Melodi: Oh susanna
Tajuk: Wajar tak wajar
Marilah kawan, tolong bantu saya
Mempelajari pelajaran tentang pecahan
Tiga per empat, empat per tiga
Apakah dia perbezaan di antaranya
Tiga per empat, pecahan yang wajar
Nilainya kurang dari satu, kurang dari satu
Marilah kawan, mari kawan
Tolong bantu saya
Empat pertiga, pecahan tak wajar
Nilainya lebih dari satu, lebih dari satu
Empat per empat, marilah kita semua meneka
Pecahan wajar atau tidak
Apa jawapannya
Empat per empat, pecahan tak wajar
Nilainya sama dengan satu, sama dengan satu
Mari mari lah kawan bantu saya
Mempelajari pelajaran, tentang pecahan
Melodi: Bingo
Tajuk: Beli susu
Emak suruh saya pergi ke kedai runcit oh
Beli susu lembu, satu liter
Satu liter, sebotol satu liter
Tapi bila sampai kedai, jumpa milliliter oh
Jadi saya beli, dua botol susu
Satu botol ada, lima ratus m-l oh
Dua kali lima ratus, sama dengan satu ribu
Seribu mililiter, ialah satu liter
Seribu mililiter, ialah satu liter oh
Saya beli dua botol susu di kedai itu
Dua kali lima ratus, sama dengan seribu
Seribu mililiter, ialah satu liter oh
Saya beli dua botol susu di kedai itu
Dua kali lima ratus sama dengan seribu
Dua kali lima ratus sama dengan seribu
Saya beli dua botol susu di kedai itu
Dua kali lima ratus sama dengan seribu
Melodi: Doraemon
Tajuk: Kubus kuboid silinder
Mari kita belajar, kubus kuboid silinder
Semua pepejal ada banyak ciri-cirinya
Ada yang hampir sama, ada pula berbeza
Permukaannya ada enam, semua muka rata
Dua belas sisinya, semua panjang yang sama
Melodi: Clementine
Tajuk: Perimeter
Perimeter suatu bentuk
Lihat semua sisinya
Tambah semua sisi itu
Perimeter jumlahnya
Bagi segi empat sama
Senang saja rumusnya
Empat sisi sama panjang
Perimeter jumlahnya
Untuk segi empat tepat
Tidak susah rumusnya
Dua panjang dua lebar
Perimeter jumlahnya
Segi tiga, tiga sisi
Beginilah rumusnya
Dua sisi tambah tapak
Perimeter jumlahnya
Perimeter suatu bentuk
Lihat semua sisinya
Tambah semua sisi itu
Perimeter jumlahnya
Perimeter suatu bentuk
Lihat semua sisinya
Tambah semua sisi itu
Perimeter jumlahnya
Mari teka, oh mari kawan, mari teka, siapakah yang mahu meneka
Peratus peratus ialah pecahan pada perseratus
Mari kawan ku oh kawan ku, jawap bersama
Oh empat dari seratus, ialah empat peratus
Oh lapan dari seratus, ialah lapan peratus
Senangnya senangnya oh, maksud peratus itu kan
Peratus peratus itu pecahan perseratus
Mari teka, oh mari kawan, mari teka, siapakah yang mahu meneka
Aiyo satu peratus itu, siapa tahu maksudnya
Aiyo enam peratus, siapa tahu maksudnya
Mari teka, oh mari kawan, marilah teka, siapa yang mahu
Aiyo satu peratus itu, satu dari seratus
Aiyo enam peratus, enam dari seratus
Ingatlah oh kawan-kawan ku, jangan lupakan maksud peratus
Pecahan perseratus, boleh tukar pada peratus
Kalau jumpa peratus itu, tukarlah kepada perseratus
Senangnya senangnya oh, maksud pada peratus itu kan
Mari teka, oh mari kawan, mari teka, siapakah yang mahu meneka
Peratus peratus ialah pecahan pada perseratus
Mari kawan ku oh kawan ku, jawap bersama
Mari teka, oh mari kawan, mari teka, siapakah yang mahu meneka
Peratus peratus ialah pecahan pada perseratus
Mari kawan ku oh kawan ku, jawap bersama
Mari kawan ku oh kawan ku, jawap bersama
Mari kawan ku oh kawan ku, jawap bersama