Anda di halaman 1dari 6

Pengenalan

Tangki air jitu dipersepsikan sebagai sesuatu bangunan ataupun alat


untuk menyimpan air bagi maslahat penduduk yang tinggal di sekitarnya
dengan memastikan air bekalannya sentiasa mencukupi. Sejak tamaduntamadun awal lagi, tangki air wujud samada untuk mengairi kawasan
tanaman mahupun untuk menyimpan air. Kini, tangki air boleh dijumpai di
serata dunia walaupun diperbuat dari bahan yang berbeza dan berbentuk
berbeza-beza .tangki air bukanlah sebuah empangan dan hanya
mengumpulkan air yang datang dari sumber-sumber air untuk sementara
waktu dan kemudian menyalurkan kepada kawasan perumahan ,
perindustrian ataupun pertanian.
Bukti bahawa tangki air telah wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu
ialah kewujudan baray di tamadun Angkor. Baray merupakan tempat
takungan air buatan manusia yang meyerupai tasik yang luas. Pada musim
hujan, air ditakungkan supaya dapat disalirkan pada musim kemarau untuk
mengairi sawah padi selain dijadikan air minuman.
Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada pembinaan tangki air
merupakan cuaca harian dan taburan hujan yang tidak sekata. Sumber air
seperti sungai akan mengering semasa kemarau berlaku, maka tempat
simpanan air diperlukan dan tangki air dibina. Di sebuah kawasan pertanian
di negara-negara yang agak kering, sumber air tidak dapat diperolehi
dengan mudah. Oleh itu, tangki air amat diperlukan untuk menyimpan air di
tempat berkenaan. Selain itu, kawasan perindustrian berat memerlukan air
yang banyak dan berterusan. Jika terus bergantung kepada air yang
disalurkan terus daripada empangan yang beratus kilometer jauh
daripadanya, semestinya bekalan air tidak konsisten. Oleh yang demikian,
tangki air diperlukan untuk menjamin air dapat dibekalkan dengan terus
walaupun pada musim kemarau. Di kawasan peumahan yang berada jauh
daripada empangan air, air menghadapi kesukaran untuk sampai ke paippaip di rumah tersebut kerana tekanan. Masalah ini boleh diatasi dengan
tangki air kerana air dari empangan di pam ke tangki air yang lebih tinggi
daripada rumah-rumah. Oleh itu, air akan disalurkan dengan tekanan yang
tidak begitu rendah kepada penduduk.
Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk membina tangkitangki air yang baru di negara kita. Antaranya meningkatkan kualiti bahan
yang digunakan supaya tangki dapat menahan tekanan air yang tinggi dan
tidak mudah bocor. Kerajaan juga telah mengupah jurutera pakar
dari negara lain untuk mengkaji kelemahan struktur tangki air dan
memperbaikinya. Kerajaan juga telah memastikan air di dalam tangki air
tidak tercemar dengan menutup tangki air tersebut dengan baik. Disamping
itu, kerajaan juga telah memastikan kestabilan dan kekukuhan tangki air
supaya tangki tersebut tidak roboh dan memperbahayakan nyawa
penduduk.
Tangki air telah memainkan satu peranan yang besar kepada
kehidupan seharian kita. Tanpa tangki air, ekonomi negara pasti terjejas
kerana sektor perindustrian berat dan pertanian tersekat. Tangki air juga

telah menyingkiran keperluan kami untuk menggorek perigi mahupun


mengumpul air. Konklusinya, tangki air amat penting kepada kita dan
negara.
Pada pendapat saya, projek metematik tambahan ini bukan sahaja telah
mematangkan fikiran saya dalam membuat sesuatu keputusan malah ia
telah mengajar saya untuk berfikir secara kritis dan kreatif dalam
menyelesaikan sesuatu kemelut. Soalan-soalan yang berputar belit dan
kompleks telah memanfaatkan saya dan semua calon matematik tambahan
spm yang membuat projek ini kerana ia membantu mereka menonjolkan
daya pemikiran mereka dan melatih mereka untuk menjawab soalan yang
sukar semasa peperiksaan SPM pada bulan November kelak.
Projek ini mencanaikan obligasi baru yang positif semasa
menyelesaikan masalah yang serius. Semangat ini amat penting dalam
kehidupan dan mengajar saya untuk tidak berputus asa dan bergantung
kepada diri sendiri. Kerja khusus matematik tambahan ini juga mengajar
saya untuk fikir secara tenang dan mendalami akar umbi masalah dan
bukannya berasa gelisah.
Tidak dapat dinafikan bahawa projek ini telah memberi peluang
kepada saya untuk mengaplikasikan formula-formula yang saya belajar di
dalam kelas dan buku ke atas kejadian dalam kehidupan seharian. Saya dan
pelajar-pelajar lain juga telah menimba sedikit ilmu tentang pembinaan
bangunan seperti tangki air yang merupakan asas kepada kejuruteraan. Ini
sudah pasti membantu saya mahupun pelajar lain yang berpotensi menjadi
jurutera untuk mendedahkan diri kepada kejuruteraan asas. Formula-formula
kalkulus asas yang digunakan pasti akan membantu pelajar yang mungkin
mengambil khusus kalkulus dalam universiti atau tingkatan 6.
Di samping itu, daya fikiran saya juga diuji dalam kerja khusus
ini apabila menjawab soalan dengan menggunakan beberapa kaedah dan
soalan KBKK seperti memberi cadangan untuk mangatasi masalah
kekurangan air dan aspek aspek pembinaan tangki air. Fikiran yang logik
amat diperlukan dalam penyelesaian masalah seperti berikut bedasarkan
alasan-alasan yang kukuh.
Projek matematik tambahan telah memantapkan sifat
bertanggungjawab saya. Saya faham bahawa untuk melaksanakan dan
menghabiskan tugasan yang diberi dengan sempurna. Di samping itu, secara
tidak lansung projek ini mengajar saya untuk menepati masa. Oleh
disebabkan projek ini perlu dihabiskan dalam masa 3 minggu , maka saya
tidak boleh menanguhkan kerja ini. Selain itu, projek ini telah menanam sifat
kerajinan. Usaha yang dilakukan untuk menghabiskan projek ini perlulah
tekun, cekal , gigih dan dedikasi.
Projek ini juga telah melatih saya untuk mencari maklumat-maklumat
daripada pelbagai media-media seperti internet dan buku rujukan. Selain itu,
saya juga akan bersikap lebih berjimat cermat dalam penggunaan air dimana
projek ini mangajar saya untuk meminimumkan kadar penggunaan air untuk
mengelakkan pembaziran dan kekurangan air.

Akhir sekali, sikap bekerjasama dapat dipupuk melalui projek ini semasa ahliahli kumpulan bersama-sama berbincang tentang kaedah yang hendak
digunakan , dapatan dan langkah-langkah afdal untuk penyelesaian masalah
secara KBKK. Kami juga berpeluang berbincang soalan dengan
menggunakan teknologi internet terkini seperti video conferencing dan
perkongsian data-data.
Inferensnya, projek ini telah memanfaatkan kami sebagai pelajar
dalam memupuk kemahiran-kemahiran berfikir, berkerjasama, mencari
maklumat dan menyelesaikan masalah. Dengan itu, saya memperturunkan
heuristiknya semua soalan dalam Tugasan Kerja Projek Matematik Tambahan
tingkatan 5.
Memahami Masalah
Diberi sebuah tangki air berbentuk silinder yang jejarinya 5meter dan
tingginya 3meter. Saya dihendaki mencari isipadu air yang keluar daripada
tangki dalam masa sejam apabila aras air menurun sebanyak 0.1cm setiap
minit. Selain itu, saya juga perlu menentukan masa yang diambil untuk
kesemua air didalam tangki tersebut jika paras air menurun dengan kadar
0.1cm per minit. Di samping itu, saya juga dihendaki mencari had
penggunaan purata air penduduk supaya tangki air tidak kering selama tiga
hari. Saya juga perlu mencari kadar penurunan aras air apabila tangki
tersebut bocor. Tidak kurang daripada itu, saya juga dihendaki mencari
langkah-langkah untuk mengelakan masalah kekurangan air. Saya juga
dihendaki mencari bentuk dan ukuran tangki air yang paling sesuai.
Merancang Strategi Penyelesaian
Kaedah pembezaan untuk mengira isipadu air yang keluar dalam masa satu
jam ;Untuk mengira isipadu air yang keluar dalam masa satu jam saya
menggunakan formula
dimana ialah kadar perubahan isipadu air dalam tangki air ,
ialah kadar isipadu air kepada aras air dalam tangki., dan
ialah kadar aras air berubah , yang telah diberi iaitu -0.1 cm min-1.
Maka X 1jam adalah isipadu air yang keluar dalam masa satu jam
Kaedah cuba-cuba untuk mengira isipadu air yang keluar dalam masa satu
jam ;Dengan menukar unit aras air kepada m jam-1 dan mendarabkan dengan
luas kawasan permukaan tangki air, kita dapat mencari isipadu air yang
keluar dalam masa sejam.
Formula,
Pengurangan aras air sejam X Luas permukaan air dalam tangki
= Isipadu air yang keluar dalam masa sejam.
Kaedah Kalkulator untuk menentukan masa untuk tangki kering;
Dengan menggunakan formula ;
Isipadu air yang akan keluar dari tangki atau dalam senario ini, kesemua air
di dalam tangki = kadar isipadu air yang keluar dalam masa 1 jam X masa
dalam unit jam.

Oleh itu , saya boleh mengira masa untuk tangki kering dengan isipadu
dengan membahagikan jumlah isipadu air maksimum dalam tangki air
dengan kadar isipadu air yang keluar per jam.
Kaedah Cuba-Cuba untuk menentukan masa untuk tangki kering;
Dengan menggunakan formula ;
Perubahan aras air dalam tangki tersebut dalam satu tempoh masa yang
tertentu atau dalam senario ini, tinggi aras air maksimum dalam tangki
air tersebut
= Kadar penurunan aras air dalam per minit X masa dalam unit minit.
Oleh itu saya boleh mengira masa dalam unit minit untuk air dalam tangki
air kering dengan membahagikan tinggi aras air maksimum dengan kadar
penurunan air per minit.
Kaedah Kalkulator untuk menentukan had penggunaan air purata seorang
penduduk;
Dengan membahagikan isipadu air dalam tangki dengan bilangan penduduk
dan masa , saya dapat mencari isipadu maksimum yang patut
digunakan oleh penduduk di sebuah rumah. Untuk mencari had
penggunaan air purata sehari , isipadu air dalam tangki/200 rumah
dibahagikan dengan 3hari. Untuk mencari had penggunaan air purata
sejam, isipadu air dalam tangki/200rumah dibahagikan dengan 72jam.
Kaedah graf untuk menentukan had penggunaan air purata seorang
penduduk;
Saya boleh mencari had penggunaan air seorang penduduk dengan
memplotlan graf isipadu air dalam tangki/200 rumah iaitu isipadu air yang
disyorkan untuk setiap rumah lawan masa. Untuk mencari had penggunaan
air purata sehari , masa adalah dalam unit hari manakala Untuk mencari had
penggunaan air purata sejam , masa adalah dalam unit jam.
Namum begitu, jawapan tidak begitu tepat.
Kaedah pembezaan untuk perubahan kadar aras air yang menurun:
Dengan menggunakan formula
, kita dapat mencari jawapan.
dimana ialah kadar perubahan isipadu air dalam tangki air iaitu isipadu air
yang keluar dari tangki dalam sesaat
ialah kadar isipadu air kepada aras air dalam tangki., dan
ialah kadar aras air berubah yang perlu dikira
Kaedah Cuba-Cuba untuk perubahan kadar aras air yang menurun:
Dengan mengira kadar isipadu yang keluar dari tangki dalam masa satu
saat. Kita boleh mengenal pasti kadar penurunan aras air dalam tangki
dengan menggunakan formula ;
Kadar isipadu air yang keluar = Luas keratan rentas tangki air x kadar
penurunan aras air dalam tangki.
Kadar penurunan aras air = Kadar isipadu air keluar luas kerantan rentas
tangki air
Kaedah yang digunakan untuk mencati kos bahan
Langkah pertama ialah untuk mencari nisbah ukurannya. Bagi silinder,
kaedah pembezaan digunakan untuk mencari nisbah jejari kepada tinggi.

Iaitu, membezakan luas permukaannya kepada isipadu supaya jumlah luas


permukaan adalah minimum tetapi isipadunya maksimum. Selepas
itu, keseluruhan isipadu tangki air dikira termasuklah isipadu bahanbahan. Seterusnya, isipadu bahan dikira dengan menolak isipadu
keseluruhan dengan isipadu air iaitu 1000m. Selanjutnya, Kos bahan danm
kos penutup dihitung.
Konjektur
Disebabkan oleh populasi penduduk di Malaysia yang semakin meningkat,
kadar penggunaan air juga telah meningkat di kawasan-kawasan
perumahan. Oleh sebab itu, tangki air seperti tangki air silinder berukuran
tapak jejari 5m dan tinggi 3m kerap dibina di kawasan perumahan.
Kemelut yang paling serius yang dihadapi oleh tangki-tangki air
merupakan kadar penggunaan air yang terlalu banyak bebanding dengan
kadar sumber air membekalkan air kepdanya sehingga mungkin
mengosongkan tangki tersebut. Jika senario di atas berlaku, penduduk
mungkin menghadapi kekurangan air dan ini akan menyebabkan kerugian
kepada sektor perindustrian Malaysia. Walaubagaimanapun, kejadian ini
boleh dielakan dengan mengira kadar penggunaan air dan seterusnya
menambahkan saiz tangki dan kadar bekalan air. Pengiraan ini boleh
dilakukan dengan kaedah perbezaan dan kaedah cuba-cuba. Kaedah
perbezaan boleh digunakan untuk mengira kadar isipadu air yang keluar dari
tangki dan kemudiannya digunakan untuk menentukan jumlah isipadu yang
keluar selepas satu tempoh masa dengan mendarabkan dengan tempoh
masa. Kadar isipadu air yang keluar merupakan hasil darab antara
pembezaan isipadu tangki air terhadap tinggi dengan kadar aras air
menurun iaitu dI/dh=dI/dh x dh/dt. Jika menggunakan kaedah cuba-cuba,
kadar isipadu yang keluar dapat dikira dengan mendarab kadar aras air yang
turun dengan luas air dalam tangki tersebut.
Selain itu, kebanyakan tangki air juga berhadapan dengan
masalah apabila bekalan air putus dimana air yang berada didalam tangki
akan habis selepas seketika masa. Walaubagaimanapun, kita boleh
menganggar
tempoh
bekalan
tersebut
akan
habis
dengan
menghubungkaitkan paras air tangki tersebut sebelum bekalan air teputus
dengan kadar penggunaan air. Di samping itu, dengan mengira jumlah
isipadu air tangki sebelum bekalan air terputus dan kadar isipadu air
digunakan, kita boleh mengira masa yang diperlukan untuk tangki tersebut
kering.
Untuk memaksimumkan tempoh untuk tangki air tersebut kering,
penduduk-penduduk perlu meminimumkan kadar penggunaan air mereka.
Dalam kawasan perumahan yang mempunyai 200 buah rumah, kadar
penggunaan air maksimum mereka supaya tangki tidak kering selama 3 hari
boleh dikira dengan membahagikan Jumlah isipadu air didalam tangki
kepada 200buah rumah dan 3 hari bagi mengira had penggunaan air sehari
dan 72 jam bagi mengira had penggunaan air sejam. Kaedah graf juga boleh
digunakan dengan graf Isipadu air bagi setiap rumah(iaitu isipadu maksimum
tangki air bahagi 200rumah)/m3 lawan masa/hari.

Namun begitu, kaedah graf kurang jitu dan tepat berbanding dengan cara
pertama. Dengan mengggunakan kedua-dua cara ini, kita boleh mencari
purata isipadu maksimum yang boleh diggunakan oleh seorang penduduk
supaya air dalam tangki air tidak habis
Tangki air akan menjadi kering lebih cepat apabila berlakunya
kebocoran. Impak daripada kehilangan air yang banyak adalah kerugian
duit dan kekurangan air oleh sebab air akan kehabisan dengan lebih cepat.
Kadar penurunan paras air akan meningkat rentetan daripada kadar
kehilangan isipadu air + kadar penggunaan isipadu air. Kadar penurunan
paras air dapat dianggar dengan menggunakan kaedah pembezaan dan
kaedah cuba-cuba yang telah dinyatakan di atas . Kita boleh mencari
hubungan kadar isipadu air yang keluar dengan kadar aras air dalam tangki
menurun dengan menggunakan formula kadar isipadu air yang keluar adalah
hasil darab luas keratan rentas tangki air dan kadar penurunan aras. Maka
kadar aras air yang turun adalah hasil darab antara kadar isipadu air yang
keluar dengan luas keratan rentas tangki tersebut. Selain itu, Kita juga boleh
mendapat kadar aras air yang keluar dengan menggunakan kaedah
pembezaan iaitu , dI/dt = dI/dh x dh/dt .Maka Kadar aras air berubah ialah
dh/dt= dI/dt dI/dh .
Kadar penggunaan air yang banyak, kebocoran tangki air dan masalah
bekalan air boleh membawa kepada masalah kekurangan air. Demi
membendung masalah kekurangan air , terutamanya semasa kemarau dan
bekalan air tidak dapat dibekalkan dengan kerap, penduduk-penduduk perlu
melakukan pelbagai perkara seperti menjimat air. Bukan sahaka penduduk
tetapi kerajaan juga haras mengambil beberapa langkah yang molek untuk
menangani masalah ini.
Dalam pembinaan sebuah tangki air yang baru, beberapa perkara
harus dikaji dahulu. Terutamanya saiz , ukuran dan bentuk tangki yang
paling optimum dan ideal. Kos bahan tangki tersebut haruslah lebih murah
tetapi isipadu air yang ditampungnya tidak berkurang.
Dari segi kestabilan pula, tangki tersebut harus mempunyai pusat graviti
yang rendah supaya tidak mudah jatuh apabila berlaku gempa bumi. Selain
itu, tangki tersebut juga mestilah bersifat aerodinamik supaya tidak jatuh
apabila angin taufan atau angin yang kencang ada.
Kos pembinaan tangki tersebut juga harus dipertimbangkan.
Dengan keseluruhannya, saya perlu mencari hubungan kadar aras
air berubah dengan kadar isipadu air yang keluar. Masa yang diambil untuk
tangki kering dan penggunaan air yang maksimum supaya tangki air tidak
cepat kering. Saya juga memberi cadangan untuk mengatasi masalah
kekurangan air dan mencari bentuk tangki air yang paling ideal.

Anda mungkin juga menyukai