Anda di halaman 1dari 8

1.

DOSA-DOSA BESAR
YANG MEMBAWA
KEMURKAAN ALLAH

PENGERTIAN

Dosa ialah balasan buruk kerana melakukan larangan Allah S.W.T. dan
meninggalkan suruhan-Nya.

Asi -Orang yang akil baligh yang melanggar hukum Allah

Dua Jenis Dosa:


Dosa besar:kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan
di akhirat seperti minum arak, berzina, membunuh
Dosa kecil: kesalahan yang tidak diberikan peruntukan hukuman
tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat seperti bercakap yang siasia

Faktor Manusia Melakukan Dosa


1.terpengaruh dengan perangai kawan yang jahat
2.ingin kehidupan bebas tanpa batasan agama
3.angkuh dan saombong kerana harta dan pangkat yang dimiliki
4.memandang ringan dengan peringatan azab di akhirat

Dosa-Dosa Besar Yang Mesti Dihindari

Menghina Dan Menderhaka Ibu Bapa

Antara Perbuatan Menderhaka Kepada Ibu Bapa:


melawan percakapan mereka
meniggikan suara ketika bercakap
tidak dengar nasihat dan teguran mereka
melayan mereka dengan kasar

Menipu Dan Berbohong


Menipu ialah melakukan helah untuk kepentingan diri sendiri dan
memudaratkan orang lain
Berbohong ialah tidak jujur atau memalsukan sesuatu maklumat
Menipu boleh terjadi melalui kata-kata dan perbuatan seperti
memalsukan dokumen
Mencuri Dan Merompak

Mencuri ialah mengambil hak orang lain secara sembunyi yang disimpan di
tempat simpanan tanpa izin. Hukuman hududnya dipotong tangan

Merompak ialah mengambil hak orang lain secara kekerasan yang disimpan
di tempat simpanannya tanpa izin

Kesan Perbuatan Mencuri Dan Merompak:


masyarakat hidup tidak aman dan tenteram

dipandang hina oleh orang

dipulau dan disisihkan masyarakat

timbul pergaduhan dan permusuhan

negara tidak aman dan tenteram

Riba

Riba ialah faedah, lebihan atau pertambahan bayaran dalam proses


pertukaran barang, wang, hutang-piutang dan sebagainya

Jenis2 Riba:
riba Al-fadl: pertambahan berlaku kerana pertukaran barang yang sama
jenis seperti pertukaran beras dengan beras
riba an-nasiah: pertambahan yang berlaku kerana menangguhkan
tempoh bayaran

Hikmah Pengharaman Riba:


membanteras kezaliman dan penindasan sesama manusia
mewujudkan kestabilan ekonomi
melahirkan sikap bantu-membantu dan tolong menolong
mencegah sifat pentingkan diri sendiri

Makan Harta Anak Yatim

anak yatim ialah kanak-kanak yang kematian bapa sebelum umur baligh

menjaga harta anak yatim adalah amanah dari Allah

Sebab Dilarang Makan Harta Anak Yatim:

anak yatim akan kehilangan punca pendapatan apabila dewasa

mengelakkan anak yatim hidup terbiar kerana tiada harta

mengelakkan berlakunya permusuhan yang memeutuskan silaturahim

mencabuli hak anak yatim sebagai pewaris harta

Lari Dari Medan Perang

perang jihad ialah peperangan antara orang Islam dengan kafir bagi
mempertahankan kesucian agama Islam

setiap rakyat yang baligh dan berakalserta berkeupayaan menyertai


jihad wajib mempertahankan kesucian Islam

orang yang lari dari medan perang adalah berdosa besar

Akibat Lari Dari Medan Perang:

dipandang hina

umat Islam ditindas

balasan neraka

merendah martabat agama dan umat

Mengumpat Dan Memfitnah

mengumpat bererti mengata atau menceritakan keburukan seseorang semasa


ketiadaannya dan boleh menimbulkan kemarahan apabila dia mendengarnya

memfitnah ialah melemparkan tuduhan kepada seseorang tanpa bukti

Sebab Mengumpat Dan Memfitnah:

ingin lihat orang menderita dan susah

tidak mahu mengakui kelebihan orang

takut persaingan hidup

sikap buruk sangka terhadap orang

Akibat Mengumpat Dan Memfitnah:

dibenci dan dipandang hina

berlaku pergaduhan dan permusuhan

masyarakat Islam mundur

hidup menderita dunia dan akhirat

Cara Mengatasinya:

menyemai kasih sayang sesama Islam

reda dengan ketentuan Allah

sentiasa muhasabah diri

meningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan dan beramal soleh