Anda di halaman 1dari 2

JAWATANKUASA LINUS

SK KAMPUNG KUDONG

KERTAS KERJA
PROGRAM SEMINIT
BERHARGA
(LITERASI DAN NUMERASI)

1.0

Pendahuluan

Program Seminit Berharga merupakan satu alternatif bagi mengisi waktu


senggang di antara pertukaran guru di dalam kelas. Murid-murid akan dilatih
untuk memanfaatkan waktu tersebut dengan aktiviti yang telah dirangka khas
untuk murid.
2.0
Butiran Program
Program ini akan dijalankan sepanjang tahun.
3.0

Objektif
3.1Membantu murid meningkatkan penguasaan asas literasi dan numerasi
3.2Sebagai satu cara memenuhi masa senggang di antara pertukaran guru
3.3Melatih murid untuk berdisiplin dan mematuhi peraturan di sekolah
3.4Memupuk sifat menghargai masa yang terluang

4.0
Metodologi dan Modul
(Rujuk Lampiran 1 untuk Modul)
4.1Seorang murid menjadi guru di hadapan kelas.
Seorang murid terpilih akan membaca modul yang dibekalkan dengan
kuat diikuti oleh rakan-rakan yang lain. Murid akan bertukar giliran
sehingga guru baru masuk ke kelas.
4.2Ujian pantas
Guru yang baru masuk ke kelas akan memilih murid secara rawak untuk
menguji apa yang telah dilakukan sewaktu Program Seminit Berharga tadi.
5.0
Penyertaan
Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 3
6.0
Penutup
Diharapkan program ini akan dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen
daripada guru dan murid seterusnya dapat membantu mengisi masa senggang
dan meningkatkan lagi tahap penguasaan murid dalam kemahiran asas literasi
dan numerasi.
Disediakan oleh
..
---------------------(AFZAN FITRI BIN SAFEE)
YAACOB)
Setiausaha
Jawatankuasa LINUS
SK Kampung Kudong

2 | Page

Disahkan oleh
-----------------(ROSNAH
Pengerusi
Jawatankuasa LINUS
SK Kampung Kudong

BTE