Anda di halaman 1dari 30

1

1.0 PENGENALAN
Sekolah adalah sebuah gedung atau institusi bagi setiap insan yang berhasrat
meneroka dan memperolehi ilmu pengetahuan tanpa mengira aliran. Aliran agama,
sastera, perdagangan, vokasional mahupun sains. Oleh kerana, peranan sekolah
sebagai pusat perkembangan dan perolehan ilmu pengetahuan, maka adalah amat
penting bagi institusi ini mempunyai persekitaran yang selamat dari sebarang
pengaruh negatif yang boleh mengugat fungsi sebenar dalam sesuatu sistem
persekolahan itu. Oleh sedemikian, disiplin adalah menjadi asas utama dalam
menjamin keberkesanan dalam sistem pendidikan di sesebuah sekolah.
Di sekolah, disiplin menjadi satu daya kawalan sosial bagi mewujudkan suasana
yang yang aman dan harmoni supaya segala proses pengajaran dan pembelajaran
dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan sejajar dengan inspirasi negara
menjadikan sistem pendidikan di sekolah adalah bertaraf antarabangsa. Oleh itu,
aspek disiplin murid di sekolah harus diberi perhatian utama pihak sekolah, keluarga
mahupun masyarakat sekeliling seperti saranan Kementerian Pelajaran Malaysia,
1981.
Disiplin adalah satu aspek kehidupan yang mesti wujud dalam masyarakat. Oleh itu
ia hendaklah mendapat perhatian berat dari semua pihak sama ada di sekolah atau di
luar sekolah. KPM 1981
Kini, masalah disiplin merupakan satu isu yang menjadi topik hangat sama ada
diperkatakan secara lisan atau dibincangkan melalui pelbagai saluran media samaada
bercetak mahupun elektronik. Pelbagai jenis salahlaku dilakukan oleh murid, dari
jenis yang ringan sehinggalah kesalahan kesalahan yang berat, seperti
penyalahgunaan dadah, membuli, memeras ugut, merosakkan harta benda sekolah
(vandalism), mengancam guru guru dan murid, mencabul dan pelbagai lagi.
Sekiranya hal ini tidak dibendung dengan segera, dikuatiri ianya akan menjejaskan
minat dan fokus murid murid yang bermotivasi untuk belajar yang dimana secara

tidak langsung akan memusnahkan inspirasi sekolah dan negara dalam


membangunkan generasi yang terbilang.
Apabila diteliti ada banyak faktor yang mendorong mereka untuk melakukan
perbuatan perbuatan tersebut dan faktor faktor ini boleh dikategorikan kepada
faktor sekolah dan faktor luar sekolah seperti persekitaran, keluarga, pengaruh rakan
sebaya, media hiburan dan pelbagai lagi. Faktor luar sekolah ini adalah amat
kompleks dan sukar diatasi serta di luar kawalan kita (sekolah). Oleh yang demikian,
kajian saya ini berfokuskan kepada peranan atau tugas kita (sekolah) yang boleh
dilaksanakan iaitu tugas itu seharusnya tertumpu kepada faktor sekolah yang boleh
kita kawal dan ubah seperti mewujudkan budaya dan iklim yang baik dalam sekolah
dan bilik darjah. Berikut ialah petikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (1988)
mengenai perkara ini.
Hari ini sekolah sekolah menampung murid murid yang lebih tidak seragam,
iaitu dari segi sosial, ekonomi dan nilai budayanya kerana peluang peluang bagi
mendapatkan pelajaran adalah terbuka kepada semua murid. Selain daripada itu,
faktor sekolah juga dikatakan sebagai salah satu sebab yang mempengaruhi disiplin
murid. Di antaranya ialah struktur dan organisasi sekolah; sistem hukuman dan
penghargaan kepada murid; suasana nilai dan interaksi dalam sekolah; budaya
sekolah yang lebih berorientasi akademik; dan sikap tanggapan serta harapan para
Guru. (KPM1988 pp25-26)
Penyelidik telah mengumpul maklumat jenis salahlaku di sekolah, kekerapan, punca
mengikut pandangan murid dan cadangan cara cara mengatasi masalah disiplin
khasnya di sekolah yang dikaji. Hasil kajian mendapati masalah disiplin murid
khasnya di sekolah yang dikaji dalam tempoh masa kajian tidaklah begitu serius.
Oleh yang demikian usaha pihak sekolah untuk menangani permasalahan disiplin di
sekolah tersebut hendaklah dianggap sebagai satu langkah kearah pengukuhan
disiplin sekolah. Semoga usaha ini menjurus kearah perubahan sikap dan perlakuan

murid kepada yang lebih murni dan berakhlak mulia dalam usaha membendung
masalah tersebut ke suatu tahap yang paling minimum.

2.0 SOALAN SOALAN KAJIAN


1. Apakah jenis masalah disiplin murid di salah sebuah sekolah rendah di
Bandar yang terpilih di daerah Johor Bahru?
2. Apakah punca berlakunya masalah disiplin murid di sekolah yang dikaji
mengikut pandangan pelajar ?
3. Apakah strategi/cadangan untuk mengurangkan / mengatasi masalah disiplin
murid ?

3.0 PERNYATAAN MASALAH


Berdasarkan latar belakang masalah yang dinyatakan, kajian yang akan dijalankan
lebih menumpukan kepada beberapa persoalan yang berkaitan dengan persepsi ibu
bapa terhadap hukuman merotan ke atas pelajar dari segi disiplin, salahlaku berat dan
juga kesan yang mungkin berlaku. Kesesuaian ini akan dilihat dari sudut persepsi ibu
bapa terhadap hukuman merotan yang dijalankan oleh pihak sekolah ke atas pelajarpelajar yang melakukan kesalahan. Kebanyakan pelajar yang terlibat dengan perilaku
salahlaku tidak menyedari bahawa tingkah laku-tingkah laku yang sering dilakukan
dalam kalangan mereka sendiri adalah merupakan salahlaku. Jenis-jenis tingkah laku
ini dianggap tingkah laku yang biasa berlaku dalam kalangan mereka seperti suka
mengejek rakan, menyorok barang, mengugut pelajar, berkuku panjang dan
sebagainya. Bagi mereka perilaku tersebut hanyalah sekadar perkara biasa dalam
perhubungan sesama rakan rakan. Namun, apabila perilaku itu kerap kali dilakukan
tanpa batasan, ianya boleh mengudang pelbagai masalah. Oleh itu, suatu kajian

tentang permasalahan yang timbul dari perbuatan yang menjurus kepada salahlaku
tersebut akan dilaksanakan dalam kajiaan ini dengan terperinci.
Secara umumnya, penyumbang kepada lahirnya perbuatan salahlaku
dikalangan murid - murid adalah berpunca dari pelbagai faktor seperti faktor biologi
dan perangai, pengaruh keluarga, rakan sebaya dan persekitaran namun, penyumbang
utama kepada masalah salahlaku ini adalah dari dalaman (rohani) diri murid murid
itu sendiri yang dimana, rohani pelajar itu yang lemah, sunyi atau ketiadaan
ketenangan dan keimanan yang mendorong pelajar itu mudah untuk melakukan
perbuatan salahlaku yang berpandukan nafsu semata mata tanpa memikirkan
keburukannya.
Kebanyakkan pelajar yang terbabit dengan permasalah salahlaku ini tidak
sedar kesan-kesan buruk akibat salahlakutersebut.Jika ianya melibatkan salahlaku
yang kecil maka ianya mudah untuk diperbaiki dan tidak mendatangkan impak yang
besar keatas pelajar yang melakukan salahlaku tersebut. Tetapi, sekiranya ianya
melibatkan salahlakuyang besar seperti kes bergaduh, merogol dan sebagainya, maka
sudah pasti ianya akan memberikan impak yang buruk kepada pelajar itu sendiri
yang dimana boleh memalukan diri dimata keluarga mahupun masyarakat. Apabila
ianya telah berlaku, kebanyakkan sudah terlambat. Kesan-kesan negatif ini juga akan
menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran remaja terbabit akan terbantut,
dan seterusnya bakal merosakkan masa depan mereka sendiri. Masalah
salahlakudikalangan pelajar jika tidak ditangani dengan serius dan berkesan dikuatiri
akan mendatangkan kesan yang negatif kepada pelajar dan juga institusi sekolah.
Kesedaran serta kefahaman yang mendalam tentang salahlaku pelajar di sekolah oleh
guru dan mereka yang terlibat dalam dunia pendidikan amat perlu dalam usaha
mengawal serta mengatasi masalah ini.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN


Objektif kajian ini adalah untuk :
i)

Mengenapasti jenis masalah disiplin murid di salah sebuah sekolah


rendah di bandar yang terpilih di daerah Johor Bahru.

ii)

Mengenalpasti punca berlakunya masalah disiplin murid mengikut


pandangan murid.

iii)

Mengenalpasti strategi,pendekatan atau cadangan untuk mengurangkan


atau mengatasi masalah disiplin murid.

5.0 KEPENTINGAN KAJIAN


Kajian ini diharap akan menghasilkan ilmu pengetahuan berkenaan dengan
salahlakupelajar di sekolah rendah. Dapatan daripada kajian ini juga akan dapat
menjelaskan lagi tentang salahlaku dalam kalangan pelajar Sekolah Kebangsaan
Kangka Tebrau seperti berambut panjang, ponteng sekolah, mencuri, memeras ugut,
membuli (berkelakuan kasar terhadap murid), berkuku panjang, dan
mengancam/memukul/mencederakan murid lain serta program-program pencegahan
yang telah dan sedang dilakukan oleh pihak pentadbir sekolah khususnya di Sekolah
Kebangsaan Kangka Tebrau di Johor Bahru. Di samping itu, dapatan ini juga
diharapkan membolehkan pelajar yang terlibat salahlaku tersebut supaya
mendapatkan bantuan daripada pihak yang berkenaan
seperti pihak guru, kaunselor dan sebagainya bagi menyelesaikan konflik dalaman
dan luaran yang dialami mereka.
Dapatan kajian ini juga akan dapat digunakan sebagai garis panduan serta asas
kepada pembentukan polisi bagi menangani dan mencegah salahlakudi sekolah
seperti polisi sifar salahlaku. Para guru khususnya guru-guru kaunseling akan
mendapat faedah daripada dapatan kajian ini. Dapatan kajian ini akan dapat

membantu guru untuk mengatasi dan mencegah masalah salahlaku pelajar yang
berlaku di kelas atau di sekolah. Ianya juga akan membekalkan maklumat-maklumat
berkenaan salahlaku pelajar yang boleh digunakan oleh guru bagi menangani
masalah yang berlaku di kelas mereka.

6.0 SKOP DAN BATASAN KAJIAN


Kajian ini hanya mengambil kira rekod rasmi/penyata salahlaku pada tahun 2010
bagi pelajar pelajar dari salah sebuah sekolah rendah di Bandar yang terpilih sahaja
di daerah Johor Bahru. Dapatan dari kajian ini merupakan sampel sebenar responden
responden yang terhad sahaja. Oleh itu, ianya tidak sesuai untuk membuat
generalisasi kepada sekolah lain. Namun, bentuk dan kaedah penyelidikan ini boleh
dijadikan rujukan / panduan bagi sekolah lain yang bermasalah yang hampir sama
bagi mencari jalan membendung masalah yang dihadapi.

7.0 TINJAUAN LITERATUR


Sebagai manusia, sudah pastinya murid murid tidak lari dari mempunyai masalah.
Masalah masalah ini timbul disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya ialah
disebabkan oleh keperluan asasi, psikologi dan rohani (agama) serta harapan
harapan tertentu yang dipunyai oleh seseorang murid itu tidak dapat dipenuhi seperti
yang dinyatakan oleh Hasnan (2008), Al Banna ( 2003) dan Train (1995)
Untuk membina pelajar yang cemerlang dari sudut tingkah laku antaranya adalah
dengan melaksanakan ibadah ibadah yang khusus terutamanya solat lima waktu
dan ibadat ibadat sunat yang lain. Ini kerana menurut beliau, tingkah laku
seseorang pelajar terhadap Penciptanya dapat diterjemahkan dengan melakukan

ibadah solat yag diwajibkan dan disunatkan. Melalui ibadah ini seseorang pelajar
bukan sahaja dapat mewujudkan hubungan baik dengan Allah S.W.T, bahkan dia
juga dapat membentuk tingkah laku seorang muslim yang sejati. Solat juga boleh
menghindarkan dirinya daripada melakukan perkara dan perbuatan yang buruk.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: : Sesungguhnya solat itu mencegah dari
perbuatan yang keji dan mungkar.

Hasnan, 2008

Peribadi atau personaliti Muslim adalah peribadi yang tersendiri yang terbentuk
daripada latihan latihan melalui ibadat. Dimana antara cara yang terbaik untuk
membersihkan jiwa manusia adalah dengan solat solat yang khusuk. Solat dapat
mengilap hati manusia dan dapat membuang segala noda dan dosa serta kekotoran
hati.Oleh itu, perlu dilaksanakan dengan cara yang terbaik agar dapat memperbaharui
diri dan membersihkan hati. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud Mintalah
pertolongan (untuk menghadapi kesusahan dalam menyempurnakan sesuatu perintah
Allah S.W.T.) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat (al-Baqarah, 2:153)
Al Banna, 2003
There are three main reasons why a child reacts aggressively:
When he feels that his objectives are being thwarted.
When anyone criticizes him or his friends.
When he feel that a situation is unjust, or that someone has been negligent or
careless.
Train, 1995 (pp 24)
If he has a feeling of being trapped, with no choice, he will react with increasing
difficult behaviour.
Train, 1995 (pp 60)
If a child is becoming frustrated because he cannot understand something, he will
be restless dan will start to misbehave.
Train, 1995 (pp 116)

Masalah disiplin yang timbul mempunyai perkaitan yang rapat dengan cara didikan
dan asuhan di rumah. Sikap ibu bapa berupa penekanan dapat mempengaruhi
perkembangan kanak kanak dari segi sahsiah dan aspirasinya (Stodgil, 1970:27)
selain itu, setiap ibu bapa adalah lebih penting daripada taraf sosioekonomi.
(W.C Miler 1971:102)
Disamping itu, sikap ibu bapa yang membantah keras langkah kementerian
mengetatkan disiplin murid, sedikit sebanyak mendorong ke arah kemerosotan
disiplin murid ( Utusan Malaysia, 1987)
Murid murid yang datang daripada keluarga yang bermasalah, dimana mereka tidak
mendapat kasih sayang dan perhatian ibu bapa yang cukup, menambah kepada
masalah tatatertib di sekolah sekolah (A. Rajaguru, Mohd Daud Saad dan Ibrahim
Saad, 1982:260)
Kecelaruan dalam keluarga dan kurang perhatian ibu bapa adalah punca utama yang
mempengaruhi jiwa remaja. Kajian Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga
Negara (LPPKN) mendapati kerenggangan hubungan kekeluargaan menjadi punca
utama remaja terjebak ke kancah maksiat (Berita Harian, 10.11.93,23)
Kajian yang dibuat oleh Universiti Chicago (Czikszentmihalyi, 1987) mendapati
purata masa yang dikongsi oleh remaja dan ibu bapa yang bekerja hanya 12 jam
seminggu. Ini mengakibatkan kekurangan masa bagi ibu bapa untuk mengasuh,
mendidik dan membimbing anak mereka. Tugas mereka sekadar menyediakan
keperluan kewangan dan persekolahan bagi tujuan membesarkan anak. Ibubapa juga
tidak sepatutnya menyerahkan tanggungjawab mendidik anak mereka kepada guru
sepenuhnya. Mereka sepatutnya mengunjungi sekolah sekali sekala supaya lebih
memahami situasi anak mereka di sekolah.
Rakan sebaya dialam persekolahan adalah kumpulan rujukan murid yang
memberikan sokongan moral dalam mencari identiti pembentukan imej (Pomberi,

1990, Mahmood, 1991). Rakan sebaya memberi peluang kepada mereka untuk
mengikut piawai kumpulan itu dalam aspek aspek gaya pakaian, pertuturan,
orientasi kepada muzik, tarian, tayangan filem dan lain lain. Masalahnya timbul
apabila pendedahan seperti ini biasanya melibatkan nilai nilai buruk yang
membawa kepada keruntuhan disiplin dan moral mereka.

8.0 METODOLOGI KAJIAN


8.1 Rekabentuk Kajian
Reka bentuk kajian permasalah salahlaku dikalangan pelajar Sekolah Kebangsaan
Kangka Tebrau di Johor Bahru, Johor adalah berbentuk deskriptif dengan
menggunakan kaedah temubual separa struktur dengan guru, murid dan rekod rasmi /
penyata salahlaku yang ada di sekolah. Data yang diperolehi dianggap penting
kerana kesimpulan dan keputusan daripada kajian akan dapat ditentukan dan
ditafsirkan secara kuantitatif.
8.2 Populasi dan Sampel Kajian
Populasi kajian ialah jumlah keseluruhan pelajar tahap 2 Sekolah Kebangsaan
Kangka Tebrau iaitu seramai 252 orang pada sesi 2010. Di mana 20 orang pelajar
telah terlibat dengan salahlaku di sekolah itu pada tahun 2010. Pelajar-pelajar yang
menjadi sampel (temu ramah) dalam kajian ini adalah merupakan pelajar yang
pernah terlibat dengan aktiviti salahlaku. Kajian ini dijalankan selama 2 minggu di
bawah pengawasan guru bagi memastikan perancangan, tindakan, pemerhatian,
pengkajian dan refleksi dapat dilaksanakan dengan jayanya.

10

8.3 Instrumen Kajian


Tiga jenis instrumen telah digunapakai untuk melaksanakan kajian ini, iaitu temubual
separa struktur dengan guru, murid dan rekod rasmi / penyata salahlaku yang ada di
sekolah.
Temubual separa struktur dengan Guru Besar, Guru Disiplin, dan guru guru
penolong mengenai masalah disiplin secara keseluruhan di sekolah tersebut, tindakan
pihak sekolah dan cara cara menangani masalah tersebut. (Lampiran 1)
Temubual separa struktur dengan pelajar yang ada rekod masalah disiplin di sekolah
yang dikaji. (Lampiran 2)
Analisis berdasarkan rekod rasmi / penyata salahlaku / masalah disiplin / SSDM

Jenis salahlaku pelajar dan kekerapan

Perbandingan kekerapan salahlaku di antara murid lelaki dan perempuan

Jadual punca salahlaku

Jadual jenis tindakan disiplin / hukuman

8.4 Prosedur Melaksanakan Kajian


Kajian kes berbentuk tinjauan deskriptif ini adalah berdasarkan data masalah disiplin
disalah sebuah sekolah rendah di Bandar yang terpilih di daerah Johor Bahru yang
berlatar belakang sosioekonomi yang rendah. Hampir 80% pelajarnya berasal dari
penempatan setinggan di kawasan sekitar sekolah yang dimana pendapatan seisi
keluarga kurang RM1000.00 sebulan. Melalui kajian soal selidik dan penyelidikan
didapati 90% pelajar adalah bukan penduduk tempatan, iaitu mereka datang berhijrah
dari negeri luar Johor. Sekolah ini merupakan sekolah satu sesi dimana semua murid
sekolah ini berasal dari sekitar kawasan setempat dalam lingkungan 5 km dari

11
sekolah yang dikaji. Penyelidik telah mengadakan temubual separa struktur kepada
guru besar, guru disiplin dan guru kauseling sekolah tersebut. Penyelidik juga telah
menemubual 15 dari 20 orang murid yang mempunyai rekod masalah disiplin di
sekolah. Hasil temubual dianalisis secara kualitatif. Maklumat yang diperolehi
daripada temubual dan disokong dengan rekod rasmi masalah disiplin telah dianalisis
secara kualitatif juga.
8.5 Analisis Data
Analisis data mengenai soalan kajian adalah berdasarkan maklumat temubual separa
struktur dengan murid dan pihak pengurus sekolah yang dikaji untuk mendapatkan
maklumat atau pandangan sumber lain disokong dengan rekod atau penyata rasmi
salahlaku yang sedia ada disekolah yang dikaji.
Antara maklumat yang diperolehi ialah yang berkaitan dengan jenis masalah disiplin,
kekerapan, perbezaan kekerapan di antara murid lelaki dan perempuan, punca
berlakunya masalah disiplin mengikut pandangan murid dan tindakan pihak sekolah
untuk menangani masalah ini.
8.5.1 Rekod Jenis Salahlaku, Gender dan Bilangan Murid Yang Terlibat dan
Jumlah Kekerapan Kes Salahlaku
Jadual 1 menunjukkan salinan rekod rasmi kes salahlaku yang terdapat di sekolah
yang dikaji. Ia menunjukkan jenis salahlaku, gender dan bilangan murid yang terlibat
dan jumah kekerapan berlaku kes salahlaku. Jenis salahlaku yang dicatatkan
merangkumi kesalahan seperti berambut panjang, ponteng sekolah, mencuri,
memeras ugut, membuli (berkelakuan kasar terhadap murid), berkuku panjang, dan
mengancam/memukul/mencederakan murid lain.

12

Jadual 1 : Jenis Salahlaku dan Kekerapan dalam Tahun 2010


Kod

112
121
115
116
332
331
882

Jenis Salahlaku

Tingkah laku Jenayah


Mencuri
Mengancam/memukul/mencederakan
murid lain.
Memeras ugut
Membuli
Kekemasan Diri
Berkuku panjang
Berambut Panjang
Ponteng
Ponteng Sekolah
Jumlah

Kekerapan / Bilangan
murid yang terlibat
Lelaki
Perempuan
*B
*K
*B
*K

Jumlah
murid
yang
terlibat

Jumlah
kekerapan
berlaku
kes
salahlaku

1
2
2

3
2
1

0
0
0

0
0
0

1
2
2

3
2
1

2
2

2
2

4
0

5
0

6
2

7
2

3
14

2
16

1
6

3
11

4
20

5
27

Sumber; Buku Rekod Salahlaku/Masalah disiplin


Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988, SK Kangka Tebrau 2010
Petunjuk ; *B Bilangan murid yang teribat dengan kes salahlaku
*K Kekerapan berlaku kes salahlaku
Jadual 1 menunjukkan 14 orang murid lelaki telah terlibat dengan 16 kes salahlaku
manakala 6 orang murid perempuan telah terlibat dengan 11 kes salahlaku. Pada
keseluruhannya, seramai 20 orang murid telah terlibat dengan 30 kes salahlaku di
sekolah yang dikaji sepanjang tahun 2010.
8.5.2 Perbandingan Kekerapan Salahlaku antara Murid mengikut Gender
Jadual 2 menunjukkan perbandingan kekerapan antara murid mengikut gender dan
kelas. Daripada 252 orang murid Tahap 2 di sekolah pada masa yang dikaji, 20 orang
murid, bersamaan 7.94% daripada murid murid Tahap 2 pernah melakukan
perbuatan salahlaku. Pada keseluruhannya, 20 daripada enrolmen 565 orang murid

13

bersamaan 3.54% murid murid pernah melakukan perbuatan salahlaku sepanjang


tahun 2010.
Jadual 2 : Perbandingan kekerapan salahlaku mengikut gender, Tahun 2010
Pembolehubah Enrolmen Murid

Bilangan kes

Kekerapan Salahlaku

Tahap 1

Tahap 2

Salahlaku
Tahap 1

Tahap 2

Tahap 1

Tahap 2

173

123

14

18

6
20

0
0

12
30

Gender
Lelaki

Perempuan
140
129
0
Jumlah
313
252
0
Sumber; Buku Rekod Salahlaku / Masalah disiplin

Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988, SK Kangka Tebrau 2010


Pada keseluruhannya, murid murid Tahap 2 sahaja yang terlibat dengan kes
salahlaku. Seramai 14 orang lelaki telah terlibat dengan 18 kes salahlaku manakala 6
orang murid perempuan telah terlibat dengan 12 kes salahlaku.
8.5.3 Punca Salahlaku Murid Murid Tahap 2, Tahun 2010
Jadual 3 menghuraikan 4 kategori punca salahlaku yang telah dikenalpasti mengikut
pandangan murid murid. Faktor diri murid, keluarga, sekolah dan persekitaran
merupakan faktor yang menyebabkan salahlaku di sekolah yang dikaji. 12 kes telah
dikenalpasti adalah berpunca dari diri murid, 9 kes dari faktor persekitaran, 2 kes dari
faktor keluarga dan 2 kes dari faktor sekolah.

14

Jadual 3: Punca Salahlaku Murid-murid Tahap 2, Tahun 2010


Bil
1
2
3
4

Punca Salahlaku
Diri Pelajar
Keluarga
Persekitaran
Sekolah
Jumlah

Bilangan Kes Salahlaku


Lelaki
Perempuan
8
3
2
2
2
1
2
0
14
6

Jumlah
11
4
3
2
20

Sumber; Buku Rekod Salahlaku/Masalah disiplin


Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988, SK Kangka Tebrau 2010
Pada keseluruhannya, faktor diri murid mencatatkan punca salahlaku yang paling
kerap menjadi punca penyebab utama salahlaku di sekolah yang dikaji. Ini diikuti
dengan faktor persekitaran, faktor keluarga dan faktor sekolah.
8.5.4 Jenis Tindakan Disiplin / Hukuman Yang Telah Diambil, Tahun 2010
Jadual 4 menunjukkan jenis tindakan disiplin / hukuman yang telah diambil untuk
menangani salahlaku murid di sekolah yang dikaji. Ahli jawatankuasa sekolah ini
telah mengambil keputusan memberi nasihat / bimbingan kepada murid yang telah
melakukan salahlaku dengan harapan murid berkenaan akan sedar dan hormat
kepada rakan, guru dan sekolah. Semoga matlamat sekolah berteraskan konsep
Sekolahku Syurgaku, Sekolah Penyayang dan Sekolah Selamat menjadi realiti.

Jadual 4 : Jenis tindakan disiplin / hukuman yang telah diambil, Tahun 2010

15
Bil
1
2
3
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5

Jenis Tindakan Disiplin


Pembuangan
Penggantungan
Hukuman Hukuman Biasa
Hukuman dera / rotan
Penahanan
Denda
Amaran
Nasihat

Bilangan Kes
Lelaki
Perempuan

Catatan

3
3
8
14

1 Kali
3
3
6

Amaran Pertama

Jumlah
Sumber; Buku Rekod Salahlaku/Masalah disiplin
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988, SK Kangka Tebrau 2010
Pada keseluruhannya, tindakan memberi nasihat lebih kerap diambil oleh AJK
Disiplin sekolah untuk menangani masalah salahlaku di sekolah yang dikaji.
Kesemua 20 orang murid yang terlibat dengan kes salahlaku telah diberi jenis
tindakan disiplin mengikut jenis kes salahlaku dari yang ringan kepada berat
mengikut keperluan sekolah. Seramai 11 pelajar telah diberi sesi bimbingan dan
nasihat oleh kauseling sekolah, manakala 6 pelajar telah diberi Amaran Pertama dan
3 pelajar lagi telah diberi hukuman dera / rotan diatas kesalahan berat yang
berulangan. AJK Unit Disiplin dan Lembaga Pengawas sekolah memandang serius
salahlaku tersebut dengan memantau disiplin semua pelajar pelajar dari semasa ke
semasa khususnya pelajar yang pernah melakukan salahlaku.

8.6 Analisis Kualitatif


Data diperolehi daripada temubual separa struktur dengan guru dan murid juga boleh
menyokong maklumat/rekod/penyata rasmi salahlaku murid yang ada di sekolah.

16
Data daripada temuduga separa struktur dapat memberikan beberapa perkara yang
boleh diambil kira dalam analisis. Perkara- perkara ini diklasifikasikan seperti
berikut.
8.6.1 Bentuk / Jenis masalah disiplin murid
Masalah disiplin murid di sekolah yang dikaji merangkumi kesalahan seperti
berambut panjang, ponteng sekolah, mencuri, memeras ugut, membuli (berkelakuan
kasar terhadap murid), berkuku panjang, dan mengancam/memukul/mencederakan
murid lain.Bentuk / jenis salahlaku murid lelaki dan perempuan adalah sama kecuali
memeras ugut dan mengancam/memukul/mencederakan murid lain. Ini ditunjukkan
dalam transkrip temubual separa struktur seperti contoh contoh di bawah.
Masalah disiplin pelajar sekolah ini adalah merangkumi kesalahan seperti mencuri,
mengancam murid lain, berkuku panjang, berkelakuan kasar dengan murid, ponteng
sekolah dan berambut panjang bagi pelajar lelaki.

( Guru A)

Bentuk/jenis salahlaku murid lelaki dan perempuan adalah hampir sama.Tetapi


pelajar perempuan tidak memeras ugut dan mengancam/memukul/mencederakan
murid lain.

(Guru S )

Salahlaku murid lelaki yang membuli dan ponteng sekolah lebih rumit dan kerap
kali berlaku berbanding dengan pelajar perempuan yang kesalahannya biasanya tidak
akan berulang.

(Guru R)

8.6.2 Bilangan murid terlibat dan kekerapan salahlaku


Sepanjang tahun 2010, seramai 20 orang murid lelaki dan perempuan telah
dicatatkan pernah terlibat dengan kes salahlaku di sekolah seperti yang dinyatakan
oleh Guru R. Jumlah murid lelaki dan perempuan yang terlibat dalam salahlaku

17
adalah lebih kurang sama seperti yang dinyaakan oleh Guru B. ini dapat
diperkukuhkan dalam contoh contoh transkrip temubual separa struktur dengan
guru guru seperti berikut.
Jumlah murid lelaki dan perempuan yang terlibat dalam salahlaku adalah lebih
kurang sama

(Guru B)

Pada tahun 2010, 20 orang murid terlibat dengan 30 kes salahlaku di sekolah yang
dikaji. Pada keseluruhannya, tiada masalah disiplin murid yang serius pernah
berlaku.

(Guru C)

9.0 DAPATAN KAJIAN


Berdasarkan hasil analisis data mengenai persoalan-persoalan kajian yang
dikemukakan, dapatan kajian dapat dirumuskan seperti berikut:
9.1 Punca Salahlaku
Kajian yang dijalankan di sekolah yang dikaji telah berjaya mengenalpasti empat
kategori punca salahlaku. Punca salahlaku boleh dirumuskan seperti berikut.

9.1.1 Faktor diri murid


11 daripada 20 orang murid, bersamaan 55% telah dikenalpasti melakukan salahlaku
kerana kehendak diri sendiri. Pada keseluruhannya, murid murid yang ditemubual
telah terdorong melakukan perbuatan salahlaku atas alasan seperti masalah

18
kewangan. Gambaran yang lebih jelas bagi dapatan ini ditunjukkan dalam transkrip
temubual dengan Murid S, Murid T dan H
Saya ingin membeli ( jenis makanan) seperti (rakan sebaya) tetapi saya tidak ada
duit yang mencukupi jadi saya ambillah duit rakan saya dalam beg (nama mangsa).
( Murid S)
Saya tidak yakin saya boleh lulus jadi saya rasa lebih baik saya ponteng sekolah.
(Murid U)
Saya rasa sekolah hanya membosankan kerana akan mendapat banyak kerja rumah
yang akan diberi guru nanti.

(Murid H)

9.1.2 Faktor keluarga


4 daripada 20 orang murid, bersamaan 20% telah melakukan salahlaku kerana faktor
keluarga. Ini dapat diperkukuhkan dengan temubual seperti yang dinyatakan oleh
Murid M.
Saya ponteng sekolah kerana emak suruh saya menjaga adik. Ayah dan emak
terpaksa pergi kerja.

(Murid M)

9.1.3 Faktor persekitaran


3 daripada 20 orang murid, bersamaan 15% telah melakukan salahlaku kerana faktor
persekitaran. Ini dapat diperkukuhkan dengan temubual seperti yang dinyatakan oleh
Murid F.

Saya disuruh mengacau (rakan sebaya) oleh (rakan sebaya). Kalau saya tidak ikut,
saya akan dimarahi dan dipukul oleh (rakan sebaya).Saya takut.
9.1.4 Faktor sekolah

(Murid F)

19
2 daripada 20 orang murid, bersamaan 10% telah melakukan salahlaku kerana faktor
sekolah. Ini dapat diperkukuhkan dengan temubual seperti yang dinyatakan oleh
Murid Z seperti berikut..
Saya rasa bosan, tiada hiburan di sekolah. Guru selalu memberi terlalu banyak kerja
rumah setiap hari.

(Murid Z)

Pada keseluruhannya, faktor diri murid paling kerap menyebabkan murid melakukan
perbuatan salahlaku, ianya berlaku kerana pelajar mempunyai kelemahan rohani
yang disebabkan kurangnya penghayatan dalam agama. Selain itu, faktor
persekitaran, faktor keluarga dan faktor sekolah juga menjadi penyebab perlakuan
salahlaku pelajar pelajar di sekolah yang dikaji.

10.0 CADANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN


Pengkaji mencadangkan beberapa langkah yang perlu bagi mengatasi masalah
salahlaku dalam kalangan pelajar Sekolah Kebangsaan Kangka Tebrau di Johor
Bahru, Johor iaitu
1. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa salahlaku masih berlaku di SK Kangka
Tebrau di Johor Bahru, Johor. Justeru itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia,
JPN, PPG, pentadbir sekolah dan guru-guru tidak boleh memandang ringan
masalah salahlaku dalam kalangan pelajar sekolah. Tindakan dan program yang
berterusan mencegah aktiviti salahlaku di sekolah perlulah dilipat gandakan serta
dinilai keberkesanannya. Pelbagai pendekatan harus dilakukan demi mencegah

perilaku salahlaku pelajar dari terus berleluasa. Salah satu contoh pendekatan
iaitu dicadangkan oleh Rigby (1996) dimana beliau menggunakan tiga
pendekatan untuk menangani masalah salahlaku individu iaitu;

20
i)

Pendekatan moral iaitu pendekatan ini menghendaki pelajar-pelajar


mematuhi semua peraturan dan nilai yang ditetapkan oleh sekolah.
Secara unggul, pendekatan ini menegaskan bahawa semua salahlaku
akan dikenakan tindakan yang serius.

ii)

Pendekatan undang-undang iaitu berdasarkan kepada peraturan atau


undang - undang yang ditetapkan dalam Ordinan Pelajaran dan melalui
pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran atau peraturan sekolah itu
sendiri. Ianya disampaikan kepada pelajar melalui buku undang-undang
sekolah.

iii)

Pendekatan kemanusiaan iaitu lebih bersifat kemanusiaan. Ia satu


pendekatan dimana pelajar yang bermasalah salahlaku akan bertemu
dengan guru disiplin atau kaunselor dalam perbincangan tertutup untuk
mendengar alasan, perasaan dan motif tindakan mereka. Kaunselor
menggunakan pendekatan ini supaya perilaku salahlaku dapat mengubah
tingkah laku, perasaan dan pemikirannya ke arah kebaikan. Pendekatan
kemanusiaan dalam bentuk keagamaan seperti solat berjemaah, tazkirah
dan sebagainya dalam kalangan pentadbir, guru dan pelajar perlu
dilaksanakan bagi memperkukuhkan asuhan jasmani dan rohani yang
menjadi asas pembentukkan keperibadian yang mulia berlandaskan nilai
nilai islam khususnya bagi pelajar Islam.

2.

Kajian ini menjelaskan pelbagai punca yang menyebabkan salahlaku


pelajar berlaku dalam kalangan pelajar pelajar khususnya pelajar Tahap 2.
Justeru itu, pihak pentadbir sekolah, guru dan ibu bapa perlu mengenal pasti
punca-punca salahlaku tersebut terlebih dahulu, kemudian rancangan pencegahan
perlu dibuat berdasarkan kepada punca-punca tersebut. Pihak terlibat terutama
pihak sekolah

dan guru juga dicadangkan agar mengadakan lebih banyak aktiviti yang
berbentuk motivasi untuk meningkatkan keyakinan dalam diri para pelajar.

21

3.

Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di sekolah-sekolah


sedia ada perlu dikaji dari segi keberkesanannya. PRS merupakan salah satu unit
sokongan kepada pelajar-pelajar untuk meluahkan masalah yang mereka hadapi.
Menurut Zuraidah (1988), konsep asas program ini ialah rakan bantu rakan.
Dalam konteks ini, pelajar yang telah mendapat latihan khas akan berusaha
memberikan bantuan kepada rakan-rakan di sekolah yang menghadapi pelbagai
masalah disiplin dan sosial. Seterusnya, pelajar yang mempunyai keyakinan dan
motivasi yang tinggi lebih cenderung untuk melakukan perkara yang berfaedah
dan tidak terlibat dalam aktiviti-aktiviti salahlaku seperti yang biasa berlaku.

4.

Kajian mendapati penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah


merupakan antara program yang tinggi keberkesanannya. Justeru itu, sebagai
orang yang paling rapat dengan pelajar, penglibatan ibu bapa dalam setiap
program pencegahan yang dijalankan oleh pihak sekolah adalah sangat
diperlukan. Disamping dapat memantau perilaku anak-anak di rumah, ibu bapa
juga perlu diberikan maklumat dan kesedaran tentang masalah salahlaku ini.
Gejala salahlaku di sekolah-sekolah menunjukkan bahawa pelajar semakin berani
mencabar undang-undang dan tidak takut melakukan kesalahan jenayah. Setiap
kali berlaku insiden negatif seperti bergaduh, membunuh dan lain-lain jenayah di
sekolah, banyak pihak akan menunding jari kepada ibu bapa sebagai
penyumbang utama. Ibu bapa akan dipersalahkan kerana mereka adalah orang
yang bertanggungjawab bukan sahaja melahirkan, tetapi juga membesarkan dan
mendidik anak-anak dengan sempurna. Aspek yang perlu ditekankan ialah
pendekatan seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling, kemahiran
mendengar, kemahiran mengenal pasti masalah dan sebagainya. Oleh itu,
kemahiran kemahiran ini harus diperkenalkan, dimiliki dan diaplikasikan dalam

sesebuah keluarga agar pembentukan sahsiah dan perkembangan anak-anak dapat


dikawal dan dibimbing secara lebih efektif.

22
5.

Memandangkan salahlaku khususnya kes berat seperti bergaduh,


ponteng sekolah dan membuli dimana ini tidak hanya berlaku di dalam kawasan
sekolah sahaja, maka kerjasama pihak luar seperti pihak Polis, pihak Berkuasa
Tempatan dan penglibatan masyarakat keseluruhannya adalah perlu untuk
memantau kegiatan para pelajar terutama sekali ketika mereka berada di luar
kawasan sekolah. Kawalan disiplin bukan hanya dalam kawasan sekolah sematamata, tetapi remaja juga perlu dididik untuk mematuhi peraturan dan undangundang ketika berada di luar kawasan sekolah. Penglibatan semua pihak amat
diperlukan demi membentuk peribadi remaja yang lebih Gemilang dan Terbilang.

Pihak sekolah haruslah mempunyai sikap positif terhadap disiplin murid. Pihak
sekolah boleh menubuhkan Jawatankuasa Disiplin di kalangan guru guru yang
bertanggungjawab mengesan menangani dan menyelesaikan masalah/salahlaku
murid. Denda yang dikenakan haruslah setimpal dengan kesalahan murid. Semua staf
hendaklah bekerjasama dan konsisten dalam tindakan tindakan disiplin ke atasu
murid, memberi peringatan dan khidmat bimbinga. Langkah langkah yang telah
diambil oleh sekolah yang dikaji boleh ditunjukkan dalam transkrip temubual dengan
Guru R, Guru S dan Guru A seperti berikut,
Denda dan tindakan yang dikenakan haruslah setimpal dengan jenis dan seriusnya
sesuatu salahlakumurid.

(Guru R)

Kami mendapati pendekatan bimbingan dan kauseling atau nasihat adalah lebih
sesuai dan berkesan bagi murid murid sekolah ini.

(Guru S)

Semua guru dan staf sokongan hendaklah sentiasa bekerjasama untuk memastikan
disiplin murid di sekolah sentiasa terkawal.

(Guru B)

Dalam usaha melaksanakan tugas hariannya, guru seharusnya mencari pendekatan


yang sesuai supaya mencapai matlamat akhir iaitu membentuk disiplin yang baik
dalam murid murid itu sendiri. Disiplin diri sepatutnya datang dari kerelaan dan

23
kesukaan hatinya sendiri dan bukan disebabkan oleh paksaan atau perasaan takut.
Untuk mencapai matlamat akhir ini, guru sendiri seharusnya mempunyai disiplin
yang baik dan menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada murid murid
dengan sentiasa bertatatertib, berbudi bahasa, bersopan santun, bertimbang rasa dan
bersimpati serta bijak dalam menghadapi masalah.
Keberkesanan Tindakan
Pada tahun tahun lepas, pihak pengurusan sekolah mengambil keputusan
menangani masalah disiplin murid dengan pendekatan tegas amaran dan merotan
walaupun pada tapak tangan sahaja. Dari itu, murid murid bertambah ganas, malah
ada ibu bapa yang masuk campur dalam soal salahlaku murid di sekolah. Setelah
lebih kurang 5 bulan dalam pemerhatian dan pelaksanaan, pendekatan memberi
nasihat atau bimbingan anjuran bersama Unit Bimbingan dan Kauseling dengan
Panitia Agama Islam melalui pelaksanaan Program Santapan Rohani boleh
dianggap lebih sesuai dengan masyarakat, budaya dan iklim sekolah ini. Ini dapat
dibuktikan dengan penurunan kes salahlaku bagi bulan Januari hingga Mei 2011
berbanding dengan tahun 2010. Ini juga boleh diterjemahkan dengan transkrip hasil
temuduga seperti berikut:
Saya suka dengan (Guru). Dia telah memberi nasihat yang baik, bermakna dan
bernas kepada saya supaya tidak mencuri lagi. Saya amat menghormatinya.
(Murid Z)
Ayah saya sudah sedar. Dia mahu saya belajar bersungguh sungguh. Dia tidak lagi
suruh saya menolongnya di warung waktu sekolah. Terima kasih, Cikgu.
(Murid K)

Terima kasih, Cikgu, kalau Cikgu tidak menasihati ibu bapa saya, sudah tentu saya
tidak bersekolah lagi.
(Murid Y)

24

Maafkan saya Cikgu, saya akan tidak akan mengulangi kesalahan saya lagi dan
akan belajar bersungguh sungguh.
(Murid I)

11.0 KESIMPULAN
Kajian ini mengkaji tentang masalah disiplin di salah sekolah rendah di Bandar Johor
Bahru di negeri Johor. Untuk mencapai objektif kajian, penyelidik, guru guru
mahupun pihak pengurus sekolah yang terlibat perlulah mengenalpasti atau memilih
jenis masalah disiplin murid, punca berlakunya masalah ini dan seterusnya
mengenalpasti strategi atau tindakan yang sesuai untuk mengurangkan serta
mengatasi masalah tersebut.
Hasil kajian ini juga menunjukkan masalah disiplin murid di sekolah yang dikaji
dalam tempoh masa kajian tidaklah begitu serius, iaitu seramai 20 orang daripada
enrolmen 565 orang murid, bersamaan 3.54% pernah terlibat dengan kes salahlaku
sepanjang tahun 2010.
Melalui kajian ini, guru guru di sekolah yang dikaji menjadi lebih arif dan prihatin
terhadap kebajikan dan disiplin murid murid yang diajar. Ini dijangka akan
membantu menyelesaikan dan mengurangkan masalah disiplin murid dan seterusnya
meningkatkan prestasi akademik murid. Guru haruslah kreatif, inovatif dan bijak
membuat keputusan dan seterusnya mengikis faktor sekolah yang menyebabkan
masalah disipilin murid.

Oleh sedemikian itu, semua staf pihak sekolah haruslah bekerjasama dan konsisten
dalam tindakan tindakan disiplin ke atas murid agar hasrat Sifar salahlaku
disiplin murid khasnya di sekolah yang dikaji akan tercapai.

25

RUJUKAN

26
Connel, A., dan Farrington, D. P. (1996). Bullying among incarcerated young
offenders: Developing an interview schedule and some preliminary results.
Journal of Adolescence, 19, 75-93.
Abdullah Sani Yahaya (2005) Mengurus Disiplin Pelajar. Pahang Darul Makmur:
PTS Publications dan Distibutors Sdn. Bhd, Bentong
Alan, T. (1993). Helping The Aggressive Child. How to Deal With Diffcult Children.
Channel Island: The Guernsey Press co. Ltd, Guemsey
Panduan Am Disiplin Sekolah Sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia: 1981
Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar Dan Guru. Kementerian
Pendidikan Malasia : Dewan Bahasa dan Pustaka 1988
Pekeliling Pekeliling Ikhtisas
Kementerian Pendidikan Malaysia
1968 2002
Berkaitan Pengurusan Disiplin Murid Sekolah
Espelage, D. L., Bosworth, K., dan Simon, T. R. (2000). Examining the social
context of Bullying behaviours in early adolescence. Journal Counselling
Development, 78, 326-333.
Krejcie, R. V. dan Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research.
Educational and Psychological Measurements, 30, 607-610.

Mohamad Najib Abdul Ghafar (2003). Reka bentuk tinjauan soal selidik pendidikan.
Skudai: Penerbit UTM.
Mohd Salleh Abu dan Zaidatun Tasir (2001). Pengenalan kepada analisis data

27
berkomputer: SPSS 10.0 for windows. Kuala Lumpur: Venton Publishing.
Mynard dan Joseph (2000). Development of the Multidimensional PeerVictimization Scale. Aggressive Behavior, 26, 169-178.
Olweus, D. (1991). Bully/victim problems among schoolchildren: Basic facts and
effects of a school-based intervention programme. Dalam Pepler, D., dan
Rubin, K. (Eds.). The development and treatment of childhood aggression.
Hillsdale, NJ: Erlbaum.
Rigby, K., dan Slee, P. T. (1995). Manual for peer relations questionaire. Underdale:
University of South Australia.
Pembudayaan Penyelidikan Ke Arah Kecemerlangan Profesionalisme Keguruan
10 Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun
2007
Rigby, K. (1996). Bullying in schools and what to do about it. Melbourne: The
Australian Council For Educational Research Ltd.
Thompson, D., dan Sharp, S. (1998). The dynamics of victimisation and rejection in
school. improving schools: Establishing and integrating whole school
behaviour policies. London: David Fulton.

Lampiran 1
A.

Instrumen Temubual Dengan Guru Besar/Guru


Penolong HEM/Guru Disiplin Sekolah

Bil

Soalan

Respon

Catatan

28
1

Berapa lamakah Cikgu _____ sudah

2
3
4

bertugas di sekolah ini ?


Berapakah jumlah murid sekolah ini ?
Adakah semua pelajar tingga di asrama ?
Adakah murid sekolah ini pernah

melakukan kesalahan disiplin ?


Pelajar dalam darjah berapakah melakukan

kesalahan disiplin ?
Apakah masalah utama disiplin pelajar di

sekolah tuan ?
Berapakah kekerapan berlakunya masalah

disiplin murid ?
Adakah kekerapan salahlaku di antara

pelajar lelaki dan perempuan berbeza ?


Adakah bentuk salahlaku di antara pelajar

10

lelaki dan perempuan berbeza ?


Adakah sekolah mempunyai rekod rasmi
untuk setiap salahlaku pelajar di sekolah

11

ini?
Apakah punca berlakunya masalah disiplin

12

murid ?
Bagaimanakah pihak sekolah menangani

13

masalah ini ?
Sejauh manakah keberkesanan langkah
langkah yang diambil untuk menangani

14

masalah ini ?
Adakah pihak atasan dimaklumkan tentang

15

masalah disiplin di sekolah tuan ?


Apakah tindakan susulan pihak atasan
untuk membantu pihak sekolah dalam
perkara ini ?

29

Lampiran 2
B.

Instrumen Temubual Dengan Murid Yang Ada Rekod


Masalah Disiplin

Bil
Soalan
A1 Adakah anda menumpukan perhatian
semasa guru mengajar dalam kelas?
2

Mengapa?
Bagaimanakah keputusan ujian bulanan

anda bagi bulan lepas ?


Adakah anda yakin kepada diri sendiri ?

Respon

Catatan

30
4

Siapakah yang mendorong anda melakukan

perbuatan salahlaku ?
B1 Adakah murid suka kepada ibu bapa ?
2
Adakah ibu bapa sayangkan murid ?
3
Adakah ibu bapa pentingkan pelajaran
4

murid di skeolah ?
Adakah murid selalu dibawa oleh ibu bapa

untuk menolong mereka berkerja ?


Adakah murid dipaksa bekerja pada cuti

sekolah ?
C1 Berapa jauhkan rumah anda dari sekolah
2

ini?
Adakah anda suka kepada rakan rakan di

sekolah ?
Adakah anda mudah dipengaruhi oleh

rakan sebaya ?
Adakah anda mudah menyesuaikan diri

dengan rakan - rakan ?


D1 Adakah peraturan sekolah sesuai dan
2

praktikal ?
Adakah kerja- kerja rumah yang disuruh

oleh guru cukup dan mudah diselesaikan ?


Adakah guru mengambil berat terhadap

masalah pelajar ?
Apakah hukuman yang biasanya dikenakan
kepada pelajar yang melanggar peraturan
sekolah yang anda tahu ?