Anda di halaman 1dari 16

1.

Pengenalan.
Guru juga adalah model dalam kelompok masyarakat

dunia. Tindak tanduk guru akan dinilai dan diikuti tanpa dipaksa.
Inilah pengaruh guru yang tiada batasnya. Jika dilihat secara teliti,
pengaruh guru tidak terkesan pada ilmu yang disampaikan sematamata, malah setiap perkataan dan perbuatan akan membawa
makna kepada anak bangsa. Lantaran itu, semangat dalam
melaksanakan tugas sebagai pendidik harus dilengkapi dengan
nilai-nilai etika dan sikap profesionalisme agar martabat seorang
guru layak diterima. Bagi melengkapi ciri-ciri seorang guru yang
diidamkan

negara,

Kod

Etika

Profesionalisme

Keguruan

dan

akauntabiliti guru di Malaysia wajar dijadikan panduan utama oleh


semua guru. Justeru itu, menerusi penulisan esei ini saya akan
menghuraikan

secara

menyeluruh

panduan tersebut dan rasionalnya

tentang

kedua-dua

Kod Etika

garis

Profesionalisme

Keguruan serta akauntabiliti guru wajar direalisasikan dalam arena


pendidikan negara.
Perkataan etika berasal daripada bahasa Greek yakni
ethos yang membawa maksud sikap atau adat yang menentukan
tingkahlaku seseorang.

Etika

dicipta

demi menyusun sikap

masyarakat melalui set peraturan dalam sistem sosial. Etika


menentukan sama ada tindakan seseorang betul atau tidak sesuai.
Profesion pula adalah suatu bidang pekerjaan yang memerlukan
kemahiran dan pendidikan yang tinggi dalam bidang bidang
tertentu

seperti

perguruan,

perubatan

dan

peguam.

Setiap

profesion memerlukan ahli yang beretika. Begitu juga dengan


perguruan. Oleh itu, kementerian pendidikan telah menyarankan
beberapa garis panduan kepada semua guru untuk mematuhi Kod
Etika Profesionalisme Keguruan bagi menjaga imej, akhlak dan
status profesion keguruan mereka. Menerusi kod etika bertulis

secara rasmi ini, pandangan terhadap tugas guru tidak boleh


dipandang remeh.
Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang
harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti
keguruan

juga

mencakupi

tanggungjawab

guru

terhadap

profesionalisme keguruan sendiri, terhadap pelajar,

sekolah,

masyarakat dan negara. Kedua-dua panduan ini saling berkaitan


dan mempengaruhi sistem pembentukan guru di Malaysia. Etika
dan akauntabiliti guru perlu dipelihara bagi menjamin profesion
keguruan di Malaysia.
2.0

Konsep keguruan
Menurut Kamus Dewan (1970), guru bererti pendidik,

pengajar dan pengasuh. Jika dihuraikan dengan lebih mendalam


lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih.
Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain,
manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara,
menjaga dan mendidik. Manakala keguruan ialah sesuatu yang
mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat
mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan
pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan
dengan guru.
3.0

Kepentingan Kod Etika Profesionalisme Keguruan.


Kod Etika Profesionalisme Keguruan merupakan satu set

tingkahlaku atau tanggungjawab guru terhadap pelajar, ibu bapa,


rakan sejawat, masyarakat dan negara. Kod Etika Profesionalisme
Keguruan mempunyai empat fungsi utama yakni:i. Kod etika menjadi pedoman kepada guru dengan
menggariskan beberapa standard tingkahlaku yang
harus dipatuhi guru. Secara tidak langsung, kod etika
mengingatkan

ahli-ahli

mengenai

tingkahlaku

yang

patut dipamerkan apabila berada dalam kelompok


2

masyarakat. Melalui kod ini, guru lebih jelas dan prihatin


terhadap pelbagai perkara yang wajar dan tidak wajar
dilakukan. Oleh itu, kod etika menjadi pedoman kepada
ii.

guru di Malaysia.
Kod etika digunakan oleh badan-badan professional
atau pihak berkuasa bagi mencegah tindakan di luar
norma dan tidak berdisiplin dalam kalangan ahliahlinya. Berdasarkan aduan yang terima, penyiasatan
akan dilakukan untuk menentukan sejauh manakah
seorang ahli telah melanggar kod etika. Secara tidak
langsung, kod etika mendisiplinkan ahli-ahli supaya
berpegang kepada prinsip yang di persetujui oleh

iii.

semua yang terlibat.


Kod etika memelihara

maruah

profesionalisme

keguruan dengan memberi imej positif kerana setiap


ahli. Masyarakat pula akan lebih yakin dengan sesuatu
profesion jika kod etika yang digariskan diikuti oleh
ahlinya. Cerminan positif yang dilemparkan oleh guru
kepada masyarakat mampu mempertahankan integriti
profesion keguruan sekali gus mengangkat maruah
iv.

insan yang beridentiti guru.


Kod etika juga dapat mengelakkan konflik dan rasa
tidak puas hati dalam kalangan ahli sesuatu profesion
atau pihak lain yang berkaitan. Jika seseorang ahli
didakwa atau diragui oleh pihak tertentu tentang apa
yang dilakukan, maka dia boleh menggunakan kod etika
untuk menyokong tindakannya. Iaitu, meyakinkan yang
terlibat bahawa perkara yang telah dia lakukan tidak
salah di sisi kod etika.

Nilai-nilai profesionalisme yang terkandung dalam Kod Etika


Profesionalisme Keguruan mampu meningkatkan tahap kualiti,
3

produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan. Guru yang berkhidmat


di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia tertakluk kepada
etika kerja KPM. Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
ini berupa panduan yang boleh dijadikan rujukan. Antaranya adalah
seperti berikut:a. Amanah yakni menjalankan tugas yang diberi dengan
penuh tanggungjawab tanpa penyelewengan dan cuai.
Tidak menggunakan masa kerja untuk urusan peribadi.
Berdisiplin dan mengawal diri.
b. Jujur dan ikhlas dalam melakukan tugas tanpa niat yang
tersembunyi

atau

mengharapkan

balasan.

Guru

mestilah bercakap benar dan menepati janji. Guru


seharusnya bersedia untuk mempelajari atau menerima
nasihat orang lain dengan tidak bersikap sombong atau
angkuh.

Seorang

guru

juga

mesti

memberi

dan

menerima arahan yang jelas dan tepat serta tidak


mengelirukan pelajar.
c. Bijaksana juga nilai yang penting dalam melaksanakan
tugas

dan

menggunakan

membuat

keputusan.

seluruh

potensi,

Guru

haruslah

keupayaan

dan

kepakaran untuk menjayakan sesuatu tugas dengan


cemerlang dan tidak mengambil jalan mudah. Guru
mestilah berusaha menghasilkan kerja yang bermutu
tinggi dan berkualiti serta sentiasa mempertingkatkan
ilmu, kepakaran dan profesionalisme.
d. Bersyukur yakni menghargai nikmat dan pemberian
yang diterimanya tanpa menganggap kejayaan sebagai
hak dirinya. Guru juga mestilah bersedia memberi
pengiktirafan

kepada

mereka

yang

berjaya

tanpa

sebarang prasangka, dendam atau menabur fitnah.


Seorang guru mempunyai sifat yang tenang dalam

menghadapi masalah serta rela menerima kegagalan


dan tidak mudah berputus asa.
e. Dedikasi atau rela mengorbankan masa dan tenaga,
bekerja tanpa jemu dan bosan serta bersedia untuk
menerima tugas dengan tidak mencari helah juga
adalah nilai utama dalam bidang pendidikan.
f. Ikhlas
dan
berhati
suci
dalam
menunaikan
tanggungjawab untuk menghasilkan kerja yang terbaik
tanpa

mengharapkan

ganjaran.

Menjalankan

tugas

semata-mata untuk mencapai matlamat sekolah, bukan


kerana pangkat, kedudukan atau mendapat perhatian
orang lain.
g. Penyayang, pemaaf, tidak sombong dan tidak suka
meninggi diri ciri penting yang perlu ada pada guru.
Menganggap setiap orang mempunyai harga diri yang
perlu

dihormati

tanpa

sebarang

prasangka

buruk

termasuk anak murid.


Ringkasnya, etika professional adalah untuk memberi
inspirasi, galakan dan sokongan kepada ahlinya. Etika professional
lebih menumpukan kepada dimensi perlakuan yang positif sebagai
panduan tingkahlaku yang paling sesuai untuk diamalkan oleh
seseorang profesional. Semua etika profesional yang diguna pakai
di seluruh dunia dalam bidang-bidang seperti perubatan, guaman,
perniagaan, perakaunan dan kejuruteraan mempunyai asas-asas
etika yang sama. Ini kerana tujuan kod etika dibentuk adalah
digunakan untuk diri dan masyarakat amnya.
3.1

Cabaran terhadap melaksanakan Etika Profesionalisme

Keguruan.
Gelombang modenisasi dan kepesatan teknologi era
kontemporari hari ini menghasilkan generasi yang rumit
difahami, didekati dan menguji kesabaran hati apabila ingin
diperbaiki.

Isu

disiplin

dan
5

gejala

sosial

remaja

kini

memerlukan guru yang benar-benar kreatif dan dedikasi agar


matlamat pendidikan negara dapat dicapai. Oleh itu, guru
yang merupakan pencorak masa depan negara menyandang
tanggungjawab

yang

besar

untuk

dilaksanakan.

Namun

begitu, fitrah sebagai manusia yang tidak lari dari kesilapan


serta cabaran dunia hari ini yang rumit menjadi halangan
kepada guru menepati kesemua kod etika tersebut. Ada
sahaja isu

guru yang tidak bermoral atau beremosi dalam

mengawal pelajar saban hari. Isu-isu sebegini pasti mendapat


liputan media secara besar-besaran. Mekanisme tersebut
menunjukkan bahawa setiap tingkah laku guru itu penting di
mata

masyarakat.

Oleh

itu,

tindakan

di

luar

norma

masyarakat akan dipertikai. Kadang kala membawa bahana


kepada imej dan identiti guru se Malaysia.
Antara Isu-Isu Etika Guru yang telah berlaku dalam
negara adalah seperti guru tidak masuk kelas sewaktu
Pengajaran dan Pembelajaran. Guru mendisiplinkan pelajar
murid yang lemah dengan merendam mereka ke dalam
kolam. Guru memperkosa murid, masuk ke kelas lambat, tidak
mengajar mengikut sukatan pelajaran dan berkelahi dengan
pelajar.
Selain itu, isu berniaga di sekolah juga semakin
serius kebelakangan ini. Ada antara guru yang ghairah
berniaga sampai lupa dan mengabaikan tanggungjawab
mereka. Ada pula guru yang menjalankan perniagaan dari
boot kereta. Tindakan guru sedemikian menjejaskan imej
profesion yang begitu mulia. Guru sepatutnya melaksanakan
tanggung jawab sebagai pendidik di dalam bilik darjah dan
bukan

menjalankan

perniagaan

di

sekolah.

Amalan

ini

melanggar kod etika perguruan dan Perintah Am.


Kerja Sambilan juga giat dilakukan oleh guru-guru di
Malaysia. Sebagai kakitangan kerajaan, guru perlu memohon
6

kelulusan untuk membuat kerja sambilan. Kelulusan hanya


akan diberikan jika kerja sambilan itu tidak bercanggah
dengan

peraturan

yang

ditetapkan.

Contohnya,

kerja

sambilan tidak itu tidak dilakukan pada waktu bekerja dan


tidak menjejaskan tugas hakiki mereka. Kerja sambilan yang
kerap

dilakukan

guru

ialah

mengadakan

kelas

tuisyen.

Mengikut pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia (Surat


Pekeliling
2006)

Perkhidmatan

pemohon

Kementerian

hendaklah

terdiri

Pelajaran

Malaysia,

daripada

Pegawai

Perkhidmatan Pendidikan yang telah disahkan dalam jawatan,


kerja sambilan tidak melebihi 4 jam seminggu, pemohon
memperoleh markah prestasi tahunan yang tinggi iaitu
bersamaan atau melebihi 80%, pemohon dilarang sama sekali
mengedar atau mempromosi pusat tuisyen atau seumpama
dengannya,

dengan

sebarang

bentuk

cara

termasuklah

melalui risalah atau secara lisan kepada pelajar dan pemohon


tidak dibenarkan menggunakan kemudahan peralatan pejabat
untuk tujuan menjalankan aktiviti mengajar secara sambilan.
Menurut Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Wong Kiet Wah
(2010), ada kalangan guru yang menganggap kerjaya mereka
sebagai

sambilan

dan

mereka

mengutamakan

kegiatan

mencatu pendapatan tambahan dengan mengadakan kelas


tuisyen di rumah mereka. Mereka menitikberatkan kelas
tuisyen

berbanding

dengan

tanggungjawab

mereka

di

sekolah.
Isu yang hangat diperkatakan kebelakangan ini
termasuklah isu gangguan seksual dan rogol di sekolah.
Kelakuan berunsur seksual yang tidak ingini oleh mangsa dan
boleh dianggap

sebagai

satu pencabulan maruah

atau

penghinaan atau ancaman terhadap dirinya. Hubungan guru


dan pelajar adalah suci dan seperti penjaga atau ibu bapa di
7

sekolah.

Malangnya

segelintir

guru

telah

mengambil

kesempatan dan melakukan jenayah yang sungguh kejam,


iaitu merogol pelajar, termasuk murid sekolah rendah. Bak
kata

pepatah

Harapkan

pagar,

pagar

makan

padi.

Bayangkan masa depan mangsa yang dirogol. Kemungkinan


trauma yang dialami akan kekal sepanjang hayat hingga
dewasa.
Isu diskriminasi dan layanan tidak adil juga senario
yang kerap berlaku di sekolah. Secara ringkasnya diskriminasi
tercetus apabila pelajar berdepan dengan layanan berat
sebelah daripada pihak sekolah atau guru atas beberapa
faktor seperti latar belakang keluarga atau kekurangan diri.
Kod etika perguruan menekankan bahawa; Guru haruslah
mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap
semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa,
agama, kepercayaan politik, tempat asal, asal-usul keluarga,
intelek, akademik dan status-status lain
Berdasarkan isu yang berbangkit pada hari ini, kita
dapat menilai pandangan masyarakat yang peka dan mula
memandang serius tentang tingkah laku guru kerana sedikit
sebanyak isu-isu negatif ini akan menjejaskan profesion
perguruan. Sungguhpun isu-isu negatif sedemikian hanya
melibatkan segelintir daripada 450,000 guru di Malaysia,
namun bahananya mampu menggegarkan seluruh warga
pendidik negara.
Lantaran daripada itu, isu negatif yang tertera pada
hari ini perlu dikurangkan dan di hakis sedikit demi sedikit.
Guru juga perlu mengusai Kod Etika Profesionalisme Keguruan
dan mengetahui batas perlakuan agar tidak melanggar nilai
dan norma kehidupan. Penghayatan terhadap etika mampu
mendisiplinkan guru ke arah perilaku luhur. Sesungguhnya
identiti guru itu, tidak terletak pada nama individu sahaja
8

tetapi terletak atas nama sebuah organisasi yang boleh


dihormati, disegani dan dijadikan model kendiri, dalam masa
yang sama boleh juga dicaci atau dibenci jika tidak bijak
membawa diri.
4.0 Akauntabiliti Keguruan.
4.1 Konsep Akauntabiliti
Mengikut Kamus Dwibahasa, perkataan akauntabiliti di
huraikan

sebagai

bertanggungjawab

kepada

seseorang

atau

bertanggungjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji,


konsep

akauntabiliti

adalah

satu

obligasi

untuk

memberikan

jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi


kepada

mereka

yang

berhak

untuk

mendapat

jawapan

dan

penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai disiplin


dan

keperluan

untuk

memberikan

justifikasi

dan

menerima

kebertanggungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang telah


diambil.
Akauntabiliti

keguruan

pula

bermakna

tanggungjawab

yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru.


Akauntabiliti keguruan menggariskan beberapa tanggungjawab
guru terhadap profesionalisme keguruan. Antaranya termasuklah
akauntabiliti guru terhadap pelajar, diri guru itu sendiri, sekolah,
masyarakat dan negara serta profesion keguruan tersendiri.

4.2

Akauntabiliti Terhadap Pelajar.


Seorang guru haruslah

menjalankan

tugasnya

dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi


masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran
dan

pembelajaran

mengikut

kaedah

dan

teknik

yang

berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan,


kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal
9

lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap


adil

terhadap

pelajar-pelajarnya

tanpa

mengira

bangsa,

agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan


perkara-perkara

lain.

Guru

hendaklah

membimbing

dan

mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang


bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekalisekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk
menggalakkan

mereka

berminat

terhadap

proses

pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan


berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun
semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid
memperoleh model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru
merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang
demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya
mereka tidak dibenci, dipandang serong dan tidak dihormati
lagi oleh anak muridnya. Tanggungjawab utama guru ialah
terhadap muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua
kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan
atau persendirian. Guru haruslah menumpukan perhatian
terhadap keperluan setiap muridnya. Guru haruslah memberi
perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira
bangsa dan agama atau kepercayaan.
bertugas

sebagai

'pengganti

ibu

bapa'

Guru haruslah
dalam

usaha

membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang


diterima oleh masyarakat.

Guru haruslah mendidik dan

mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak


kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan
politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain.
Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di
kalangan

muridnya

memperkembangkan

dan

potensi
10

membimbing
mereka

dari

segi

mereka
jasmani,

intelek, daya cipta dan lain-lain. Guru haruslah menghormati


hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid
tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak
berkenaan. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap
muridnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat
profesion perguruan. Guru tidaklah harus menanam sikap
yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau
negara. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap
semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi
warganegara yang taat dan berguna. Guru tidaklah harus
menyatakan
mengurangkan

atau

membuat

keyakinan

diri

sesuatu
murid

yang
dan

boleh

ibu

bapa

terhadapnya. Guru haruslah bertingkah laku begitu rupa


supaya menjadi contoh baik atau 'role model' kepada
muridnya. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran
daripada

muridnya

untuk

pelajaran

atau

pengajaran

tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti


sekolah melainkan bayaran yang disahkan. Guru tidaklah
harus

mengiklankan

dirinya

untuk

kerja

tuisyen

atau

pengajaran persendirian. Guru tidaklah harus memaksakan


kepercayaan,

keagamaan,

politik

persendirian

terhadap

muridnya.
4.3

Akauntabiliti Terhadap Kendiri.


Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan

kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas sebagai


pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh
guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang
ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Sebagai
seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan kewangan
dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan
perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan
11

kewangan maka guru akan menghadapi masalah luaran yang


boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran
di sekolah. Guru juga di galakkan melengkapkan diri dengan
pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di
sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah
memberikan input yang berguna terhadap profesionnya. Guru
juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti
berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu
sihat dari segi mental dan fizikal. Guru juga perlu memelihara
perlakuan

mereka

agar

tidak

mencemarkan

sifat

profesionalnya dan menggugat kepercayaan orang ramai


terhadap profesion perguruan. Perlakuan yang menjatuhkan
maruah diri dan pecah amanah harus dielakkan serta berlaku
jujur pada setiap tindakan.
4.4

Akauntabiliti Terhadap Sekolah.


Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh

itu , guru juga bertanggungjawab terhadap tugas yang di


amanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli
dalam

sebuah

sekolah

,guru

mempunyai

akauntabiliti

terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal


ini, selain tugas mengajar , guru juga hendaklah menjalankan
tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru disiplin, kaunselor,
setiausaha

peperiksaan,

setiausaha

PIBG,

panitia

mata

pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak


pentadbiran sekolah.
4.5

Akauntabiliti Terhadap Masyarakat dan Negara.


Sebagai
seorang
guru
,
beliau

hendaklah

menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan matlamat


pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun
Negara. Guru hendaklah Memupuk nilai dan sikap murni
pelajar dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa
12

dalam diri pelajar. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab


sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara
cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Selain itu guru
hendaklah mengeratkan persefahaman dan kerjasama di
kalangan guru dan ibu bapa pelajar. Guru haruslah bersopan
santun dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti sosial
bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa
berusaha

untuk

memenuhi

tanggungjawab

terhadap

masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran


yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau
negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara.
Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam
diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi
warganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati
orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan
agama.

Di

masyarakat

samping
di

itu

tempat

guru
guru

hendaklah
tersebut

menghormati

berkhidmat

dan

memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru


juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru dengan
ibu bapa dan masyarakat, serta mengamalkan tingkah laku
sopan yang diterima oleh masyarakat .
4.6

Akauntabiliti Terhadap Profesion Keguruan.


Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca

pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar.


Ini termasuklah memahami selengkapnya isi pelajaran bagi
mata pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan
seperti kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan
atau pihak pentadbiran sekolah. Ini di lakukan dengan
merancang

dan

melaksanakan

sepenuhnya

bagi

mencapai

strategi

objektif

pengajaran

pelajaran

secara

maksimum. Guru juga hendaklah mengajar dengan fakta yang


13

betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat. . Guru
tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu
bapa

atau

ahli

masyarakat

dalam

menjalankan

tugas

profesionalnya. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik


guru lain. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu
berdasarkan kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau
untuk

mendapat

mengiklankan
namanya

pekerjaan.

dirinya

untuk

dengan

mendapatkan

Guru
cara

tidaklah

harus

membesar-besarkan

sesuatu

pangkat

dalam

profesion perguruan
Melalui

penghayatan

terhadap

prinsip

akauntabiliti

tersebut, guru dapat memahami tanggungjawabnya mereka yang


sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya
kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan.
Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat
menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh
komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang
guru merangkumi akauntabiliti terhadap sekolah, diri sendiri ,
murid-murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan
sekiranya

seseorang

guru

itu

benar-benar

menjalankan

tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan.


Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya
kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf
profesionalisme

keguruan.

Selain

itu

guru

juga

dapat

melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh


dedikasi

sekiranya

guru

tahu

tanggungjawabnya

terhadap

kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan


seseorang

guru

itu

lebih

bertanggungjawab

terhadap

tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian,


akauntabiliti

perlulah

dihayati
14

oleh

semua

guru.

Sekiranya

seseorang guru itu mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan


tanggungjawabnya , maka tanggungjawabnya tidak dapat di
jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan
seperti yang di cita-cita kan negara. Ini akan menjatuhkan
martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak
bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan.
5.0 Penutup
Matlamat utama pendidikan di Malaysia ialah untuk menampung
keperluan tenaga kerja
dan mencapai perpaduan negara melalui perkembangan individu
yang bersepadu dan
menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI)
selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK). Bagi menyempurnakan hasrat FPK
ini, para guru telah
diamanahkan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik
bukan sahaja dari segi
penyebaran ilmu bahkan dalam pembentukkan sahsiah anak
didiknya. Generasi yang berilmu
dan berakhlak tinggi dapat melahirkan bangsa yang bertamadun.
Pihak pentadbir dan perancang
sentiasa mengharapkan agar guru mempunyai cita-cita unggul iaitu
membina masyarakat yang
bertamadun tinggi (Anwar Ibrahim, 1998).
Apabila FPK ini dihayati, guru harus sedar bahawa mereka
sebenarnya memikul
tanggungjawab yang amat berat. Guru perlu mencurahkan ilmu
sama ada murid atau pelajarnya
mahu atau tidak menerimanya. Di samping itu mereka harus peka
dengan perubahan semasa dan
menyesuaikannya secara bijak bagi menangani masalah pengajaran
dan pembelajaran terutama
yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Pada amnya, guru perlu
pakar atau profesional dalam
segala bidang.
15

Untuk menjadi guru yang profesional, seseorang guru itu harus


menekankan tiga aspek
penting dalam dirinya iaitu kepakaran, pengetahuan dan
pembentukan sahsiah (Robiah, 1998).
Mereka bukan sahaja berkemahiran mengajar dan mengembangkan
ilmu pengetahuan, malah
sikap, tingkahlaku dan disiplin
profesional.

16

diri

harus

dibentuk

ke

arah