Anda di halaman 1dari 2

Setelah meneliti serta menghayati apa yang dimaksudkan dengan teknologi maklumat dan komunikasi maka dapatlah saya

fahami betapa
pentingnya perkara ini diwujudkan dalam sesebuah kelompok komuniti atau masyarakat untuk memastikan kemajuan serta pembangunan komuniti
itu tidak ketinggalan jauh dari masyarakat lain.
Penggunaan teknologi maklumat untuk tujuan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) adalah bertepatan dengan
usaha menjadikan pelajar celik komputer dan berkemampuan menggunakan alat ini secara yang lebih cekap dan mahir. Meskipun pada awalnya
para pelajar dan guru masih lagi perlu mendalami kemahiran menggunakan pelbagai alat teknologi maklumat ini untuk mendapat bahan berkaitan
subjek Pendidikan Seni Visual, namun berkat ketekunan dan kebijaksanaan pihak-pihak tertentu terutama sekali Kementerian Pelajaran, para guru,
ibubapa-ibubapa dan masyarakat maka semua ini telahpun dapat ditangani secara beransur-ansur.
Semasa saya mendapat soalan tugasan itu, saya tidak pasti tentang kehendak soalan yang diberikan. Dengan penerangan pensyarah saya
iaitu Tuan Haji Jaafar bin Mahmud, saya memahami kehendak soalan projek itu dan akhirnya dapat menyiapkannya sebelum tarikh serahan. Beliau
memberi bimbingan kepada rakan sekelas saya dan saya apabila kami mengalami cabaran dalam proses membuat projek itu. Sebelum saya
memulakan tugasan saya, saya mencari maklumat sama ada di internet atau di pusat sumber institut pendidikan guru saya. Mengikut tugasan yang
diberikan saya dikehendaki menghasilkan sebuah folio yang mendokumentasikan bahan maklumat dan proses penghasilan karya yang terlibat.
Selain itu, saya perlu menghasilkan sebuah karya seni digital berbentuk mural yang bertema dan sebuah persembahan multimedia yang relevan
dengan karya seni digital yang dihasilkan. tamabahan lagi saya dikehendaki menghasilkan sebuah penulisan esei yang menjelaskan maksud karya
seni digital dan karya multimedia dari segi konsep, falsafah dan rasional rekaan dengan penggunaan laras seni visual yang tepat.
Semasa waktu kuliah, pensyarah akan menerangkan cara-cara dan teknik-teknik yang penting untuk menghasilkan satu bahan pembelajaran
berasaskan video serta cara untuk membuat mural seni grafik menggunakan perisian teknologi terkini seperti Photoshop, Corel Draw, Photo Editor,
Paint dan lain-lain lagi. Selain itu, saya juga berbincang dengan rakan-rakan saya supaya dapat berkongsi pelbagai idea yang baik dan berkualiti
dalam penghasilan mural seni digital dan video berdasarkan tema yang telah kami pilih. Tema yang telah saya pilih untuk tugasan Pendidikan Seni
Visual pada kali ini ialah tema memori.
Sebelum mula membuat kerja, saya akan merancang isi-isi yang saya hendak sampaikan dalam mural seni digital dan video. Saya juga
melayari internet untuk merujuk video yang dibuat oleh golongan professional. Ilmu dan teknik digunakan oleh mereka membuat video patutlah saya
pelajari. Sebagai guru, saya hendaklah memenuhi diri saya dengan ilmu pengetahuan dan cara-cara yang berkaitan dengan akdemik. Selain itu,

saya dapat pengalaman untuk menghasilkan video klip. Saya akan memasukkan elemen elemen multimedia seperti gambar dan lagu ke dalam video
itu. Akhirnya, Saya akan menggabungkan semua sumber bahan carian untuk menghasilkan sebuah video.
Pada zaman globalisasi ini, guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam biliik darjah dengan menggunakan
komputer. Saya memahami kepentingan ilmu tentang teknologi maklumat komunikasi kepada seseorang guru dan saya akan berusaha mempelajari
sebanyak mungkin ilmu pengetahuan semasa saya belajar di institut pendidikan guru (IPG) . Selain itu, guru merupakan satu profesion yang sangat
mulia mahupun penting dalam masyarakat pada zaman sekarang. Oleh sebab itu, guru hendaklah mempelajari ilmu dalam semua bidang yang
berkaitan dengan bidang akdemik.
Masalah yang saya menghadapi semasa membuat tugasan ini adalah pengurusan masa. Masa untuk membuat projek subjek Pendidikan
Seni Visual sama dengan subjek lain. Oleh sebab itu, saya hendaklah merancang dan membuat satu jadual untuk membahagikan masa membuat
tugasan antara subjek ini dengan subjek lain. Seterusnya, saya juga menghadapi masalah kewangan semasa membuat tugasan yang diamanahkan
ini. Dengan bantuan ibu dan bapa saya, saya dapat menyelesaikan masalah ini dengan lancar.

Kesimpulannya, ilmu pengetahuan tentang penghasilan media berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas akan
menarik perhatian murid-murid belajar dan juga meningkatkan minat belajar dalam kalangan murid-murid. Dari segi aspek intelek, penghasilan media
sebagai alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja dapat mengurangkan rasa bosan murid semasa belajar di
dalam bilik darjah namun begitu ia juga meningkatkan dan memperkembangkan aspek intelek murid-murid.