan yang pesat


sebanyak 75% daripada saiz otak orang dewasa. Pertumbuhan neuron dan
myelination dengan pesat membolehkan maklumat dipindahkan dengan lebih
cekap antara sel otak serebrum adalah pembahagian utama otak yang
menjalankan peranan kritikal dalam proses diskriminasi membuat keputusan,
pembelajaran dan pemikiran. Otak terdiri daripada dua hemisfera yang
diselaputi lapisan luar korteks cerebral; otak sebelah kiri memainkan peranan
dalam bahasa, manakala hemisfera kanan pula berperanan dalam pemikiran dan
penyatuan emosi.

Rajah 1.4: Fungsi-fungsi otak kiri dan otak kanan

22

TOPIK 1

PERKEMBANGAN KOGNITIF

SEMAK KENDIRI 1.6


Terangkan kepentingan hemisfera kiri dan hemisfera kanan dalam
kehidupan seseorang. Mengapa keseimbangan antara hemisfera kiri
dan hemisfera kanan perlu dilakukan oleh individu?

1.4.2

Daya Ingatan

Pada usia awal dua tahun, bayi mengalami perubahan pada sistem motor dan
penglihatan. Keadaan ini membantu mereka mempelajari sesuatu dan sentiasa
mencari peluang apabila sudah mula berjalan. Perkembangan sistem saraf
memberi peluang kepada bayi untuk menggambar dan menyimpannya dalam
unit memori mereka.
Kail (1998), menyatakan bahawa sebarang maklumat perlu disimpan dalam
memori jangka panjang (long-term memory); jika tidak, ia akan hilang. Beberapa
kaedah untuk meningkatkan daya ingatan, ibu bapa atau pengasuh kanak-kanak
perlu menunjukkan atau memperkatakan sesuatu secara berulang-ulang supaya
mereka dapat menerima pembelajaran itu dengan baik. Ini kerana memori bayi
masih lemah. Satu aspek yang membezakannya dengan orang dewasa ialah
metamemori iaitu keupayaan memikirkan apa yang orang lain fikir.
Daya ingatan kita bergantung pada bagaimana strategi individu melakukan
aktiviti memori. Beberapa kaedah yang disarankan oleh para pengkaji adalah
seperti melakukannya secara berulang (rehearsal), menyusun mengikut kategori,
mencatatkan isi-isi penting bagi individu yang lebih dewasa, membuat perkaitan
dengan sesuatu yang lain yang telah menjadi skema kita. Bagaimanapun, daya
ingatan kanak-kanak masih rendah kerana skema mereka masih sedikit.
Contoh pembelajaran yang baik harus diajar kepada bayi supaya direkodkan
dalam memori jangka panjangnya, terutama semasa dia mula bertatih. Penyakit
pelupa pada bayi berkemungkinan terjadi apabila orang dewasa tidak atau
jarang bersama semasa proses pengingatan atau pembelajaran mereka. Pada
masa kini, kanak-kanak lebih digalakkan melakukan aktiviti sendiri dan
meneroka pengalamannya. Dengan cara ini, kita membantu meningkatkan daya
ingatannya.

TOPIK 1

1.4.3

PERKEMBANGAN KOGNITIF

23

Potensi Pembelajaran

Kanak-kanak yang mengalami tumbesaran sihat dan hidup dalam suasana ceria,
penuh dengan kasih sayang daripada ibu bapa dan mereka yang ada di
sekelilingnya akan cenderung menjadi kanak-kanak yang cemerlang. Biasanya
kanak-kanak begini akan menunjukkan potensi pembelajaran yang baik sejak
pada peringkat awal lagi. Antara faktor yang boleh dikaitkan dengan potensi
pembelajaran kanak-kanak ialah:
(a)

Bimbingan dan Galakan Sewaktu Kanak-kanak Membuat Penerokaan


Apabila kanak-kanak mencari peluang dan meneroka maklumat atau
pengalaman, kehadiran ibu bapa atau orang yang lebih tua daripadanya
amat perlu supaya tunjuk ajar dan sokongan dari segi moral dapat
disalurkan secara segera apabila kanak-kanak memerlukannya. Keadaan
ini dapat mengekalkan minat dan semangat inkuiri yang ada dalam dirinya
waktu itu.

(b)

Penggunaan Kedua-dua Hemisfera Kiri dan Kanan Secara Seimbang


Otak kita terbahagi kepada dua bahagian iaitu hemisfera kiri dan hemisfera
kanan. Kedua-dua bahagian ini mempunyai tugas dan peranan masingmasing. Bahagian kiri lebih kepada pencapaian IQ dan bahagian kanan
pula lebih kepada emotional quotient (EQ). Sekiranya kedua-dua bahagian
ini digunakan secara seimbang, maka potensi pembelajaran kanak-kanak
akan meningkat.

(c)

Persekitaran yang Memotivasikan dan Menarik Minat


Persekitaran yang selesa, selamat penuh dengan ciri-ciri kasih sayang,
ruang yang terang dan luas, sesuai untuk aktiviti-aktiviti secara individu
dan berkumpulan. Susunan perabot, rak-rak yang teratur dan kemas,
menggalakkan kanak-kanak sentiasa menjaga kebersihan diri dan
sekitarnya. Pemupukan sikap sebegini perlu diberi sejak awal lagi. Semua
bahan bacaan dan permainan diletakkan di tempat yang sesuai dan rendah
supaya mudah dicapai oleh kanak-kanak sewaktu menggunakannya dan
memulangkannya semula selepas menjalankan aktiviti.

(d)

Peluang yang Diberi oleh Orang di Sekelilingnya


Kanak-kanak yang sentiasa diberi peluang meneroka dan mencuba akan
menjadikannya seorang yang berani, yakin dan sentiasa ke hadapan.
Perasaan inkuirinya turut meningkat dan oleh itu akan melonjakkan
potensi pembelajarannya.

24

TOPIK 1

PERKEMBANGAN KOGNITIF

SEMAK KENDIRI 1.7


Bayangkan bagaimana potensi pembelajaran anda dicungkil.
Adakah faktor persekitaran menyumbang kepada potensi itu?

AKTIVITI 1.7
Rancang satu pelan tindakan yang dapat anda kemukakan kepada
pihak pengurusan agar dapat mengaplikasikan satu strategi
pembelajaran kanak-kanak yang menitikberatkan keseimbangan
fungsi otak kiri dan otak kanan.

AKTIVITI 1.8
Bila saya dengar, saya lupa. Bila saya buat, saya ingat.
Berdasarkan kata-kata hikmat di atas, buat ulasan anda tentang daya
ingatan.

Kognitif dari segi bahasa bermaksud pemerolehan ilmu pengetahuan dan


pengalaman melalui proses berfikir dan penggunaan deria atau kesedaran
mental.

Kognitif merujuk kepada tingkah laku dan aktiviti mental, di mana


pengetahuan diperoleh dan diproses secara aktif melibatkan proses
pembelajaran, persepsi, mengingat dan berfikir.

Antara tokoh-tokoh perkembangan kognitif ialah Jean Piaget, Lev Vygotsky,


Albert Bandura, Howard Gardner, Robert Starnberg, Charles Spearman dan
Urie Bronfenbrenner.

Terdapat empat konsep pemerolehan maklumat dan pengalaman baru


mengikut teori Piaget iaitu skema, asimilasi, akomodasi dan keseimbangan.

Kognitif berfungsi bagi perkembangan fizikal, sosial, emosi dan bahasa


kanak-kanak. Persekitaran yang selamat, kondusif, sihat, dan selesa mampu
meninggalkan impak yang besar kepada perkembangan kognitif kanakkanak secara keseluruhannya.

TOPIK 1

PERKEMBANGAN KOGNITIF

25

Otak manusia terbahagi kepada hemisfera kiri (lebih kepada akademik dan
IQ) dan hemisfera kanan (lebih kepada kreatif dan EQ).

Daya ingatan kita bergantung pada bagaimana strategi individu melakukan


aktiviti.

Potensi pembelajaran kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor bimbingan dan


galakan, peluang yang diberi, fungsi otak kiri dan kanan dan persekitaran.

Akomodasi

Operasi formal

Aktiviti mental

Operasi konkrit

Asimilasi

Pengukuran kualitatif

Egosentrik

Pengukuran kuantitatif

Hemisfera kiri dan kanan

Perkembangan kognitif

Kepelbagaian kecerdasan

Praoperasi

Kesedaran mental

Scaffolding

Keseimbangan

Sensori motor

Metakognisi

Skema

Metamemori

Essa, E. L. (2001). Introduction to early childhood education. (3rd ed.).


USA: Delmar.
Kail, R. V. (1998). Children and their development. USA: Merill Prentice.