Anda di halaman 1dari 6

TEKNIK MEMBUAT NOTA RINGKAS

BERIKUT disenaraikan teknik atau susun cara atau pusingan pembelajaran yang boleh
diamalkan. Ia boleh diubahsuai mengikut kesesuaian pelajar masing-masing :

1.

Pilih satu tajuk dan baca nota.

2.

Faham kandungan secara umum untuk menentukan fakta atau pokok persoalan .

3.

Baca dan garis fakta.

4.

Baca dan cuba fahamkan kaitan antara fakta yang digariskan dengan nota asal .

5.

Keluarkan fakta dan salin pada kertas lain.

6.

Faham fakta dan kaitannya dengan keseluruhan fakta daripada tajuk itu .

7.

Susun fakta ( jika perlu ).

8.

Cuba tulis semula fakta-fakta tanpa melihat fakta-fakta yang telah ditulis dahulu .

9.

Bandingkan apa yang kamu tulis.

10.

Ulang hingga kamu puas hati.

11.

Ulang membaca fakta , jika ada masa.

12.

Simpan dengan baik untuk tujuan ulang kaji.

13.

Mulakan tajuk baru dan lakukan proses no. 1 hingga no. 12 , sehingga habis
kesemua tajuk dalam sukatan pelajaran.

Kunci kejayaaan dalam menghasilkan catatan yang baik ialah perbendaharaan kata. Ia
akan menolong kamu memahami apa yang dibaca dan menulis semula dalam bentuk
ayat yang pendek, lengkap dan bernas.
Cara-caranya ialah :

Gunakan perkataan sendiri bukan menyalin ayat-ayat yang dipetik daripada


karangan asal.

Isinya mesti disusun dengan teratur dan mengadungi perkara-perkara yang


penting sahaja.

Buat garisan dan tanda-tanda di bahagian yang penting bagi menarik tumpuan
apabila membaca.

Gunakan simbol-simbol yang kamu dapat faham.

Tinggalkan satu ruangan kosong di tepi sebelah kiri untuk dicatat sebarang
tambahan atau isi penting

TEKNIK MENCATAT NOTA BERKESAN


SEBAGAI calon peperiksaan rasmi sama ada STPM, SPM, PMR mahupun UPSr, kamu tidak
seharusnya bersikap tidak kisah terhadap pelajaran. Persediaan awal perlu dibuat sebaik
sahaja sekolah dibuka. Kamu sepatutnya sudah mula membuat nota.

Nota ialah catatan-catatan yang kita ambil dan kita sediakan daripada pelbagai sumber
untuk tujuan ulang kaji. Sumber-sumber itu boleh diperoleh daripada buku teks, buku
rujukan, perbincangan berkumpulan, pengajaran guru ataupun ceramah. Dari situ, kita
mengambil isi-isi penting untuk diingat atau difahami.
Adakah kamu menyediakan nota sendiri sejak awal lagi? Bagaimana bentuk nota kamu?
Banyak sebab mengapa kita mesti mempunyai nota - yang kita tulis sendiri, kita
sediakan sendiri, kita susun sendiri, dan kitalah pengarangnya. Membuat nota sendiri
perlu dilakukan secara berterusan setiap hari, tidak semestinya menjelang peperiksaan
saja.
Cuba kamu ikut contoh Fazley, seorang penyanyi yang memperoleh 8A1 dalam SPM.
Dengan keputusan yang cemerlang itu telah melayakkannya melanjutkan pelajaran ke
Victoria University, Welllington, New Zealand dalam bidang Perdagangan dan
Pentadbiran. Tentu kamu tertanya-tanya , bagaimana dia boleh skor A dalam setiap mata
pelajaran yang telah diambilnya. Fazley mula membuat nota kecil sejak di Tingkatan
Empat lagi. Jika kamu mahu mengikuti jejak langkahnya, ayuh ... jangan bertangguh ...
mulakan dari sekarang. Mari ikut teknik Fazley.
LANGKAH PERTAMA

Fazley menggunakan 12 batang pen berlainan warna termasuk beberapa batang


highlighter sebagai persediaan membuat nota kecil. Sebenarnya, kamu boleh
menggunakan kurang atau lebih daripada jumlah pen itu. Terpulang kepada kemampuan
dan keselesaan kamu.
LANGKAH KEDUA

Mula membaca buku teks dan buku rujukan. Sambil membaca, kata kunci atau kata
penting diwarnakan. Pada masa yang sama, fahamkan betul-betul maklumat yang
dibaca. Bacalah mengikut bab atau topik. Tidak perlu baca banyak perkara. Yang penting
kamu faham, kemudian baru buat nota.
LANGKAH KETIGA

Sehelai kertas bersaiz A4 dilipat kepada empat bahagian atau kolum


LANGKAH KEEMPAT

Mula menulis nota mengikut kolum . Setiap kolum boleh dibahagikan kepada dua
bahagian (subtopik) untuk satu bab ataupun kamu boleh jadikan keempat-empat kolum
itu untuk satu bab sahaja. Di sebelah belakang kertas itu pula satu bab yang lain.
Gunakan pen yang berlainan warna. Nota dicatat seringkas-ringkasnya agar dapat
meningkatkan tahap ingatan.
LANGKAH KELIMA

Setelah kata kunci ditulis, gunakan highlighter untuk tajuk dan perkara-perkara yang
penting. Pastikan kamu gunakan warna yang selari untuk semua nota supaya fikiran
kamu tidak keliru. Misalnya, jika warna kuning untuk isi-isi penting, maka gunakan warna
yang sama untuk subjek lain pula. Contohnya, tarikh penting - warna merah, nama tokoh
- warna biru.
LANGKAH KEENAM

Setelah nota disiap ditulis, kamu boleh menghafalnya. Jangan lupa untuk meninggalkan
sedikit ruang untuk menambah isi penting apabila guru mula mengajar.
LANGKAH KETUJUH

Ambil sampul surat panjang. Tuliskan mata pelajaran. Kemudian, masukkan nota itu
mengikut mata pelajaran. Bawalah nota itu ke mana-mana . Jika ada masa terluang ,
silalah baca .
Untuk subjek yang melibatkan pengiraan seperti Matematik, Fazley menasihatkan pelajar
agar menyediakan sebuah buku khas untuk membuat latihan pengiraan. Latihan perlu
dibuat selalu agar pelajar biasa dengan corak soalan. Fazley berpendapat bahawa subjek
Matematik memerlukan pelajar merangka jalan penyelesaian yang betul secara
sistematik. Jalan penyelesaian yang betul akan menemukan jawapan yang tepat dan
mendapat markah yang baik.
Menurut Fazley, dia akan membawa nota tersebut ke mana-mana sahaja. Misalnya,
ketika menunggu bas, dia tidak perlu membawa buku tebal, tetapi hanya membaca nota
kecil itu. Fazley turut mengingatkan para pelajar agar membawa nota yang dibuat tanpa
menunggu hari peperiksaan.
Kaedah di atas adalah berdasarkan pengalaman Fazley sendiri. Sebenarnya, ada banyak

lagi teknik belajar mengikut keselesaan kamu. Belajar awal dan membuat nota pada
peringkat awal dapat menimbulkan semangat yakin pada kebolehan diri dan kamu akan
merasakan bahawa diri kamu telah cukup bersedia untuk menghadapi peperiksaan
ketika pelajar lain baru hendak membuat persediaan. Dengan cara ini kamu mempunyai
stamina untuk mengulang kaji semua mata pelajaran yang telah kamu buat mengikut
kesesuaian kamu.
PETA MINDA

Kaedah membuat nota jenis peta minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan . Kaedah ini
lebih menitikberatkan grafik dan kata kunci. Kaedah ini lebih efektif berbanding dengan
kaedah biasa kerana kita dapat menyeimbangkan pengguanaan otak kiri dan otak kanan.
Di samping itu, peta minda merupakan kaedah yag berkesan untuk mendapatkan
semuala makluat daripada ingatan untuk ditukarkan kepada bentuk yang boleh dilihat.
Peta minda boleh membantu kamu mengukuhkan daya ingatan dan pemahaman. Melalui
peta minda, kamuberhubung secara aktif dengan maklumat dalam ingatan kamu
seoalah-olah kamu berbicara dengan daya ingatan kamu sendiri. Segala maklumat yang
kamu susun dapat diperkukuh melalui gambaran dan tulisan secara tepat dan mudah
difahami.

PERSEDIAAN MEMBUAT PETA MINDA

Tenangkan hati dan pasang niat untuk belajar . Bacalah doa (bagi pelajar Islam) ,
duduk tegak, dan pernafasan biarlah betul

Tingkatkan konsentrasi. Pastikan suasana tenang , hindarkan sebarang gangguan


yang boleh memberi kesan terhadap penumpuan belajar

Baca teks keseluruhan, terutama tajuk penting , pendahuluan , subtajuk ,


kesimpulan , soalan / latihan , gambar rajah dan carta

Baca keseluruhan teks dengan laju

Baca dengan sederhana laju dan tandakan fakta-fakta penting

Kenal pasti tajuk utama dan subtajuk yang hendak dimasukkan ke dalam peta
minda

Bina peta minda

KAEDAH MEMBUaT PETA MINDA

Mula membuat peta minda di bahagian tengah kertas

Bezakan tajuk utama dan tajuk kecil dengan menggunakan warna yang terang
dan berbeza supaya lebih menarik

Tuliskan tajuk utama di tengah-tengah kertas dan lukis gambar untuk mewakili
tajuk utama tersebut. Gunakan warna yang berlainan dan menarik supaya lebih
mudah mengingatinya

Sambungkan ranting utama ke tajuk yang berada di tengah-tengah .


Kembangkannya dengan cara melebar ke tepi

Tulis atau lukis imej yang menggambarkan fakta di atas ranting utama tersebut .
Gunakan simbol

Tambahkan ranting utama mengikut fakta yang hendak kamu masukkan.


Gunakan warna yang berbeza untuk memudahkan kamu mengingatinya

Kembangkan ranting utama ke ranting kecil mengikut fakta. Jika boleh , kamu
gunakan warna yang berbeza antara ranting-ranting kecil ini

NOTA ISTILAH

Nota istilah digunakan untuk menyalin istilah-istilah sukar , difinisi , atau formula di atas
kad atau kertas . Nota istilah ini boleh digunakan sebagai bahan untuk mengulang kaji
tanpa mengira masa dan tempat .
KAEDAH MEMBUAT NOTA ISTILAH

Baca topik dengan teliti

Tandakan istilah , formula atau definisi-definisi yang penting

Catatkan istilah , formula atau definisi di atas kertas . Gunakan kertas keras dan
pen berwarna untuk menjadikan nota tersebut menarik dan tahan lama

Nota yang dicatat hendaklah ringkas dan padat . Kamu boleh guna ringkasan
perkataan atau simbol seperti yg , dgn , cth , & . Lihat contoh

Subjek : Sejarah Dunia (tingkatan 4)


Tajuk : Dari Gua ke Perkampungan Awal (bab 1)
1 . Zaman Paleolitik

Manusia hidup berpindah-randah - dlm kelompok yg kecil

Mencari sumber makanan - tumbuhan liar

Memburu binatang - dimkn


Tidak tinggal tetap di sesuatu tempat

Tinggal - di dlm gua - di bwh ranting-ranting yg ditutup dgn rumput-rampai

Peralatan harian - diperbuat drp batu & tulang

NOTA GAMBAR RAJAH


Nota gambar rajah dapat memberikan gambaran yang menyeluruh tentang sesuatu topik
yang dipelajari . Kaedah ini dapat membantu mengimbas kembali topik yang sedang
diulang kaji . Gambar rajah atau carta penting , bolehlah kamu salin daripada nota , buku
teks atau buku rujukan . Gunakan pen berwarna untuk menjadikan nota gambar rajah ini
lebih menarik . Kamu bebas untuk memilih bentuk gambar rajah .

KAEDAH MEMBUAT NOTA GAMBAR RAJAH

Tenangkan hati dan pasang niat untuk belajar . Bacalah doa (bagi pelajar Islam) ,
duduk tegak , dan pernafasan biarlah betul

Tingkatkan konsentrasi . Pastikan suasana tenang , hindarkan sebarang gangguan


yang boleh memberi kesan terhadap penumpuan belajar seperti bunyi bising

Baca teks keseluruhan , terutama tajuk penting , pendahuluan , subtajuk ,


kesimpulan , soalan/latihan , gambar rajah dan carta .

Ketika mencatat nota , hubungan pelajar dengan guru perlu dijaga . Jadi , kamu harus
bertanya kepada guru . Jadi , kamu harus bertanya kepada guru jika kamu tidak faham
tentang sesuatu fakta . Faktor ini penting untuk mengelakkan kamu mencatat nota yang
tidak perlu atau tidak penting . Bertanyalah kepada guru tentang fakta-fakta penting
yang erlu diberi penekanan dalam proses pembelajaran . Guru yang prihatin biasanya
akan cuba memberikan seberapa banyak bahan yang boleh selain buku teks .
Belajarlah menulis nota dari sekarang kerana nota menjadi suatu rekod yang kekal dan
amat penting untuk tujuan mengulang kaji dan pembelajaran semula . Cuba ingat notanota penting dalam minda kamu kerana kesemua nota yang baik dan sempurna
merupakan pasport kejayaan kamu dalam peperiksaan.

Anda mungkin juga menyukai