Anda di halaman 1dari 20

JKA 417 : PENYELEWENGAN, KONFLIK DAN PENGAWALAN

SOSIAL

NAMA

: MOHAMAD ZAHIR BIN WAHAB

NO MATRIKS
SUBJEK

: JK 7926 / 11
: JKA 417 PENYELEWENGAN, KONFLIK DAN

PENGAWALAN SOSIAL
PENSYARAH

: DR ZURINA BT MOHD RADZI

TAJUK :
Budaya Hedonisme dalam Masyarakat.
1.0 PENGENALAN
Budaya dan masyarakat wujud secara bersama. Kewujudan masyarakat
melahirkan budaya yang menjadi pakaian masyarakat itu sendiri. Meskipun keduadua istilah ini menunjukkan hubungan yang rapat dan sukar dibezakan, namun
pengertian dah konsepnya dilihat jauh berbeza. Edward B. Tylor mentakrifkan budaya
sebagai keseluruhan yang kompleks yakni mengandungi kesenian, kepercayaan,
akhlak, adat, undang-undang dan kebolehan serta tabiat yang diperoleh oleh manusia
sebagai anggota masyarakat. Oleh itu takrif itu bersifat menyeluruh terhadap konsep
budaya. Secara keseluruhannya, walau apa pun definisi budaya, kita memahami
bahawa budaya itu sebagai sesuatu yang menyeluruh tentang aspek perilaku manusia
dalam masyarakat dan setiap perilaku itu dapat dijelaskan melalui pemerhatian atau
sebagainya. Salah satu sifat penting budaya ialah budaya berubah dan menjadi

JKA 417 : PENYELEWENGAN, KONFLIK DAN PENGAWALAN


SOSIAL
mekanisme untuk masyarakat berkaitan penyesuaian dalam kehidupan mereka.
Berdasarkan definisi budaya yang diberikan oleh beberapa orang peneliti budaya,
terdapat beberapa aspek yang menjadi teras budaya seperti nilai dan kepercayaan,
norma kehidupan dan bahasa. Semua aspek yang dikemukakan tadi menjadi tunjang
perkongsian dalam komuniti yang membentuk sesebuah masyarakat.
Kebanyakkan manusia yang diasuh secara normal akan menjadi ahli masyarakat
yang berguna serta menpunyai kesedaran sivik. Akan tetapi segelintir manusia
mungkin terjebak ke dalam kancah jenayah atau memperlihatkan tingkah laku devian.
Manakala devian pula merujuk kepada sebarang tingkah laku yang bercanggah
dengan norma, tidak kira sama perbuatannya kecil seperti melanggar had kelajuan
memandu atau kepada yang lebih berat seperti membunuh. Kupasan sedikit mengenai
devians juga akan menjelaskan kepada berlakunya budaya hedonisma dikalangan
masyarat malaysia kini. Mengikut penjelasan secara fisiologi atau biologi, tingkah
laku devians ini dilihat berpunca daripada sejenis fizikal yang pincang tugas atau
pelik, diwarisi serta berada dalam gen. Manakala penerangan secara psikologi pula
mengatakan bahawa tingkah laku devians adalah luahan masalah psikologi atau sifat
sahsiah yang luar biasa. Masalah atau sifat tersebut dikatakan berpunca daripada
pengalaman individu bersama ahli keluarganya dan mereka yang berada dalam
kedudukan yang boleh mempengaruhi perkembangan psikologi individu tersebut.
Selain daripada itu, sedikit penjelasan mengenai hedonisma itu sendiri, yakni
perkataan Hedonisme berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud kesenangan
(pleasure) iaitu suatu pola pemikiran dan budaya hidup yang terlalu sukakan kepada
aktiviti hiburan dan keseronokan semata (Encyclopedia of Philosopy, 2006; 254-258).
Jika dilihat menerusi kamus dewan pula, hedonisme dianggap suatu pegangan atau

JKA 417 : PENYELEWENGAN, KONFLIK DAN PENGAWALAN


SOSIAL
pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.
Hedonisme merupakan satu fahaman yang mementingkan kesukaan dan kemewahan
dalam kehidupan tanpa menghiraukan larangan agama dan tatasusila.
2.0 CONTOH BUDAYA HEDONISMA BESERTA TEORI
2.1 HIBURAN DAN KESERONOKAN
Sebenarnya budaya hedonisme ini telah mula menular masuk sekian lama dalam
kehidupan masyarakat islam di Malaysia terutamanya dikalangan muda mudi kini.
Antara faktor penyumbang yang paling banyak ialah menerusi media masa sama ada
media cetak atau media elektronik yang memperlihatkan pendedahan yang paling
banyak dalam aspek hiburan. Selain itu, kecenderungan amalan bersuka-sukaan dan
bermewah-mewahan juga diistilahkan sebagi budaya hedonisme. Amalan ataupun
budaya mengutamakan keseronokan diri ini seperti minum arak, berjudi, bermain
muzik, memiliki barangan berjenama, berhibur di kelab-kelab malam dan sebagainya
itu sememangnya mempersonakan serta ia sering berlaku dikalangan remaja bandar
misalnya. Dalam kehidupan masyarakat bandar misalnya, budaya hedonisme
seringkali dapat dilihat menerusi gaya hidup mewah warga kota yang mengikut gaya
ataupun fesyen terkini berteraskan kepada kemajuan ekonomi yang berlaku di bandar.
Manusia khususnya dalam kategori masyarakat hari ini meletakkan budaya hedonisme
ini sesuatu hal yang perlu berlaku seiring dengan kemajuan serta perkembangan dunia
dalam bidang teknologi, fesyen dan sebagainya. Disebabkan hal inilah maka dapat
kita lihat bahawa sikap serta nilai kemanusiaan yang ada pada masyarakat yang
mengamalkan budaya hedonisme ini lebih cenderung kepada sikap individualistik
serta mementingkan kebendaan semata-mata.

JKA 417 : PENYELEWENGAN, KONFLIK DAN PENGAWALAN


SOSIAL
2.2 PERGAULAN BEBAS, FENOMENA TARIAN GANGNAM STYE DAN
MUZIK BARAT (UNDERGROUND, BLACK METAL, KPOP KOREA)
Jika dilihat serta diamati tentang budaya hedonisme yang berlaku dikalangan
masyarakat di Malaysia khususnya, jelas memperlihatkan pelbagai budaya yang
diikuti mahupun melalui budaya barat ataupun budaya yang sememangnya telah
wujud serta ia menjadi satu permasalahan yang bertentangan dengan budaya yang
sedia ada. Sebagai contoh yang dapat diberikan berkaitan dengan budaya hedonisme
ini ialah kejadian fenomena Gangnam Style yang menjadi salah satu hiburan yang
melampau juga dilihat turut terkesan keatas pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia.
Secara umumnya, fenomena Gaya Gangnam Style ini merujuk kepada kehidupan
kelas atasan yang dilingkari hotel mewah, pusat membeli-belah ekslusif dan penduduk
yang gemar bersosial ( Farid : Dewan Budaya 2012 ). Ianya bersesuaian dengan teori
konflik yang dipelopori oleh Karl Marx menyatakan bahawa hedonisme atau tingkah
laku devians ini lebih dominan kepada golongan atasan. Kehebatan fenomena
Gangnam Style ini sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi, malahan
mencetuskan pelbagai video parodi termasuk dari Malaysia yang turut dimuat naik di
you tube. Justeru tidak dapat dinafikan lagi idea kreatif yang ditonjolkan penyanyi
korea ini berjaya mencetuskan fenomena baharu kepada dunia khususnya. Namun
disebaliknya, terdapat juga tanggapan implisit yakni sesetengah masyarakat yang
kurang menyenangi kewujudan aliran Gangnam ini. Mereka mendakwa tarian muzik
yang diilhamkan ini berunsur lucah serta tidak sesuai ditonton oleh masyarakat yang
berbudaya timur khususnya orang Muslim. Apa yang boleh dilihat fenomena gangnam
stlye ini mendatangkan hiburan dan keseronokan yang melampaui terutamanya
kepada golongan remaja. Hal ini akan mendatangkan kesan buruk daripada budaya

JKA 417 : PENYELEWENGAN, KONFLIK DAN PENGAWALAN


SOSIAL
hedonisme yang dikatakan tadi serta akan menjadi punca berlakunya perlakuan
devians selepas itu. Sebagai contoh yang akan berlaku ialah kes jenayah lain berlaku
misalnya kes rogol khususnya remaja perempuan yang terlibat. Teori yang boleh
dikaitkan dengan fenomena tarian ini ialah teori penyaluran budaya. Teori ini juga
menjelaskan bahawa tingkah laku devians boleh dipindahkan dari satu generasi
kepada generasi yang lain. Ahli sosiologi mendapati bahawa tingkah laku delinkuen
dan jenayah adalah sebahagian daripada satu generasi juvana kepada generasi lain.
Dalam konteks perkaitan budaya hedonisme dalam masyarakat khususnya berkenaan
fenomena gangnam stlye ini boleh digambarkan sebagai budaya tarian serta muzik
luar Negara yang masuk ke dalam Negara dan menjadi ikutan khususnya remaja
Negara ini.
Selain daripada itu, turut terkesan juga genre muzik terutamanya muzik
underground (hard rock dan heavy metal) yang masuk ke dalam industri hiburan
Negara ini juga dilihat banyak meninggalkan kesan sosial. Muzik ini lahir serta
berkembang di Amerika Syarikat dan terus menpengaruhi sekumpulan penduduk di
seluruh dunia, khususnya golongan muda. Muzik underground ini tidak diterima
sebagai hiburan oleh sesetengah pihak yang menganggap muzik ini sebagai bunyi
bising dan menpunyai gejala yang tidak baik. Hal ini kerana kebanyakkan lirik lagu
ini didapati bersifat memberontak. Disamping itu tingkah laku peminat muzik
underground memperlihatkan gerak geri yang boleh dikaitkan dengan unsur
keganasan, tindak-tanduk yang garang dan agresif sifatnya serta lagak kecoh yang
boleh menimbulkan huru-hara. Lirik lagu Inggeris yang dituturkan sering kali dilihat
membawa tema yang menghasut selain bersifat eksplisit dan lucah. Laporan mengenai

JKA 417 : PENYELEWENGAN, KONFLIK DAN PENGAWALAN


SOSIAL
lirik sesetengah lagu underground Inggeris yang provokatif dan dilihat menpunyai
impak buruk ke atas golongan muda sering dimuatkan di dalam akhbar.
Ekoran dari perkembangan muzik underground ini maka turut berkembangnya
muzik punk, black metal dan skinhead yang masing-masing menpunyai gayanya yang
tersendiri serta telah menyelinap masuk ke dalam negara ini ( Teo Kok Seong : Dewan
Budaya 2003). Dilihat dari segi penampilan imej remaja punk pula mereka lebih suka
menggayakan fesyen rambut alajoran yang diwarnakan, jaket kulit yang ditampal
dengan pelbagai lencana seluar yang koyak dan senteng. Begitu juga dengan muzik
black metal yang menekankan

antikeagamaan, antikristian, antimasyarakat,

antikerajaan dan sebagainya. Melihat kepada kesan perkembangan muzik-muzik yang


dibincangkan ini sudah pasti banyak kesan buruk yang akan membawa kepada
berlakunya devian termasuklah amalan pemujaan syaitan, dadah, arak, dan seks bebas
yang dilakukan oleh pengikut muzik terutamanya Black Metal.
Juga dapat diselitkan dengan isu yang baru berlaku baru-baru ini berkenaan
dengan artikel Apa sudah Jadi, oleh harian Metro bertarikh 11 Januari 2015
menunjukkan salah satu budaya yang boleh dikaitkan dengan budaya hedonisme yang
berlaku dikalangan remaja. Artikel ini jelas menunjukkan bahawa perlakuan yang
ditunjukkan oleh remaja melayu sekarang melampaui batas sehinggakan sanggup
berkelakuan yang boleh menjatuhkan maruah mereka disebabkan rasa minat yang
mendalam terhadap beberapa orang anggota dari kumpulan Kpop B1A4 dari Korea
ini. Perlakuan-perlakuan dicium, dipeluk serta aksi-aksi yang melampaui batas ini
jelas memperlihatkan bahawa pengaruh budaya Kpop dari korea ini yang telah
menyebabkan nilai moral seseorang remaja itu runtuh. Ini merupakan suatu hal yang
membimbangkan semua pihak kerana situasi berkenaan isu ini menunjukkan seolah-

JKA 417 : PENYELEWENGAN, KONFLIK DAN PENGAWALAN


SOSIAL
seolah remaja hari ini lebih mengutamakan keseronokan tanpa mengira batas-batas
pergaulan dalam agama khususnya remaja yang beragama islam. Aksi-aksi yang
dilihat menunjukkan pergaulan bebas yang amat ketara dan bertentangan dengan
budaya ketimuran di Negara ini. Disini jelas memaparkan bahawa budaya hedonisme
ini amat bertentangan dengan akidah umat islam. Secara tidak langsung yang menjadi
kebimbangan ialah budaya yang tidak sepatutnya seperti bergaul bebas antara lelaki
dan perempuan, berpakaian menjolok mata dan nilai yang bertentangan dengan adat
ketimuran telah dipaparkan dan sedikit sebanyak akan mempengaruhi khalayak,
terutamanya remaja yang masih keliru dengan identiti masing-masing. Kesemua
situasi yang berkaitan hiburan terutamanya pengaruh muzik luar ini juga boleh
dikaitkan dengan teori penyaluran budaya yang dikemukakan oleh Edward Sutherland
(1883-1950) yang menekankan kepada proses-proses sosial dan psikologikal yang
terlibat dalam pembentukan tingkah laku devian. Setiap yang berlaku berkaitan
dengan budaya luar ini telah banyak mempengaruhi budaya yang sedia ada serta ianya
mempunyai kesan-kesan yang tidak baik khususnya kepada golongan remaja yang
mahu meningkat dewasa dalam mengharungi pelbagai cabaran masa hadapan.
2.3 BUDAYA MELEPAK DAN PENYALAH GUNAAN DADAH
Selain daripada itu, budaya hedonisme yang seterusnya juga dapat dibincangkan
ialah budaya yang melibatkan remaja khususnya kepada mereka yang suka
menghabiskan masa dengan aktiviti melepak dan sebagainya. Aktiviti melepak ini
juga dilihat sebagai salah satu budaya hedonisme yang berlaku dikalangan masyarakat
hari ini terutamanya dikalangan remaja. Isu budaya melepak ini akan mendorong
kepada perlakuan devians yang lain kerana mereka akan lebih cenderung untuk
melakukan aktiviti-aktiviti lain yang tidak bermoral. Sebagai contoh, budaya melepak

JKA 417 : PENYELEWENGAN, KONFLIK DAN PENGAWALAN


SOSIAL
akan menyebabkan tercetusnya aktiviti merokok, vandalisme, gengsterisme dan
sebagainya. Contoh yang diperhatikan ialah tentang gengsterime di kalangan remaja
begitu ketara dan wujud seperti kongsi gelap. Aktiviti-aktiviti yang tidak sihat ini
lama kelamaan akan menjadi satu budaya yang sukar dibendung kerana sudah tentu
semakin ramai remaja yang akan terpengaruh dengan rakan-rakan mereka. Akibat
daripada tekanan yang dialami, remaja berkenaan mungkin akan menunjukkan sikap
agresif, mudah memberontak, marah yang tidak dapat dikawal, kemurungan dan
terlibat dengan masalah sosial bagi melepaskan rasa tekanan. Jika dlihat dari aspek
yang lain pula, berasaskan daripada budaya hedonisme inilah lama-kelamaan akan
mendorong kepada aktiviti pengenalan dadah secara permulaan seterusnya terlibat
dengan penyalahgunaan dadah. Hal ini kerana budaya melepak ataupun aktiviti
sedemikian merupakan permulaan kepada terjerumusnya remaja untuk melibatkan diri
dengan penyalahgunaan dadah. Sebagai akibat daripada aktiviti penyalahgunaan
dadah ini juga akan mendorong remaja yang terlibat untuk melakukan perlakuanperlakuan devians yang lain misalnya mencuri, merompak dan sebagainya. Ini
menjelaskan bahawa perlakuan-perlakuan devian boleh dipelajari oleh remaja melalui
interaksi dengan orang lain. Justeru itu teori yang juga dapat dikaitkan ialah teori
penyaluran kebudayaan di mana ia menjelaskan bahawa manusia akan mengalami
proses sosialisasi asas iaitu sama ada belajar mentaati peraturan dan norma sosial
ataupun bertindak melakukan devian (Edwin Sutherland, 1940) menggambarkan
remaja itu sendiri belajar berinteraksi dari sekumpulan individu dalam mewujudkan
satu kumpulan dalam melakukan devians.
2.4 BUNUH DIRI, KEGANASAN

JKA 417 : PENYELEWENGAN, KONFLIK DAN PENGAWALAN


SOSIAL
Budaya bunuh diri juga dapat diperjelaskan dalam teori perspektif strukturalFungsional yang merupakan satu bentuk keganasan terhadap diri sendiri. Emile
Durkheim, seorang ahli sosiologi Perancis pada abad ke-19, telah mengkaji ratusan
kes bunuh diri yang dianalisisnya dalam buku beliau berjudul Suicide (1897).
Menurutnya, bunuh diri merupakan satu tindakan yang semata-mata bercorak peribadi
dan persendirian akibat kesedihan dan kesukaran peribadi yang teramat sangat, yang
tidak tertanggung oleh seseorang itu. Penulis juga menekankan bahawa faktor luaran
sosial yang boleh menyebabkan individu terlibat menjadi amat kecewa dan sanggup
membunuh diri. Perkaitan dengan perbuatan bunuh diri memperlihatkan berlakunya
budaya hedonisme serta ia bersesuaian dengan teori labelan dimana teori ini
menjelaskan bahawa proses pemberian label merupakan penyebab sesorang itu
menjadi jahat. Selain daripada itu bagi budaya hedonisme yang melibatkan gejala
bunuh diri juga boleh dikaitkan dengan Anomie ( Azrina Husin : 2000 ). Teori ini
sekali lagi berada dalam dalam rangkuman perspektif struktural-fungsional yang
sememangnya

menggambarkan

kesan

daripada

perasaan

hilang

arah

atau

ketidakgembiraan ini boleh menyebabkan tindakan tersendiri yang dilakukan


misalnya aksi bunuh diri. Kenyataan ini diperjelaskan oleh Emile Durkheim dimana
beliau menyatakan bahawa situasi ini dikatakan sebagai anomie dimana keadaan
anomie inilah yang menyebabkan munculnya segala bentuk perilaku menyimpang
yang telah menyebabkan berlakunya bunuh diri ( Azrina Husin : 2000 ).
Disamping itu, melihat Malaysia sebagi sebuah Negara perindustrian maka secara
tak lansung akan wujudnya peluang peluang pekerjaan yang banyak. Maka disini kita
akan melihat bahawa akan berlakulah kemasukan imigran dari luar bagi memenuhi
peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor. Justeru itu ia menunjukkan bahawa situasi

JKA 417 : PENYELEWENGAN, KONFLIK DAN PENGAWALAN


SOSIAL
kebanjiran imigran atau migrasi luar ke dalam negara ini juga menunjukkan bahawa
banyak kes-kes perlakuan devian yang berlaku. Hal ini menggambarkan bahawa
budaya yang dibawa masuk hasil dari migrasi luar ini berbeza dengan budaya yang
terdapat di negara ini yang mengakibatkan mereka melanggar norma-norma
masyarakat yang sedia ada. Kegiatan devian yang berlaku akibat dari masalah ini
termasuklah kegiatan ,ragut, rompak, rogol dan jenayah berlaku dikawasan berkenaan.
Juga bertepatan dengan teori yang dikemukakan oleh Ernest Burgess (1925) iaitu teori
concentric zone dalam perspektif ekologi yang menganggap bahawa kegiatan
devian dan jenayah banyak berlaku di zone transisi kedua. Burgess juga menyatakan
bahawa proses transisi dimana pergelutan diantara kelas industralis dan golongan
miskin, buruh dan migran ini meruntuhkan hubungan-hubungan asas dan proses
kawalan sosial dalam komuniti zon atau kawasan yang terlibat. Faktor ini juga dilihat
menyumbang kepada berlakunya budaya hedonisme dalam kalangan masyarakat
malaysia kerana penghijarahan masuk dari luar ini dilihat telah membawa nilai-nilai,
norma-norma dan corak budaya yang berlainan serta menpunyai banyak kesan buruk.
Keaadaan percanggahan budaya juga dilihat boleh wujud antara migran dan pihak
berkuasa keranan perbezaan budaya boleh menyebabkan salah faham dan
perlaksanaan dan sebagainya.
Disamping itu juga kita tidak dapat meramal jenayah-jenayah lampau yang
pernah dilakukan oleh migran yang masuk ke dalam negara ini. Sekiranya kemasukan
itu melibatkan migran yang pernah melakukan jenayah sebelum ini, secara tak
langsung kelakuan devian atau jenayah yang dilakukannya akan diteruskan serta
dibawa masuk ke dalam kawasan yang terlibat. Maka di sini akan wujudnya jenayah
seperti yang dikatakan tadi misalnya rompak, ragut dan sebagainya.

10

JKA 417 : PENYELEWENGAN, KONFLIK DAN PENGAWALAN


SOSIAL
Penjelasan mengenai hedonisme dalam masyarakat Malaysia juga dapat dikaitkan
dengan budaya manusia yang melibatkan keganasan. Keganasan yang dimaksudkan
dapat dikategorikan dalam pelbagai aspek misalnya perbuatan mendera isteri dan
kanak-kanak merupakan di antara bentuk keganasan seharian. Budaya hedonisme juga
dapat dikaitkan dengan amalan jenayah yang dilakukan sama ada mencuri, bunuh diri
dan tingkah laku yang melanggar norma-norma masyarakat. Terdapat juga keganasan
yang dilakukan terhadap diri sendiri sama ada secara individu atau kolektif atas
pelbagai alasan. Teori ini dipelopori oleh Edward Lamert 1967 melalui pendekatan
interaksionis. Beliau menegaskan bahawa semua orang terlibat dengan aktiviti
jenayah namun hanya segelintir golongan yang dilabelkan. Disamping itu, Edward
Lamert juga menerangkan yang devian merupakan proses di mana bermulanya
penyimpangan primer (primary deviance) kemudian akibat kesalahan tersebut
seseorang itu di cap sebagai pesalah. Penyimpangan kedua pula digelar sebagai
penyimpangan sekunder (secondary or career deviance) iaitu kesan daripada
penyimpangan primer tadi. Melihat pada situasi di Malaysia terutamanya kepada
seseorang yang dilabel berpontensi untuk melakukan penyimpangan sekunder
(sekunder deviance) setelah ia dilabelkan. Situasi ini tidak mengira umur dan tempat
malah individu yang telah dilabelkan ini akan tertekan dan berpontensi untuk
melakukan jenayah yang lebih serius lagi. Contohnya, sekiranya telah dilabel sebagai
seorang pencuri, seseorang itu tidak akan teragak-agak untuk mencuri lagi sekali
kerana pada tanggapanya tiada beza kerana masyarakat telah memandang serong
terhadapnya.
Dalam memperkatakan wujudnya perlakuan devian dan nilai norma-norma yang
menyimpang juga boleh digambarkan melalui pendekatan Strukturak konflik yang

11

JKA 417 : PENYELEWENGAN, KONFLIK DAN PENGAWALAN


SOSIAL
dianjurkan oleh Karl Max. Karl Marx telah mengemukakan teori konflik diantara
kelas-kelas sosial dimana konflik berlaku diantara kelas pemilik dan buruh yang
menjual barang untuk memperolehi upah. Bagi teori konflik tentang perlakuan devian
yang berlaku di Malayasia boleh digambarkan diantara golongan atasan dan bawahan
khususnya di dalam sesebuah institusi poekerjaan. Melihat kepada pekerjaan yang
ditawarkan kepada golongan bawahan untuk mendapatkan sesuatu upah atau gaji bagi
sesuatu pekerjaan yang dilakukan. Pekerja misalnya memerlukan pekerjaan untuk
mendapatkan upah atau pendapatan bagi menyara kehidupan. Sekiranya golongan
atasan ini telah memberhentikan kerja terhadap golongan pekerja bawahan, maka
perkaitan yang dapat digambarkan disini golongan bawahan yang telah diberhentikan
kerja mungkin akan berpontensi melakukan devian atas faktor tekanan hidup dan
kesukaran mendapatkan pekerjaan. Maka golongan bawahan ini akan mengganggur
serta hilang punca pendapatan dan tidak dapat menguruskan hidup terutamanya di
bandar. Disini jelas memperlihatkan akan maksud yang digambarkan dalam teori
konflik dalam perspektif struktural konflik dan ia amat bersesuaian dengan teori ini.
3.0 KAWALAN SOSIAL DAN CARA MENGATASI BUDAYA HEDONISME
3.1 PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA
Permasalahan ini berlaku adalah disebabkan tuntutan kehidupan masyarakat kini yang
lebih banyak berkisar kepada mengejar kebendaan sehingga melupakan kepada
keperluan kehidupan itu sendiri yang perlu diisi supaya tidak lari daripada tuntutan
kehidupan sebenar. Di Negara Malaysia amnya, selain masalah dadah menjadi
masalah nombor satu Negara, faktor pengaruh media juga turut sama berlaku.
Keaadan ini menjadi semakin serius apabila pengamal-pengamal media tidak menapis
dan memahami isi kandungan media yang ingin dipaparkan untuk menjadi tatapan

12

JKA 417 : PENYELEWENGAN, KONFLIK DAN PENGAWALAN


SOSIAL
penonton mengikut selera budaya tempatan. Golongan media ini dilihat sebagai
kurang mahir dalam memilih serta memaparkan input yang dicedok dari program luar.
Hal ini sebenarnya telah diketahui umum bahawa pengaruh media sama ada media
cetak atau media elektronik amat besar dan berupaya mengancam budaya masyarakat
Negara ini.
Selain daripada itu juga pengaruh barat juga memainkan peranan dalam berlakunya
kejadian divians ini. Pengaruh barat dalam pelbagai aspek meliputi budaya, muzik,
hiburan jelas menunjukkan kesan sampingan kemasukannya. Banyak gejala atau
kejadian yang buruk hasil ikutan budaya pengarut barat ini. Pelbagai masalah devians
dapat dilihat berlaku meliputi pelbagai jenayah yang dapat dilihat pada hari ini. Sekali
lagi pendapat yang menyokong mengenai pengarut baratlah yang merupakan punca
berlakunya banyak perlakuan devian di Negara ini.
3.2 KAWALAN SOSIAL
Kawalan sosial merujuk kepada semua proses yang menyebabkan individu akur
pada norma masyarakat termasuk undang-undang jenayah, pihak polis, mahkamah
dan istitusi tahanan. Konsep kawalan sosial sangat luas merangkumi suatu
penghasilan tingkah laku yang dianggap normal dan juga penindasan tingkah laku
devian yang menyimpang ( Rahimah Abdul Aziz : 2000 ).
Kawalan sosial merupakan salah satu cara mengawal atau mengatasi masalah
hedonisme ini. Ianya dilakukan secara bersama dalam masyarakat untuk
mengurangkan berlakunya kegiatan devian ini. Kawalan ini dilihat wujud dalam
bentuk formal misalnya dasar-dasar awam atau institusi kawaln formal seperti sistem
perundangan polis dan sebagainya. Kawalan sosial formal merujuk kepada

13

JKA 417 : PENYELEWENGAN, KONFLIK DAN PENGAWALAN


SOSIAL
pengambilalihan kuasa kepada badan-badan tertentu yang menjalankan tugas mereka.
Sebagai contoh, orang yang engkar serta menyalahi undang-undang serta melakukan
jenayah akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Kawalan formal hanya akan
digunakan apabila tingkahlaku itu bersifat devian, haram atau memerlukan tindakan
intervensi. Kawalan sosial formal merujuk kepada tiga perkara antaranya untuk
mencegah tingkah laku devians dengan menyingkirkan peluang daripada berlaku atau
menghindarkan penyebabnya. Selain itu kawalan sosial juga berperanan untuk
menghalang devians dengan ugutan hukuman agar manusia takut melakukanya dan
mereformasi atau mensosialisasikan manusia agar mereka menjauhi daripada tingkah
laku devians.
Manakala kawalan tidak formal pula dikendalikan oleh sesuatu kumpulan khas
yang berbentuk formal. Meskipun secara realiti kawalan sosial tak formal itu tidak
terlepas secara total dari ciri-ciri paksaan ataupun pendisiplinan yang diarahkan
kepada seseorang pelaku atau situasi, sifat umum kawalan sosial tak formal adalah
cenderung kepada mensosialisasikan atau menginternalisasikan individu dengan
norma masyarakat melalui teguran, pujian dan sokongan. Justeru itu peranan ini
dimainkan oeh keluarga, jiran, sekolah dan sebagainya.
3.2 CARA MENGATASI
Untuk mengatasi masalah ini semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing
dalam memastikan atau mengurangkan berlakunya kelakuan devians ini. Melihat
kepada konteks secara menyeluruh yakni bermula dari rumah melalui pengawasan ibu
bapa juga amat penting. Hal ini kerana peranan ibu bapa dalam memastikan hubungan
kekeluargaan bersama anak-anak juga perlu dalam membentuk peribadi yang baik
kepada anak-anak. Sekiranya hubungan kekeluargan dengan anak-anak renggang,

14

JKA 417 : PENYELEWENGAN, KONFLIK DAN PENGAWALAN


SOSIAL
maka anak-anak itu mungkin akan hilang arah serta akan mengakibatkan mereka
hilang kawalan serta akan terjerumus kepada masalah sosial di luar. Hubungan
kekeluargaan ini dianggap penting dalam memupuk kebahagiaan serta akan membuat
anak-anak dihargai dan tidak di abaikan. Sesetengah contoh yang berlaku disebabkan
masalah sosial dikalangan remaja disebabkan oleh hubungan kekeluargaan yang tidak
baik mendorong remaja itu melakukan perlakuan devians kerana tiada sebarang
kawalan sepenuhnya dari ibu bapa. Ibu bapa perlu mewujudkan sikap terbuka sebagai
satu cara baru berkomunikasi dengan anak-anak remaja mereka ( Khalijah Haidi
Khalid : 1994 ). Mendengar masalah mereka serta cuba menyelesaikan masalah
mereka merupakan sesuatu perkara yang baik agar mereka merasakan diri mereka
dihargai dan disayangi.
Dalam membentuk peribadi yang baik ke dalam diri anak-anak, perkara utama yang
perlu diberi penekanan ialah pengukuhan nilai-nilai islam ke dalam diri anak-anak.
Hal ini dianggap penting kerana dalam menongkah arus globalisasi kini, jati diri dan
pegangan islam perlu kuat dan mantap. Perkara ini sememangnya perlu dilaksanakan
tatkala kana-kanak masih kecil bertepatan dengan pepatah melentur buluh biar dari
rebungnya. Merekalah yang bakal menjadi pewaris pada masa akan datang.
Peranan masyarakat juga perlu terutamanya dalam mengatasi masalah devians ini.
Masyarakat perlulah bersama-sama mengawasi setiap apa yang berlaku dan
memperbanyakkan usaha pencegahan yang berkaitan melalui aktiviti masyarakat serta
ceramah agama bagi memberi pendedahan awal akan kesan buruk daripada masalah
ini. Komitmen semua pihak perlu bagi mewujudkan satu tindakan bersepadu sesama
agensi kerajaan dan masyarakat keseluruhannya untuk mengatasinya. Dalam
menangani masalah perlakuan hedonisme ini, satu pelan yang rapi serta tindakan

15

JKA 417 : PENYELEWENGAN, KONFLIK DAN PENGAWALAN


SOSIAL
berterusan perlu diambil dalam menangani fenomena gejala ini. Kerajaan khususnya,
pihak berwajib, pemimpin, masyarakat, guru dan pensyarah, ibu bapa dan setiap
individu perlu memainkan peranan dalam menangani permasalahan berkenaan.
4.0 KESAN KEPADA MASYARAKAT
Melihat kepada kesan terhadap masyarakat berkaitan masalah budaya hedonisme ini
sangat besar merangkumi dalam pelbagai aspek. Hal ini kerana apabila berlakunya
kejadian divian ini memberi kesan yang sangat besat daripada segi stigma dan
tanggapan masyarakat. Sekiranya mereka pernah melakukan perbuatan devian ini
masyarakat akan memandang serong dan kurang percaya terhadap inidividu yang
pernah melakuakan perbuatan tersebut. Di sini jelas memperlihatkan kesan pandangan
masyarakat terhadap pelaku devian ini.
5.0 KESIMPULAN
Fenomena budaya hedonisme dan devian ini sering dicirikan dengan sesuatu yang
digelar problematik, bukan sahaja bagi individu pelaku bahkan juga bagi sesebuah
komuniti, masyarakat dan negara. Justeru itu kawalan sosial atau pencegahan
berterusan dilihat perlu untuk memastikan sesuatu kemajuan yang seimbang dapat
diraih dan kelangsungan masyarakat sebaik mungkin boleh diramalkan terjamin
dalam kesepaduan masyarakat kini.
Sebagai sebuah Negara yang berusaha mengimbangi nilai kemajuan ekonomi dengan
nilai akhlak, Malaysia dikatakan menolak hedonisme iaitu perlakuan bebas dan
invidualisme tanpa sekatan sebagai suatu cara hidup. Justeru itu nilai keagamaan dan
kehidupan yang baik perlu ditekankan bagi mengelak berlakunya kelakuan devians.

16

JKA 417 : PENYELEWENGAN, KONFLIK DAN PENGAWALAN


SOSIAL

6.0 BIBLIOGRAFI
1) Khalijah Haidi Khalid ( 1994 ). Meneroka Alam Remaja : Terbitan Nurin
Enterprise Kuala Lumpur.
2) Sarjit S. Gill, dan Lee Yok Fee ( 2008 ). Masyarakat & Kepelbagaian Sosial di
Malaysia : Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang.
3) Ahmad Taufik Adzmi, Azrina Husin dan Reevany Bustami ( 2000 ). Teori-Teori
Klasik Tingkahlaku Manusia dan Masyarakat : Knowledge Craffmen Penerbitan
Persendirian.
4) Rahimah Abd. Aziz dan Mohamed Yusoff Ismail, Masyarakat Budaya dan
Perubahan : Universiti Kebangsaan Malaysia 2000.
5) Dean G. Pruit dan Jeffrey Z. Rubin ( 2004 ). Teori Konflik Sosial : Pustaka
Pelajar.
6) Dr Saparinah Sadli ( 1977 ). Persepsi Sosial Mengenai Perilaku Menyimpang :
Penerbit Bulan Bintang Jakarta.

17

JKA 417 : PENYELEWENGAN, KONFLIK DAN PENGAWALAN


SOSIAL
7) Hedonism, 2004-04-20, Stanford Encyelopedia of Philosophy.
8) Siti Fatimah Hassn, Apa Sudah Jadi : Harian Metro bertarikh 11 Januari 2015.
9) Faradi Rohani, Fenomena Gangnam Style : Majalah Dewan Budaya Disember
2012.
10) Teo Kok Seng, Moral Dalam Lirik Lagu UNDER GROUND : Majalah55 Dewan
Budaya Disember 2003.
11) Mustapha Ahmad Marican, Definisi Budaya : Majalah Dewan Budaya Disember
2001.

7.0 Lampiran
Contoh Gambar Budaya Hedonisme :

18

JKA 417 : PENYELEWENGAN, KONFLIK DAN PENGAWALAN


SOSIAL

19

JKA 417 : PENYELEWENGAN, KONFLIK DAN PENGAWALAN


SOSIAL

20

Anda mungkin juga menyukai