Anda di halaman 1dari 3

Perawi Hadith

Subjek: Tafsir Hadith

Abu Zhar al ghifari


Nama:Jundub bin Janadah(asal)
Gelaran:Abu Zhar al ghifari
Ibunya:Ramlah binti Waqiah daripada bani ghifari
Akhlaknya:Antara sahabat yang terawal memeluk agama
islam.
Antara yang mengharamkan arak dan menilik
nasib di zaman jahiliyah.
Terkenal dengan sifat zuhud dan taqwa.
Bersama Umar al-Khattab dalam pembukaan kota qudsi.
Hadith mengenai Abu Zhar: Sabda Rasulullah:Semoga Allah s.w.t.
melimpahkan rahmat-Nya kepada Abu Zhar.Dia berjalan sebatang
kara.Meninggal dunia sebatang kara.Dibangkitkan nanti sebatang
kara.
Wafat:Di Rabadzah(Penempatan terpencil dipadang pasir antara
Makkah dan Madinah).

Latar Belakang

Dalam sejarah Islam Abu Zar Al-Ghifari dikenali sebagai sahabat


yang paling bersikap terbuka dan berterus terang. Beliau sangat
tegas dalam menyatakan kebenaran, tanpa ragu-ragu kepada
sesiapa saja tanpa mengira mereka adalah kawan atau
sebaliknya. Jiwanya suci, bersih dan kehidupannya amat mudah.
Abu Zar tidak suka kepada kehidupan yang bermewah-mewah.
Semasa pemerintahan Khalifah Othman, masyarakat Islam mula
suka mengumpul harta dan menjalani kehidupan yang mewah
dan bermegah-megah. Keadaan ini sangat meresahkan Abu Zar
kerana ianya bertentangan dengan prinsip kehidupannya yang
sangat sederhana. Ini menyebabkan beliau banyak mengkritik
cara pemerintahan Khalifah Othman, dan seterusnya
mewujudkan suasana tegang antara beliau dan pemerintah.
Akhirnya beliau diminta oleh Khalifah Othman untuk tinggal di
kawasan terpencil bernama Rubza di luar kota Madinah bagi
mengelak gangguan berterusan daripadanya.