Anda di halaman 1dari 6

TAJUK KAJIAN

MASALAH MENULIS HURUF JAWI BERSAMBUNG SUKU KATA


TERBUKA JAWI DAPAT DIATASI MELALUI KAEDAH LATIH TUBI DI
KALANGAN MURID TAHUN TIGA

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil karya


saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya .

Tarikh :

.............................................................
SARIFAH BINTI RAMNAH
No. Matrik : 730227125608001

ii

DEDIKASI

Teristimewa untuk Allahyarhamhuma kedua ibu dan ayah yang sentiasa


mendoakan kejayaan dan kebahagiaanku,
Buat suami tersayang Abdul Motalip Bin Bakar yang selalu memberi
sokongan dan semangat,
Dan
Untuk anak-anak :
Nafisah Huda
Mirza Hafiz
Nadhirah Karmila
Nafizah Nadhrah
Muhd Haikal Hakimi
Nazirah Kamalia
Teristimewa buat Allahyarhamah Anak Sulungku :
NABILAH JEHAN (07/12/1995 06/09/2014)
Semoga sentiasa menjadi anak-anak yang soleh,
berbakti kepada ibu dan bapa
serta mendapat keberkatan dan kejayaan di dalam kehidupan.
Juga
Kepada keluarga dan rakan-rakan yang banyak membantu.

iii

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala pujian di rafakan ke hadrat Allah S.W.T yang memberi


kekuatan dan keazaman serta dengan limpah dan izinNya maka Laporan Projek
Kajian Tindakan ini dapat disempurnakan.
Saya dengan seikhlas hati ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan khususnya
kepada tutor penyelia projek kajian tindakan ini iaitu Ustazah Hamidah Bt. Hj.
Uthman, di atas bimbingan, teguran, tunjuk ajar, nasihat dan panduan yang telah
dihulurkan sepanjang tempoh penyelidikan kajian ini dijalankan.
Ribuan terima kasih tidak terhingga juga saya ucapkan kepada beliau kerana terus
memberi nasihat, teguran dan bimbingan tanpa jemu-jemu sehingga kajian tindakan
ini sempurna dilaksanakan.
Sekalung penghargaan juga kepada Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah
membiayai pengajian selama ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Guru
Besar En. Jamail Masdor dan juga guru-guru serta murid-murid SK Muhibbah,
Kudat yang sudi memberi kerjasama dan maklumbalas dalam saya menyiapkan
tugasan kajian ini.
Akhir sekali tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa
membantu, memberi dorongan serta sokongan menyiapkan laporan kajian tindakan
ini.

Terima kasih.

iv

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk melihat masalah menulis dan membaca huruf
bersambung suku kata terbuka Jawi di kalangan murid Tahun Tiga SK.Muhibbah,
Kudat. Subjek kajian seramai 15 orang pelajar Tahun Tiga SK.Muhibbah,
Kudat.Kaedah penyelidikan eksperimen digunakan untuk mengumpul data. Alat
kajian yang digunakan ialah: (i) Ujian menulis huruf tunggal Jawi yang menguji
pengetahuan sedia ada pelajar, ujian kemahiran menulis huruf bersambung suku kata
jawi (ii) Soal selidik, iaitu tentang latar belakang pelajar, minat pelajar terhadap
Pelajaran Jawi (iii) Soal selidik, iaitu cara pelajar belajar Pelajaran Jawi dan cara
guru mengajar Pendidikan jawi. Dapatan kajian mendapati bahawa: (i)

Pelajar

menghadapi masalah menulis huruf bersambung dalam suku kata terbuka jawi. (ii)
Terdapat hubungan yang signifikan antara masalah menulis huruf bersambung
dengan kaedah yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Dapatan juga dapat menunjukkan sama ada pelajar itu berada dalam kategori lemah,
sederhana atau baik dalam menulis huruf bersambung suku kata terbuka Jawi
menggunakan kaedah latih tubi. Hasil kajian, para pelajar menunjukkan peningkatan
yang ketara melalui perbandingan antara ujian Pra dan Pos. Para pelajar juga didapati
berminat dengan aktiviti pembelajaran yang dijalankan.

ISI KANDUNGAN

HALAMAN

PENGAKUAN

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

BAB 1
1.1 Pengenalan
1.2 Pernyataan Kajian
1.3 Tujuan Kajian
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Kerangka Konsep/Teori Penyelididkan
1.7 Kepentingan Kajian
1.8 Definisi Istilah
1.9 Batasan Kajian

01
02
03
04
04
05 - 06
06
07 - 09
09

BAB 2
2.0

TINJAUAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

10

2.1.1 Konsep Jawi

10

2.1.2 Teknik Latih Tubi

11

Kajian lepas dalam Negara

12 - 13

2.2

2.2.1 Konsep kurikulum Pendidikan

12

2.2.2 Konsep Kurikulum Pendidikan Islam

13

2.3

Sumber Literatur

14

2.4

Kajian Berkaitan

15 -18

2.4

Rumusan

19

BAB 3
3.0

METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1

Pengenalan

3.2

Reka bentuk kajian

20
20 - 21
vi

3.3

Sampel kajian

22

3.4

Lokasi Kajian

22

3.5

Instrumen kajian

22

3.6

Tatacara pemerolehan data

22

3.6.1 Ujian Pra dan Pasca

23 - 24

3.6.2 Pemerhatian

24 - 25

3.6.3 Temu bual

25 - 26

3.6.4 Soal selidik

26

3.6.5 Ujian

27

3.6.6 Soal selidik

27

3.7

Tatacara menganalisis data

27

3.8

Kesimpulan

28

BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
~ Lampiran A : Borang Soal selidik respondan
~ Lampiran B : Gambar Rajah dapatan respondan
~ Lampiran C : Rekod Pemerhatian
~ Lampiran D : Senarai semak

vii